walk on wings, tread in air: Ni penyakit mak bapak, bukan anak. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Ni penyakit mak bapak, bukan anak.
2018-07-11


Raya nak habis dah.
Tapi masih ada lagi masalah ni.
Kali ni terang-terang nampak masalah berpunca dari parents sendiri.
Mana ada anak-anak (minus anak-anak special case) reti nak buat kecah kat rumah orang kalau bukan mak bapak yang ajar?

Memang tak ada mak bapak yang ajar anak buang sampah bawah karpet.
Tapi boleh jadi anak-anak tu tak diajar yang sampah jangan letak bawah karpet!
Anak-anak tak diajar sampah buang dalam tong sampah.
Anak-anak ni akan ikut contoh mak bapak.
Dah kalau maknya pun tak reti buang pampers anak dalam tong sampah, main longgok tepi katil, so boleh agak lah kan kenapa anak-anak jadi pengotor.
Sebab maknya pun pengotor.

Teringat satu kes open house rumah aku dulu.
Lepas buat open house, bibik nak cuci toilet sekali lubang tandas tersumbat.
Bila panggil plumber, jumpa seluar dalam budak kecik perempuan dalam tu.
Seluar dalam tu untuk budak umur 3-4 tahun.
Takde maknanya budak 3-4 tahun berani masuk toilet rumah orang kalau tak maknya ikut sekali.
Ntah mak sape la punya perangai.
Gamaknya anak dia terkencet dalam seluar dalam, malas nak bawak seluar dalam kotor masuk kereta agaknya, boleh jadi lepas beraya rumah aku nak beraya rumah orang lain pulak, elok je dia sumbatkan dalam lubang tandas.

Actually kita sepatutnya jangan highlite isu "anak buat hal kat open house".
Sebab mak bapak (selalunya mak-mak) memang payah nak terima orang kata-kata anak dia.
So kita ubah.
Kita highlite perangai mak bapak pulak.
Sebab ada mak bapak yang lembab.
Yang kita dok marah adalah perangai dia yang tak reti tengok-tengokkan anak, tapi dia dok ingat kita tak suka anak dia.
Oii, orang bukan tak suka anak kau lah.
Orang menyampah dengan perangai kau tu.

JANGAN BENAK SANGAT BOLEH?

Haaa...cakap baik-baik pun payah nak hadam, tu je makan dia.
Serious aku tak paham, celah mana agaknya yang susah sangat nak faham isu utama.
Mesej yang nak disampaikan adalah perati-peratikan anak, bukan tak bagi anak datang.
Apa yang susahnya kat statement tu yang sampai lembab sangat nak faham?

Baru je hari tu orang datang beraya kat rumah, masuk-masuk je rumah anak dia zasssssssssss naik bilik aku.
Mujur aku dah siap ready pakai tudung, kalau buatnya aku tengah pakai coli?
Aku pulak jarang kunci pintu bilik sebab yang masuk bilik ni pun En Wan je.
Yang lain nak masuk semua akan ketuk pintu dulu.
Aku pun tak expect ada orang nak terjah masuk bilik aku macam tu je.

Anak dia pulak masuk-masuk terus tuju kat ipad and henfon yang tengah charge atas side table.
Terus guna!
Ya ampunnn, Rayyan kalau nak guna henfon aku yang tengah caj, dia akan tanya "Ma, dah 78%, boleh guna ke tak?"
Sebab aku penah jentik jendul dia masa dia umur 5 tahun sebab suka-suka cabutkan cable dari henfon aku.
Tapi ni anak orang kan, takkan aku nak jentik kot.
Aku boleh sekadar menyirapbandung je la.

Budak-budak kena diajar.
Kalau tak makan ajar, ce bagi makan penampa sekali-sekala.
Jangan dibiar je, nanti hilang adab.

Bila aku nak turun, aku ajak dia turun sekali.
Eh, dia boleh nak cabut cable tu nak angkut henfon aku ke bawah.
Naik la suara aku kan.

"No! No! No! Leave it there."

Anak dia tak paham cakap melayu sebab tu aku cakap omputih.
Kemain, anak ajar cakap omputih bagai tapi lupa ajar adab sekali.

Tengah-tengah sembang kat bawah, anak dia naik atas lagi.
Ewahh, elok nau dia pandang je anak dia naik tangga, sikit tak panggil ke apa.
Dia ingat rumah aku ni dia ada masuk share kot.

Dalam 5 minit macam tu aku tanya, "Eh mana anak you. Main kat luar ke?" (saje je tanya padahal aku tau dah).

Dia boleh jawab "Tadi dia naik atas, ada kat atas la tu."

Dah?
Tu je?

Ni yang aku kata PERANGAI.
Bila mak bapak yang takde adab, jatuh perangai tu kat anak.
Bila orang kata perangai anak tak semenggah, tau pulak marah.
Abis yang anak kau melompat, berlari, terjah bilik orang macam pelesit, sikit kau tak tegur, kau tak terpikir pulak tuan rumah punya marah?

Ni semua bukan apa.
Dah dijadikan kebiasaan.
Sebab anak-anak tu comel kononnya, tak sampai hati nak marah.
Yelah, timanglah anak kau tu 24 jam.
Jangan dimarah. Belai cukup-cukup.
Kalau dia pecahkan pasu rumah orang, takpe, senyum je.
Kalau dia conteng dinding rumah orang pun, takpe, dinding tu duniawi je.
Esok kalau kau masuk public toilet tengok jamban pecah, bus stop berconteng, public phone berkecai, jangan keluarkan statement "Apa nak jadi budak-budak zaman sekarang!"

Tak payah!

Tak payah nak geleng-geleng kepala sangat memikirkan anak-anak muda punya perangai.
Kalau dari sekarang tak diajar hormat barang orang, hormat tempat orang, besar harapan anak kaulah esok antara kutu prahak yang pecahkan jamban awam tu.

Apa ntah ada dalam pikiran mak-mak ni bila anak dia terkinja-kinja dalam rumah orang.
Anak naik turun tangga masuk bilik orang pun dia buat dek.
Elok pulak bertambah-tambah nasik.
Aku ni dah rimas pikir bila kau nak balik ni?

Kalau dapat tetamu yang tak berjenis macam ni, memang aku tawar hati nak melayan bersembang.
Aku akan banyak diamkan diri.
Biar dia boring, pastu balik.

Takut sangat anak tu teriak kalau kena cubit.
Memang la dia akan teriak sebab kau tak penah buat kat rumah.
Cuba kalau silap sikit kau bantai, lama-lama dia takkan berani buat.
Kau tenung je dia dah tau kau marah.

Macam kes budak kat atas yang dapat tetamu pengotor, aku rasa aku tau sebab apa.

Teringat bibik aku yang paling last.
Dia lansung tak reti kemas rumah aku.
Bila aku cakap "Kenapa tak basuh bilik air?"
Dia kata dia tak tau nak buat apa dalam rumah ni sebab rumah ni dah bersih sejak hari pertama dia sampai.
Padahal aku masuk rumah aku boleh rasa lantai aku kesat tak bersapu, tapi dia kata bersih.

Dah boleh agak dah level kotor tahap berapa rumah dia sampai dia takleh beza mana bersih mana kotor.
Aku boleh bayang rumah dia punya berdaki.

Nope.

Ini bukan soal miskin.
Bibik-bibik aku yang datang kerja sini ada yang bukan orang senang.
Tapi tak pengotor pun.

Miskin dan pengotor takde kaitan.

Bibik aku Yani, Eti, Lenny - ini semua bukan orang senang, tapi pembersih.

Bibik Jamilah & Dewi - orang senang sikit, even rumah dorang sendiri ada bibik.

Bibik Ida & Cici - dua orang ni je yang lari dari rumah sebab tak tahan aku punya pekik hari-hari.
Dah kalau kau pengotor dan pemalas, memang kena pekik la jawabnya.
Aku tak kasik chan. Tangan aku tak naik dah cukup bagus.

Tips cari bibik : Kalau jenis muka berkerak rambut serabut, jangan ambik. Tu ciri-ciri bibik pengotor.

Orang-orang yang pengotor ni, dia dah biasa dengan keadaan yang kotor di rumah.
Same goes to anak-anak yang datang rumah orang lap tangan penuh coklat kat wallpaper, sebab apa?
Sebab kat rumah dah biasa buat and mak dia ok je, takde hal.

Semalam aku terbaca satu FB status this one lady cakap "amalan kunjung-mengunjung lepas ni akan pupus kalau semua orang lebih sayangkan harta benda dari silaturrahim".

Takde maknanya amalan kunjung-mengunjung akan pupus!
Selagi ada orang yang tau adab masuk rumah orang, tau jaga dan peratikan anak-anak bila datang tempat orang dan tau hormat tuan rumah, amalan ziarah ni takkan pupus.
Yang akan pupus tu bilangan jemputan untuk kau.
Kalau masih lagi nak pegang pada pemahaman kau tu, insyallah, bilangan jemputan kau yang akan pupus.
Orang lain tetap boleh beraya open house, kau je yang tak dapat jemputan.
Gi perabiskan kuih raya rumah sendiri.




Today hari ke-2.
Jangan lama-lama ya, allocate 300 set only.



posted by aveo757 @ 10:42 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER