walk on wings, tread in air: Pilihan akhir <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


TESTIMONI GREENAARD


Pilihan akhir
2018-11-16

Dapat email dari blog reader.
Dia ni follower FB aku juga.

Minggu ni kan minggu skolah buat penyampaian hadiah.
Anak dia dah nak masuk Darjah 4 next year.
Dia kata prestasi anak tak memberansangkan.
Nombor makin merosot, tahun depan jangkaannya akan berpindah ke kelas terakhir, jadi dia plan nak hantar anak ke tahfiz.

Ok, sejujurnya hat ni aku tak berkenan.
Bukan tak berkenan dengan skolah tahfiz, tapi tak berkenan dengan jalan penyelesaian yang di nak diambil.

Aku perasan ada some parents letak anak kat tahfiz sebagai last resort.
Katanya nak anak pandai agama, walhal dari awal lagi taknak enroll kat situ.
Bila anak takleh catch up dengan standard school silibus, barulah nak masukkan ke tahfiz.
Masa tu la baru terasa yang ilmu agama ni penting dari segala-galanya.

Bak kata ustaz aku, ramai parents hantar anak ke tahfiz dengan niat baik.
Tetapi ramai di kalangan parents ni anggap hanya belajar di skolah agama dah memadai untuk masa depan.

Itu ustaz aku sendiri yang cakap, dia seorang ilmuwan agama.
Tapi dia sendiri kurang bersetuju kerana bimbangkan tujuan hantar anak ke tahfiz tu dah lari dari niat asal.

Dan aku setuju dengan apa yang ustaz aku cakap.
Some parents tak faham tafaquh (mendalami agama dalam ertikata sebenar).
Mereka anggap pandai Quran, done.
Hafal Quran, done.
Senang masuk syurga.

Even Dr Maza sendiri ada cakap yang belajar agama bukan sekadar menghafal.

Di zaman fitnah berleluasa dan macam-macam perangai pelik muncul, kita perlukan sesuatu yang lebih dari sekadar menghafal.
Zaman kita hidup ni dah penuh dengan cabaran terhadap agama dan menuntut kemampuan kita untuk memahami agama dalam konteks yang betul.
Pendidikan agama memang wajib, tak boleh tidak.
Tetapi mesti diseimbangkan dengan keperluan cabaran zaman sekarang.

Again, aku bukan menafikan kepentingan agama.
Aku sendiri masuk kelas agama, belajar agama, belajar tafsir dan kelas menghafal Quran.
Agama memang penting, tapi untuk men-enrolled anak-anak ke tahfiz sebagai last resort, this is unfair.

Pada pandangan aku, mak bapak yang anaknya kurang memberansangkan di sekolah sepatutnya kaji dulu kecenderungan anak.
Jangan menilai prestasi anak berdasarkan nombor dalam exam.
Zaman sekarang ni budak pandai dah ramai, nombor tak memberi makna.
Peratusan akademik yang kita kena tengok dulu.

Kalau perlu hantar tusyen, kita hantar dulu.
Kalau perlu kita ajar di rumah, ajar dulu.
Minta pandangan cikgu.

Bagi aku budak umur sekolah rendah ni masih keliru dalam memahami kepentingan belajar.
Dorang masih cenderung dengan bermain.
Mesti dipaksa-paksa pegang buku.

Cuba try hantar anak ke skolah montessori macam kelas drawing, kelas mewarna, atau seminar-seminar yang offer self-directed activity and hands-on learning.
Tengok if kecenderungan dia ada di situ.
Some budak bab belajar ni dia tak berapa sangat, tapi benda-benda yang melibatkan skill dia excellent.
Kalau dah nampak dia minat ke arah itu, maybe boleh usahakan masuk skolah Vokasional masa skolah menengah nanti.
Entah, aku tak sure apa flownya untuk masuk skolah ni, tapi mesti ada cara untuk tempatkan anak-anak yang lebih sukakan praktikal berbanding teori.
Budak-budak ni macam kita juga, kalau dah minat kat sesuatu benda tu, macamana payah pun dia akan buat jugak.

