2018-12-28

Copycat



Dah lama dah tak kena macam ni.
Dulu selalu gak, now ingatkan dah tua takde dah budak-budak baru nak up baca blog orang tua.
Eh rupanya ada.
Rupanya best kena hentak dengan pakwe saiko ya sampai berebut orang nak mengaku itu cerita dia.

3 hari lepas ada someone bagitau En Wan (dia tak fren dengan aku) yang this person plagiat blog post aku and seronok nau claim itu kisah percintaan dia.
Tengok kat profile tutor kat UPM.
At the same time buat bisnes ajar orang cara market produk kat IG katanya.

Macamana orang yang ajar marketing pun terpaksa plagiat cerita orang lain untuk naikkan rating page sendiri?
Senang gila buat marketing macam tu.
Pastu bila kena kecam cakap itu zero cost marketing.
Kalau betul itu zero cost marketing,takyah lah delete post bila kena kecam berjemaah.
Patut biar je post tu, biar lagi ramai yang kecam.
Tu baru betul zero cost marketing.

Pelik betul aku orang yang seronok pakai identiti, personaliti and kisah hidup orang lain as if itu adalah dia.
Dull sangat ke life tu sampai perlu berangan jadi orang lain?
Berangan kena hentak dengan boifren saiko pulak tu.
Karang kena hentak betul-betul baru tau.

Aku tak tau nak kategorikan orang macam ni dalam kategori apa.
Adakah ini kategori orang yang psiko?
Or maybe ini kategori insecure.

Selalunya orang yang suka ambil identiti orang lain ni sebenarnya dia admire orang yang di-copy tu.
Maybe dia suka penulisan orang tu.
Atau dia suka gaya orang tu.
Atau dia suka life orang tu.
Atau dia suka orang tu so much sampai nak jadi sebijik macam orang tu dari semua segi.

Tapi dalam kes aku ni, kau berangan seolah-olah kau berada dalam situasi yang sangat genting dikejar dan dibelasah oleh ex-bf...seriously?
Seronok gamaknya bercita-cita nak berada dalam situasi tu.
Aku ni troma berpanjangan sampai dah ada anak 2 ni kadang-kadang masih boleh termimpi-mimpi sampai ketakutan, pelik pulak bila ada orang seronok imagine dialah mangsa dalam cerita tu.
Aku ni kalau boleh nak berangan yang best-best je seperti menjadi isteri Fatahamin, tapi apakan daya.

Masa mula-mula aku kena dengan si Zara Zarith tu takut juga.
Sebab yang tu lagi gila siap to an extend where dia berani chatting dengan followers dan kekal menggunakan identiti aku.
Ada yang fall in love bagai tapi bila diajak jumpa taknak.
Gila berani betul menipu sampai tahap macam tu sekali.

Orang kata bila menjadi mangsa copy, itu adalah salah satu bentuk pujian.
Ye lah kan, kalau orang berani mengaku life kita adalah life dia, itu bermakna life kita best sebab tu dia nak jadi kita.
Tapi kalau dah sampai berlarutan, dan dia dah naik seronok pulak jadi diri kita, itu dah bahaya namanya.

Kes Zara Zarith tu adalah satu bentuk kes yang dah sampai ke tahap bahaya.
Itu pun bermula hanya dengan meng-copy blog post aku je.
Bila dah seronok copy blogpost, dia copy pulak gamba rumah aku, mengaku tu rumah dia.
Lepas tu berani bukak chatbox untuk chat dengan readers.
Yang pernah chat dengan dia kata style dia chatting sebijik macam style aku menulis.
Lepas tu ada orang jatuh cinta kat dia.
Kalau dah sampai memainkan perasaan orang, kan ke bahaya dah tu?

That's why copycat ni kena cegah dari awal.
Biar dia terjaga dari lamunan.
Orang macam ni kena diberitahu kalau nak hidup berubah, kena usaha.
Bukan berangan jadi orang lain.
Tu bodoh namanya.

Sure, kita semua memang tend to copy famous people.
Celebrities sebagai contoh, get copied all the time sebab itulah bukti bahawa mereka dikenali, diperhatikan and dihargai.
That's why celebrities dijadikan influencer untuk promote produk sebab orang memang suka copy celebrities.
Anak-anak copy apa mak bapak buat.
Anak murid copy apa cikgu buat.
Kawan copy apa kawan lain buat.

But it's not exactly the same thing macam kau beli semua yang orang tu beli.
Cara orang tu pose di IG pun semua kau tiru sebijik sebijon sama.
Apa orang tu tulis kau copy sebijik-sebijik.
Lepas tu kau kata cerita kau sama macam cerita dia.
Kalau cerita sama pun, tak boleh ke kau cerita dengan gaya kau sendiri?
Kata ajar orang buat marketing, takkan orang marketing tak boleh buat ayat sendiri kot.
Itu benda basic marketing apa.
Ada beza besar between using someone's ideas to stimulate your creativity and stealing someone else's stuff.
Ada beza, ya.

Aku tak kata aku best.
Kalau ada yang ter-inspired baguslah.
Tapi bila extreme copying happens, memang annoyed rasa.
Nak lagi kalau dah banyak kali kena copy.
Rasa menyampah tau tak.
Sebab yang dicopy tu adalah identiti kita.
Kalau identiti pun di-copy itu maknanya that person not only wants to imitate us, but replace us too. So kau rasa?
Sekarang ni memanglah nampak macam takde apa.
Cuba kalau dibiarkan, esok lusa laki kau pun dia kata laki dia.

Tak perlu jadi orang lain, they already exist!
Kalau Allah memang nak cipta 2 orang yang sama, dari awal lagi Dia dah cipta 2 orang yang sama semua segi.
Allah tak pernah klon mana-mana manusia.
Instead of make copy, Allah cipta makhuk yang baru dengan rupa, kelebihan dan kekurangan yang berbeza.

Why?

Kerana Dia mahukan kita jadi diri kita sendiri.
So why bother and try to be somebody else?

Yes, kita boleh perhatikan orang yang kita kagumi tu.
Kita boleh belajar dari dia dan implementkan dalam kehidupan kita tetapi biarlah mengikut cara kita.
Bukan tiru bulat-bulat.
They have their road, you have yours.

Segala-galanya wujud ada sebabnya.
Bakat yang kita ada bukan datang dengan secara tak sengaja.
Kalau suara kita tak sedap, you were not meant to sing.
Kalau kita kejung depan kamera, you were not meant to be a model walaupun muka kau cantik.
Kalau masak tak sedap, jangan cuba-cuba nak jual makanan.
Kalau kita takde talent menulis, jangan copy tulisan orang lain.

Cari apa kelebihan kita, apa bakat kita, and plan camana kita nak kembangkan.
It would be a big waste of time trying to be someone else.




On top of harga Y.E.S, kita ada 3 pakej khas yang setiap satunya kita bagi kod diskaun tambahan sah hingga 7 Feb 2019.
Kod diskaun tu membolehkan korang dapat beli harga Y.E.S di bulan Feb.
Jimat berterusan namanya ni.