2018-10-31

Vaksin




Silakan baca dulu status FB di atas sebelum baca blogpost aku.
Yang status atas ni lalu kat newsfeed, orang share.

Ok, aku punya blogpost taknak kutuk anti-vaksin parents dalam screenshot tu.
Cuma aku berharap takde dalam ahli keluarga aku berfikiran macam ni.

Aku bukan tak baca isu-isu vaksin-antivaksin ni semua.
Anything yang berkaitan dengan sains, aku memang always teruja nak baca.
Tapi tu lah, ujung-ujung aku rasa aku jadi bangang pulak bila ramai yang menolak sains dan lebih percayakan mitos.

Kalau baca bahagian komen, memang banyak mitos yang membuatkan antivaks percaya ketidakperluan menvaksin anak, seperti mitos vaksin menyebabkan autisme, autoimun disease (macam eczema), kencing manis, baby mati secara tiba-tiba.
Kebetulan-kebetulan macam ni lah yang membuatkan antivaks salahkan vaksin.

Yang aku pelik tu bila kita kata anak dorang jadi autisme mungkin kebetulan saja dan takde kaitan dengan vaksin, oh mati-mati taknak terima.
Katanya itu bukan kebetulan, tapi sah berpunca dari vaksin!
Tapi bila anak dorang turn out to be healthier than those vaccinated kids, bila kita cakap itu hanya kebetulan, kemain marah lagi.
Dengan bangga bagitau anak dorang bijak and sihat sebab kecik-kecik dulu tak vaksin, bukan sebab kebetulan.

Oh, macam tu eh?

Ye lah.
Untuk sesetengah antivaks parents, mana cukup setakat menggambarkan anak-anak dorang sihat dan bahagia kan.
Of course kena gambarkan yang anak dorang LEBIH SIHAT, LEBIH BAHAGIA dan LEBIH BIJAK than all the other kids in their class.

Biasalah tu.
Basically, we human beings tend to be more likely to accept perkara-perkara yang fit dengan apa yang kita nak dengar, yang kita tak nak dengar walaupun ianya terbukti secara saintifik, akan tolak mentah-mentah dengan cara memberi macam-macam alasan berbentuk mitos.

Dalam kes-kes antivaks, kebanyakkan alasan yang selalu kita nampak adalah berbentuk comparison.
Kalau dalam family tu ada "mixed" (ada anak yang vaccinated and ada anak yang tak vaccinated), the stories are all the same.

"Anak saya yang pertama tu vaksin. Tapi lambat berjalan, lambat tumbuh gigi, kejap-kejap demam. Tapi adiknya saya tak vaksin, umur 6 bulan dah tumbuh gigi, dah pandai jalan, sampai umur 15 tahun tak pernah lansung sakit!"

Ceritanya dia compare anak yang vaccinated dengan tak vaccinated.
Balik-balik compare gitu je.
Takde bukti-bukti saintifik.

Aku rasa benda-benda macam ni menuntut level kefahaman yang tinggi.
Maybe itulah puncanya kenapa pendidikan kita sekarang paksa budak-budak lancar membaca seawal 6 tahun, pandai mengira seawal 7 tahun, umur 8 tahun dah hafal sifir sampai sifir 9, dah menjawab soklan bertaraf KBAT (kemahiran berfikir aras tinggi).
Maybe torture yang anak-anak kita dapat sekarang berpunca kerana kita ni mak bapak yang payah nak diajar.
So kerajaan taknak anak-anak kita mewarisi 'kebodohan' yang sama jadi dia terapkan KBAT dari awal supaya anak-anak mampu berfikir di luar kotak.

Parents antivaks beranggapan kalau dah ambik vaksin, anak-anak akan sihat tak akan pernah sakit sampai bila-bila.
Macam orang yang ambik GC Plus lah.
Berharap bila makan sebotol, turun 10kg terus.
Kalau boleh makan hari ni, esok dah kurus, dah sampai bila-bila tak gemuk dah.
Antivaks punya anggapan pun macam tu gak.
Kalau dah vaksin mesti kena sihat sampai bila-bila ceritanya.

Ok aku guna contoh virus campak.

Ada yang question "Kat mana lojiknya nak prevent campak tapi guna virus campak?"

Ok cerita dia camni.

Memang vakcin tu adalah virus campak tu sendiri.
Tapi it is a live version of virus campak yang dah dilemahkan.
Virus tu sengaja dilemahkan untuk trigger antibodi dalam badan.
Sebab tu lah walaupun virus tu dicucuk dalam badan, badan tak kena campak kerana yang masuk tu virus yang lemah.
Fungsi kita cucuk dulu virus tu dalam badan untuk trigger penghasilan antibodi siap-siap supaya bila real virus campak masuk, antibodi dah get ready nak attack.

"Anak saya dah kena cucuk campak masih lagi kena campak"

Basically, anak-anak yang vaccinated against campak masih boleh terkena campak, but very unlikely, sebab badan dah ada antibody.
Tapi kalau ianya terjadi, boleh jadi badan tak hasilkan cukup antibodi, atau antibodi yang dihasilkan tak cukup spesifik untuk bunuh virus.
Yang ni tak boleh salahkan vaksin sebab bukan semua orang terkena campak lagi selepas divaksin, hanya certain people je.
Kalau semua yang divaksin terkena campak, ok yang tu boleh salahkan vaksin.
Masalahnya out of 1000 yang dah divaksin, maybe 1 je kena campak.
Ini ada kaitan dengan badan orang tu sendiri.

Sama macam weight loss.
Ada orang makan sebotol GC Plus boleh turun 2-3kg.
Ada yang tak turun lansung.
Bila check-check rupanya ada PCOS, rupanya ambik birth control, rupanya ada thyroid.
Vaksin pun macam tu.

Kita ambik vaksin untuk prevent campak jadi lebih teruk.
Ko ingat campak yang kita dapat sekarang ni takat gitu-gitu je ke?
Itu mujur dah ada vaksin tau.
Kalau tak, they will suffer more.
Boleh jadi kita akan dapat demam campak yang associated dengan encephalitis yang boleh menyebabkan kematian.
Jadi fungsi vaksin bukan setakat prevent the penyakit tapi prevent dari penyakit tu merebak jauh lebih buruk.

Takpe, aku up satu lagi contoh.

Katakanlah kita berada dalam kelompok 1000 orang.

90% dari 1000 orang ni dah divaksin (900 orang).

Dalam ramai-ramai tu ada sorang yang terkena campak, bergerak dalam kelompok dan menyebarkan virus campak.

Dari 100 orang yang tak divaksin tadi, kira-kira 90% dapat jangkitan (90 orang).

Kemudian, dari 900 orang yang divaksin, around 3-7% dijangkiti.

"Apesal dalam 900 orang yang dah divaksin ni masih boleh dijangkiti padahal dah vaksin?" 

Sebab, dorang tak dapat imuniti sepenuhnya kerana dalam kelompok tu ada ada 90 orang dah dijangkiti.

Boleh jadi 10 orang yang tak divaksin tu duduk dalam kelompok yang dah divaksin, that's why dorang terselamat.
Dan boleh jadi juga 3-7% yang dijangkiti (walau dah divaksin) duduk berdekatan kelompok yang 90 tu tadi.

Jadi fungsi vaksin kat sini bukanlah menyebabkan kita 100% bebas dari kena jangkitan.
Ia cuma mengurangkan potensi untuk korang terkena jangkitan.

Bayangkan kalau semua 1000 orang tadi tak divaksin, dah konfem semua kena jangkitan.
Tapi disebabkan 900 orang dah divaksin, hanya 63 orang (7%) mendapat jangkitan.
Yang 63 orang ni terkena jangkitan boleh jadi kerana antibodi yang badan hasilkan tak cukup kuat untuk melawan virus.
Just imagine bila kau terperangkap dalam ruang yang ada ramai orang kena demam campak.
Dah tentu antibodi badan struggle nak lawan balik.

Itu kalau 900 orang dari 1000 orang divaksin.

Kalaulah yang divaksin adalah 999 orang, 1 orang je tak divaksin.
Dah tentu peluang untuk terkena demam campak semakin rendah.

So boleh imagine tak kalau separuh penduduk dalam Malaysia tak divaksin.
Chances are at least 7% yang dah divaksin akan kena demam campak sebab virus merebak dengan banyak.
Our antibody takkan cukup kuat untuk bertahan melawan virus yang banyak.

What if one day 3/4 rakyat Malaysia tak divaksin?
Apa jadi dengan yang dah divaksin?
Rasa-rasa boleh bertahan tak bila jangkitan merebak?

Dia punya analogi macam campak kau tengah laut dengan segala kelengkapan berenang.
Tapi kalau ombak ganas, ditambah dengan ribut, hujan and keadaan yang gelap, potensi untuk kau drown adalah tinggi walaupun equipment kau canggih.
Sebab apa?
Sebab halangan kau sangat banyak.

So please tolonglah faham konsep vaksin.
Bukan bermakna kau takkan kena campak lansung.
Tapi untuk kita sama-sama kurangkan potensi terkena demam campak.
I tell you, demam campak yang real bukan macam yang kita nampak sekarang ni ya.
Setakat sapu-sapu lotion pink, minum air kepala bagai. Tak.
Campak yang real tanpa vaksin sangat teruk okeh.

"It takes a village to raise a child".

Selalu gak nampak quote ni dulu.
Masa tu terpikir gak apekejadah sekampung nak membela anak kau pulak?
Anak kau, kaulah bela.

Now dah faham dah maksudnya.
Salah satunya adalah vaksin ni lah.
Anak-anak kita jadi sihat bukan setakat kerana dijaga dengan baik oleh mak bapak tapi ada peranan masyarakat yang mesti dilibatkan bersama.


p/s : Thank you Prof Charlie @ Ghazali Ismail, who has taught me immunology. Worth learning rupanya.




Yang tanya bila boleh dapat diskaun kod untuk promosi Gloei, harap bersabar.
Kita akan email one shot bila promosi ni habis 2 Nov.
Ada yang tanya diskaun RM5 tu untuk setiap botol ke atau setiap pembelian?
Jawapannya : Setiap botol. Yang beli 3 botol akan dapat diskaun RM15 sekaligus.
Promosi tamat 2 Nov.
Klik atas tu kalau nak tanya apa-apa.