2017-06-07

Puasa


Rayyan dah start blaja puasa tahun ni.
Boleh tahan la dia punya nangis.
Setakat ni baru 2 hari full, dan 3 hari setengah hari. Yang lain tu gone.
Mau tak gone, bangun-bangun je pagi nenek dia dah tanya "Adik nak susu?"
Konfem lah tak tolak kan.
Aku malas le nak cakap kat mak aku jangan offer Rayyan susu nanti mak mertua aku cakap aku dera cucu dia pulak.
Yang 2 hari full tu pun sebab balik Bangi. Disebabkan ada geng puasa - Jannah.
Disebabkan Jannah pun puasa maka dia puasa sekali.
Tapi tenaga budak-budak zaman sekarang ni berpuasa lain macam aku tengok.
Rayyan ngan Jannah puasa siap berpencak, melompat, berlari, terjun kolam 2 kali - still tak penat-penat. Aku anggap je la time terjun kolam tu dorang tak telan air tu sekali.

Kalau aku dulu jangan harap la.
Aku akan secure tenaga aku supaya tahan sampai ke waktu berbuka.
Kalau guna lebih tenaga je - kebulur.
Kalau buat keje pun aku pilih keje yang tak banyak guna tenaga like lipat baju, gosok baju. Kerja yang duduk setempat. Kalau menyapu pun aku menyapu slow-slow je. Hahaha. Punyalah nak jimat tenaga.

Masa aku darjah 2, aku skolah petang.
Pak Aji rilek je pesan "Diana nanti kalau rajin tolong cat gate depan eh. Papa letak cat kat sini".
Tinggi betul bapak aku punya tahap tawakkal ðŸ˜‚. Dengan budak umur 8 tahun pun dia percaya suruh catkan gate dia.
Aku buat.
Sebab itu masih dikira kerja yang tak guna banyak tenaga.

Si Redza berpuasa siap boleh buat jumping jack lagi.
Aku tak tau mana datang tenaga budak-budak ni.
Padahal sahur makan nasik ngan sambal ikan bilis je.
Aku dulu time umur macam dia, setiap kali sahur mesti makan nasik. Lauk macam lauk berbuka. Lepas makan nasik, siap minum milo satu mug. Nak dapat tenaga lebih katanya.
Tapi, pukul 4.30pm je aku dengan simen dah takde beza. Sama je flat.


1. Sahur
Aku dari kecik takde masalah bangun sahur. Kalau bab makan aku always on. Tak tolak punya.
Redza dulu susah bangun sahur. Jiran sebelah rumah konfem takkan terlajak sahur selagi aku jadik jiran dia sebab suara aku kejutkan Redza boleh buatkan dia terbangun sekali.
Now dah skolah menengah senang dah nak bangunkan Redza.
Yang terpalingggggggggggg payah nak bangun sahur time kecik masih dijuarai oleh Ima. Belum ada sesape celen setakat ni. Dari katil ke bilik air dia boleh stop kejap sandarkan badan tepi pintu bilik air - tido. Tido berdiri!
Pastu bila kena sergah, dia jalan masuk bilik air. Kat sink boleh stop jap - sambung tido. Kali ni tido menonggeng kat sink. Kadang tu tido depan sink dengan berus gigi ada dalam mulut.


2. Bukak esbok.
Pastu budak-budak ni takde pun kejap-kejap bukak esbok.
Aku ngan Ima dulu macam nak tertanggal pintu esbok tu kejap bukak kejap tutup.
Saje nak ambik hawa sejuk. Bukan nak minum pun. Tapi tertelanlah jugak air liur bila tengok da vitagen dalam tu. Mak aku ni pun satu, saje je susun vitagen depan-depan. Nak saiko aku la tu.
Tapi mungkin jugak sekarang ni satu rumah dah ber-aircond, jadi dorang dah tak heran nak bukak esbok lagi. Aku dulu takde aircond. Kalau nak merasa hawa sejuk memang esbok je la kitorang tuju.
Kadang tu terlena kejap depan esbok. Nikmatnya lahhh.

Hari tu masa kat Bangi aku cakap "Muskil je budak-budak ni kemain lasak lagi puasa. Mesti minum air kolam ni".

Mak Aji dan-dan tu protes "Kau ni cuba lah bersangka baik sikit. Budak-budak tu memang puasa".

Wahhhhh. Kalau cucu dia takleh lansung aku nak kondem. Siap suruh bersangka baik.
Aku dulu baru pegang pintu esbok je dah kena sergah "Hah, cari apa bukak esbok tengahari buta ni!".
Padahal aku nak ambik hawa sejuk je.


3. Membuta.
Ni lagi satu yang aku pelik.
Mak mertua aku cakap si Redza lansungggggggg tak tido time puasa ni.
Aku dulu, sampai kena buat-buat sakit nak tido punya pasal.
Kalau tak buat-buat sakit tak dapat tido. Karang Mak Aji bertempik.
Boleh tahan banyak la penyakit aku everytime masuk bulan puasa. Kejap sakit perut, kejap pening.
Sanggup aku lumur minyak panas kat kepala. Pijar kulit kepala aku tahan pedih.
Tapi dek kerana nak skip buat keje, ku gagahi juga tahan pijar.
Tapi one thing yang aku perasan, kau sakit lah macamana berguling pun, jangan harap nak keluar dari mulut Mak Aji "Nak bukak puasa?". NEVER! Hahahaha. Sekali-kali dia takkan offer.
Memang jauh beza lah dengan mak mertua aku. Mak mertua aku cakap, masa En Wan skolah rendah dulu, tiap kali anak dia bangun, dia tanya "Puasa?". Macam bagi option untuk anak dia jawab TAK.
Mujur anak dia angguk "Puasa". Kalau yang ditanya tu aku, memang sebulan jawapan aku - TAK. Kahkahkahkah.


