2018-09-02

Suami suka tengok porn




Dalam Islam, tengok gambar bogel dan menonton porn adalah dosa.
Dari segi etika, itu adalah tingkah laku yang buruk dan obviously dilarang oleh agama, kerana melihat orang aurat orang lain.
Perbuatan tengok porn secara berterusan akan datangkan ketagihan dan in the long run akan bagi kesan psikik.
Dengan bahasa paling mudah, orang yang suka tengok porn ni adalah orang yang berpenyakit.
Dia sedang sakit.

Untuk matikan tabiat buruk suami, isteri perlu pasang strategi dan kesabaran.
Sebagai seorang isteri, sekiranya kita masih nak kekalkan rumahtangga, kita tak banyak pilihan.
Pilihan yang ada adalah sabar dalam membimbing suami untuk meninggalkan kebiasaannya.
Antara jalan yang boleh kita buat adalah buka ruang discussion secara open-minded.
Tanya baik-baik, build a warm and open communication.
Bukan terus menerus ungkit masalah tersebut tanpa ada solution, ujung-ujung bertekak takde ending.
Kena ingat suami kita sedang ada masalah dan dia sedang 'sakit'.
Orang yang sedang sakit perlu ditolong, bukan dimarah-marah.

Perkara pertama yang kita kena buat adalah berdoa.
Libatkan Allah dalam masalah ni, jangan buat pandai nak settle sendiri-sendiri.
Allah bagi kita ujian bukan nak tengok sejauh mana kita boleh selesaikan tapi Dia nak tengok sejauh mana kita letakkan pergantungan padaNya.
So, mintak tolong Allah supaya suami dibukakan hatinya untuk bertaubat.

Ustaz aku ada pesan "Menasihati tanpa berdoa adalah satu perbuatan sombong".
Kerana seolah-olah kita percaya kita ada hak untuk mengubah keadaan.
Yang sebetulnya, kita hanya boleh tegur dan nasihat.
Selebihnya serahkan pada Allah.

Kita yang berdoa ni pun kena banyak buat solat taubat.
Kerana boleh jadi ujian ni Allah turunkan kerana kita juga ada buat salah, tapi Allah datangkan ujian melalui suami.

Sambil-sambil kita nasihat dan doa, kita create awareness untuk suami untuk tinggalkan tabiat tu.
Berdasarkan apa yang reader ni cakap, the suami sangat bertanggungjawab pada famili, maknanya suami tu bukan orang jahat.
Boleh jadi dia pun taknak buat lagi, tapi bila ketagihan datang, dia tak kuat nak menolak.
Kadang-kadang orang yang buat maksiat ni sedar akan maksiat tu dan dia buat dengan rasa bersalah.
Tapi dia tetap buat kerana faktor-faktor tertentu like masalah psikologi, pengaruh kawan, kelemahan dalaman, etc.
Mungkin dia pun sebenarnya tersiksa sebab tak boleh tinggalkan perbuatan tu tapi dia perlukan someone yang boleh bantu dan faham keadaan.
Someone yang boleh come out with formula atau plan what steps should be done, starting from prevention atau minimizing the ketagihan.

Dan jangan memaksa perubahan ni berlaku 1-2 hari.
Benda yang dah jadi kebiasaan tak mungkin boleh berubah sekejapan.

Dalam banyak keadaan, perkara yang menjadi masalah bukanlah masalah itu sendiri, tapi respond kita terhadap masalah.
Inilah situasi yang selalu terjadi kat media sosial.
Bila kita bermati-matian menyampaikan nasihat tapi bila nasihat kita tak diendahkan, kita jadi marah.
Kerana kita mengharapkan apa yang kita cakap/tegur, dalam sekelip mata orang tu berubah jadi baik.
Selagi dia tak berubah, kita akan terus bising.

Kita kena ingat, semua perubahan perlu waktu dan proses.
Bila kesedaran dan keimanan dah terbangun insyallah dia akan berubah jadi lebih baik dan slowly tinggalkan perbuatan buruk tu.

Privacy is privacy.
Tapi yang kita private-kan tu salah ke tak?
Perkara salah tetap salah.
Sesuatu yang haram mesti dihukumkan sebagai haram tapi menghukumkan sesuatu sebagai haram tak cukup untuk selesaikan masalah.

Suami tengok porn, salah.
Pergi tempat maksiat, salah.
Yang jelas salah, tetap salah.
Tapi kalau kita balas perbuatan suami dengan sengaja keluar sorok-sorok semata-mata nak bagi suami rasa sakit hati, atau nak pulangkan paku buah keras, itu jelas kita yang salah.

The thing is, dah tau salah, jangan buat.
Suami yang tengok porn boleh jadi dia tahu itu salah, cuma dia tak mampu nak stop sebab ketagihan (penyakit).
Tapi kita yang tak sakit ni, dah tau keluar sorok-sorok tu salah tapi tetap nak buat just to get even dengan suami, bermakna kita ni jauh lebih teruk.

Esok di akhirat, kita akan dipertanggungjawabkan ke atas perkara yang kita buat, bukan perkara yang orang lain buat.
Jadi kalau kita rasa ok fine kau tengok porn sorok-sorok, aku nak balas balik perbuatan kau dengan keluar sorok-sorok tanpa izin kau pulak.
Kat situ dah nampak kita tak ikhlas bagi nasihat bila nasihat yang kita bagi pada suami rupanya tak mampu membuatkan diri kita jadi lebih baik.
Sebaliknya, kita dah kalah dengan nasihat kita sendiri.
Kita suruh suami buat baik, tapi bila nasihat kita tak jalan, kita memilih untuk hanyut.
Elok-elok ada satu masalah, dah jadi double masalah.

Tak perlu marah-marah bila apa yang kita nasihat tak lut.
Boleh jadi Allah tak izinkan perkara tu berlaku bukan kerana dia (yang buat salah) tapi kerana kita belum cukup benar dalam memberi nasihat.
Kurang keikhlasan, maybe.
Perhaps kita sekadar nak tunjuk kita betul, bukan kerana kita ikhlas nak dia berubah.

Percayalah, persekitaran akan berubah bila kita berubah.
Aku dah alaminya.

Pernah dengar pepatah "Action speaks louder than words"?

Nasihat, semua orang boleh bagi nasihat.
Begitu juga dengan dakwah, semua orang boleh bagi dakwah.
Tak perlu jadi ustazah kalau nak nasihatkan orang.
Tapi bila kita transformkan kata-kata dengan perbuatan, di situlah nanti akan berlaku perubahan.

Ali bin Abi Talib pernah cakap "Wahai orang-orang yang memiliki ilmu, amalkanlah ilmu kalian. Orang yang berilmu secara hakiki hanyalah orang yang mengamalkan ilmu yang dia miliki sehingga amalnya selaras dengan ilmunya. Suatu saat nanti akan muncul banyak orang yang memiliki ilmu namun ilmu tersebut tidaklah hanya sekadar di kerongkong (kata-kata)".

Apa yang Ali kata dah ada buktinya sekarang.

Kita tau hidayah itu milik Allah, tapi kita bermatian-matian nak orang berubah dengan nasihat kita.
Kita tau keluar tanpa izin suami itu salah, tapi kita nak buat jugak semata-mata nak balas dendam kat suami yang taknak dengar nasihat kita.

Boleh faham tak agak-agak?

Isteri, banyakkan berdoa dan solat taubat untuk keluarga kita.
Dalam satu ceramah ada mengatakan airmata taubat seorang ibu boleh mengubah sikap anaknya.
Jadi tak mustahil air mata taubat seorang isteri mampu menjentik hidayah pada suami.
Istiqomahnya seorang isteri dalam melaksanakan perintah Allah adalah langkah awal untuk mempengaruhi suami menjadi lebih baik.
Maksudnya, kalau kita tak memperbaiki diri, tak mungkin kita boleh memperbaiki suami.

Bangunlah tahajud tiap-tiap malam.
Sebab Allah akan turun ke langit dunia SETIAP MALAM dan bertanya "Ada tak hambaKu yang ada masalah? Ada tak hambaKu yang nak keperluannya Aku penuhi?"

Allah turun cari kita tetiap malam.
Maka, bangun, cerita kat Allah masalah kita.
Masalah ni Dia yang bagi, jadi pulangkan balik pada Dia untuk Dia settlekan.
Kerana tak semua yang Allah izinkan berlaku tu Allah redha.
Pasti ada hikmah yang kita tak tau.






Offer Gloei with free Cleansing Gel 25ml dah tamat 31 Ogos lepas.
Tapi kalau nak Cleansing Gel, boleh je beli 100ml punya.