2018-05-24

Bayar, jangan tak bayar.


Isu PTPTN kembali lagi.

Kali ni kerajaan bagi kelonggaran untuk bayaran balik hanya apabila gaji dah exceed RM4K.
Boleh tahan ramai yang bersorak bila kerajaan bagi kelonggaran.
Sorak untuk apa pun tak tau lah.

RM4K tu jauh lagi nak sampai, especially untuk fresh grad.
Aku masa kerja kat MOSTI dulu, starting gaji RM1400 (gross).
Masa tu RA je.
Pegawai-pegawai sangkut kat situ pun tak cecah RM2K gaji.
Even after aku left MOSTI for 3-4 tahun, kawan-kawan aku yang masih di sana, gajinya belum cecah RM3K pun lagi.
Agak-agak nak tunggu RM4K tu sampai kita umur berapa?

Tu cara-cara bujang.
Dibuatnya dalam tempoh 3-4 tahun tu terkahwin, terberanak, dah tentu perbelanjaan makin meningkat.
Makin susah nak bayar hutang.

Aku grad tahun 2001 dengan starting gaji RM1400.
Bulan terakhir aku makan gaji Sept 2008, gaji gross aku RM5K.
Ni tak masuk komisyen.
Tapi jangan kiralah komisyen tu sebab itu sesuatu yang tak pasti dan amountnya tak tetap setiap bulan.
Aku just nak tunjuk betapa lamanya kita nak naik tangga gaji (basic).
Apetah lagi kalau starting rendah, makin jauh la nak tunggu cecah RM4K tu.
7 tahun kerja baru cecah RM5K.
Ada orang lebih bernasib baik, macam En Wan.
Starting dah tinggi.
Tak jenuh nak menunggu untuk cecah RM4K tu (kalau dia ambik PTPTN).

Nasib kita semua memang tak sama.
Tapi tanggungjawab kita sama.
Kalau kita dah ambil tanggungjawab untuk membuat berhutang, maka bertanggungjawablah untuk membayar.

Kalau kita boleh istiqomah bayar duit sewa rumah setiap bulan, bayar hutang rumah, bayar hutang kereta, bayar bil-bil setiap bulan, kenapa kita tak boleh istiqomah bayar hutang pelajaran?
Hutang rumah pun ada interest. Hutang kereta pun ada interest. Kenapa boleh?

Kelonggaran yang kerajaan bagi tu patutnya buatkan kita bersorak lega sebab boleh bayar sikit-sikit mengikut kemampuan setiap bulan.
Bukannya bersorak sebab tak perlu bayar lansung, nak tunggu gaji cecah RM4K esok baru start bayar.

Ini tak.
Dah dibagi kelonggaran untuk bayar bila gaji dah RM4K, dimintak pulak untuk hapuskan interest.
Esok kalau dimansuhkan interest, melalak-lalak mintak hapuskan terus loan.

Jangan macam tu.
Ini sebenarnya kelonggaran yang Allah bagi pada kita, disampaikan melalui kerajaan.
Allah nak bantu kita kurangkan beban.
Bulan ni ada lebih, bayar lebih.
Bulan depan pendapatan kurang, bayar sikit. Bukan tak bayar lansung!
Disiplinkan diri untuk tetap bayar walaupun sikit.
Kita tak tau bila tahun gaji kita cecah RM4K.
Ntah-ntah mati dulu sebelum sempat habis hutang.
Kalau mati esok, atas dunia ni boleh la kerajaan strike off nama.
Kat 6 kaki bawah tanah tu tak strike off ya, hutang tetap akan ditanya.
Habis bayar ke, tak abis bayar ke, wallahualam lah macamana Dia kira.
Yang penting Allah tahu kita ada usaha untuk membayar.

Duit ni kalau nak kata cukup, memang always tak cukup.
Kerana cukup tak cukupnya duit bukan terletak pada berapa banyak kita dapat, tapi berapa banyak kita spend.

Aku bukan tak pernah shopping barang mekap kat Watson/Guardian.
Yang follow blog ni dari awal mesti tau aku pernah pakai segala tok nenek Ponds, Revlon, Syahirah, etc. Set-set produk Guardian semua ni.

Aku pun pernah pakai henbeg beli kat kiosk depan Giant.

Aku pernah beli bra/panties kat longgok-longgok.
Tak berani nak selak bra yang kat hanger.

Aku pernah merasa zaman beli barang dapur kat kedai runcit.
Tak berani nak masuk Giant.

Aku pernah pakai kereta Kancil.
Boleh je ha lenjan Kancil tu buat sales sampai ke Tganu.
Panjat Genting pun larat tau Kancil tu.

Aku pernah merayap pi One Utama just window shopping, masuk kedai pegang-pegang sikit, selak-selak sikit, pastu keluar.
Then masuk kedai lain, pegang-pegang, selak-selak, keluar.

Kalau starting kita tak tinggi, kita berbelanjalah cara starting tak tinggi.
Tak payah ikut-ikut orang, tak payah nak bertanding sape lebih hebat.
Menang gaya je buat apa. Janji praktikal.
Ada duit lebih sok baru bergaya lebih. Tengah takde duit ni buat cara sederhana.

Hari tu masa balik dari beli baju-baju raya budak-budak, lalu depan satu tapak medan selera.
Tak sure medan selera tu masih wujud ke tak sebab kitorang lalu waktu siang.
En Wan tanya aku "Ingat lagi tempat ni Di?"

Aku cakap kat Redza "Redza tau tak, tempat ni dulu malam-malam ada warung. Papa dengan Mama dulu kalau malas nak masak, selalu makan kat sini".

Redza tak percaya, "Ye ke?"

Dia ingat mak bapak dia tak layan warung agaknya.

Pastu lalu kat Seksyen 7, depan Restoran Khalifa, restoran mamak.
Aku cakap kat Redza "Ni pun salah satu restoran Papa Mama selalu makan. Asal masuk sini je Nasi goreng ayam".

Then lalu depan Carlos.
Nama je gempak padahal restoran kat shop lot biasa je. Datang sini untuk makan kueytiaw kerang.

Pastu Redza cakap "Hari-hari makan luar? Banyaknya duit mama".

En Wan jawab "Papa makan kat sini kalau dapat gaji, Ija".

Ternganga anak aku.

Betul, aku dengan En Wan dulu kalau dapat gaji, port kitorang - Carlos atau Khalifa.
Tu lah port paling best kalau dapat gaji.
Bayangkan hari gaji baru dapat makan kueytiaw kerang dengan nasik goreng ayam?

Kalau nak ikutkan, kitorang waktu tu takde hutang pelajaran.
En Wan scholar JPA, aku pulak dapat convert loan MARA kepada scholar.
Tapi tetap kitorang 'ikat perut'.
Sebab waktu tu kitorang istiqomah 2 benda.
Pertama, bayar hutang kereta En Wan.
Kedua, simpan duit nak beli rumah.

En Wan balik dari Jepun bawak balik kereta.
Tapi nak release kereta dari port kena bayar berapa ribu ntah aku lupa.
Kebetulan, lepas kawen, kereta tu sampai.
Jadi, En Wan pinjam duit salam kaut masa kawen kitorang, dari Mak Aji.

Kalau nak ikutkan, boleh je bayar rilek-rileks. Alah, duit mak sendiri, bukan orang lain. Takde interest pulak tu kan.
Tapi kitorang istiqomah bayar RM980 sebulan.
En Wan letak target setahun mesti settle hutang kereta sebab nak start fokus simpan duit untuk beli rumah pulak.

Bayangkan waktu tu sewa rumah RM820.
Hutang kereta RM980.
Gaji aku baru RM1600 masa tu. En Wan RM2500.
Itu gross tau. Kalau clean, tak sampai RM4K pun.
Dua orang punya gaji pun tak sampai 4K.

Tapi Allah dah kata, siapa yang niat nak bayar hutang, Allah akan permudahkan.
Tak tau lah macamana jalannya, tapi alhamdulillah.
Aku kawen 2001, tahun 2002 hutang kereta pun settle.
Tahun 2004 dah pindah masuk rumah sendiri.

Masa tu rumah baru RM250K.
Walaupun rumah waktu tu masih murah, tapi gaji kitorang tak tinggi.
Pulak tu kitorang dah ada Redza, ambikkan bibik pulak. Nak bayar gaji bibik lagi.
Bulan-bulan kadang-kadang duit belen cuma ada RM1500 (campur 2 orang).
Itulah duit groceries, itulah duit utilities, itulah duit saving, itulah duit emergency.
Aku simpan ASB RM10 sebulan pun pernah.
Janji simpan. Banyak pun namanya simpan, sikit tetap namanya simpan.

Semua orang nak gaji besar supaya dapat memenuhi keperluan dan keinginan.
Takde siapa nak gaji kecik.
Tapi banyak mana pun duit yang kita ada, tetap kita dengar orang mengeluh itu mahal, ini mahal, barang tu naik harga, barang ni naik harga.
Tetap kita dengar keluhan gaji yang diterima tak cukup.
Setakat boleh bayar keperluan asas je.

Bukan tak boleh bergaya.
Time aku makan gaji dulu, aku tetap bergaya.
Tapi gaya ikut poket sendiri orang kata.
Orang beli baju, aku pun beli baju gak.
Tapi aku tak beli kat Zara. Aku beli kat Aeon je.
Orang beli kasut, aku pun beli kasut gak.
Tapi aku tak beli kat Clark, aku beli kat Vincci.
Orang makan steak, aku pun makan gak.
Tapi aku tak makan kat Victoria Station, aku makan steak warung medan selera.

Hukum menunda pembayaran hutang adalah termasuk dosa besar.
Kalau orang yang berhutang mampu membayar hutang dan tak memiliki uzur yang dibenarkan oleh agama,  bila jatuh tempoh pembayaran, dia wajib bayar.
Orang yang menunda pembayaran hutang berhak dicela dan dipenjarakan kerana menunda pembayaran hutang adalah salah satu bentuk kezaliman.
Zalim sebab dah mampu bayar hutang tapi sengaja melambat-lambatkan bayar.

Bayangkan ya.
Zakat yang merupakan rukun Islam tu pun kalah dengan hutang.
Kalau kita hanya ada satu pilihan antara zakat dan hutang, secara syar'i, kena bayar hutang dulu.
Kalau ada lebihnya baru bayar zakat.

Ambiklah peluang kelonggaran yang kerajaan bagi ni untuk bayar sikit-sikit.
Ini cara kita untuk belajar istiqomah.




Yang dah tengok teaser bawal satin kat IG aku semalam, ok hari ni kita release.
Bidang 45.
Bukan satin lunyai ya, ini satin premium. Nak tengok aku pakai, masuk IG tuan tanah.