2018-08-30

Soal jawab ala-ala Medical Underwriter


Entah kenapa la agaknya, sejak 2 hari lepas ramai pulak yang bertanyakan tentang produk.
Yang aku pelik tu, dorang ni pakai produk brand lain, tapi untuk every kemuskilan dengan produk yang diguna, pi tanya GreenAard. Hahaha.
En Wan kata GreenAard punya live chat ni dah macam kaunter pertanyaan kat hospital.
Tapi takpelah, membagi pencerahan tu memang dah kerja seorang sales.

Dulu masa aku keje Prudential, macam ni la keje Medical Underwriter.
Kita evalute proposal berdasarkan maklumat kesihatan pemohon.
Kalau ada yang memuskilkan, kitorang akan terus call pemohon.
Kalau tengok medical history dia ada case HBP atau warded due to demam ke apa ke, kita akan contact hospital untuk rekod kesihatan.
Atau kalau masih tak berpuas hati, kitorang akan mintak buat new medical checkup.
Lepas semua info ada, baru kita decide nak luluskan proposal atau tak.
Kalau approved pun, kena tengok jugak berapa premium nak bagi.
En Wan tu bukan sakit apa pun, tapi sebab dulu dia engineer yang handle big machines, terus premium level 3.
Mahal gila bayar, hanya kerana keje dengan mesin je.

Sekarang bila GreenAard ada option live chat, terasa macam kembali ke zaman jadi Medical Underwriter.
Ada hikmah dulu aku keje di sana, rupanya Allah nak bagi aku pendedahan dulu sebab 12 tahun selepas tu Dia nak bagi aku handle GreenAard pulak.



Kes pertama : Najis berbuih lepas ambil teh kurus [produk brand lain].

Kalau tak ambil apa-apa diet product tau-tau je najis berbuih, ok itu could be due to underlying medical condition, boleh jadi jangkitan bacteria, ataupun malabsorption contohnya allergik pada certain food.
Najis boleh jadi berbuih disebabkan itu.
Tapi, kalau memang ada ambik product diet, najis jadi berbuih adalah disebabkan too much fat and mucus.
Mucus memang normal sebab itu antara faktor untuk melicinkan pergerakan nasjid dalam usus.
Tapi kalau setiap kali buang air besar ada mucus dan mucus tu pulak banyak, that can be symptom of certain health conditions.

Nak kenal samada najis kita tu berbuih disebabkan lemak atau penyakit lain, mula-mula :

1. Identify najis.

2. Kalau najis berbuih, berlendir, warna kekuningan, cair, bau sangat-sangat busuk dan najis berkumpul kat tepi-tepi toilet bowl, ok yang ni menunjukkan najis memang ada kandungan lemak yang tinggi. Apetah lagi time kau cebok tu, kau terasa lubang bontot kau berminyak, ok ni konfem najis banyak lemak. Yang ambil GC Plus akan dapat ni bergantung pada makanan apa yang korang ambik. Kalau high karbo, besar harapan najis jenis ni yang korang bakal dapat.

3. Then cuba pulak stop kejap ambik apa yang korang ambik tu. Lepas tu tengok berbuih lagi tak najis. Kalau tak, maknanya korang takde underlying disease. Maksudnya, najis tu berbuih memang disebabkan efek makan GC Plus (sebab GC Plus block formation of new fat). Tapi kalau dah stop pun masih najis berlendir dan berbuih, ok itu ada masalah kesihatan lain yang korang sendiri tak sedar.

Maksudnya kat sini, kalau simptom yang korang dapat tu disebabkan sesuatu yang dimakan, once you’ve stopped taking it, simptom pun akan stop juga.
Tapi kalau dah stop, simptom tu masih ada, itu adalah disebabkan oleh benda lain.
Most of the time, najis berbuih ni akan clear up on its own in a few days.



Kes kedua : Nak ambil GC Plus walaupun dah guna produk weight loss lain.

TAK BOLEH!

Kalau dah guna satu produk untuk satu fungsi tertentu, teruskan saja.
Jangan nak top up dengan produk lain yang ada fungsi yang sama.
Kalau dah guna weight loss A, teruskan sampai habis.
Kalau nak try weight loss B, please stop weight loss A.
Tak ada keperluan nak ambik banyak-banyak.

Sel badan kita hanya boleh serap nutrient untuk certain amount at one time.
Kalau kita dah ambil 3-4 produk weight loss, sel badan tetap akan serap certain amount dan sebahagian besar yang lain akan dibuang dari badan.
Bermakna, buah pinggang akan buat OT sepanjang masa nak tapis nutrient-nutrien berlebihan ni.
Tu pasal kidney boleh rosak.
Dalam kebanyakkan kes, kidney boleh rosak disebabkan terlalu banyak ambil macam-macam ubat.