4. Kumur
Ni feveret aku time skolah dulu.
Memang tak tinggal solat punya. Sebab itu je la pun peluang yang ada nak kumur-kumur ðŸ˜†.
Kumur 3 kali kan, mau tak suka?
Masa ni la pun nak tengok aku ambik wuduk gaya orang beriman. Sangat lama dan teliti.
Nak lagi part kumur tu. Kalau boleh saje nak batalkan wuduk, boleh ambik lagi pastu. Mbhahahahaha.


5. Termakan
Sampai Darjah 3 aku masih lagi 'termakan' bulan puasa.
Aku pernah termakan gula-gula Hacks masa Darjah 3.
Dah separuh jalan Hacks tu aku bedal, baru teringat puasa.
Macam nak nangis aku tau. Hacks kottttt. Pedas.
Selalunya lepas makan Hacks aku akan minum air.
Dah la time tu still pagi. Nak menunggu waktu berbuka memang kering tekak aku tahan haus. Dah la gula-gula tu pedas, pastu likat pulak tu. Itulah puasa paling hazab pernah aku lalui. Sebab tu sampai sekarang teringat lagi.


6. Jam
Oh ini paling aku sakit jiwa.
Time tak puasa kemain laju lagi jam ni bergerak. Tak sempat-menyempat aku nak kemas rumah sebelum Mak Aji balik keje.
Tapi, time puasa, jam ni macam tak bergerak-gerak pulak. Nak lagi bila dah dekatttt sangat dengan waktu berbuka, Nak tunggu jam tu bergerak dari pukul 7 ke 7.20pm, boleh menangis okeh! Lembab gila dia bergerak.
Selalunya dari start pukul 7 sampai waktu berbuka tu la dia punya lapar lain macam. Kadang sampai berpeluh-peluh lapar sangat.
Dia punya tahap lapar tu pernah dulu aku dah duduk depan meja makan sekali sudu lauk takde.
Rasa nak nangis bila Mak Aji mintak aku pi ambik sudu kat dapur.
Aku bukak je laci sudu tu terus terjelepuk aku jatuh. Macam pitam sebab lapar sangat.
Aku syak tenaga yang aku gunakan untuk tarik laci sudu tu dah masuk cecah paras negative tu pasal pitam.


7. Kira waktu
Ok yang ni satu-satunya soklan yang aku masih dengar sampai sekarang.
Dulu aku, now Rayyan and Redza.

"Ma, berapa jam lagi nak buka?"

Tapi aku jawab dengan lembut tau "Lagi 3 jam je lagi. Gi tido dulu. Nanti bangun-bangun dah buka".

Kalau pukul 7pm selalunya soklan ni selang 5 minit akan ditanya.
Tapi aku tetap menjawabnya dengan gaya keibuan "Sikittt je lagi. Lagi 10 minit je lagi. Nah tengok YouTube dulu". Sambil hulur henfon.

Kalau Mak Aji dulu berani la kau tanya soklan ni lebih dari 2 kali.
Masuk kali ketiga kau tanya, memang mendapat lah - "Yang kebulur sangat ni kenapa?".
Hah kau, terus kenyang.


8. Bazaar Ramadhan
Time skolah dulu kitorang tak pergi bazaar. Selalunya Pak Aji akan bawak balik makanan. Tapi kuih ngan air tauhu je. Kadang air tebu. Nasik-nasik semua masak kat rumah je. So, meja makan tu takde la penuh macam sekarang. Sekarang ni dah macam wajib singgah Bazaar. Tapi aku tak, En Wan yang tolong singgah. Aku order je. Kadang tu atas meja dah macam buffet Ramadhan. Aku beli, kau beli, dia beli. Tak cukup hidang kat meja, gi hidang kat breakfast kaunter pulak. Dah masak nasik ngan lauk, pi beli lagi mee-mee. Pastu pizza lagi. Tengok macam tak habis tapi sebenarnya memang boleh habis. Dasyat tak dasyatnya saka kitorang.


9. Terawikh.
Aku tak pernah gi terawikh masa skolah rendah. Bapak aku je pegi.
Aku kenal terawikh masa aku kat asrama. Jadi, first time aku terawikh adalah pada umur 13 tahun.
Tapi waktu tu, time terawikh la paling aku tak suka sekali. Sebab tempoh solat tu lama dan hening. Buatkan aku senang nak ingat famili kat rumah. Memang selalunya menangis time solat. Orang lain menangis muhasabah, aku nangis sebab nak balik rumah. Tapi aku tak pernah skip terawikh sebab kalau skip takde sape nak tolong tapaukan supper aku 😂.






ESOK TAU.
78 botol saja kita buka dengan harga RM78.
Lagi 78 botol hari Jemahat.