2018-02-12

Siapa sebenarnya yang ada masalah.


Hari ni aku nak merajinkan diri respond pada email-email kat bawah.
Intipatinya sama, tapi jalan cerita berbeza.
Aku tak sure if aku boleh respond pada semua cerita tapi #siscuba.



Kisah cinta reader ni adalah sejenis yang sama dengan kisah cinta aku.
Bercinta macam nak rak dengan orang lain, tup-tup bertunang dengan orang lain.
Masa Mak Aji call adik-beradik dia bagitau aku nak bertunang, semua pun "Oh, dengan budak Perak tu ke?"
Mak Aji dengan slow motion jawab "Tak...dengan orang lain".
Hah kau. Tanjat makcik-makcik aku semua.
Maunya tak. Segala kenduri kendara keluarga aku angkut exbf. Sampai dah tido baring kat rumah, kat kampung nenek, semua dah kenal, Tinggal tunggu rasmi je. Alih-alih balik Tganu rupanya aku.

Bercinta lama belum jadi penentu kita serasi.
Kalau nak salahkan "perkahwinan tanpa cinta" jadi punca masalah rumahtangga, then please explain kenapa kita break off dengan exbf?
Kalau cinta kita benar, mati hidup balik kita pertahankan walau ada halangan.
Jadi, ketidakserasian dalam hubungan bukan bergantung pada lama atau tak kita kenal each other tapi how well kita bertolak-ansur dengan perbezaan sikap.

To be fair to this reader, aku dengan En Wan awal-awal dulu jenuh juga nak faham each other.
Bercinta melalui email and surat, tak sama bila kita live together.
Nak pulak dulu aku main 'rembat' je apa yang datang, sebab nak larikan diri dari masalah dengan exbf.
Memang tak pikir panjang dah waktu tu, yang aku tau asalkan aku boleh keluar dari masalah ni, apa nak jadi pastu kendian aku pikir.

Aku bajet nak cipta keserasian tu tak susah mana sebab walaupun tak selalu jumpa at least kitorang aktif beremail/tulis surat.
Masa tu aku cuma pegang kat effort dia untuk keep the relationship warm.
Jarang nak jumpa lelaki yang sanggup spend time menulis surat, balas email everday.
Walaupun hati aku ada was-was and tak yakin if this relation works, tapi aku pegang pada usaha En Wan untuk menulis surat.
Waktu tu tak banyak benda yang aku nampak bagus pada En Wan berbanding exbf, tapi aku cuba cari sekecil-kecil kebaikan yang ada pada dia untuk aku yakinkan diri aku he is not that bad.

Bila dah kawen, 5 tahun pertama boleh dikatakan, kerap juga bertekak. Ada je benda yang aku tak berkenan kat dia.
Tapi I guess we love each other more.
Macamana bertekak pun, masing-masing akan cuba 'mengorat' balik each other.

Susah nak faham En Wan. Maybe aku pun susah nak difahami.
Kalau nak cerita pasal "susah nak ditegur", aku dan En Wan pun ada waktu-waktunya keras kepala juga.
Masing-masing ada prinsip (katanya). Masing-masing nak menang.
Padahal bukan pertahankan prinsip tapi masing-masing ego.
Ini benda biasa untuk 5 tahun yang pertama. Jangan kalut sangat kalau ada yang rasa semua benda tak jumpa keserasian.
Memang payah nak jumpa keserasian dalam tempoh 5 tahun sebab masa bercinta kita tak duduk serumah. Now dah tido sebantal, true colors semua dah nampak.
Just be fair to each other. Bagi peluang masing-masing cari keserasian dulu. Nanti lama-lama kita boleh nampak kat mana kelebihan dan kekurangan.