Jangan salah faham, ya.
Aku bukan anti-tahfiz.
Tapi aku rasa sebelum kita jadikan tahfiz sebagai pilihan akhir untuk letak anak, mungkin kita boleh consider pendekatan lain juga.
Jangan terus-terus jump into fahaman bahawa kalau dia takde rezeki di skolah biasa, maybe dia ada rezeki di skolah tahfiz.
Bukan macam tu kita nilai prestasi.

Sorry to say, tapi kalau subjek di skolah pun anak susah nak ingat, apa jaminannya dia boleh mengingat dan menghafal Quran yang jauh lebih perlukan disiplin yang tinggi.
Aku faham 'kepayahan' menghafal Quran kerana aku sedang melaluinya.
Bukan setakat perlu disiplin tapi banyak yang kena dikorbankan.
Jadi, jangan ambik mudah 'mencampakkan' anak ke tahfiz sebagai pilihan akhir tanpa kenalpasti dulu di mana kelebihan anak kita.

Seorang ahli agama bukan sekadar mesti hafal Quran dan Hadis, tapi mesti mampu memahami apa yang dihafal dan menghuraikan maknanya selaras dengan tuntutan semasa.
Seperti yang kita sama-sama tahu, tak semua sahabat Rasulullah menghafal Quran.
Tak semua sabahat hafal ribuan hadis.
Tak semua sahabat alim dalam ilmu agama.
Tap kenapa semua sahabat Rasulullah Allah puji?

Kerana, semua sahabat Rasulullah mempraktikkan hadis dan berakhlak seperti Quran.

Sahabat Rasulullah lebih banyak habiskan waktu meng-amali-kan hadis.
Walk the talk omputih kata.
Dorang lebih banyak berdakwah fisabilillah.

"Setiap orang mengerjakan sesuai dengan kecenderungan atau bakat yang dimiliki" (Al-Isra, 17).

This shows bahawa kebijaksanaan manusia berbeza- beza.
Tak perlu terasa 'terhina' bila anak kita tak sebijak orang lain.
Setiap anak tak harus memiliki level yang sama dalam akademik.

Aku tahu kita semua tertekan dengan demand persekitaran.
Zaman sekarang, parents berlumba-lumba menjadikan anak produk terbaik.
Sebab tu setiap kali hujung tahun, ramai parents yang share keputusan peperiksaan anak-anak.
Yang anaknya berjaya of cos bangga.
Yang anaknya kurang cemerlang, terasa tersisi dan sakit hati.

Sebenarnya yang membuatkan kita rasa 'terhina' bukanlah keputusan peperiksaan anak, tapi sebab kita tak dipuji.
Kita rasa 'terhina' kerana tak dapat join the club menge-share result anak yang cemerlang.

Betul tak?

Ok meh aku cerita sikit pasal Rayyan.

Rasanya yang baca blog aku tau Rayyan di-diagnosed dengan mild disleksia.
Awal tahun lepas, masa exam penempatan kelas, dia dapat keputusan yang teruk juga.
Dia hanya dapat masuk kelas ketiga dari empat kelas.
Takde la teruk sangat, tapi sebab aku membandingkan dengan abang dia yang sepanjang tahun kelas pertama, so terasa agak teruk jugalah keputusan Rayyan tu.

Waktu tu aku tak tahu yang dia ada disleksia.
Lepas dah tau dia ada disleksia, aku and En Wan sama-sama ambik pendekatan bantu dia mana yang dia lemah.
Mula-mula ajar dia prektis menulis atas garisan (dia menulis asyik condong ke atas sebab nampak garisan bergerak).
Dalam masa sebulan, alhamdulillah masalah ni selesai.

Lepas tu aku fokus prektis gabungkan titik (sebab dia always nampak titik-titik bergerak-gerak).
Sampai sekarang ini masih jadi masalah dia tapi tak seteruk dulu.
Sekarang masih lagi prektis.

