2018-02-02

Perbaiki hubungan


Yang beli buku aku, ada di anataranya mintak aku tuliskan kata-kata semangat atau tips nak jadi lebih baik, nak jadi berjaya, nak lebih istiqomah, etc.

Sebenarnya, kalau dalam selama kita hidup ni sentiasa ada masalah atau merasa kita belum cukup baik, perbaikilah hubungan kita dengan Allah.
Apa saja perkara yang buatkan kita rasa tertekan, ia ada kaitan dengan hubungan kita dengan Allah.
Sebab apa saja perkara yang membuatkan kita rasa terbeban, pasti masalah-masalah itu muncul dari keburukan kita.
Dan boleh jadi keburukan hari ini adalah akibat dari keburukan kita di masa lalu.
Tak mungkin kerana kebaikan, mesti dari keburukan.

Tak perlu malu akui keburukan kita. Bukan suruh mengaku depan manusia.
Akuilah pada diri sendiri dan Allah, cukup.
List-kan apa keburukan yang pernah kita lakukan, kemudian evaluate list keburukan tadi.
Ramai orang berlumba nak tambah kebaikkan tapi keburukan tak diperbaiki.
Dan bila musibah menimpa, kita ungkit "Apa lagi yang kurang pada aku Ya Allah? Aku dah cuba buat macam-macam benda baik".
Di situlah kesalahan kita kerana kita evaluate list kebaikan. Tapi kita tak evaluate lansung list keburukan.
Hanya bila kita listkan keburukan kita baru kita nampak "Oh, aku belum baik lagi rupanya".
Konsepnya sama macam kita buat wishlist. Bila kita buat wishlist baru kita nampak apa yang belum achieve, kan? Once dah achived kita strike off dari list dengan bangganya.
So why not kita buat list keburukan kita pulak so that kita boleh strike off the list bila dah dapat perbaiki?

Cara nak perbaiki keburukan yang pertamanya, hubungan dengan Allah perbaiki lagi.
Especially waktu prime time.
Apa waktu prime time?
Subuh. Ini waktu paling favourite.
Biasakan duduk menunggu Subuh.
Sebab pada waktu Subuh dan Asar malaikat bertukar shift.
Nanti masa dorang report depan Allah sebelum tukar shift, Allah akan tanya "Si Diana tadi buat apa?"

"Dia tengah duduk baca Yassin sementara tunggu Subuh".

Kan sedap je dengar tu.
Daripada "Si Diana elok je tengah terbongkang lagi atas katil. Naik sedap dia membuta dengan selimut setan".
Malaikat yang submit report tu pun malu hantar report macam tu.

Yang kedua, banyak-banyakkan doa terutama sekali waktu Allah turun ke langit dunia.
Allah turun bukan sebab nak jalan-jalan tengok apa ada kat tengah jalan ni.
Dia turun sambil bertanya "Ada tak HambaKu yang perlukan sesuatu? Ada tak HambaKu yang perlu pengampunan biar aku ampunkan?"

Ada.
Tapi membuta lagi best kot.

Allah bukan tak tau kita nak apa, tapi Dia nak tengok siapa yang bersungguh nak.
Kalau seseorang tu sanggup bangun dari tido pukul 4 pagi semata-mata nak solat malam dan berdoa maka itulah orang yang sangat-sangat perlukan apa yang dia nak. Allah akan kabulkan.
Kalau apa yang kita nak tak membuatkan kita bangkit dari lena untuk berdoa, maknanya kita takdelah nak sangat benda tu. Tak dapat pun takpe konsepnya.

Perut kita ni 14 hari kosong pun masih hidup lagi tapi kalau hati kosong bermakna makin jauhlah dari pertolongan Allah.
Kalau Allah dah jauh, satu apa pun takkan mendekat dan terus melekat.

Jangan pernah merasa kalau hubungan dengan Allah semakin baik maka hidup kita jadi makin susah,
Never.
Semakin baik hubungan dengan allah, hidup jadi makin mudah. Konfem!

Dulu, masa aku 'daring', aku rasa senang gila buat sales.
Setakat nak jual gel doc harga RM70K seketul tu celah jari aku je.
Sampai satu masa tu hari-hari aku jual instrument. Aku jual instrument macam jual goreng pisang. Paling murah instrument aku jual RM9K. Everyday. Takde masalah lansung.

Tapi bila aku dah start berhijrah, mula terasa payahnya nak dapat sales.
Aku pernah cerita kat blog sebelum ni.
Waktu tu customer dah tak berapa selesa nak berurusan dengan aku. Tak tau kenapa. Maybe aku nampak extreme sangat kot berhijrah. Ye lah, dulu pakai baju see thru, now baju lengan panjang siap pakai inner. Mau tak nampak extreme?
Hubungan aku dengan customer pun terbatas sebab aku limitkan urusan aku hanya di pejabat (no more discuss over lunch/dinner).
Masa tu aku rasa down sangat bila sales tak laju. Tapi aku tetap push the limit. Buat sehabis mampu. Sales ok, tapi takde la berdesup-desup macam sebelum hijrah.

Aku cerita kat Sang Nila Utama pasal ni.

SNU : Dulu lancar ke rezeki you?

Aku : Lancar. Senang gila buat sales.

SNU : Sales tu pegi dekat you ke, dekat bos?

Aku : Of cos dekat bos, tapi I dapat komisyen.

SNU : Yang dulu tu, bukan rezeki lancar. Lancar apanya kalau sales masuk tapi gaji you banyak tu juga. Habis kuat pun dapat komisyen. Itupun 1%. Dapat gaji, buat bayar hutang. Lancar ke tu? Lancar bayar hutang?


Oh sentap dengar!

Now, bila ingat balik conversation ni, aku akui, kalau kita perbaiki hubungan dengan Allah, Dia akan lancarkan segala urusan dunia.
Sebelum hijrah senang buat sales, sehari paling minimum RM9k dalam tangan. Tapi RM9K tu tak dapat kat aku. Gaji aku tetap bawah dari RM9K sebulan. Sedangkan aku buat sales sehari RM9K.
Lancar buat sales pun, tak menjadikan aku beringat nak ke rumah Allah. Elok je aku planning bercuti sana sini, shopping sana sini, beli macam-macam. Hutang pun bertambah. Kat mak bapak pun aku tak hulur duit.

Bila dah hijrah, sales jadi susah nak dapat.
Tapi asbab kesusahan inilah yang buatkan aku berlama-lama atas sejadah.
Asbab susah ni lah yang buatkan aku paksa diri bangkit solat malam.
Asbab susah ni lah airmata aku murah setiap kali tadah tangan berdoa.

Quran cakap "Kejarlah akhirat, dunia akan kejar kita".

Mula-mula lepas berhijrah, terasa yang sales susah sikit tapi aku aku nak buat hutang pun susah.
Sales nampak tak bertambah, tapi hutang pun tak bertambah.
Rupanya Tuhan tahan hutang aku supaya jangan bertambah.
Lama-lama, lepas satu, satu hutang settle.

Kita ni selalu salah faham. Kita rasa, dulu sebelum hijrah, rezeki lancar. Padahal tak lancar mana pun. Yang lancar buat hutangnya saja.
Bila berhijrah, Tuhan akan perbaiki segalanya secara bertahap.
Dia nak bersihkan dulu dosa-dosa kita yang lampau kendian Dia tambah sikit-sikit rezeki sebagai 'upah' kesabaran kita menghapus dosa.
Macam orang sakit yang sembuh jugak. Mana ada sembuh sekelip mata. Semuanya sembuh pelan-pelan.

Kalau kita buat baik, jangan risau. Kebaikkan kita tak akan sia-sia.
Tak kisahlah buat baik dengan Allah, manusia atau binatang. Asalkan namanya buat baik.
Berdoa pun satu cabang berbuat baik. Takkan sia-sia berdoa.
Tapi jangan ingat doa hari ni esok dah dapat apa yang kau mintak. Kalau tak dapat, terus give up.
Jangan.
Doa kan ibadah. Ibadah datang dengan pahala. Takkan rugi punya.

Mungkin kita belum faham dengan fiqih doa.
Hikmah bagaimana cara Allah mengabulkan doa.
Semua doa pasti diperkenankan kalau tak ada yang menghalang.
Salah satu penghalang doa dari dikabulkan adalah terputusnya seilaturrahim.
Jadi jaga hubungan dengan manusia. Jangan cari pasal, jangan cari gaduh.

Dan lagi satu, jangan memaksa Allah bila berdoa.
Jangan memaksa, tak boleh tidak. Nak jugak nak jugak nak jugak.
Kita ni hidup bukan sekali tau. Kita hidup 2 kali. Satu kat dunia, satu kat akhirat. Kalau tak kabul kat dunia, kat akhirat ada second round. Tak dapat kat dunia, akan dapat kat Padang Mahsyar nanti.

Kalau selama ni berdoa nak kereta, tak dapat. Sampai mati masih pakai basikal.
Nanti di Padang Mahsyar siapa tahu kau bergerak dengan 'kereta' di kala orang lain jalan kaki.

Ada satu cerita, zaman Nabi Salleh.
Seorang ibu menangis kat kubur sebab anaknya mati muda.
Seorang ulamak lalu, dan bertanya "Kenapa ibu menangis?"

"Anak saya muda-muda dah mati".

"Berapa umurnya?" kata ulamak.

"300 tahun".

Bayangkan 300 tahun masih muda!
Sebab umat Nabi Salleh umurnya sampai 1500-2000 tahun.
Pastu ulamak kata "Jangan menangis ibu, akan sampai suatu zaman nanti di mana umatnya hanya hidup sekitar 60 tahun."

Then ibu tu terperanjat, "60 tahun saja? Kalau aku hidup di zaman itu, 60 tahun akan kuhabiskan dengan satu kali sujud saja".

Aduhhh. Menangis pulak tulis ni.
Bayangkan 60 tahun untuk satu kali sujud. Aku ni sujud lama sikit, rasa nak terlelap terus.
Solat yang imamnya baca lama sikit dah berdiri sebelah kaki.
Terawikh lama sikit je mula la terdengar orang sana batuk, orang sini batuk. Batuk nak hilangkan ngantuk namanya tu.

Dia 60 tahun buat satu kali sujud.
Aku? 60 tahun pikir nak nak pusing dunia, nak beli lagi 5 bijik rumah, nak itu nak ini.
Terbayang berapa panjanglah gap aku dengan ibu ini di akhirat nanti.
Ibu tu bukan golongan ulamak pun tapi aku rasa gap dia dengan aku dah panjang, belum lagi cerita gap aku dengan para ulamak. Jam berapa nak masuk syurga ni?

Allahu.



Terima kasih sudi beli BUKU AKU.

Aku rasa hari ni hari sayu aku.
Semalam lepas dengar ceramah ustaz, bengkak mata menangis, terus refleks ke entry hari ni.
Pagi ni baca email dari reader ni lagi lah buat aku sayu.
Terima kasih sebab sudi praktikkan tips dan nasihat yang akak share.
Semoga akak dapat share pahala dari kesabaran awak.

Guys, aku nak pesan.
Kalaulah esok korang tak jumpa aku kat syurga, tolonglah kata pada Allah yang korang pernah jadi saksi membaca tulisan aku yang mengajak pada kebaikkan, please?