Aku rasa dah banyak kali aku cerita pasal copycat and psiko dalam blog ni.
Tapi setiap kali entry baru pasal dua-dua ni aku buat balik, mesti lepas tu ramai yang email tanya macam-macam pasal ni.
Tak sikit jugak yang ceritakan hal bf and suami masing-masing yang ada ciri-ciri psiko.
Salah satu ciri utama psiko adalah selalu merasa insecure.
In most cases, those yang menjadi pisko (tanpa mereka sedar) berpunca dari zaman kanak-kanak yang traumatik - samada mak bapak bercerai, bapak kawen lain, bapak pukul mak depan mata, mak bapak bertekak 24 hrs.
Tak dinafikan ada yang mengalami situasi yang sama tapi membesar dengan baik, tapi hakikatnya mereka masih trauma dengan kejadian dulu.
Ada yang berjaya kawal trauma tu, ada yang terbawa-bawa trauma tu sampai ke tua.
Yang terbawa-bawa ni selalunya tak sedar yang dorang sebenarnya 'sakit'.
Antara ciri orang psiko :
1. Kongkong
Tak kiralah title-nya suami, tunang atau boifren, dia tak ada hak untuk mengongkong.
Mengambil tahu is lain, tetapi mengongkong is lain.
Orang macam ni sebenarnya takde apa yang boleh dibanggakan sangat dalam hidup dia.
Satu-satunya benda yang paling bernilai yang dia banggakan adalah pasangannya.
Itu sajalah harta yang dia sangat-sangat banggakan.
Ha, nampak macam loving nau, kan?
Mula-mula memang nampak macam tu lah.
Tapi cuba tanya yang pernah berada dalam situasi tu.
Hakikatnya that person bukan loving, tapi insecure.
Dia akan cuba kongkon orang yang dia sayang sehabis boleh.
Maybe zaman sekarang nak simpan bini dalam rumah tu dah macam tak relevan.
Tapi antara yang dia boleh buat adalah - check rekod TnGo ke mana pasangan pergi, check resit-resit pasangan untuk tengok apa yang dia beli, check henfon pasangan, check email pasangan, check PM/DM pasangan, kawal duit gaji pasangan.
Nampak macam seorang yang suka mengambil tahu.
But hey, itu bukan mengambil tahu, itu namanya takde kepercayaan pada pasangan sendiri.
Takut dengan bayang-bayang sendiri namanya.
Hamba Allah tu tak apa-apa, dia yang lebih-lebih syak yang bukan-bukan.
Sebab apa?
Mungkin dia pernah mengalami kehilangan yang buatkan dia troma dan sekarang membuatkan dia terlampau berhati-hati.
Mungkin semasa kecil dia pernah rasa how kecewanya bila ayah/ibu tinggalkan pasangan masing-masing untuk kawen dengan orang lain.
Dia akhirnya membesar dengan menjadi sangat possesive.
Tanpa dia sedar dia sebenarnya sedang menyakiti perasaan pasangan.
Ladies, bahagia ke hidup dalam kongkongan pasangan?
Boleh ke cinta tu terzahir kalau dikongkong?
NEVER.
Orang yang dikongkong lama-kelamaan akan hilang rasa cinta dan hormat.
Yang tinggal cumalah takut.
Dia stay dengan kau (psiko) kerana takut, menyampah dah tak kuasa nak layan perangai gila kau, bukan kerana dia cinta.
2. Suka mengadu untuk cari back-up sistem
Oh ini paling aku menyampah.
Perangai macam jantan takde telor.
Bila ada masalah dengan pasangan, mengadu kat mak bapak pasangan.
Seolah-olah salah tu hanya datang dari pasangan, bukan dari dia.
Yes, aku setuju bila kita ada masalah dengan pasangan, kita ceritakan masalah tu pada keluarga pasangan kita dengan harapan mak bapak pasangan tu boleh la kot-kot nak nasihatkan anak dia.
But the thing is, kau konfiden gila ke yang kau bukanlah punca kepada semua masalah ni?
Ada kau pernah pikir pulak kot-kot masalah tu berpunca dari kau?
Benda ni sebenarnya simple je.
Cuba tengok masa mula-mula bercinta dulu, semuanya indah.
Kau takde apa-apa pun masa tu, pi bertenet pun naik bas.
Makan pun tong-tong kat KFC.
Tapi pasangan masih cinta, masih sayang, masih stay.
Kadang tu bukan takde yang lagi hensem, yang lagi kaya mendekat.
Tapi sebab sayang tu menebal, kaya ke, Fatahamin ke, semua dia tolak.
Sebab waktu tu kau berjaya ambil hati dia.
Tapi kenapa sekarang dia berubah?
Mesti ada sebab, kan.
Kalau pun dia berubah nak kat orang lain, mesti ada sebab kenapa dia nak kat orang lain.
Maybe salah satu sebabnya adalah reason (1) tadi.
Rimas tau tak, rimas!
Salah satu perangai orang psiko ni adalah dia tak pernah nak muhasabah diri.
Kadang tu dia tau kekurangan dia kat mana, tapi nama nak perbetulkan memang tak lah.
Kalau dah takleh nak counter attack, dia punya jawapan "Dah I memang macam ni, memang dari kecik perangai I macam ni, terima je lah".
Hok oloh, dah tu kau punya perangai je orang kena faham?
Orang punya perangai taknak faham?
Kau pi mengadu pulak.
