2017-07-07

Pelakon ini mesej aku.



Sekali retis lah yang chat ngan aku hari ni. Panjang sebenarnya chat ni tapi sorry bukan untuk bacaan umum.
Tak sangka ada retis yang tergamak nak melayan blog aku ni. Hahahaha.
Kalau budak-budak zaman sekarang tak kenal kot dia ni. Tapi zaman aku blaja dulu, zaman remaja, aku kenal. Mustahil sangat orang tak kenal dia dulu ni. Eh tapi sorry la aku takkan reveal saper dia. Sebab aku ada benda nak cerita pasal dia. Bukan cerita pasal dia, tapi cerita yang ada sangkut-paut dengan cerita dia. Jadi, identiti harus dirahsiakan seboleh mungkin seperti permintaannya.

Cerita tentang kawen campur.
Dia takde la tanya pendapat aku ke apa, tapi lebih kepada nak bercerita.

Kawen campur ni benda biasa.
Sekarang pun dah ramai pompuan Malaysia kawen dengan mat saleh atau dengan orang asing. Dah tak heran dah.
Tapi yang jadi 'kepelikkan' adalah dengan respon orang ramai setiap kali cerita tentang orang Malaysia kawen dengan orang asing diviralkan.

Bak kata artis yang chat ngan aku ni, kalau pompuan free hair kawen dengan mat saleh, wajib kena kutuk berjemaah. "Alah, nikah cukupkan syarat je tu. Padahal dah beromen".

Tapi, kalau yang kawen dengan mat saleh tu perempuan bertudung litup, responnya berbeza, "Alhamdulillah, bertambah lagi sorang umat Muhammad. Semoga kekal hingga Jannah".

Aku pun memang dah lama dah peratikan benda ni.
Kebanyakkan manusia kalau bagi pendapat mesti berdasarkan apa yang dia nampak semata-mata.
Asal nampak orang tu free hair - jahat.
Kalau yang bertutup-litup - baik.
Bila yang bertutup-litup, yang berserban, yang berpurdah, yang berjanggut panjang sampai dada tu kantoi buat jahat, mulalah orang cakap dorang tu hipokrit.
Macamanalah tak semakin ramai orang yang hipokrit. Dah masyarakat sendiri demand benda-benda macam ni.

Bukanlah maknanya kalau kau taknak tutup aurat pun tak apa.
Maksud aku, belum tentu lagi yang free hair tu secelaka macam yang kita sangka. Jadi, tak perlulah bias bila bagi komen. Jangan lah memandang siapa orangnya. Tapi pandanglah pada apa yang dia buat. Dah kalau dia buat benda baik, mendirikan masjid, kenapa perlu hencap dia.

Memang kat Malaysia ni kalau kau seorang free hair, kau lebih terdedah dengan segala bentuk tohmahan. Even kalau kau buat baik sekalipun, orang akan tetap highlite "Alhamdulillah, akhlak dah baik, kalau pakai tudung mesti lagi manis".
Perlu ke nak cakap macam tu sekali?
Tak boleh ke kau cakap "Alhamdulillah, semoga saya juga mempunyai akhlak baik seperti awak".
Susah ke nak cakap macam tu?
Apesal berkerak sangat hati tu.

Aku kan kalau bercakap pasal orang free hair punya side, aku memang sensitif sikit. Sebab aku pernah lalui. Aku pernah jadi se-daring-daring manusia. Aku tak pernah lagi jumpa mana-mana orang pompuan yang berani pi opis dengan skirt belah sampai pangkal peha, yang pakai tube, yang pakai baju transparent nampak bra kaler merah. Belum pernah lagi aku nampak. Jadi, aku dapat rasakan semua orang yang free hair tu masih baik berbanding aku dulu.

Dulu, masa aku free hair, aku tak boleh nasihatkan orang.
Nasihat aku otomatik tak valid.
Sebab apa? Sebab aku sendiri tak nampak macam orang baik-baik jadi nasihat aku takleh diterima pakai.
Tapi bila aku tak bagi sebarang nasihat (sebab aku tau orang akan pandang sinis je kat nasihat aku), orang kata aku tak sensitif.

Now, ada yang pernah invite aku jadi speaker untuk program pengasih (untuk remaja rosak akhlak).
Padahal aku ni masih Diana Ishak yang sama.
Adekah sebab sekarang aku 'nampak macam baik' maka orang lebih berkeyakinan?
Padahal yang kenal aku dari dulu tau perangai aku tak pernah berubah pun.
Kawan-kawan aku lagi lah tau aku memang sama macam dulu.
Dulu aku carut, sekarang pun aku carut jugak, cuma kontrol-kontrol sikit je. Kadang-kadang terlepas juga. Yang berubah cuma penampilan aku je. Tapi perangai semua sama.
But dulu orang anggap aku jahat hanya kerana penampilan aku daring.
Bukan aku je kena, dengan En Wan sekali pun kena libas sama. Konon laki aku tak pandai didik isteri. Now, aku dah bertutup litup macam ni, suami aku tetap Wan Mohd Ridzuan, tak berubah lelaki lain pun. Masih orang yang sama.

Cubalah jangan menilai orang hanya dari luaran.
Blaja-blaja lah kenal orang luar dan dalam. Tak rugi pun.
Kalau dalamnya tak cantik, boleh jadikan pedoman. Kalau dalamannya cantik, jadikan ikutan. Rugi ke?

Aku rasa memang orang kita lebih sukakan cerita-cerita macam ni.
Budak perempuan miskin, bapak kerja nelayan, rumah buruk, dapat 17A - dapat pujian.
Tapi kalau budak perempuan kaya, cun, pandai mekap, parents kaya, dapat 71A pun kena kecam.

Kalau cerita tentang usahawan yang berniaga dengan modal RM5, pernah menyewa kat ceruk dapur restoran, pernah makan maggi 2 hari sekali, pernah bankrup dan akhirnya bergelar jutawan - orang suka dengar. Orang puji dan kagum.
Tapi kalau usahawan yang memang dari kecik kaya, mak bapak pun kaya, bergaya pulak tu - orang tak berapa respek. Sebab "Eleh, dia ni memang asal-asal dah kaya pun".
Padahal nak maintain kekayaan tu jauh lebih susah dari membina kekayaan.

Sama lah macam kes free hair kawen dengan mat saleh.
Kalau yang kawen dengan mat saleh tu pompuan bertudung berjubah, mesti orang doakan yang baik-baik.
Ce kalau yang kawen ngan mat saleh free hair, "Siapa bimbing siapa ni? Silap-silap isteri hanyut sekali". Gitu kau dia punya komen.

Sedangkan apa je kebarangkalian orang tu di masa depan, bukan urusan kita pun.
Tapi jangankan tidak, suka menyibuk nak predict masa depan orang lain.
Susah nak doakan yang baik-baik.
Tapi sukakan perkara yang baik-baik. Tapi mendoakan yang baik-baik taknak. Tak ke pelik tu?




Kids Doodle Shawl.
Whatsapp 012-7728976 atau KLIK SINI untuk beli.
Shawl masih available tapi kat website kita off-kan pembelian.