Kita semua akan jumpa Lailatul Qadar.
Yang jadi persoalan, apa yang kita buat di saat Lailatul Qadar itu sampai.
Ada orang ketika Lailatul Qadar dia baca Quran.
Ada orang di malam tersebut sedang beriktikaf di masjid.
Ada orang pada malam tu sedang bermaksiat.
Ada yang tengah lepak-lepak.
Ada yang tengah tengok bola.
Maksudnya semua orang akan dapat Lailatul Qadar.
Yang membezakan hanyalah apa yang kita buat ketika Lailatul Qadar.
Pada malam tu semua malaikat turun kerana nak dapat keberkatan malam tersebut.
Jadi, 10 malam terakhir, kalau boleh, stoplah buat persiapan raya sampai tengah malam.
Stop buat kuih, stop jahit baju sampai tengah malam.
Bukan apa, nanti kita letih.
Supaya kita ada kekuatan untuk beribadah pada Lailatul Qadar.
Kalau boleh, 10 hari terakhir ni lepas terawikh tido terus, nanti tengah malam bangun.
Orang yang dah biasa beribadah tengah malam sepanjang tahun, akan lebih mudah untuk mendapatkannya kerana ibadah yang rutin memudahkan dia untuk dapat berkah Lailatul Qadar.
"Turunlah para malaikat dan ruh (Jibrail) didalamnya dengan izin Tuhan mereka dari tiap-tiap urusan" (Al-Qadr, 4)
Antara keistimewaannya adalah pada malam ni Jibrail turun.
Macam yang kita tau, tugas Jibrail menyampaikan wahyu.
Bermakna, Jibrail hanya turun ke dunia untuk sampaikan wahyu.
Selepas Rasulullah wafat, Jibrail tak turun lagi kecuali di Lailatul Qadar.
Kat situ boleh nampak istimewa tak istimewanya malam ni sampaikan Jibrail pun ikut turun sekali.
Sentimental sungguh rasanya, bila Jibrail yang tugasnya hanya menyampaikan wahyu, padahal zaman ni dah takde Rasul tapi dia ikut turun ke dunia.
Tak payahlah Jibrail ni munculkan diri depan mata kita, takut terus pitam tak bangun-bangun pulak.
Alangkan Rasulullah saw yang maksum tu pun boleh pengsan beberapa kali lepas nampak Jibrail, ni lagikan aku.
Feel his presence pun dah memadai.
Bayangkan, Jibrail ada 300 sayap belah kanan and 300 sayap belah kiri.
Kalau dia bukak 1 je sayap, dan boleh cover dari timur hingga ke barat.
Tu cara-cara ada lagi 299 sayap tak bukak.
Patut lah Rasulullah kata dia toleh kiri nampak Jibrail, toleh kanan masih lagi nampak Jibrail.
Badan Jibrail berbulu indah dari kepala sampai kaki.
Tafsir indah ni hanya Allah saja yang tau betapa indahnya Jibrail, takkan sama dengan kita punya definisi indah.
Setiap bulunya ada permata berwarna-warni.
Badan dia pulak besar berpuluh kali ganda dari matahari.
Even luas antara 2 biji mata Jibrail adalah sebesar matahari.
Tapi ini cuma apa yang kita tahu je, yang lebih tahu dah tentu Allah.
Di malam Qadar, malaikat termasuk Jibrail akan ikut berdoa kalau kita sedang berdoa.
Dia akan berzikir kalau kita sedang berzikir.
Dia ada duduk sekali kalau kita sedang membaca Quran.
Anggap sajalah, 10 malam terakhir ni ketika kita sedang beribadah, Jibrail ada dekat dengan kita.
Sebab Rasulullah SAW pernah bersabda, "Jibrail nak sangat jadi manusia kerana dia nak solat berjemaah".
Untunglah lelaki yang bersolat pada malam Qadar, mana tau Jibrail ikut sekali jemaah.
Doa kita Jibrail aminkan, Allah, untungnya!
Lailatul Qadar ni panjang waktunya.
Bermula pada waktu malam sehingga fajar.
Bermakna, selepas Isyak sampai Subuh.
Iktikaf di masjid bukan syarat untuk dapatkan Lailatul Qadar ya.
Tapi syaratnya adalah kita kena hidupkan setiap malam Ramadhan.
Tiap-tiap malam bangun solat malam.
Kerana mungkin saja dia datang di awal, atau tengah bulan tapi lebih banyak di akhir Ramadhan (10 malam terakhir).
Tak dinyatakan secara spesifik bila, that's why kena be ready sepanjang Ramadhan.
Iktikaf hanya untuk membantu mendapatkan fokus beribadah saja, ibadah kat rumah pun boleh.
Rugi kalau kita terlepas 10 malam terakhir ni.
Dari 365 hari yang kita ada dalam setahun, bersengkang matalah selama 10 malam ni saja.
Nilai ibadah kita sewaktu Lailatul Qadar bersamaan 80 tahun.
Seolah-olah kita sujud pada Dia selama 80 tahun non stop.
Kalau waktu sujud kita doa "Ya Allah, tolonglah aku", agak-agak Allah tolong tak?
80 tahun punya sujud non-stop ni.
Agak-agak Dia nak reject?
Tak mungkin, dah tentu Dia tolong.
Yang teringin nak kawen and nak anak, janganlah miss Lailatul Qadar.
Inilah masanya untuk permintaan kita Allah perkenankan.
Jangan miss satu malam pun di 10 malam terakhir sebab kita tak tau mana satu malam Lailatul Qadar.
Kalau kita berhasil jumpa Lailatul Qadar dalam keadaan sedang beribadah, salah satu tandanya, akan berlaku perubahan baik pada diri kita yang membuatkan kita semakin mendekati Allah.
Insyallah, hidup kita sentiasa dalam keadaan tenang walau ada masalah, tetap tenang.
Jumaat-Ahad ni jumpa kat KL Raya Fest ok?
72 jam non-stop.
3 set pertama untuk setiap warna kebaya Gurindam Jiwa kat booth akan dapat free bawal Saqil yang matching dengan warna baju.
Maknanya kita allocate 12 pasang baju with free bawal.
Nak book kebaya KLIK SINI.