3 minggu lepas, Rayyan demam.
Doktor bagi 2 jenis ubat demam - satu Paracetamol, satu lagi Ibuprofen.
Dua-dua adalah untuk fever.
Tapi dokter tu pesan "Kalau dah ambil Paracetamol, tak perlu ambil Ibuprofen. Ibuprofen ni ambik sekiranya perlu, contohnya waktu malam. Kalau dah ambil Ibuprofen, jangan tambah Paracetamol lagi."

Maksudnya, tak kira apa pun produk, be it ubat hospital atau jamu/herba, jangan ambil melebihi had, apetah lagi nak ambik bertimpa-timpa.
Ibuprofen tu sendiri kalau diambil melebihi had boleh menyebabkan damage pada perut.
Jadi, jangan memandai-mandai nak ambik 2-3 produk yang sama dalam masa yang sama.
Takde keperluan.

Siapa yang nak try GC Plus, pastikan stop whatever weight loss produk yang korang tengah ambik sekarang.
Bukan nak caras bisnes orang, tapi ini memang penting.
Reason yang pertama, tak guna ambik banyak-banyak.
Reason yang kedua, biar GC Plus tunjukkan fungsinya dulu tanpa gangguan produk lain.



Kes ketiga : Kolagen dan kafein.

Ini coversation antara aku and staff aku.
Selalunya apa-apa yang dorang tak sure, dorang akan forward.

Ok, untuk menjawab soalan ni, aku nak mengimbau kisah lampau sikit.

Tahun 2010, aku assisted customer buat projek guna skin fribroblast culture.
Untuk that research, aku orderkan ATCC (American Type Culture Collection).
Nak dapatkan ATCC yang customer mintak ni, jenuh aku beremail-email and baca macam-macam jurnal.
Nak deliver ATCC ni pulak, sepanjang jalan aku kena bukak tingkap sebab ATCC kena dibawak dalam dry ice -80C (minus 80 Celcius), kalau aku tutup tingkap mau blackout aku kat dalam kereta tu. Berlendir aku wei bawak kereta takde rasa aircond.

Aku pecut ke utara less than 4 jam, itupun masa kat Jawi kena tahan dengan polis sebab speeding.
Aku terpaksa speed sebab taknak ice cair.
ATCC tu harga dia RM5K, kalau cair sebelum deliver ke customer sape nak ganti oi?
Dengan menggelabah, aku hulur IC aku "Encik kalau nak tahan saya, nah ambiklah IC saya, tapi tolong lepaskan saya kejap. Saya bawak DNA ni, tak boleh cair. Kalau tak, mati saya".

Polis tu lepaskan aku "Ok jalan-jalan...hati-hati jangan bawak laju sangat".
Disebabkan banyak sangat cabaran nak mulakan projek ni, maka sampai sekarang aku ingat setiap bijik butir research tu.

Hasil dari eksperimen tu, ternyata kafein memang reduce kolagen tapi bergantung pada dos kafein.
Dalam bahasa mudah, kalau sehari minum 1-2 cawan tak ada masalah.
Tapi kalau sehari sampai 4-5 cawan, memang akan ganggu pembentukan kolagen.
Kesimpulannya, kafein takkan mengganggu pembentukan kolagen kalau tak diambil secara berlebihan.
1-2 cawan sehari, memadai.

So in this case, aku pressume that produk (produk yang dimention dalam screencap di atas) ada kolagen di dalamnya.
Dalam satu sachet, bukan semuanya kolagen, ada bahan lain juga, kandungan kolagen mungkin beberapa gram saja.
Jadi, kalau sachet tu dicampur dengan kafein, dos kafein dah jadi lebih besar dari dos kolagen.
Itu yang buatkan kafein inhibit fungsi kolagen.
Boleh jadi itulah punca kenapa that brand larang penggunanya ambil kafein.
Sebenarnya bukan tak boleh lansung tapi perlu dos yang tertentu.

Macam Gloei, kolagen disintesis di dalam badan.
Dalam sachet Gloei tu hanya ada bahan-bahan yang diperlukan untuk stimulate pembentukan kolagen di dalam badan kita, that's why tak apa kalau dicampur dalam kafein pun, but still depend on dosage kafein.
Secara lojiknya, ada ke orang campurkan 1 sachet Gloei dalam seteko kopi?
Paling-paling secawan, so masih ok.
Tapi kalau lepas makan Gloei, sepanjang hari kau bilas dengan 5-6 cawan kopi, jangankan kata Gloei, apa-apa makanan yang kau makan pun badan akan block nutrient sebab kafein dah too much.

Ada sebab kenapa Gloei kita buat dalam bentul 2.5g saja.
Supaya pengguna koyak dan telan macam tu je, takyah bancuh dengan apa-apa air.


Kes keempat : Kalau stop Gloei, kulit jadi kusam semula ke tak? 

Gloei gunakan konsep stimulate pembentukan kolagen dari dalam badan.
Konsep ini sama dengan konsep cucuk vitamin C kat muka.
Orang yang cucuk-cucuk kat muka tu bukannya cucuk kolagen tapi cucuk vitamin C.
Dan dia tak cucuk hari-hari, betul tak?
Walaupun bukan hari-hari cucuk, kegebuan kulitnya bertahan agak lama sebab bahan yang dicucuk tu akan meransang pembentukan kolagen dari dalam badan.
Gloei insyallah juga begitu sebab kita gunakan method meransang pembentukan kolagen sendiri, bukan ambil kolagen dari luar bawak masuk dalam badan.
Jadi secara lojiknya, apa yang disintesis dalam badan akan kekal lebih lama.

Tapi taklah bermaksud satu botol Gloei dah boleh buatkan kulit kau cantik forever.
Kolagen memang akan menurun seiring dengan usia.
Kalau agak-agak lepas guna 2 botol nampak kulit dah ok, bolehlah lepas tu selang-selikan pengambilan, tak perlu ambik hari-hari.




Kes kelima : Yang ni testimoni GC Plus dan Nutrijuice.

Alhamdulillah good feedback.

Jangan risau kalau 12 hari berat baru turun 700g.
Berat badan yang normal perlu turun di antara 480-900g seminggu saja.
Jangan aim turun mendadak-dadak, sebab nanti kulit akan hilang elastik.
Bila kulit hilang elastik, tu pasal jadi menggeleber, kulit tak boleh kembali ke asal dah.
12 hari turun 700g dah bagus dah tu.

Yang penting, ukur lilit pinggang.
Pinggang adalah indicator body fat (sebab perut ada visceral fat).
Visceral fat ni lebih bahaya dari lemak-lemak di bahagian lain.
Kadang-kadang berat pada penimbang tak banyak beza tapi pinggang dah mengecil banyak.
Kerana, berat penimbang adalah berat badan keseluruhan (air+tulang+lemak+otot).
Kita tak tau apa yang turun, boleh jadi hanya air saja yang hilang sedangkan lemak belum hilang pun.

One thing, please ingat yang GC Plus adalah ubat, bukan makanan.
So please treat it as ubat, bukan makanan.

Maksudnya apa?

Maksudnya, pastikan GC Plus tak diambil forever.
Sampai satu masa mesti stop!
Mana ada orang mencekik ubat sampai 10 tahun?

Yang guna GC Plus, mesti ada target untuk weight loss.
Sebab tu kita sediakan weight lost tracker card. Itu sebagai target.
Kad tu kita bagi sekeping je, tapi korang boleh set own target.
Kalau 10 hari pertama dah kurang 700g, aim next 10 hari turun another 700g.

Weight loss ni takkan menurun dengan smooth.
Sampai satu tahap korang wajib berada di level plateu.
Level plateu ni level di mana weight takde perubahan untuk tempoh yang lama.
During the first few weeks of losing weight, rapid drop is normal sebab air banyak hilang dari badan.
Lama-lama bila excess air dah dibuang, barulah badan start bakar lemak pulak.
Masa ni berat nampak lembab sikit nak turun sebab nak buang lemak tak semudah buang air.
Jadi, bila dah sampai ke tahap plateu, kena buat plan lain pulak.

Kalau awal-awal dulu makan GC Plus alone dah boleh inchloss 2-3 inci seminggu, selepas sebulan try cut sugary food and drinks pulak.
Then lepas sebulan, try kurangkan pengambilan makanan bertepung pulak.
Plan sendiri your weight loss journey.

GC Plus tu hanya ubat yang mempercepatkan proses turun berat, bukan magic pill, hari ni makan, lusa dah jadi badan Kate Moss.
Pengguna GC Plus mesti belajar berpantang makan.
Berpantang makan bukan bermakna kau mesti berlapar.
Instead of makan burger, kau makanlah nasi putih and lauk-pauk.
Instead of minum Coke, kau minum air putih.
Itu maksudnya dengan berpantang.
Bukannya makan nasi 3 sudu and kunyah salad 24 jam....itu menyeksa diri namanya.

Sama macam kau makan ubat batuk.
Kalau kau makan ubat batuk tapi kau togok air sejuk 24 jam, lambat jugak hilang batuknya.
Cubalah berpantang ais, mesti lagi cepat baik.
Konsepnya gitu lah.






Offer "Gloei with free Cleansing Gel" akan tamat esok.