2018-04-09

Susah sangat nak bersangka baik?


Berprasangka buruk adalah seburuk-buruk hati.
Bermula dengan hati, then tuduhan tanpa bukti, lepas tu tersebar dari mulut ke mulut.
Awalnya prasangka, ujung-ujungnya fitnah.

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain" (Al-Hujuraat 12).

Dari ayat ini, maksud yang paling mudah nak faham adalah, jauhkan diri terus dari punca prasangka.
Maknanya, jangan sesekali berurusan dengan orang yang ada prasangka buruk.
Sebab orang-orang macam ni, walau apapun penjelasan kita, dia takkan terima.
Kalau orang begini di kalangan kawan-kawan, tak apa, boleh menjauhkan diri.
Tapi kalau suami? Isteri? Nauzubillah.

Memang wujud manusia yang setiap masa berprasangka buruk.
Apa je yang orang lain buat yang dia rasa boleh menggugat kepandaian dia, menggugat kekayaan dia, kedudukan dia, kejayaan dia - sentiasa akan dikondem.
Orang macam ni, tinggalkan je. Biar dia nak menang, silakan. Jauhkan terus dari kelompok ini.
Kalau perangai sebegini ada di kalangan ahli keluarga, jangan dilayan.
Bila dia dah start hawa-hawa nak mengkondem tu, jangan bertanya-tanya.
Jangan tunjukkan kan yang kita berminat dengan pendapat dia.
Diam kan je. Nanti dia berhenti sendiri.

Ada sorang reader ni email.
Dia kata dulu sebelum kawen dia ramai kawan lelaki.
Dan suaminya adalah salah sorang kawan masa di U dulu.
Masa di U dia pernah bercouple dengan orang lain. Suami tau tentang ni sebab dia kenal exbf tu.
And suami tau isteri pernah ada cinta monyet zaman skolah dulu.
Selepas kawen, setiap kali bergaduh dengan suami, suami akan tuduh dia berzina dengan semua exbf sampai suruh bersumpah dengan nama Allah, junjung Quran segala.

Rasanya dah ramai ustaz-ustaz cakap pasal ni.
Kalaupun betul pernah berzina, tak perlu cerita kat pasangan.
Islam menganjurkan agar masing-masing merahsiakan setiap dosa yang telah dilakukan.

"Siapa yang ditimpa musibah maksiat dengan melakukan perbuatan ini (zina), hendaknya dia menyembunyikannya" (Malik, 1508).

Apetah lagi nak kena bersumpah pegang Al-Quran bagai, tak perlu.
Ini kan aib. Aib kena tutup.
Even kalaupun nampak depan mata isteri tengah bersembang dengan lelaki lain sekalipun, tak boleh berprasangka.
Kena tanya isteri dulu "Tadi abang nampak awak sembang dengan lelaki, siapa tu?"

Tanya dulu.
Bukan main agak-agak je.
Entah-entah orang tu nak tanya alamat je, yang kita ni menggelupur tak tentu arah.

Islam tak suruh orang yang dah kawen bagitau pasangan tentang masa silamnya.
Kerana yang akan menghisab amal isteri bukan suami, begitu pula isteri tak menghisab amal yang pernah dilakukan suaminya.

Apa faedahnya kita share kisah silam kita dengan pasangan?
Kalau suami tak dapat accept perbuatan buruk isterinya dulu, adakah suami boleh bagi pahala untuk kebaikan isterinya pada masa dulu?
Nak terima yang baik je, yang buruk taknak?
Sebaliknya, kalau isteri tak boleh accept perbuatan buruk yang pernah dilakukan suami, adakah dia akan diberi pahala untuk setiap amal yang dilakukan suaminya?

Benda yang lepas dah terjadi.
Samada kita honest bercerita ataupun kita memilih untuk diam, sejarah tetap takkan berubah.
Kalau kisah yang kita korek tu ternyata membuatkan kita lebih sakit hati, apa faedahnya untuk kita tau.
Dah elok-elok kawen 3-4 tahun tiba-tiba nak korek masa lampau nak buat apa?
Melainkan nak jadikan alasan untuk berpisah.
Kalau dah memang nak berpisah lain cerita lah. Yang tu, jangankan ada reason. Takde reason pun akan cuba diada-adakan.

Kalau kita berprasangka buruk terhadap orang lain, setiap masa kita akan merasa tak selamat, feel threatened kat sesuatu yang sebenarnya tak ada.
Even kalau kita menjaga isteri kita dengan baik sekalipun, pegi kerja dihantar, balik berjemput, and one day ternampak isteri kita berbual dengan lelaki lain.
Itu pun masih kita tak boleh tuduh sembarangan. Mesti tanya dulu.
Apetah lagi kita bagi isteri pegi keje sendiri, balik pun kita suruh dia balik sendiri, eh alih-alih dia nak dituduh-tuduh.
Kalau rasa-rasa diri tu tak boleh nak husnuzon dengan isteri, suruh je isteri duduk rumah.

Suami, jangan berprasangka buruk terhadap isteri.
Isteri pula, jangan buat sesuatu yang membuatkan suami berprasangka buruk.
Begitulah sebaliknya.

Kadang-kadang suami tiba-tiba letak password kat henfon. Selama ni takde password.
Isteri mana yang tak berprasangka kalau jadi macam ni, kan?
Suami yang dah mengundang isteri untuk berprasangka.
Tapi walau macamana pun, isteri kena tanya dulu kat suami.
Tanya kenapa tiba-tiba dia letak password.

En Wan, sejak 2 bulan lepas henfon dia ada password.
Aku tau pun sebab Rayyan nak pinjam henfon aku tengok You Tube.
Aku suruh pakai henfon bapak dia. Dia cakap "henfon papa tak boleh guna sebab ada password".
Aik?? Ada password sekarang?

Terus aku tanya "Kenapa adik kata henfon abang ada password? Nak tau password boleh?"
Terus dia bagi password.
Kan lega dah tu?
Kalau tak bertanya, konfem macam-macam yang aku akan fikirkan.
Sometimes, hanya kerana satu benda yang tak settle dalam kepala otak kita, menyebabkan segala benda kita huru-hara kan.
Ada je nanti ketidakpuasan hati terhadap suami.

Contoh, isteri call tapi suami tak angkat henfon.
Semua benda nanti isteri kaitkan dengan henfon tu.
Bila suami tanya "Malam ni masak apa untuk dinner?"
Dia jawab "Eh, ingatkan sibuk sangat tadi sampai henfon pun tak berangkat. Sempat jugak nak makan ya?"
Haaaa....nampak tak apa punca sebenarnya?

Jadi, kalau terdetik prasangka buruk, terus tanya.
Jangan dibiarkan tanpa jawapan. Nanti merepek-repek kita fikir.
Melainkan kita boleh mengubahnya menjadi husnuzon.
Kalau tak boleh husnuzon, bertanyalah.
Tapi kadang-kadang jawapan dah bagi, tetap taknak percaya. Ni pun satu penyakit gak.
That's why parasangka buruk adalah sejahat-jahat perangai.
Benda yang kita dah jelaskan pun belum tentu diterima.

Kalau kita membuatkan sesuatu yang menyebabkan orang bersangka buruk, salah.
Kalau kita bersangka buruk pun salah.
Dua-dua salah. Tapi, ingat.
Selalunya apabila kita bersangka buruk, ia takkan berhenti sampai situ saja.
Dah tentu kita akan mengumpat sekali. Bila mengumpat, hujung-hujung jadi fitnah.
Double trouble di situ.





Please KLIK SINI untuk bagi vote.