Kadang-kadang keserasian tu hanya timbul bila salah-seorang mengalah.
Reader tu cakap "dengan orang lain suami saya ok je".
En Wan pun susah nak mengalah dengan aku awal-awal dulu. Tapi dengan aku je la dia suka buat gini. Dengan orang lain elok je dia mengalah.
Mula-mula dulu aku menyirap gak, tapi lama-lama aku dah faham itu mungkin sejenis perangai suami yang tak boleh tunduk dengan isteri, so aku terima je lah.
Setakat nak mengalah aku dah biasa dah. Dari kecik biasa mengalah dengan asik-beradik, so takde hal sangat. Bagi je la dia menang, bukan dapat trofi pun.

Dalam masa yang sama, En Wan banyak tolak-ansur dengan perangai aku yang malas masak ni.
Mak mertua aku suri rumah. En Wan dulu masa kecik rumah dia ada 2 bibik. Gi skolah pun driver hantar. Jadi, bila dia kawen dengan aku yang malas masak, maybe dia pun rasa tak selesa. Dari kecik sampai ke besar mak siapkan makanan, alih-alih now asik kena tapau makanan kat luar. Hahahaha.
So kira fair la kan kat situ.
Aku tolak ansur dengan perangai dia yang tak boleh nak kalah tu.
Dia pulak tolak ansur dengan perangai aku yang malas masak ni.
Masing-masing ada kekurangan.

Jangan membayangkan seolah-olah kita akan hidup dengan kekurangan tu sepanjang hayat, tapi bayangkan kelebihan.
Kita nak hidup dengan kelebihan yang dia ada.
Cari kelebihan apa yang ada pada pasangan.
Kalau rasa-rasa kelebihan pasangan tu susah nak dapat kat orang lain, so stay. Buatlah apa yang patut untuk pertahankan relation.
Kalau rasa kelebihan yang ada kat pasangan tu boleh dapat kat orang lain, then that's your call.



Kau tengok soalan aku dapat. Bukan calang-calang tau. Tahap soalan Melodi ni.

Mana ada rumahtangga yang tak bergaduh? TAKDE.
Tapi bergaduh tak bermaksud sampai sepak terajang segala.
Merajuk tak bercakap-cakap pun namanya bergaduh juga.

Pergaduhan paling besar, entah. Tak ingat. Kalau ada pun rasanya perang mulut untuk reason yang kebudak-budakan. Biasalah, tengah muda.
Aku dah 17 tahun kahwin. Kalau nak cakap pasal ni aku bukan orang yang layak.
Orang yang paling layak adalah makbapak masing-masing.
Dorang lebih layak nak bagi tips rumahtangga.
Aku cuma boleh share sikit selama 17 tahun hidup sama.
Rasanya kalau gaduh teruk pun awal 5 tahun perkahwinan. Tempoh tu je la pun selalu gaduh. Masing-masing masih nak susun rentak keserasian. Biasa la tu.

Dah masuk belas-belas tahun ni macam yang aku cakap tadi, hal suami isteri memang jarang dah bertekak. Kalau nak bertekak sekarang pun hal ofis je.
Aku rasa salah satu sebab kenapa jarang bergaduh adalah sebab masing-masing dah mula faham karaktek pasangan dan sifat tolak-ansur pun dah semakin baik.

Tips yang aku and En Wan buat dulu setiap kali lepas bergaduh, we sit and talk about punca pergaduhan.
Kau nak sentap taknak bercakap-cakap, itu masa tengah bergaduh.
Tapi lepas berbaik, mesti kena berbincang. Jangan buat senyap and lupakan macam tu je. NEVER!
Bila korang berbincang tentang punca pergaduhan, at least masing-masing dah tau kenapa kita bertindak macam tu, kenapa kita tak setuju, and all.
Kerana masa bergaduh masing-masing guna emosi. Bila dah baik, baru masing-masing guna akal.
So waktu ni paling sesuai untuk bincang pasal punca pergaduhan.
Dari sini masing-masing tau apa yang perlu dan boleh dielakkan di masa hadapan.
Kalau isu macam ni timbul lagi, masing-masing dah tau better ways to handle.

Sekarang, kalau nak bertekak pun, hal ofis je. Lebih kepada urusan kerja.
Bila balik rumah semua jadi macam biasa balik.
Maybe duduk dengan mak mertua banyak bagi kelebihan untuk kitorang tak drag sentap-menyentap sampai berhari-hari.
Malu la kalau mak mertua nampak sorang tido bilik lain, sorang tido bilik lagi satu.
Mak mertua mesti boleh perasan kalau kitorang laki bini tak bercakap-cakap.
Jadi, nak tak nak masing-masing sentiasa cari peluang untuk mengalah.

En Wan kalau nak mengaku salah memang tak lah. Tapi kalau tetiba aku keluar bilik mandi nampak ada Starbuck tepi katil, tu petanda dia minta maaf la tu.
Aku kalau buat salah, straight away cakap "I'm sorry" kat dia. Kiss pipi dia satu kali, done.
Alah, dah masuk berbelas tahun ni, tak kuasa la nak bertekak lama-lama. Letih oiii. Bangun tido pun kadang-kadang letih, inikan nak bertekak. Malas lah.

Aku bukan jenis lepaskan marah. Aku jenis pendam, simpan, forgive but never forget.
Kalau aku jenis lepaskan marah, dah lama exbf aku tu aku sembelih.
Tapi memandangkan aku jenis riuh dan tak reti berhenti bercakap, jadi bila aku tiba-tiba senyap tak bercakap-cakap, haaaaaa....itu namanya disaster.
Tak tentu arah En Wan kalau aku tak bercakap-cakap.
Nanti kejap-kejap dia tepuk lantai konon ada semut, spray nyamuk, jatuhkan buku, tampar nyamuk. Banyak lah kerja dia buat nak trigger aku bercakap.
Kadang-kadang aku tergelak, terus baik.
Tapi kalau aku bertahan lama sikit, dapatlah Starbuck satu. Hahahaha.

Kalau dah habis idea nak pujuk aku, makanan lah jalan penyelesaiannnya.
Tapi nama dia nak mintak maaf memang tak.
Takpe, itu style dia. Aku dah boleh terima.



Takde apa yang kita boleh buat untuk mend damage yang dah berlaku di masa lepas.
Apa yang dah lepas, biarkan lepas.
Kita tak mahu hidup dengan masa lalu. Kita nak move forward.
Now, fokus untuk perbaiki diri and anak-anak.
Macam yang aku always cakap, nak ubah orang susah. Yang paling senang adalah ubah diri sendiri.

Karang kalau aku cakap, orang kata aku pandai cakap je.
Tapi sebenarnya apa yang aku cakap ni melalui pengalaman.
Dulu aku pun always salahkan mak bapak mertua aku sebab manjakan sangat En Wan sampai apa dia cakap semua kena iyakan je, tak boleh nak bangkang lansung. Kesannya, tak reti nak tolak ansur, asik dia je betul.

Itu dulu lah.

Meh aku ajar.
Caranya, bangun malam, buat solat taubat.
Rasa 'sakit hati' kita pada pasangan tu boleh jadi kerana dosa kita.
Itu cara Allah panggil kita untuk mencari Dia.
Bila kita rasa sakit hati, dan tak berdaya nak buat apa dah, dah tentu kita akan patah balik mencari Allah, betul tak?
Aku malas nak tulis panjang-panjang pasal ni, aku dah tulis kat status FB aku KAT SINI.

Apa saja benda yang buat kita tak senang adalah berpunca dari dosa kita.
Yang itu kita kena akui kita memang tak terlepas dari dosa.
Dosa kita mungkin tak besar mana, tapi Allah nak kita taubat.
Dia tunggu punya tunggu, kita tak taubat-taubat juga, jadi Dia turunkan sikit masalah supaya kita mencari Dia.
Boleh jadi masalah rumahtangga salah satu daripadanya.

Tak payah mengaku kat sesiapa dosa kita, sebab semua orang pun buat salah.
Bangun malam, buat solat taubat.
Mintak ampun dan doa aku dulu "Ya Allah, kalau bukan dia yang harus berubah, Kau ubahkanlah sikap aku supaya aku fahami dia".

Dengan Allah tak perlu ego.
Dia lebih tau siapa yang perlu berubah.
Kalau akhirnya Dia mengubah sikap kita sehinga kita boleh fahami dia, alhamdulillah.
Objektif kita untuk perbaiki diri, bukan untuk tengok siapa yang akan ditimpa malapetaka.

Macam kes aku dulu, aku anggap aku yang salah.
Dosa aku banyak kan, jadi Tuhan campakkan rasa 'sakit hati' aku terhadap suami kerana Dia nak aku taubat.
Aku tak rasa En Wan salah. Tapi itu saja cara yang paling senang nak buat aku mengadu padaNya. Agaknya lah.

Dalam kes reader ni aku tak rasa suami dia jahat, cuma jahil.
Orang yang jahil ni insyallah berkat kuasa doa seorang isteri, dia boleh berubah.
Kita tak boleh ubah orang, tapi kita boleh ubah diri.
Kadang-kadang orang tu tak berubah jadi lebih baik pun, tapi Allah jadikan kita berlapang dada untuk terima kekurangan dan celebrate kelebihan supaya rumahtangga jadi aman damai.
Hidayah akan datang kemudian, insyallah.
Kita boleh berusaha tapi doa jangan pernah tinggal.



Aku senyum je baca ni.
Ni pertengkaran biasa suami isteri.
Aku baca perenggan pertama lagi aku dah nampak apa yang boleh diperbetulkan kat sini.

"Suami saya ni kalau dah bengang dia suka buat badak (senyap)".

Kat situ dah nampak isteri dah faham dah perangai suami dia macamana, so patut dah tahu apa nak buat.
Dah tau kan dia akan buat senyap. Maknanya, kena tanya lagi sekali, tapi kali ni dengan susunan ayat dan ton suara yang berbeza. Gunakan sentuhan juga (sentuh tangan dia bila bertanya).
Aku percaya hasilnya berbeza.

Macamana aku tau?
Sebab ini antara pengalaman aku. Hahahahaha.
Tapi En Wan takde la kasaq macam tu.
Tapi dia pun sejenis kalau bengang buat diam je. Macam aku jugak lah, kalau bengang aku tak bercakap.
Selalunya aku akan sentuh tangan En Wan (kalau dalam kereta), and tanya "Abang....boleh ke, bang?" dengan nada yang paling gedik aku boleh buat.
Dia mungkin takkan bercakap, tapi dia akan hulurkan henfon tu untuk aku waze sendiri.
Aku tau ramai yang rasa penat asik kena mengalah dengan suami. Tapi come to think or it, kita ni nak menang sentiasa untuk apa? Bukan ke menjadikan keadaan jauh lebih baik tu lagi bagus dari menang?
Kalau menang bertekak dapat apa?

En Wan tu kadang-kadang kalau bengang pun dia tetap tanya "Hah, abang nak pi pasar malam ni, nak kirim apa wasap!".

Huii...garang kemain.
Tak nak dengar aku pesan apa.
Tapi ambik gak order dari wasap. Kahkahkah.

This is marriage.
If you survive the first 5 years, kau akan gelak bila kenang balik benda-benda yang korang gaduh ni.
If you survive 10 years, kau akan rindu waktu-waktu merajuk macam dulu.
And one day, bila one of you pergi dulu, kau akan rindu and wish dia hidup lagi.
Waktu tu kau akan rasa kalau dia dihidupkan kembali hanya untuk bergaduh hari-hari pun tak apelah, as long as dia ada.






Ada 3 hari lagi untuk gunakan kod diskaun YES.
Ada lebih kurang 300 kod lagi belum bertebus.
Jangan lambat-lambat. Orang lain sibuk tanya ada diskaun ke tak, korang dah ada diskaun taknak guna. Rugi woooo.