2018-03-31

Jamban



Baru melayan cerita ni semalam.
Best gila. Cerita pasal jamban je pun tapi best.
Again, Akshay Kumar belum pernah mengecewakan lagi.
Walaupun dalam cerita ni dia tak hensem lansung, tapi takpe. Jalan cerita best.

Cerita pasal kampung Akshay ni ada satu kebiasaan semua rumah takde toilet.
Dorang semua membuang bersepah-sepah. Tapi dalam semak/hutan.
Alasannya tempat membuang (toilet) adalah satu benda yang kotor jadi takleh letak dalam kawasan rumah, walaupun kat belakang rumah.
Jadi dah jadi kebiasaan orang pompuan bangun pukul 4 pagi ramai-ramai berbondong-bondong pi dalam hutan berak berjemaah.
Orang lelaki takde hal, belakang pagar rumah pun okeh je.

Aku rasa kebiasaan macam ni memang lumrah kat certain kawasan di India sebab pernah ada dokumentari pasal ni.
Especially yang kat kampung-kampung and slum area.
Doranh berak merata, tepi pantai pun ada. Rilek je taik bersepah tepi pantai.
Yang area slum share tandas awam.
Bayangkan ramai-ramai gitu kongsi tandah yang setakat 4 biji? Konfem berkepam.

So this lady orang kampung juga tapi educated.
Rumah dia ada toilet.
Bila dia kawen dengan Akshay, on the first morning di sana, dia terperanjat bila orang kampung (ladies) ketuk tingkap bilik kejutkan dia untuk pi berak sama-sama.
Masa tu baru dia realize rumah pak mertua dia takde toilet.
So dia bengang. Dia balik ke rumah dia and hanya akan balik pada suami kalau ada toilet.
No toilet, no wife konsepnya.

Cerita selebihnya tengoklah sendiri.

Aku ada banyak kisah toilet.


1. Toilet rumah nenek Muar.

So far ni lah kejadian paling ngeri.
Bila sambil berak kena pegang pintu sebab pintu pakai selak dawai je.
Dah tutup pun masih boleh nampak luar lagi.
Dah lah kena angkut air dari dalam rumah sebab jamban kat luar. Kena pakai gayung untuk cebok.
Aku alergik sikit kalau guna gayung ni. Tak reti.
Elok-elok boleh 10 minit je dalam jamban dah jadi setengah jam sebab nak adjust tangan sendiri untuk cebok.
Selalunya kalau balik Muar (kampung Pak Aji), aku kurang berselera nak berak dan bontot aku pun macam tau-tau je aku ada kat Muar. Dengan sendirinya dia berak 2 hari sekali. Kumpul biar padu dulu.
Just imagine sambil berak sambil pegang pintu, di manakah konsentrasi nak berak tu?
Berak ni bukan kerja main-main. Perlu tenang. Kalau tak tenang, dia keluar sejemput je.
Abis tu dah kalau sambil mencangkung sambil tangan pegang pintu sambil mata melilau check kot-kot ada orang intai tepi lubang-lubang dinding, camanalah aku nak lawas?
That's why dulu kalau balik beraya kat Muar tak pernah lebih dari 3 hari. Hari ketiga mesti dah gerak balik nak kejarkan jamban yang selesa sikit.


2. Terperangkap dalam toilet masa matrik.

Hari tu ada kuiz. Lagi 15 minit nak start, aku sakit perut.
Masa tu toilet area bilik kuliah belum boleh guna. Tempat tu baru lagi. Jadi sape nak terkencing kena balik rumah.
Mujur rumah aku dekat je dengan bilik kuliah.
Aku lari balik and guna bilik air bawah, malas nak naik atas.
Aku lupa pintu bilik air bawah tu kadang-kadang problem. Sekali nak keluar tak boleh.
Menjerit-jerit aku kat dalam tu "Tolong! Tolong!".
Walaupun aku tau takde sape dengar sebab pagi memang semua ada kelas.
Berpeluh-peluh aku macam nak pitam tersekat kat dalam.
Dah setengah jam baru dapat bukak. Itupun macam nak roboh aku gendangkan pintu.
Sampai kelas waktu kuiz lagi 20 minit nak habis.
Dah la tersekat dalam toilet, tak dibenarkan ambik kuiz lak tu. Kena duduk luar kelas.
Seb baik kat tepi kelas tu ada penyapu, maka aku sapu lah koridor. Kalau orang lalu-lalang takde la nampak sangat aku kena halau dari kelas kan. Kahkahkah.


3. Toilet rumah En Wan takde hose.

Ni sejenis kejadian macam filem Toilet jugak.
Cuma rumah En Wan ada jamban, cuma takde hose.
Aku kan mana boleh jamban takde hose.
2 hari aku senyapkan diri tahan sakit perut.
Bukan takleh berak, memang sakit sangat-sangat dah ni.
Tapi aku kenal bontot aku. Kalau takde hose, kau teranlah sampai biru muka pun dia takkan keluar.
Sampai mabuk kepala aku angin toksik naik ke kepala. Masuk hari ketiga aku dah menangis.
En Wan gelabah ingat aku rimas duduk kampung dia.
Masa tu kan baru-baru kawen, malu la nak cakap takleh berak takde hose.
Tapi dah tak tahan punya pasal, aku cakap jugak. Aku kata aku nak buang air tapi tak reti guna gayung untuk beristinjak. En Wan geledah stor jumpa hose panjang 3 meter.

"Cuba tengok kat toilet abang dah letak, cukup panjang ke tak?"

Aku tengok mak aiiiiii, takde panjang lagi nak bagi?
Dia ingat aku nak buat jolok bontot ke apa.
Lega betul jumpa hose.
Sejak dari tu laki aku tau dah, mana-mana tempat pegi, tempat tido takde masalah.
Tapi kalau toilet takde hose, memang neraka dunia.


4. Hantu dalam toilet skolah.

Blok aku dulu takde toilet untuk pelajar. Yang ada toilet untuk guru je.
Kalau pelajar blok aku nak ke toilet kena pi toilet blok lain.
Zaman tu nak pegi toilet takleh berteman, kena pi sorang. Aku pun pegi la sorang.
Masuk dalam toilet nampak ada satu student ni berdiri depan sink mengadap cermin. Tinggi. Ikat rambut pakai riben merah.
Sebagai pengawas, aku pun tegur dia "Ribbon awak merah". T
api aku cakap lembut je la, sambil terus berjalan masuk jamban.
Masa dalam jamban tetiba aku terpikir. Ni bukan skolah rendah, sekolah menengah kot.
Student mana yang bangang sangat dah skolah menengah masih tak tau takleh pakai warna merah waktu skolah?
Plus, dia pakai ribbon besar. Saje nak cari pasal dengan HEM namanya ni. Itu satu hal.
Satu hal lagi, aku terpikir, apesal budak tu tinggi sangat eh?
And masa dia mengadap cermin betulkan ribbon dia, dia pandang cermin ke dinding?
Sebab kalau pandang cermin dia kena bongkok. Tapi dia tak membongkok.
Apa fungsi dia adjust ribbon mengadap dinding?
Pelan-pelan aku bukak pintu toilet, tengok takde orang, terus zasssssssssssssss lari.
Seb baik takde, dibuatnya dia tunggu aku kat depan "Kak, boleh betulkan ribbon saya?". Pitam.






Esok last day untuk PayDay Clearance Sale ni.
Klik bawah untuk tengok, ok?