Beberapa hari lepas staff aku tanya "Kak, ada customer tanya, memang kentut baby jadi busuk kalau mak makan Herba Rahsia Rimba ke?"
Ok, if that person baca ni, ni aku jawab dengan panjang lain.
Mudah-mudahan ada pencerahan.
Kalau nak deeper information, boleh live chat dengan GreenAard, insyallah we will try to help you.
Cerita pasal kentut ni, selalunya takde siapa berani discuss bau kentut masing-masing depan orang? Jangan harap lah, kan.
Alangkan bunyi kentut yang paling halus dalam dewan kuliah yang sunyi sepi pun masing-masing taknak mengaku, lagikan nak mengaku tentang bau.
Jarang orang nak bercerita tentang kentut - kenapa kentut bunyi kuat, kenapa bunyi halus, kenapa kentut bau telur, kenapa kentut tak berbau, kenapa ada kentut yang lepas tak berapa nak lepas, eh macam-macam!
Aku rasa kalaulah ada tajuk kentut dalam mana-mana buku sains, mau satu bab tu cerita tentang kentut je.
Jangan tak tau ya, actually kentut boleh bagi petunjuk apa yang sedang berlaku dalam badan kita tau.
Jangan pandang lekeh dengan kentut.
Nampak je macam tak ada fungsi, tapi sebenarnya banyak yang kita boleh tau dengan mendalami proses kentut ni.
Manusia yang normal akan kentut 10-23 kali sehari.
Range ni normal.
Sama macam baby, kalau dia kentut dalam range ni, maknanya normal.
Takyah nak takut sangat apesal kejap-kejap terkentut.
Kalau lebih dari 23 kali tu, ada masalah lain, kena pi check dokter.
Dalam badan kita ni ada bakteria.
Bakteria ni akan pecahkan gula and kanji yang kita makan.
Proses pemecahan gula and kanji ni akan hasilkan gas.
Gas tu yang kena dikeluarkan dari badan.
So kalau korang kentut, maknanya korang sihat sebab bakteria bekerja dengan baik.
Kalau tak kentut-kentut atau kentut less than 10 times/day, tu menunjukkan ada masalah penghadaman.
So, jangan bangga sangat bila korang kentut sikit, tu penyakit namanya.
Ok berbalik pada soalan customer tadi adakah kentut baby boleh berbau busuk kalau dia (mother) ambik HRR. jawapannya - boleh jadi.
Maksudnya, ada kemungkinan kentut baby berbau busuk sikit.
Why?
Ok meh aku explain sikit [tak sikit lah, panjang gak ni].
Sebenarnya dalam setiap hembusan kentut, bau yang keluar hanya 1%.
Tu pun korang dah bising "Busuk! Busuk!".
Baru 1% padahal.
Cuba bayangkan kalau bau yang keluar tu 10%.
Mati agaknya satu rumah.
Bau kentut yang biasa adalah hidrogen sulfida.
Ini adalah bau kentut level-level 'biasa'.
Kebanyakkan makanan yang sihat memang ada sulfur.
Jadi, kalau kentut korang berbau level biasa-biasa, itu maknanya korang makan makanan yang sihat dan berzat.
Sama macam kita, baby pun ada bau kentut yang berbeza bergantung kepada apa yang dimakan (atau apa yang dimakan ibu).
Aku faham, ada mak-mak yang concern dengan bau kentut baby sebab boleh jadi selama ni kentut baby tu tak berbau.
Actually, kentut baby ada dua sumber.
Satu dari udara yang ditelan.
Udara ni masuk dalam badan everytime baby menangis.
Kalau baby banyak menangis, insyallah dia akan banyak kentut juga tapi kentut takde bau.
Kentut tak berbau pun merupakan petunjuk badan korang sihat.
Kerana tak semua badan yang sihat mesti keluarkan kentut yang berbau.
Kadang-kadang kentut yang tak berbau ni mengandungi angin je akibat banyak minum air gas.
Kentut tak berbau ni sama macam sendawa, cuma sendawa keluar kat mulut.
Yang kedua adalah dari makanan yang dia makan (atau susu ibu).
Kentut jenis ni berbau sebab macam aku cakap tadi, hampir semua makanan sihat ada sulfur.
Makanan yang ada sulfur tinggi antaranya sayur.
Korang yang selalu blend sayur untuk anak makan jangan terperanjat kalau kentut anak berbau sebab sayur memang tinggi sulfur.
Kalau korang sendiri makan banyak sayur, konfem kentut pun berbau sikit especially kalau makan brokoli, kobis and cauliflower.
So, kalau korang banyak makan sayur, maknanya anak yang menyusu badan juga akan dapat tempias sulfur yang tinggi melalui susu ibu.
Lagi banyak sayur atau herba yang korang makan, lagi banyak sulfur dalam badan.
Bila bakteria pecahkan sebatian sayur and herba ni, lagi banyak la masam la kentut korang sebab dalam sayur also ada kanji and serat.
Tapi jangan ingat sayur je ada sulfur, daging pun ada.
Cuma sayuran and herba ada sulfur yang tinggi so please expect lawas kentut dan kentut berbau.
"Tapi saya vegetarian, kentut saya takde la busuk sangat".
Ya, sulfur memang tak busuk sangat, tapi berbau.
Range ada dari mild ke strong.
Ada yang lebih seram dari bau sulfur.
Yang tu memang busuk pelantung.
Yang busuk pelantung tu ada penyebab lain.
Tunggu, aku lom habis tulis lagi ni.
Let's berpijak di bumi yang nyata, ok?
Tak ada kentut yang wangi dalam dunia ni.
Semua kentut pun busuk, kalau ada pun, kentut yang tak berbau.
Tapi hakikatnya tak ada kentut yang wangi.
Memang ada bau kentut yang agak menyeramkan.
Bau dia macam bangkai.
Bukan macam telur busuk tau, telur busuk tu sometimes disebabkan high sulfur juga.
Contoh, kalau korang banyak ambik makanan dari produk tenusu (susu, keju, telur) dan jam-jam tu jugak rasa nak terkentut, itu menunjukkan badan ada masalah memproses laktosa (lactose intolerance).
Dalam keadaan yang lain, ia boleh jadi petunjuk kepada masalah yang lebih kronik tentang usus ataupun mungkin jangkitan gastroenteritis.
Hat ni yang level busuk pelantung.
Tapi jangan risau, tak semua kentut yang terlalu busuk tu petanda bahawa korang ada penyakit tersebut, tapi tak salah kalau kita ke klinik untuk buat further check, kan?
Sama macam baby jugak.
Kalau kentut baby falls more into kategori busuk pelantung macam bau belerang, boleh jadi itu penunjuk sama ada infection atau poor absorption of nutrients.
Lebih-lebih lagi kalau susu atau baby food ada laktosa, please discuss dengan paed.
Kalau nak tau samada kentut tu disebabkan oleh infection atau tak, tengok stool dia.
Sometimes baby muntah jugak, ni pun indicator infection.
Tapi kalau setakat bau-bau busuk tu, more likely because of high sulfur.
So, secara kesimpulan, adakah baby kentut busuk kalau mak ambik HRR, jawapan aku yes, ada kemungkinan.
Kerana HRR ada banyak dedaunan.
"Macamana nak kurangkan kentut?"
Ok, tadi aku dah cakap kalau makan makanan high sulfur, kentut akan jadi busuk and banyak.
Jadi, secara lojiknya, nak kurangkan kentut, maka kurangkan makanan yang tinggi sulfur.
KURANGKAN SAJA, BUKAN STOP TERUS.
Balance kan diet.
Kurangkan brokoli, kobis, cauliflower, halia, bawang putih.
Oh yes, baru teringat.
Those yang makan GC Plus selalu kata asik sendawa and kentut.
Puncanya itulah, GC Plus ada bawang putih and halia :)
Tapi perut jadi lawas, kan?
Perut tak kembung, kan?
Tapi bunyi kentut takde kaitan dengan faktor kesihatan, ya.
Kentut kuat atau perlahan atau tak bunyi lansung takde bagi petunjuk pada kesihatan tapi postur badan korang semasa korang kentut. Itu saja.
Jadi mungkin teori mengepit tu benar.
Nak kentut halus, pandai-pandailah kepit.
Kalau boleh jangan bagi bunyi lansung.
Insyallah Isnin depan kita launch new shawl.
Koleksi 4 seasons.