Hek eleh bodoh. Telor letak kat mana?
One thing aku nak cakap la ya.
Mak bapak mana yang tak sayang anak?
Alangkan anak tu penagih dadah sekalipun, masih ada mak yang nak bela anak tu.
Anak tu bekas banduan, hanya mak bapak je yang nak terima balik anak tu.
So, yang kau pi mengadu hal dekat keluarga pasangan tu kau rasa mak bapak dia boleh bertukar benci ke kat anak sendiri?
Takde maknanya!
Ujung-ujung lepas sesi soal jawab, mak bapak tu anak terima anak dia no matter what perangai pun.
Yang terkontang-kanting kau jugak akhirnya.
So please ya, sedar diri.
3. Kurang empati
Sangat-sangat menyakitkan hati bila someone yang very close to us unable to put themselves in our shoes.
Tanpa cuba untuk memahami, dia terus jump fast into criticizing.
Dia taknak cuba untuk consider pun apa yang pasangan mahukan.
Dia percaya apa yang dia fikir adalah 100% betul.
Ini adalah ciri orang yang sangat insecure.
Ini banyak contoh dalam kisah rumahtangga.
Bila isteri taknak stay lama kat rumah mak mertua sebab panas, takde aircond, dia kata isteri ego dan berlagak.
Yang peliknya, selama berpuluh tahun kau hidup dengan isteri, takkanlah itu first time kau perasan yang bini kau memang tak boleh berpanas?
Kalau sepanjang 30 tahun berkahwin dan itulah kali pertama isteri kata rumah mak kau panas and dia taknak stay lama-lama, ok that's another story. Maybe boleh digossipkan. (eh!)
Tapi kalau sepanjang 30 tahun hidup memang isteri kau tak boleh tahan panas, yang tu sepatutnya kau dah faham, dah tak perlu lagi dijadikan isu.
Yang bodohnya kau lah sebab tak reti-reti lagi nak pasangkan aircond dalam bilik tu.
Aku memang tak boleh berak kalau takde hose.
Pegi lah mana tempat pun, kalau jamban tu takde hose, tahan aku kontrol bontot aku jangan bagi keluar.
Itu pun kadang aku paksa dia tak keluar gak.
Sebab aku memang perlukan hose baru boleh memerut dengan selesa.
Jadi suami aku kena tahu itu.
Dan dia memang tahu.
Kalau dia pilih hotel yang takde hose, memang dia cari nahas.
Sama juga dengan bilik hotel.
I am not an outdoor person.
Memang dari zaman skolah aku tak bersukan dan aku tak suka berada di luar berlama-lama.
Dari zaman anak dara lagi, (boleh tanya mak bapak aku), aku sejenis yang kalau duduk hotel, aku tak suka keluar.
Pi lah ko berjalan, aku duduk dalam bilik 24 jam pun tak apa-apa asalkan ada buku and makanan. Cukup.
Sebab aku cepat dapat migrain.
Aku tak boleh berpanas, berjemur dan berada di tempat berbahang.
Alangkan duduk dalam kerata yang beraircond pun, kalau cuaca kat luar terik, itu pun aku boleh migrain.
Jadi kalau nak ajak aku stay kat hotel, syaratnya hotel tu mesti ada aircond, ada hose, ada kelengkapan yang selesa sebab aku akan stay dalam bilik.
Aku jarang melepak kat pool atau melayan beach kalau setiap kali ke hotel.
Memang sejenis suka memerap.
So kalau laki aku pilih hotel yang macam rumah setinggan dan berharap aku boleh duduk dalam tu, memang dia sengaja cari pasal dengan aku.
Ini bukan soal berlagak, tapi aku ada reason kenapa bilik tu perlu selesa.
Reasonnya macam yang aku cakap tadi.
Benda- benda macam ni orang selalu anggap kita mengada-ngada.
Dia tak nak cuba pun untuk faham dulu kenapa kita buat itu dan ini, kenapa kita pilih itu dan ini.
Bagi dia, kalau kita tak ikut cakap dia, kita ego, dia betul.
Pegi mamp.....!
4. Agresif
Ni ciri paling obvious.
Kalau semua benda yang dia buat kat kita masih tak mampu membuatkan dia merasa selamat, their last resort adalah untuk bertukar menjadi agresif supaya kita takut.
Lelaki, dalam apa juga keadaan tak boleh pukul perempuan.
Kalau perlu sangat pun, ada hukum yang membolehkannya, itupun setelah banyak step yang perlu dibuat terlebih dulu.
Ini tak, belum apa-apa dah kena lempang.
Belum apa-apa dah kena tonyoh kepala.
Belum apa-apa dah ditendangnya orang tu.
Jenis lelaki macam ni selalunya berani dengan perempuan je, kalau dengan lelaki dia punya telor termasuk dalam bontot.
Jenis lelaki macam ni cakap kemain lebat tapi depan perempuan je lah berani especially isteri sendiri.
Dengan isteri sendiri je dia berani nak hentak-hentak.
Macam Hamba Allah yang sorang tu la, dengan aku kemain lagi berani siap lempang tempeleng semua.
Tapi nak bagitau member tak dapat join keluar sama, suruh aku cakapkan.
Syaiton betul.
Dah, aku bagi empat je.
Karang kalau aku sambung, dengan aku-aku sekali bertukar jadi psiko.
Yang beli shawl Hailey nakkan tutorial, ok ini salah satunya.