walk on wings, tread in air: Balik-balik isu ni <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Balik-balik isu ni
2017-10-19


Semalam, ada follower PM aku gambar ni.
Dia cakap dia tengah berpantang, bersalin czer. Rasa sakit hati pulak bila nampak orang komen macam ni. Dia tanya aku apa aku rasa bila baca komen ni sebab dua-dua anak aku dilahirkan cara czer.

Kan aku pernah cakap. Isu-isu macam ni sampai tahun 2078 pun takkan habis orang bincang.
Orang-orang yang suka highlite isu macam ni selalunya dia takde apa yang hebat untuk dibanggakan melainkan itu je lah balik-balik.
Bangga dapat menetek anak, bangga susu badan berlambak-lambak, bangga dapat bersalin normal, bangga dapat buatkan bekal untuk suami and anak-anak. Macam-macam lagi.
Jadi, kau biarkan je lah dia menang bab ni. Dia nak fight bab lain maybe tak konfiden boleh menang, jadi kau bagi je la dia menang yang ni. Habis cerita. Takyah nak sentap sangat. Benda-benda macam ni kejap je, tak lama mana pun dia punya hot.

Tak ada satu pun pompuan yang nak kelahiran czer walaupun memang ada some plan untuk czer tapi tak ramai. Kebanyakkan kes czer adalah sebab nak selamatkan mak and baby.
Takde sape nak perut berparut okeh. Kau ingat parut czer tu macam kudis secotet je? Panjang tau. Buruk.

Masa aku pregnant Redza, Dr Rafi dah bagitau awal-awal tulang pelvik aku kecik. Dia cakap maybe ada masalah tapi boleh cuba kalau nak.
Time Rayyan pulak, baby kena paksa keluar melalui operation sebab aku PE.
Bukan saja-saja pilih untuk czer.

Tapi kalau baca balik gambar atas tu, nampak tak dia cakap "Mak pesan.....".
Segelintir mak-mak ada yang macam ni, especially yang usia dah 70-80an.
Zaman dulu rata-rata pendidikan adalah melalui pemerhatian dan pengalaman, bukan official education.
Boleh jadi mak dia pun dapat info tu dari mak-mak bidan zaman tu. Hamba Allah tu susah bersalin, mak bidan salahkan dosa padahal dia tengah gelabah kalau jadi apa-apa orang salahkan dia pulak. Jadi sebelum orang salahkan dia tak pandai membidan, baik dia salahkan dosa. Lepas tu, kefahaman tu disampaikan dari satu mulut ke satu mulut yang lain, dan terus menjadi kepercayaan. Agaknya laaa.

Yang bersalin czer pun takyah la proud sangat share video czer bercaptionkan "Look, siapa kata bersalin czer tak sakit? Jauh lebih sakit tau tak".

Ni lagi satu pe'el. Sibuk nak berlawan-lawan. Elok-elok isu dah reda, kau pi bakar line.
Kalau terer sangat, suruh dokter sembelih kau takyah bius lansung. Tengok kau tahan ke tak.

Rentikanlah nak bersaing-saing kat benda-benda yang tak bawak apa-apa keuntungan macam ni.
Bersalin ikut bawah ke, ikut tingkap ke, lepas bersalin sama gak kau kena berpantang jugak penyudahnya. Sama-sama kena pakai pilis, sama-sama kena tangas, sama-sama kena berbengkung, sama-sama kena berurut, sama-sama bangun malam menyusu anak, sama-sama kena bangkit awal pagi kalau tak nanti angin meroyan masuk badan, dan yang paling seksa - sama-sama kena kuruskan badan balik.

Kau rabak kat bawah, dia rabak kat atas.
So, celah mana yang korang menang ni?

Benda-benda macam ni semua puncanya media sosial.
Masing-masing ada cara masing-masing nak highlite diri sendiri kat media sosial.
Yang kaya, boleh tunjuk harta benda.
Yang anak pandai, tunjuk result exam anak.
Yang dapat naik pangkat, tunjuk surat kenaikan pangkat.
Yang menetek anak, tunjuk gambar perahan susu.
Abis tu yang beranak takkan nak tunjuk gambar perut or gambar celah kangkang pulak kan, haruslah berjuang dengan statement yang tak nak kalah.

Kalau orang kata pompuan yang bersalin czer sebab banyak dosa, takpelah.
Masa aku bersalinkan Rayyan tu ada je yang cakap aku susah bersalin sebab banyak dosa. Dulu kan guwa daring semacam.
Memang betul, Allah basuh dosa kita dengan 5 cara - sakit, letih, gangguan, sedih dan bimbang.
Tapi kalau dengan cara bagi sakit susah bersalin tu menjadikan aku brand new person, berbaloi tak menahan sakit?

Tapi ye la, penerimaan orang tak sama.
Tak semua orang boleh terima isu-isu yang menyentapkan jiwa.

Nanti lepas isu siapa bersalin normal siapa tak, fasa seterusnya adalah siapa menetek anak sape tak.
Lepas tu anak siapa paling cepat bercakap, anak saper paling cepat tumbuh gigi, anak sape pandai berjalan dulu.
Selang setahun, anak siapa yang dah boleh baca laju, anak sape yang ABC pun tak kenal lagi.
Nanti makbapak yang anaknya tak kenal ABC counter attack pulak "Biarlah tak kenal ABC janji dah hafal 3 Qul". Gitewwww.

Hah bergasak lah korang tak sudah-sudah dari zaman bersalin sampai anak kawen esok.
Tak habis-habis dok membandingkan sama sendiri. Dapat apa ntah.

Isu ni sama la dengan kes wanita bekerja dengan surirumah.
Every year itu jugak la yang berbangkit.
Yang sorang kata jaga rumah lagi baik, anak-anak terjaga makan pakai dari sumber yang tak syubhah.
Yang sorang kata dia bantu ringankan beban suami.
Pastu yang yang tadi counter balik "Tugas cari rezeki memang tugas suami, tugas isteri hanya di rumah".
Lepas tu yang ni balas balik "Kami cari duit sebab taknak bebankan suami dengan permintaan dan kehendak kami".

WHATEVERRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR *panjang 9 harakat*

Lepas tu time bersalin merungut apesal kurang dokter wanita kat hospital.
Pertikaikan pulak apesal lelaki suka ambik course O&G.
Dah tadi kau yang kata wanita takyah keje kena duduk rumah, pastu now kau bising pulak dokter laki lagi ramai dari dokter pompuan.

Suka atau tak, memang perlu ada golongan yang willing untuk korbankan masa bersama keluarga untuk penuhi tuntutan fardu kifayah.
Perlu ada isteri yang tinggalkan suami tido sorang malam-malam untuk selamatkan nyawa ibu yang nak melahirkan.

Susah sangat ke nak berfikir di luar kotak?

Tanggungjawab kita adalah untuk memakmurkan bumi Allah.
Jangan sempitkan kepala otak dengan cerita pengorbanan kita je, abis orang lain tak berkorban ke?

Orang yang suka kondem benda-benda remeh ni bukan apa.
Dia takde point dalam hidup dia untuk dihighlite.
Jadi bila dia takde apa nak dibanggakan, dia akan carik point yang kau lemah untuk dijadikan isu.
That's why isu-isu beranak normal/czer, menetek/tak menetek, kerja/tak kerja ni tak pernah abis. Takkan habis.
Memang ada manusia yang otaknya forever sempit.

Bumi ni luas. Atas bumi ni ada macam-macam lapis langit lagi nak diteroka.
Jangan kepit otak dengan mikir problem yang tak patut dijadikan problem pun.




Nak tengok warna-warna lain?
Klik button bawah.




posted by aveo757 @ 3:02 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER