2018-06-22

Raya 2018


Selamat Hari Raya!

Seminggu dah kita raya, kan?
Aku baru masuk opis hari ni.
Sejak balik dari Tganu Selasa lepas aku tak abis-abis overhaul rumah aku.
Sementara mak mertua aku belum balik, eloklah aku punggah habis-habisan isi dalam rumah tu.
Kalau dia balik nanti aku tak dapat buang barang, konfem dia kutip balik apa aku buang dan simpan balik.

Ofis aku start cuti Khamis lepas, tapi aku dah balik Bangi Selasa malam.
Selasa pagi, mak mertua balik Tganu.
Lepas berbuka puasa malam tu, En Wan ajak balik Bangi terus.
Plan asal nak balik the next day, Rabu.
Aku on je kalau balik awal. Balik kampung aku kot. Takde de aku nak tolak.

Mujurlah balik Bangi malam tu.
Esok pagi, pukul 6.30am, Mak Aji call henfon aku.
Aku kat bilik sebelah.

"Diana, tolong mama pi bilik air, mama takleh jalan".

Meloncat aku keluar bilik.
Mak Aji tetiba takleh gerakkan kaki kanan. Krem.
Pernah jadi macam ni gak dulu 5-6 tahun lepas, something wrong dengan urat dia kot.
Sebulan gak solat duduk.
Kali ni jadi balik.
Masa tu Ibal and Siti dah pi keje. Pak Aji pulak masih kat surau.
Kalaulah aku takde hari tu, mau mengensot mak aku pi bilik air.

Pagi tu panggil dokter datang rumah sebab Mak Aji tak kuat nak jalan walaupun dipapah.
Dokter bagi injek satu kali kat bontot.
Then ada urut-urut sikit.
Lega sikit tapi masih takleh cecah kaki kanan ke lantai, sakit meletup-meletup dia kata.

Maka, pagi Rabu tu, mode gelabah activated.
Gila kau dah nak raya ni.
Setelah bajet cool selama beberapa minit, aku kembali cool yang sebenar-benar cool.
Mula-mula, kena pi pasar dulu.
Nasib baik Mak Aji dah book siap-siap semua barang yang nak dimasak.
Jadi, tugas aku hanya pi collect semua barang-barang tu kat Pasar Kajang.

Aku tinggalkan En Wan untuk jaga Mak Aji sebab hanya Pak Aji je yang tau stall yang aku nak kena collect barang tu, so aku gi dengan Pak Aji.



Mak Aji selalu ambik barang-barang mentah ikan, sotong, udang kat aunty ni.
Aunty ni pernah kena sound ngan mak aku sebab bagi dia ikan tak fresh, terus pastu tobat dia tak bagi ikan tak fresh dah.
Ikan mak aku semua dia simpankan yang special punya.

Bila aku datang hari tu, aku kenalkan diri.
Then aku cakap aku nak ambik udang, sotong and ikan tenggiri.

"Jangan ambik yang situ, mak you punya bakul sini (dia keluarkan stok ikan tenggiri bawah meja)".

Special kauuu.
Siap sorok bawak meja.

Pastu udang and sotong mak aku pun stok lain.
Tugas aku hanya tanya "Mak saya selalu ambik sotong mana? Selalu dia ambik udang mana?"
Nanti dia tunjukkan mana satu udang and sotong level-level Mak Aji.

Lepas settle ambik ikan, udang and sotong, pi collect paru 2kg pulak.
Tempat daging and paru beratur punyalah panjang, tapi Pak Aji dengan rileknya pi terus sampai depan, sebut nama Mak Aji, terus done.
Ni baru betul "luaskan kuasamu".
Sampai takyah queue.

Lepas settle kutip sayur-sayur segala, baru balik.
Sampai je rumah, terus senseng lengan, bersilat siang ikan udang sotong segala kat dapur.
Dah settle semua, aku membuat kejap.
Bangun balik around 3pm macam tu untuk get ready masak for buka puasa.
Aku dah raya awal, jadi lauk-pauk konfem secukup rasa lah kan.

Malam tu Ima sampai, tapi aku dah membuta.
Oh rupanya Ima pun dah raya awal.
Memang bergabung meletop la kat dapur esoknya.
Masak sambil merasa gitu.
Pastu terbahak-bahak tak ingat dunia, padahal 2 orang je bekerja kat dapur tapi dia punya bingit macam ada doblas orang.
Seb baik orang belakang semua dah balik kampung, kalau tak mau kena halau aku hari tu.



Aku take over siapkan sambal goreng.
Rendang takde takpe, tapi kalau sambal goreng takde, memang kurang feel.

Aku ada letak resepi kat IG aku.
Tapi ni aku letak jugak kat sini kot-kot ada yang nak buat.





Kejadiannya mesti macam ni ya.
Kalau tak jadi macam ni, kau salah buat. Hahaha.
Ini bukan sambal goreng jawa sebab takde suhun.
Walaubagaimanapun tempe ada. Itu je dah cukup menyerlah kejawaannya.
Ini sambal goreng style arwah nenek aku, so I guess Singapore style lah kot.

Memang selalunya, malam raya kitorang dah makan seua lauk-pauk raya except kuah lodeh.
Jadi, malam tu berbuka menunya sambal goreng, nasik impit, ketupat palas, rendang and lauk-pauk lain (kalau rajin).
Selalunya Mak Aji tak berapa rajin dah nak masak lauk-pauk lain malam raya.
Masak nasik, makan lah dengan sambal goreng and rendang.
Tapi disebabkan aku and Ima dah raya awal, jadi tenaga level otromen.
Lepas sambal goreng aku siap, Ima masak sambal udang pulak.



Pedas level neraka ni.
Merekah anak tekak aku makan sambal Ima.
Macam tak kasik aku makan je gayanya.
Ini pun masak extra sekali harung sampai pagi raya.



Then, aku sambung masak ayam kicap.



Balik mengundi hari tu dah tempah siap-siap 200 biji ketupat palas.
Tapi kali ni tak pakai daun palas, dia pakai daun tebu.
Lebih sedap pakai daun tebu, bila goreng ada rasa manis-manis sikit and wangi.



Rendang campur.
Aku order last minit dari Reni Diana (founder Kree).

Kan aku dah collect paru 2kg kat pasar Kajang, kan?
Plannya nak buat rendang paru sebab every raya Mak Aji akan buat rendang paru.
At the same time akan order rendang daging and ayam kat Langat Catering.
Bila aku pikir-pikir balik, alahai banyaknya rendang mak aku order sampai 3kg, kejadahnya aku nak buat rendang paru lagi?
Jadi, kensel rendang paru.
Tapi dek kerana nak makan paru gak, aku order rendang campur ni.
Alhamdulillah, memang sedap.
Sekilo RM75.



Aktiviti biasa malam raya, bacaan tahlil sikit sementara nak tunggu waktu berbuka.
Jadi selalunya before 7pm, para chef sekalian mesti dah siap masak and dah siap mandi, standby Pak Aji start tahlil je.
Kalau masa arwah nenek masih ada, malam raya macam ni kitorang akan bentang kain saprah memanjang kat hall.
Pastu susun segala lauk-pauk malam raya - sambal goreng, rendang, sambal udang. macam-macam.
Malam raya all makcik-pakcik from Singapore pun dah turun Tampin.
Waktu tu masih Pak Aji yang lead bacaan Yasin and tahlil sampailah waktu berbuka.

Now nenek dah takde, masing-masing pun beraya kat rumah sendiri, dah tak balik Tampin lagi.
Anak-anak arwah nenek pun semua dah bermenantu and cucu, jadi rumah masing-masing dah jadi kampung untuk anak cucu.
Tradisi ni masih kitorang teruskan supaya anak aku pulak terbiasa dengan ini, mudah-mudahan bila besar esok dia continue the same thing bila aku dah takde nanti.



Yang puasa je makan dulu ya.
Yang tak puasa ambik gambar je.



Esok pagi, lepas Subuh aku and Ima sambung bersilat kat dapur buat kuah lodeh pulak.
Then goreng 40 biji ketupat palas.
Pastu reheat semua lauk-pauk raya yang dah masak semalam.
Siap hidang semua atas meja.
Pukul 8.30am baru kitorang settle semua and siap mandi.

Aku turun semula kat hall, orang lelaki dah balik dari surau dah siap makan bagai.
Tinggal tunggu nak bersalam raya je.





Alhamdulillah, dapat jugak gambar yang senonoh raya ni.
Semua pandang kamera.
Takde lagi kes-kes tak cukup korum.

Mak Aji jadi Neng Yatimah kejap masa aku salam dia.
Maklumlah, kaki tengah takleh jalan kan, so mood sedih je pagi raya.



Alhamdulillah, tahun ni masih diberi peluang beraya dengan both of them.
Tahun ni Allah suruh Mak Aji berehat, jangan buat keje dapur and masak-masak.
Duduk je layan tetamu.
Biar kitorang bersilat kat dapur.

Kaki Mak Aji bukan sakit apa pun, urat terhekel agaknya.
Dia kata, masa tengah wirid-wirid lepas terawikh, dia urut-urut ibu jari kaki sekali terus terpintal.
Alhamdulillah, 2 hari lepas aku balik Bangi lagi sekali, dah boleh jalan 3-4 tapak.
Tapi aku tak bagi buat-buat kuat sangat karang terpeleot lagi.

Tahun ni hari raya pertama dari pagi sampai ke senja, full house.
Non-stop orang datang sebab semua tau Mak Aji duduk atas wheel chair.
Penat jangan cakap la, terlampau penat sampai malam tu aku takleh tido sebab badan semua lenguh-lenguh,
Tapi seronok sebab raya kan.
Bila lagi nak bersilat adik-beradik kat dapur.
One thing yang aku perasan, walaupun orang tak putus-putus datang, kitorag kat dapur tu tak penat-penat gelak.
Aku tak tau apa yang girang sangat aku ngan Ima kat dapur gelak tak benti.
Padahal tengah kelam-kabut siapkan lauk-pauk nak hidang but still tak benti-benti gelak.
Kalau Mak Aji ni dah lama keluar skrip "aku macam nak mati kat dapur". Mbhahahahaha.




En Wan la punya idea ambik gamba kat moto bapak aku ni.
Moto legend ni okeh.
Moto modal mengorat mak aku namanya ni.
Dari zaman dia blaja kat maktab perguruan, sampailah ke umur 68 tahun, masih boleh pakai lagi.
Jauh dah berjalan moto ni.
Pakcik aku blaja kat USM pakai moto ni.
Aku kat Sarawak dulu, exbf aku melenjan moto ni jugak.
Punyalah legend tak legendnya moto ni, selamba Pak Aji letak luar rumah tak berkunci pun takde orang ambik.

Ada satu kali tu moto ni kena curi.
Pak Aji sampai malas nak report lah sebab dia kata moto tu dah lama sangat, takpelah kira sedekah je la pada yang tukang curi.
After 2 days, polis datang rumah tanya "Encik ada hilang motor tak?"

Kahkahkah.
Terer tak bapak aku?
Tak report pun tapi polis yang datang 'report' kat dia motor dia hilang.
Rupanya tukang curi tu tak kuasa nak menyorong moto bapak aku, dari mula dia curik dia tak reti nak start enjin motor tu.
Gamaknya penat menyorong, dia tinggalkan je tepi jalan.
Rezeki bapak aku, dapat balik moto tu kat dia.
Memang halal betul duit dia beli moto tu. Mbahahaha.



Ima siap dengan bakul sia bergambar.
Feeling-feeling oldies sebab pakai kebaya u olls.
Mirza pakai baju melayu ada la kot 15 minit, pastu taknak pakai dah. Hahaha.
Janji ada gambar satu klorga, apa adehal tak pakai baju raya.



Ima kalau bab-bab ni memang pass kat dia.
Dia memang always juara kalau bab bergaya secara over.



Raya tahun ni nenek (mak Pak Aji) ada di sini, kat rumah makcik aku, dekat je, area Bangi gak.
Jadi sementara orang belum serbu rumah Mak Aji, kitorang gerak jumpa nenek dulu.
Tinggalkan Siti je kat rumah tolong jaga Mak Aji and standby kot-kot ada orang datang.
Tapi nenek pun dah tak berapa ingat kitorang lagi, dah umur 90 lebih.
Dia tanya aku siapa nama, aku jawab Ziana Zain.
Tapi dia tak surprise sebab Ziana Zain pun dia tak kenal.

Makcik aku buat kari kambing pagi raya, memang menjilat hari la jawabnya.
Lupa kejap mak aku tinggal kat rumah.
Lepas sembang lebih kurang, terus zasssss balik rumah Mak Aji.
Pakcik makcik aku pun dah ada kat rumah dah waktu tu.



Kan aku dah kata, Ima always macam ni.
Kau jangan suruh buat free style, memang betul-betul style yang kau tak jangka dia akan buat.
Yang sebelah aku tu adik Pak Aji.



3 family saja.
Aku takde dalam gambar sebab aku tukang ambik.

Raya kat Tganu tunggu entry Part 2.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Terima kasih yang bagi feedback "Jamu Kak Di".
Masa aku bagi 100 botol free tu, kitorang taknak release nama lagi jadi aku letak kat label nama Jamu Kak Di.
Tapi takde keje gila aku nak pakai nama tu.
So this is the nama.
Lulus KKM, no worries.
Masih menggunakan herba sebagai bahan utama tapi kali ni khas untuk kesihatan wanita saja.
Insyallah akan release hujung bulan ni.
Ada special price untuk yang beli awal.