Entry aku yang lepas tentang 'Anak itu Bisnes' tu rupanya dah buatkan aku simpan banyak nau rahsia orang. Kebanyakkan yang respond pada email tu semua mintak cerita dorang dirahsiakan sebab kisah melibatkan mak bapak masing-masing. Takpe, insyallah rahsia tu kekal. Pertamanya, sebab aku tak kenal korang jadi takde sebab aku nak gunakan cerita korang untuk kepentingan diri. Yang kedua, aku memang malas nak simpan cerita orang dalam kepala. Kalau cerita tu rare insyallah aku ingat. Kalau tak, memang lupa terus. Jadi, rahsia korang selamat. Don't worry.
Ada salah satu email tu dia kata dia tersepit antara nak pilih untuk bahagiakan mak bapak atau diri sendiri. Lepas raya ni nak kawen pilihan mak bapak sedangkan dia dah ada pilihan sendiri.
Kesian juga dengar.
Sebenarnya hidup kita ada pilihan.
Kalau berdepan dengan 2 pilihan yang kita sama-sama tak suka tapi kita terpaksa jugak pilih, nak taknak kita akan cuba jugak cari mana satu yang paling baik antara dua tadi.
Apa yang kita pilih, kita kena ada tanggungjawab untuk pikul.
Yang penting bukan memilih tapi sikap kita terhadap pilihan kita.
Jangan menyesal dengan apa yang kita pilih.
Kalau along the way kita realized pilihan tu sebenarnya salah, anggap itu proses pembelajaran dan jangan ulang lagi in future. Pilih yang lain pulak.
Jangan jadi someone yang always mengelak untuk memilih.
Kalau akhirnya kita berdepan dengan kesulitan disebabkan pilihan tadi, itu juga satu benda yang baik. Sebab itu menunjukkan yang kita berani ambil risiko.
Tapi, bukanlah maknanya, kita kena pilih jugak walaupun dah terang-terang option yang dibagi tu tak bagus untuk kita pilih.
Memilih untuk tak memilih pun dinamakan pilihan juga.
Dia punya konsep macam kita ambik paper objektif.
Ada pilihan A, B, C, D, kadang tu sampai E. Menyusahkan jugak kalau banyak pilihan ni.
Nak lagi kalau kena jawab soalan paper SPA.
Pilihan yang dia bagi semua sipi-sipi je. Lebih kurang je. Nak milih pun konfius.
So bila dah banyak sangat pilihan macamana nak pilih?
Caranya, patah balik formula masa kita skolah dulu.
Kalau kita rajin ulangkaji dan semak subjek dengan cikgu, maka setiapkali ada ujian, kita akan lebih mudah nak buat pilihan.
Macam tu la jugak dengan hidup.
Kalau kita rajin CARI HIKMAH kehidupan maka problem lebih senang nak handle.
Orang yang selalu cari hikmah di sebalik setiap perkara akan melihat setiap masalah bukan beban tapi peluang untuk upgrade diri, untuk jadi orang yang lebih bermartabat, lebih bijak dan lebih kuat.
Tak ada yang janji kalau kita pilih sesuatu yang pada awalnya baik, penghujungnya juga baik.
Tak ada jaminan.
Sama juga macam pilih pasangan hidup.
Tak ada jaminan kita kawen atas dasar suka sama suka, maka pengakhirannya mesti kekal hingga ke akhir hayat.
Nak buat pilihan yang jelas antara suka dan tak suka itu senang. Option tu sangat jelas. Boleh pilih sambil pejam mata.
Tapi kalau nak memilih antara 2 perkara yang sama-sama kita tak yakin - sangat susah.
Contohnya pilih bakal suami.
Masa aku kenal En Wan aku dah break dengan exbf, tapi aku masih confuse.
Kalau nak ikutkan, apa benda lagi yang aku nak confuse, dah sah-sah aku break ngan exbf waktu tu.
Tapi nak pilih suami ni bukan boleh pilih asal ada je.
Walaupun masa tu En Wan ada point lebih sebab tak pukul aku, tapi point dia kurang kat banyak benda. Aku tak berapa kenal En Wan waktu tu. Aku lebih kenal exbf.
Aku kenal En Wan setakat apa yang dia tulis dalam surat. Zaman dulu mana ada FB/IG. Kalau ada, at least boleh la tengok sape kawan-kawan dia kan. Ni kawan dia pun aku tak kenal. Nak korek cerita dia pun tak tau celah mana nak korek.
Tapi, bila kita diberi 2 pilihan yang kita tak tau nak pilih, nak taknak kita akan cuba jugak cari kebaikan yang ada di antara 2 pilihan tadi.
Ada satu kebaikan je pun jadiklah. Kebaikan yang satu tu nanti yang akan kita jadikan sandaran pada pilihan kita.
Maksudnya kat sini, kita sebetulnya mampu cari kebaikan kalau kita nak cari.
Tinggal lagi ramai yang taknak cari 'di mana ada baik' tapi nak 'baik tu datang ada mereka'.
Kepada reader yang nak kawen lepas raya ni, aku takde nak infleunce apa-apa.
Sebab aku pernah lalui benda yang sama (payah nak memilih). Memang susah nak buat pilihan.
Tapi macam aku cakap tadi, kalau dah susah sangat, at least cariklah satu benda baik yang ada pada bakal suami tu yang boleh dijadikan modal untuk pujuk hati. Kalau tak jumpa point yang boleh celen kriteria pada boifren, anggap je la perkahwinan tu dah menang Jumbo Point sebab dapat restu mak bapak.
Kita hidup ada dua pilihan, iaitu memilih dan dipilih.
Kalau kita ada peluang memilih, pilihlah yang terbaik untuk diri.
Tapi kalau kita hanya diberi peluang untuk dipilih, maka jadilah yang terbaik buat dia.
Semoga perkahwinan kekal ke akhir hayat. Amin.
Promo new look GC Plus.
Hanay 78 botol saja sehari yang boleh dibeli dengan harga RM78 (Semenanjung).
Sabah /Sarawak ada extra caj.
Tunggu Khamis & Jumaat ni.