Dia selalu nampak huruf-huruf bergerak.
Jadi hari-hari aku layan dia membaca.
Mula-mula merangkak-rangkak kejap dia besarkan mata, kejap dia kecikkan mata.
Takpe, aku layankan je sebab aku tau dia nampak huruf bersimpang-siur.

Alhamdulillah, last year dia dapat nombor 2 dalam kelas dan tahun ni dia dapat pindah ke kelas kedua.
Walaupun orang kata nombor 2 dalam kelas ketiga, dan hanya nombor 39 dari seluruh Darjah 1, takpe.
Tak sehebat anak orang lain, takpe.
Nombor tak penting.
Peratusan that matters.
Asalkan ada peningkatan.
Konsep aku, kau jangan bawak balik C, cukup.
A tanda kau faham.
B, kau boleh buat tapi belum menguasai.
Tapi kalau C memang kau sebenarnya tak blaja dan tak faham apa yang kau blaja.

Tahun ni, dia tak dapat naik pentas.
Tapi dia balik bawa result dapat nombor 6 dalam kelas dan nombor 30 seluruh Darjah 2.
Peratusan 91%, maknanya yang nombor 1 tu entah-entah 100%.
See?
Budak-budak pandai dah ramai sekarang, jadi jangan terasa kecewa dengan nombor anak.

Masa En Wan tunjuk result Rayyan, aku syukur sangat-sangat.
At the same time rasa malu sangat dengan Allah.
Betapa selama ni aku banyak mendahului takdir.
Sedangkan terlalu banyak Allah tunjuk keajaibanNya pada aku melalui Rayyan.

Dari awal kelahiran lagi bila dokter kata chances adalah 50-50, Allah tunjuk kekuasaanNya, Rayyan selamat.

Bila dia dikenalpasti ada mild disleksia, aku terasa mungkin anak aku jadi lembab.
Tapi again Allah tunjuk keajaibanNya, Rayyan boleh duduk sebaris dengan budak-budak 'normal' di sekolah dia.
Kalau sistem pengkelasan masih on next year, insyallah rezeki dia ke kelas pertama.
Dia mungkin tak se-cream Redza yang dari Darjah 1 dah kelas pertama.
Tapi Rayyan buktikan perlahan-lahan dia satu level dengan abang dia, insyallah.

Prestasi manusia tak sama.
Asal ada peningkatan, bersyukurlah.

Kita ni, kalau nak bersaing dengan orang, selama-lamanya kita akan kalah dan takkan pernah menang.
Kerana kita akan sentiasa jumpa dengan orang yang lebih berjaya dari kita.
Akhirnya kita tertekan dan hilang tujuan serta fokus.

Sepatutnya kita fokus untuk bersaing dengan diri kita yang dulu, bukan dengan orang lain.
Jadikan kejayaan orang lain sebagai inspirasi, bukan sebagai saingan.
Kalau nak bersaing, bersainglah dengan diri sendiri.
Pastikan setiap hari kita ada peningkatan.
Bukan dari segi ilmu sahaja tapi dari segi amalan juga.
Kalau dulu kita sedekah RM1 seminggu, sekarang kita sedekah RM5 seminggu.
Kalau dulu pointer kita 2.9, next sem perbaiki.

Dengan Redza aku selalu pesan, jangan stress kalau ada kawan-kawan lebih bijak dari kita.
Sebaliknya, kena bersyukur ada kawan yang bijak dan berada di kalangan yang bijak.
Gunakan peluang tu untuk korek ilmu dari dia, mintak dia ajar mana-mana yang tak faham.
Jadikan keputusan exam dia inspirasi untuk kita perbaiki keputusan kita, bukan bersaing.
Aku always ingatkan Redza jangan bersaing dengan kawan.
Kau duduk jauh dari mak bapak dah cukup men-stress-kan, jadi jangan tambah stress dengan compete keputusan exam.
Cukup hanya perbaiki keputusan diri sendiri.
Pastikan pointer and gred meningkat, cukup.

Orang kata budak-budak skolah rendah sekarang dah macam budak Uni, soalan susah-susah.
Sebenarnya bukan soalan yang susah, tapi kita yang nak bersaing dengan orang lain.
Bersekolah, dibekalkan dengan homework dan diuji dengan exam takkan menjadikan budak-budak stress.
Yang menjadikan budak stress adalah bila kita mak bapak ni nak dia bersaing untuk jadi the best.

Kita dulu pun skolah juga, dilambakkan dengan homework juga, hadap exam juga.
Adakah kita stress?
Tak pun.
Main tetap main.
Tapi blaja tetap kena blaja, kan?

Dihormati, dikagumi, dipandang special - memang menyeronokkan.
Tapi kalau tak berhati-hati dan tak kuat iman, kita akan jadi hamba pujian.
Kita akan jadi macam orang mabuk - cara berfikir, cara bercakap, kelakuan dan cara kita buat keputusan - semua jadi 'tak normal'.
Semuanya macam dibuat-buat.
Tu semua sebab nak me-mantain kekal dapat pujian demi pujian.

Bila dah terbiasa dengan pujian, hati akan hilang sensitiviti, jadi lekas marah dan mudah tersinggung bila takde orang puji.
Hidup pun jadi fake sebab risau takde orang nak perhatikan dia lagi.
Dan kemuncaknya bila hubungan dengan Allah semakin menjauh.
Walaupun banyak ilmu dan rajin ibadah tapi hatinya menjauh dari Allah kerana dalam hatinya sibuk mencari penilaian manusia.

Bakat, potensi, kebijaksanaan adalah anugerah.
Tetapi akhlak adalah hasil dari usaha.
Intipati pendidikan adalah menyempurnakan akhlak.
Dan akhlak itu adalah Al-Quran.
Kita perlu membangun akhlak Al-Quran, bukan sekadar menghafal.

Ustaz aku pernah cakap kebanyakkan ibubapa sekarang hantar anak ke tahfiz kerana nakkan syafaat masuk syurga.
Nak jalan singkat ke syurga katanya.
Nak anak selamatkan kita.
Nak anak tebus dosa-dosa kita.
Sepatutnya mak bapak pun sama-sama menghafal supaya boleh bagi syafaat Quran kepada mak bapak mereka pulak.
Oh, memang pedih ustaz aku bagi tazkirah. Terasa ai.

Dah tentu syafaat becomes an important factor tapi kita semua ahlus sunnah.
Ahlus sunnah sediakan komponen syafaat tu.
Tapi menjadi obses dengan itu by simply placing heaven in such a simple way without any other effort, that is really menyedihkan.

By the way, pernah dengar nama Abdur rahman bin Muljam?

Dia ni seorang yang rajin ibadah, rajin puasa, rajin solat malam.
Dia seorang penghafal Quran dan mengajarkan pulak orang baca Quran.
Tapi amalannya tak membuatkan dia faham tentang agama.
Bila tak faham agama, dia mudah terpesong.
Akhirnya dia membunuh Ali Abi Talib.
Bayangkan seorang penghafal Quran jadi pembunuh?

Menghafal adalah cara, sedangkan berakhlak Al-Quran adalah tujuan.
Menjadi seorang penghafal Quran bukanlah tujuan utama, tetapi itu adalah salah satu cara untuk seseorang dapat berakhlak seperti Al-Quran.
Yang penting adalah kefahaman tentang agama.
Jadi, jangan salah faham dengan skolah aliran biasa dan tahfiz.
Kedua-duanya bagus, dan salah satu tak boleh dijadikan pilihan terakhir.
Jadikan ia pilihan kerana kita mahukan manfaatnya, bukan kerana kita dah takde pilihan lain.


p/s :

Semalam ramai yang email kat yahoomail aku bertanya tentang Halal in Home kit.
Ramai yang tanya berapa kali boleh guna kit tu.
Aku dah tulis dalam form, single use [satu kali guna only].
Kalau nak tanya please email sini ya : halal[at]xzizbiotech[dot]com



posted by aveo757 @ 9:21 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER