2017-09-25

English Project Redza


Minggu ni kerajinan aku memasak adalah pada tahap luar biasa hebat.
Lauk tak hebat sangat tapi kerajinan tu melampau sangat hebatnya.
Sepanjang minggu pun masak walaupun masa Redza balik cuti.
Selalunya time Redza balik cuti lah aku mengelat memasak sebab kitorang akan bawak dia makan tempat feveret dia.
Kali ni aku 'dipaksa' memasak untuk English project Redza.

Dia kena buat satu English project pakai IG.
Dorang kena choose apa benda nak jual then create IG account untuk sell the product.
Ada banyak pilihan cikgu bagi. Boleh ambik pilihan jual stationary, food atau baju.
Aku tanya apesal ko tak ambik baju-baju je? Senang kot, boleh snap gambar kedai, gambar shawl and baju pun ada. Siap boleh shoot sendiri kalau nak sebab dah ada mini studio kat opis. Kalau nak snap gambar pakej sedang diangkut oleh Pos Laju pun boleh.

Tapi Redza kata kawan dia pilih untuk 'jual makanan'. So dia ikut je.
Satu group ada 3 orang.
Memandangkan kat sana memang takleh guna phone yang ada access tu internet, jadi projek ni kena buat dalam tempoh 3 hari balik bercuti ni. Memang suntuklah masanya kan.
Redza sampai hari Rabu, Hari Khamis pagi-pagi lepas Subuh aku dah bertukang kat dapur buat spageti aglio olio. Lepas dah siap, aku gi keje. Tu je mak kau boleh tolong. Gambar snap sendiri.

Dia kena buat at least 10 makanan.
Gila tak sempat aku nak masak 10 makanan untuk 3 hari oi.
Jadi, aku kautim ngan nenek and Mak Su dia. Jadi, bergotong-rotonglah kitorang memasak untuk tolong Redza.
Kawan-kawan dia lagi 2 orang pun buat benda yang sama.
Masing-masing kerah mak masakkan.
Dia tanya camana nak edit gambar?
Aku suruh datang opis blaja photoshop dengan Kak Gee (staff aku).
Dia cakap malu.
So kalau malu nak buat camana?
Edit lah kau sendiri pakai Paint. Gasak.

Hasilnya beginilah :



Spageti Aglio Olio.
Gila punya tak berseni ambik gambau.
Patutnya kau letak la dalam piring, pastu letak napkin ke apa ke. 
Tapi aku biarkan je. Biar dia buat sendiri. Aku dah tolong masak dah besar rahmat.
Kalau ikut hati, aku nak tapau dari Secret Recipe je. Mbhahaha.



Malam hari Khamis tu balik keje buat nasik ayam pulak.
Phewww, nasik baik ayam mak kau kali ni tak berapa hitam sangat. Hahaha.



Mak Su punya sandwich telur.
First time la kitorang minum petang makan sandwich. 
Nak ambik gamba punya pasal kan.



Sambal udang Mak Aji.



Mak Aji punya cheese macaroni.
Cheese leleh giteww.
Buat flat lay atas muka KJ boleh dapat extra marks tak?



Nasik lemak Mak Aji



Kari daging mak Redza
Ada 2 lagi lauk aku masak dia blom upload lagi.
Aku buat sayur campur and ikan siakap deep fried with sambal belacan.


Tiba-tiba terasa takde lah bangang sangat memasak aku ni.
Cuma tak berapa rajin je.

Dasyat budak-budak sekarang punya English projek.
Ye lah, zaman dah berubah kan. 
English projek pun dah pakai smartphone.
Aku dulu buat buku scrap je. Tu pun huru-hara.
Aku dok imagine kalaulah time aku skolah dulu cikgu suruh buat gamba masak-masak camni, konfem aku kena masak sendiri oi.
Tak berani aku nak mintak Mak Aji masakkan.
Aku yang dia masakkan nanti.

Bagus jugak sesekali cikgu buat projek macam ni, ada lah penglibatan mak bapak.
Especially untuk anak-anak yang duduk jauh macam Redza, terasa ada quality time dengan anak bila mak bapak pun sama-sama kena join buat projek ni.
Aku harap lepas ni, Redza buat projek jual baju pulak. Senang sikit. Boleh guna semua baju-baju and shawl kat kedai. Nak guna model pun insyallah boleh. Sekaligus aku dapat promote kat cikgu-cikgu sana. Kahkahkah.
Niat pun dah tersasar. Jahanam.

Aku cakap kat Redza, kalau nanti Redza kena buat projek interview CEO ke, bagitau mama.
Mama boleh je suggest pi jumpa siapa.
Blog reader mama ramai yang ada syarikat sendiri.
Yang pasti aku takkan suggest interview bapak dia lah. Kem salam.



Hari ni birthday GreenAard yang kedua.
Alhamdulillah, dah 2 tahun umur GreenAard.
Terima kasih sangat kat korang semua especially blog reader yang masih lagi baca blog ni, at the same time support GreenAard. Terima kasih banyak-banyak. GreenaAard tak mungkin cecah 2 tahun tanpa korang.

Sempena anniversary ni aku bagi special price untuk semua produk GreenAard WITH GIFT.
Anniversary kali ni khas untuk pembaca blog and pengguna GreenAard.
Aku tak blasting FB ads untuk new customer pun.
Konsepnya, menghargai existing customer.
Sebab customer saja tau kebaikan produk ni, jadi kita bagi special price untuk existing customer.
Tapi kalau ada new customer yang baca entry ni berminat nak try, takde hal. Boleh dapat harga yang sama.
Bezanya kali ni punya anniversary, aku tak blast this promotion untuk cari new customer.
This is really special for existing customer. 

Kalau tahun lepas, kita bagi drinking bottle, tahun ni kita bagi car air freshner - Vanilla scent.
Ada 4 warna botol berbeza tapi bau yang sama. Aku suka bau vanilla, so aku pilih vanilla.




Memandangkan GreenAard dah bagi diskaun, jadi untuk dapatkan gift ni, syarat pembelian adalah setiap RM100 akan dapat 1 gift. 
Kalau nilai pembelian RM220, maknanya akan dapat 2 gift. 
Kalau less than RM100 hanya akan dapat diskaun saja. 
Macamana pun, semua akan dapat diskaun, itu yang paling penting.

Dan....ada pengumuman penting.

Sejak 2015 sehingga hari ni, kitorang absorb kos pos sekitar Semenanjung.
Selepas ni, no more free pos. Customer kena tanggung kos pos.
Tapi jangan risau, kos pos takkan dikira untuk setiap item, tapi berat keseluruhan.
Jadi, tiada fixed cost untuk postage. Our website akan auto-calculate kos mengikut jumlah berat barang.

Tahun lepas GreenAard dah start bayar GST.
Selama 1 tahun 9 bulan ni, HQ absorb GST. Kitorang tak caj you all GST. Tapi kitorang tetap kena bayar GST.
So, to be fair, start 8 Oktober 2017, kita minta customer tanggung kos pos.
The best thing that we can do is, to calculate berat ikut berat, bukan ikut item. Ini untuk minimizekan kos pos.
Dan start 8 Oktober kita start new pakej untuk agen.
Ini untuk meramaikan lagi agen supaya korang boleh beli dengan agen kalau mahu, jadi tak perlu bayar kos pos.
So, kalau korang sendiri berminat nak jadi agen, please email kita directly : health[at]xzizbiotech[dot]com untuk tengok new pakej agen.

Dan start 8 Oktober, kita stop semua dropshipper program
Dropshipper akan pergi bawah agen.
Agen akan bagi komisyen pada dropshipper.
Atau dropshipper naik je lah terus jadi agen. New pakej ni lebih istimewa.