2018-09-20

Movie review



1. Guru (2007)

IMDb : 7.8/10

Baru nak tengok cerita ni.
Jenuh aku nak mengabiskan koleksi movie-movie dalam hard disk aku.
Kawan aku sangat rajin mendownload movie untuk aku tengok tapi aku ni malas nau nak cari masa untuk tengok.

Guru Bhai, seorang bisnesman India yang sangat popular tahun 50an.
Dia bukan bisnesman biasa-biasa tapi seorang kapitalis.
Fokusnya hanya untuk jadikan middle class kaya raya.
Dia punya determination sangat tinggi sampaikan sanggup buat apa je walaupun kawen tanpa cinta semata-mata nak dapatkan dowry untuk modal bisnes.
Walaupun kawen tanpa cinta, tapi dia suami yang baik dan bertanggungjawab.
Kiranya dia ni tak kisah kawen dengan sesape pun sebab fokusnya untuk membina kerjaya.
Nasib baik dapat isteri yang bagi full support and sanggup hidup susah masa awal-awal suami nak membina bisnes.

Tapi cara dia membina empayar dia tak berapa bersih.
Untuk dapatkan lesen, dia bribe politician and pegawai kerajaan, dia smuggle factory instrument, dia elak bayar banyak cukai and dia bribe orang-orang tertentu untuk kepentingan dia.
Antaranya, dia bribe syarikat akhbar supaya setiap hari ada iklan untuk produk dia.

Sekali imbas memang nampak tak bersih cara dia ni, hakikatnya dia kongsi kekayaan dia dengan pekerja-pekerja.
Pekerja dia diberi peluang untuk ada share sikit dalam syarikat.
Guru Bhai punya misi adalah untuk jadikan middle class people hebat dan kaya sebab dia pun dari golongan middle juga.
Dia bribe politician and government staff sebab pada zaman tu hanya orang-orang kaya and ternama je boleh buat bisnes sedangkan middle class disekat peluang untuk jadi kaya.
Memandangkan sistem dulu dah mempraktikkan rasuah, jadi dia takde cara lain melainkan follow the "system".
Ni macam kisah Sivaji the Boss jugak cuma Sivaji tu over the top sangat jalan ceritanya.
Guru Bhai ni true story.

Dari segi moral, cerita ni tunjuk bad moral sebenarnya, tapi dalam pada masa yang sama menggambarkan perjuangan orang middle class untuk penetrate market.
Apa-apa pun cerita ni akan jadi lagi best kalau yang jadi Guru Bhai tu bukan Abishek sebab aku tak minat Abishek.
Maybe sebab heroin dia Aiswarya, lagipun Abishek tu tak berapa hensem so sajak la jadi orang kampung.
Karang letak Arjun Rampal hensem macam tak lojik sangat. Hahaha.

Yang buatkan aku bertahan melayan cerita ni sebab jalan cerita dia macam jalan cerita kita-kita yang berbisnes.
Yang kaya bina connections and invest a lot in politician, experts dan orang-orang yang ada kuasa dan jawatan dalam agensi.
To be fair, ada jugak rich people yang asal-asalnya dari middle class juga.
Bezanya dorang tau macamana cari dan manfaatkan peluang.

The thing is, 'memanfaatkan peluang' itu sangat mengelirukan.
Aku sendiri kadang-kadang keliru di antara 'memanfaatkan peluang' dengan 'mengambil kesempatan'.
Takut sangat tersalah langkah, and that's really confusing.
Just like Guru Bhai ni.
Dia berjaya tapi dengan cara yang tak clean.
Memandangkan sistem di sana pada waktu tu banyak mengamalkan rasuah jadi dia pun menggunakan peluang (or was it mengambil kesempatan?) tu untuk dapatkan bisnes.
Kadang-kadang menjustifikasi dengan bermatian-matian suatu benda yang salah untuk nampak betul dfan sedapkan hati sendiri.
You get what I mean?



2. Shahid (2012)

IMDb : 8.3/10

Another true story movie.
Cerita tentang human-rights and criminal lawyer nama Shahid Azmi dibunuh sebab mempertahankan orang tak bersalah yang dituduh sebagai terrorist.
Masa dia umur 15 tahun dia pernah dipenjarakan sebab kes salah tuduh (orang ingat dia terrorist), lepas tu dia nekad bila keluar dari penjara nak jadi lawyer and pertahankan kes-kes macam ni.
Kebanyakkan kes-kes yang dia handle semuanya pasal OKT yang disalah tuduh sebagai terrorist
Kebetulan dia ni orang Islam dan membela OKT Islam yang kena tuduh, orang mula anggap dia pun puak-puak jihadist.
Memandangkan dia banyak menang kes, wujud satu rasa tak puas hati kat dia.

Satu malam tu, dia dapat call untuk datang ke opis, new client nak jumpa minta khidmat kes.
Nak jumpa urgent.
Sampai-sampai je ofis kena tembak, mati.

Terkesan sangat dengan salah satu ayat from Shahid "Anda boleh larikan diri dari keganasan. Anda boleh perangi keganasan. Tetapi apa akan berlaku kalau anda jadi jenama 'Pengganas' seumur hidup hanya kerana nama anda 'Zahir', 'Faheem', 'Khan', 'Shaikh' dan bukannya Matthew atau Donald?".

Ada beberapa scene dalam court menggambarkan kemunafikan sistem undang-undang yang main asal boleh humban orang dalam penjara tanpa ada bukti.
There's one case, the pendakwa takde bukti lansung, the bukti asik-asik "masih dalam siasatan" tapi OKT kena tahan sampai 2 tahun, hanya kerana nama OKT tu Faheem.

Cerita ni sangat strong kat skrip dia sebab banyak scene dalam court.
Aku suka pelakon utama cerita ni - Rajkumar Rao.
Kebanyakkan cerita dia semua heavy dan rating tinggi.
Oh by the way dalam movie Shahid ada Kay Kay Menon.
I loveeeee Kay Kay Menon.



3. Things We Lost in the Fire (2007)

IMDb : 7.2/10

Aku tengok cerita ni sebab ada Benicio Del Toro.
Del Toro ni sejenis Ethan Hawke juga.
Dia tak bersepah-sepah di media sosial and newspaper, tapi bila dia muncul cerita memang gempak terus.
Dan dia juga ada kehenseman yang tersendiri [auwww!].

Cerita ni tentang Halle Berry dan anak-anaknya yang kena lalui waktu-waktu sukar lepas suami (Brian) mati dibunuh ketika dia campur tangan dalam satu pergaduhan tepi jalan.
Brian ada sorang kawan, a former lawyer yang jadi drug addict (Del Toro).
Halle tak suka Del Toro sebab dia rasa Brian asyik give give give je sedangkan Del Toro takde effort untuk give back.
Tapi Brian sangat percaya and sayang dengan kawan dia ni.
Lepas Brian mati, Halle nampak Brian dalam diri Jerry.
So dia ajak Jerry tinggal sekali dengan alasan nak tolong tengok-tengokkan Jerry just like Brian selalu tengok-tengokkan Jerry dulu.
Hakikatnya Del Toro yang banyak pulihkan semangat dia and anak-anak selepas Brian mati.

Mula-mula aku ingatkan ini love story yang cliche - suami mati, then kawan baik suami datang live together untuk pulihkan semangat, ujung-ujung jatuh cinta dengan bekas isteri kawan and kawen.
Rupanya tak.
Ini bukan love story antara lelaki and perempuan tapi love story antara kawan dengan kawan.

A story about BFF.
Kisah tentang apa yang BFF buat untuk isteri dan anak-anak lepas kawan dia mati.

Ada satu scene tu anak Halle kata kat De Toro "Kawen la dengan mak saya, nanti awak boleh jadi ayah saya and kita semua hidup happy sefamili".

Del Toro cakap "Kalau aku kawen dengan mak kamu, seolah-olah kawan baik aku tak pernah wujud".

Tersentuh betul aku part tu.
That's what they were - best friends forever.