2018-10-01

Muka


Perasan tak bila kita semakin tua, muka kita berubah.
Bukan berubah sebab kedut atau kulit yang dah tak anjal tapi bentuk muka pun berubah jugak.
Kalau tak percaya cuba tengok muka-muka orang yang badannya kekal kurus dari muda sampai ke tua.
Walaupun berat maintain, bentuk muka takkan sama.

Ini bukan pasal kedut.
Kulit umur 20 tahun dan 40 tahun, kalau konsisten guna facial care yang bagus with healthy lifestyle, your skin still looks great walaupun berat berubah-ubah.
Tapi ada something about our face that looks different, something yang kita tak pasti kat mana yang salah.

Sebenarnya semakin tua, tulang muka kita termasuk soket mata, hidung dan rahang atas terus berubah.
Soket mata jadi makin besar, sudut tulang bawah kening berkurang (that's why senang nak ada garis kedut di antara 2 kening), and kelopak mata jatuh sikit.
Dalam bahasa mudahnya, semakin tua, tulang muka kita jadi 'mengecut'.

Dulu aku biasa dengar orang tua-tua cakap "Dah tua-tua ni tak elok kurus sangat, nampak lagi tua".
Mungkin itulah maksudnya.
Bila dah tua, tulang mengecut.
Kalau kita kurus-kurus sangat, muka akan nampak sangat tua berbanding usia.
That's kalau orang nak beli GC Plus, aku tanya dulu berapa berat.
Kalau setakat badan berisi (tak overweight pun), takyah la ambik.
Kau rasa cantik cengkung-cengkung gitu? Hahaha.

Semalam aku gigih cari gamba-gambar lama untuk compare-kan struktur muka.
Memang jelas beza.



Umur : 21
Berat : 44kg.
Status : Belum kawen.

Ya, aku tau gamba ni mosaic, tak clear.
Tapi boleh comparekan dengan gambar-gambar kat bawah ni nanti.

Walaupun 44kg, muka masih nampak 'penuh', walaupun pinggang dah secekak.
Keran at age 20, bawah kulit muka ada baby fat (ni kira macam lemak baik).
Tulang pipi pulak firm.
Tulang pipi yang firm akan pegang lemak betul pada tempatnya.
Kolagen pun masih banyak dihasilkan.
Jadi sebab tu waktu umur ni muka nampak segah dan segar.

Inilah sebabnya kenapa budak-budak umur 20an paling gila-gila sekali nak kuruskan badan walaupun badan dah kecut sangat.
Kerana dorang keliru.
Takyah cakap orang lah, aku dulu pun gitu.
Tu pasal masa hari nikah, berat aku 41-42kg.
Padahal 44kg dah underweight.
Tapi dek tak puas hati dengan 44kg, aku turunkan lagi berat sebab stress apesal muka muka bulat.

Tapi tu lah dia, dulu muka dah runcing pun nampak macam bulat.
Sekarang muka dah bulat pun aku feeling-feeling runcing sangat. Kahkahkah.



Umur : 34
Berat : 53kg.
Status : Berkahwin, 9 bulan selepas lahirkan Rayyan.

Dah beranak 2 kali.
Berat pun bertambah 9kg dari gambar atas tapi muka aku lagi tirus dari muka zaman anak dara yang berat 44kg tu.

Masa zaman anak dara, aku tak banyak sangat buat pergerakan.
Pi kelas pun naik bas, tak pun tumpang moto member.
Takde banyak sangat guna tenaga.
Aktiviti senggang pun ambik indoor games, alahaiii...camana la otot nak berkembang.

Secara sains, bila umur 30an, baby fat kat muka semua dah hilang.
Tulang muka pulak dah start mengecut.
Tak mengecut banyak tapi dah start.

Bila tulang mula mengecut, facial tissue and skin akan jatuh sikit sebab tulang dah tak berapa boleh hold tissue-tissue ni.
Waktu ni, kalau berat badan kita naik, muka senang nak nampak kembang sebab tulang muka dah mengecut jadi ruang kosong yang dulunya dipenuhi dengan tulang, akan start dipenuhkan dengan lemak.
Sebab tu muka start nampak pat persegi.

Macam aku umur 34, aku memang tak bersenam and tak berdiet.
Tapi aku banyak merayap.
Keje sales banyak bergerak.
Day trip ke Penang pun pernah.
Kadang sampai tertido kat Shell punyalah penat.
Bila banyak buat pergerakan, otot akan bertambah.

Disebabkan otot bertambah, maka lemak akan berkurang dengan lebih cepat sebab otot membakar lemak.
Sepatutnya lemak ada dah kat muka tapi disebabkan aku aktif jadi lemak tak sempat nak singgah kat muka.
Tambahan pulak waktu ni tulang muka dah berubah sikit menjadi lebih kecik.
Itu yang membuatkan muka nampak panjang dan sangat tirus.

Kat sini sebenarnya dah nampak betapa betulnya cakap nenek-nenek di zaman silam.

"Jangan kurus sangat, nanti muka nampak tua".

Umur 34 oklah lagi tirus macam ni.
Walaupun struktur tulang dah berubah tapi kolagen masih ada lagi, so kulit masih anjal.
Bayangkan dah tua esok kalau muka aku runcing macam ni tapi kulit dah ada kedut dan saggy, konfem macam Mak Lampir.



Umur : 41
Berat : 51.3kg.
Status : Tua dah.

Berat berkurang (sikit) dari gambar atas, tapi muka penuh!
Haaaaa, magik kan saya?

Muka jadi penuh sebab struktur tulang berubah.
Tulang pipi jatuh sikit.
Bahagian jaw yang dulunya mampat dengan tulang dah mula ada ruang-ruang kosong semenjak tulang muka mengecut.
Jadi ruang-ruang tu akan dipenuhkan dengan lemak.
Kalau takde lemak, muka kau akan tirus ikut struktur tulang.

Tulang di usia 40an lebih jatuh ke bawah dan mengecil.
That's why bila kita jadi sangat kurus di usia tua, muka kita nampak agak menakutkan.

Secara lojiknya kalau ruang-ruang kosong dipenuhi dengan lemak, patutnya muka akan jadi macam dululah, kan?
Tapi tak, ya.
Dulu tu muka penuh sebab tulang.
Sekarang muka penuh sebab lemak yang sifatnya tak firm.
Sebab tu nampak 'comel'. Kahkahkah.

Struktur muka kita berubah dengan ketara bila mencecah umur 40 tahun (bagi perempuan).
Kalau lelaki, lambat lagi, 60 tahun esok baru struktur tulang mula dia nampak perubahan.
Mungkin inilah sebabnya kenapa orang tua-tua dulu suruh pilih suami yang lebih tua, supaya isteri tak nampak tua sebelum suami.

Kerangka muka perempuan 40an jauh beza dengan umur 20an.
Tunggu nanti bila dah umur 60an, kerangka muka dia jauh beza dengan umur 40an.

Maksudnya kat sini, perempuan aging lebih hebat dari lelaki.
Struktur tulang yang makin mengecut ni membuatkan walaupun kita buat botox, tetap kita takkan dapat muka secomel zaman 20an.
Nak jadikan kulit lebih tegang (less kedut), insyallah boleh.
Tapi untuk jadi secantik zaman muda, tak.
Sebab perubahan muka bukan semata-mata pada kulit tapi tulang muka jugak.

Kalau nak ikut lojik, bila berat makin berkurang, dan pinggang masih boleh pakai jeans yang sama, sepatutnya takde apa yang berubah pada muka, kan?
Tapi tak.
Even berat berkurang, dan boleh pakai seluar jeans lama, muka tetap nampak beza.
Even hidung aku pun dah nampak beza banding zaman 20-30an dulu sebab hidung kita made from tulang rawan.
Bila aging, hidung akan jatuh sikit dan besar (kembang) sikit.
Jadi, orang yang hidung tak berapa mancung macam aku ni, bertambahlah peseknya nanti bila semakin tua.

Kat sini nampak hikmahnya kenapa Tuhan jadikan tulang muka kita berubah seiring perubahan usia.
Sebab Allah lebih mengetahui, manusia ni akan buat macam-macam supaya muka nampak kekal muda.
Kalau muka boleh kekal seperti zaman muda dengan face lifting, cucuk vitamin C, sapu macam-macam krim muka, makan kolagen, etc, manusia takkan beringat akan hari tua dan takkan beringat nak mati.
Jadi Dia ubahkan juga kerangka muka seiring dengan usia supaya kita tau masa lalu takkan boleh kembali dan zaman muda hanya datang sekali.

Salah ke nak kalau nak bagi muka nampak lebih muda?

Tak salah.
Buatla apa pun, selagi tak membebankan.
Cuma itulah hikmahnya kenapa tulang muka berubah.
Kadang-kadang uban tumbuh dah banyak pun tak ingat-ingat jugak.
Jadi Tuhan ubah tulang muka, supaya hari-hari tengok cermin tu boleh nampak muka dah makin berubah tapi perangai tak berubah-ubah lagi.