walk on wings, tread in air: Majoriti <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Majoriti
2017-10-17

Entry hari ni, merujuk pada previous entry.
Ada reader respon entry yang sebelum ni.
Dia bagitau dia memang always buat sesuatu and expect dapat respon dari orang. Dengan cara tu dia tau samada apa yang dia buat tu betul ke tak.

Ok maksud aku macam ni tau.
Nak cari attention crowd, silakan. Pilihan korang.
Tapi, yang aku tak berkenan tu bila keputusan kita tu bergantung pada 'apa orang kata'.
Kalau crowd tak respond, mula lah hot hot chicken shit. Yang ni yang tak betul sebenarnya.

Masa aku keje Biotek dulu, aku pernah mengamuk dengan anak buah aku sebab dia tak gi buat sale (jumpa customer).
Aku dah cari leads, aku hantar dia pi jumpa that customer untuk promote satu produk.
Dia boleh tak pegi.
Aku tanya apesal tak pergi, dia jawab "Diorang cakap Dr tu takkan guna brand selain brand yang dia biasa guna. Diorang cakap Dr tu cerewet gila".
Aku terus sound "'Diorang' tu sape? Siapa 'diorang'? Mana 'diorang' tu I nak jumpa".

Ko just imagine, aku senior sales kat situ, dah bagi kat dia lead tau. Maknanya aku dah contact that customer, aku dah buat ice breaking, tinggal kau nak pi bawak barang buat demo je, tapi dia boleh mintak pendapat salesperson lain. Kau tak bengang?
Yang salesperson dia tanya tu semua sejenis RM100K sebulan pun tak pernah hit.

Aku seret dia ikut aku pi jumpa that customer, aku cakap, you tengok I buat.
Aku pung pang pung pang dengan Dr tu. Buat demo lebih kurang, then Dr tu agree nak beli kit saja. Dia tak beli instrument sebab budget takde. Tapi dia agreed instrument aku tu sangat berbaloi untuk beli.
The point is aku nak tunjuk kat sini, KAU BUAT DULU. Majoriti yang kata tak boleh buat tu, samada dorang tak pernah buat, atau dorang tak berjaya.
Belum tentu lagi kau pun tak berjaya.
Kalau betul tak berjaya pun, at least kau dah cuba. Jangan dengar dorang cakap tak boleh, maka kau giveup.
Macam that day, aku tak berjaya jual instrument tapi aku berjaya jual kit.
Dan aku tak berjaya bukan sebab aku tak cuba, tapi sebab the agency takde enough budjet.
At least, kit aku dah ada dalam lab tu. Once dorang dah guna satu barang aku, and satisfied dengan produk and service, insyallah tak mustahil akan ada repeat purchase.

Ada ketikanya feedback dari orang lain tu perlu supaya kita kaji balik objektif kita.
Tapi, itu bergantung jugak pada siapa kita minta pandangan. Bergantung kepada siapa crowd kita.
Kalau kita bercakap pasal solat dan aurat pada kelompok yang kecenderungannya tak ke arah tu, memang respond-nya krik krik krik lah.
Tapi respond krik krik krik belum tentu lagi petanda apa yang kita buat tu tak betul.

Kalaulah dakwah pada Nabi boleh kita terjemahkan dalam bentuk facebook, konfem status Nabi-Nabi ni lah yang paling kurang orang like, paling kurang orang share.
Sebab apa?
Sebab crowdnya dulu jahil-jahil.
But they preached the right thing and they did the right thing, kan?

Era Nazi.
Yang join Nazi tu semuanya sokong ke cara Hitler?
Tak ada sorang pun berani kata semua yang sokong Nazi tu benar-benar setuju cara Nazi.
At least sorang yang aku tau was Oscar Schindler. Dia ahli Nazi tapi bukan menyokong sepenuhnya.
But we can be sure that Hitler memang jadi kekaguman orang German dulu.
Tapi kalau tanya orang German sekarang, rasanya sikit je yang setuju dengan cara Hitler.
Samada cara kita betul atau salah tak sepenuhnya bergantung pada respon orang.

Baru-baru ni Rayyan kata "Ma, adik rasa nak pergi English (England) sebab adik nak jumpa Santa Claus".
Aku cakap "Mana ada Santa Claus. Itu tipu je".
Dia kata "Ada!"
Kalau kau tanya kat budak-budak if Santa Claus tu ada ke tak, semua pun cakap ada.
Tapi dorang betul ke tak?

So, what is popular is not always right. What is right is not always popular.
Berjalan dengan yakin sorang diri kadang-kadang lebih baik daripada berjalan ramai-ramai tapi tak sepenuh hati.
Selagi apa yang kita buat tu bahagiakan kita, betul untuk kita, sesuai untuk kita, tak buat kita stress, cukup.
Walaupun kadang-kadang suara majoriti tu bagi suntikan semangat, tapi ada ketikanya suara majoriti boleh melemahkan semangat kita padahal apa yang kita nak buat tu perkara betul.
The majority is simply the majority. But being right is being right.

Aku ada baca satu buku pasal social media syndrome.
Sorang pakar social media listkan beberapa pe'el orang yang suka cari attention, antaranya suka mengeluh kat FB (media sosial).
Dia kata history penyakit suka mengeluh untuk dapatkan perhatian ni asal-usulnya dari hospital gila. Namanya factitious disorder. Orang yang sakit jiwa (gila), selalunya akan pura-pura sakit, pura-pura murung sebab nak tarik perhatian. Dia cakap tak sangka factitious disorder ni sekarang menular ke media sosial.
Aku baca buku ni kat airport, macam nak gila aku gelak. Dah macam aku pulak yang gila kat situ.

There's another one, aku lupa apa nama penyakit dia, tapi sejenis disorder jugak.
Yang ni lain sikit. Penyakit ni macam ada extra desire nak pengiktirafan dari orang lain. Tebiat menggoda (suka buat muka duckface, muncung and kembungkan pipi termasuk dalam ni), suka berdrama dengan masalah (walaupun masalah tu takde la teruk mana drama je lebih) pun termasuk dalam penyakit ni.
Jenis ni memang senang upset, sometimes stress kalau attention berkurangan.
Aku rasa penyakit nak orang LIKE adalah sejenis disorder yang ini.

Kalau kau buat promosi tapi takde attention, yang tu bukan penyakit. Yang tu promo kurang berkesan.
Tapi kalau tak dapat attention kat benda-benda macam selfie, gambar teh ais takde orang like pun nak tension, status "Good Morning" takde respond pun nak bengang, ok yang ni namanya penyakit.
Sejenis penyakit ya.
Penyakit ni bahaya tau.
Selalunya orang yang ada penyakit craving for attention ni tend to jadi Relationship Destroyers akhirnya.
Sebab, bila dia nampak orang lain dapat attention lebih dari dia, dia akan bertindak sebagai batu api pulak untuk menjahamkan life Hamba Allah tu.
Scary, eh?



posted by aveo757 @ 11:14 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER