2017-06-04

Anak adalah bisnes?


Menulis dari Bangi.

Mula-mula nak cakap THANK YOU yang beli Cleansing Gel dalam tempoh promosi.
Kalau sudi, letaklah review KAT SINI ok?
Klik link tu pastu scroll sampai bawah ada nampak button WRITE REVIEW.

Ok now entry sebenar.

Semalam malam bersembang ngan Mak Aji.
Sembang punya sembang, masuk lah ke topik mak bapak yang terlalu bergantung ada anak-anak.
Mak Aji pecahkan rahsia.
Dia kata dulu, masa aku nak kawen ada la makcik-makcik mesyuarat tingkap cakap kat dia "Kesian kau, hantar anak blaja pandai-pandai, lepas blaja terus nak kawen. Tak sempat nak tolong kau".
Mak Aji balas balik "Nak tolong apa? Aku kan keje" (masa tu dia masih bekerja lagi).
Hai lah makcik, saya doakan anak-anak makcik semua dapat penuhi impian makcik tu. Kalau tak, kesian makcik stress sampai ke tua.

Dulu rasanya pernah ada email dari reader bagitau masalah bila mak bapak dia terlalu mengharapkan dia cover semua expenses sampaikan dorang laki bini bergaduh disebabkan si isteri bagi semua duit gaji kat mak bapak.

Aku sendiri pernah berurusan dengan mak yang terlalu mengharapkan anak-anak membalas jasa.
Kadang tu, anak tu dah bagi duit tapi mak tetap rasa tak cukup sebab mak membayangkan bila anak dah bekerja sepatutnya boleh bagi lebih. Sedangkan anak baru je nak blaja hidup berkeluarga. Memang tak dinafikan ada parents yang bila dengar anak bergaji RM4K, dia mengharapkan at least RM1K tu dapat kat dia. Sedangkan RM4K tu boleh dikategorikan miskin bandar zaman sekarang ni. Mana nak bayar hutang pendidikan, transport pergi kerja, duit makan minum, menyewa, petrol - macam-macam! Itu belum lagi nak menyimpan Tabung Haji and ASB. Belum lagi dengan kejap-kejap mak call suruh balik kampung. Tu semua nak guna duit gak tu. Penyudahnya, anak jadi stress. Bila anak stress, anak pun mula mengelakkan diri dari angkat call from makbapak. Bila anak jarang angkat call, mak kecik hati. Bila mak kecik hati, tak pasal-pasal anak tu jadi derhaka. Hidup anak jadi huru-hara sebab tak dapat redha orang tua. Anak-anak yang hidupnya huru-hara jarang teringat nak mendoakan makbapak. Kalau anak tak mendoakan mak bapak, apelah gunanya.
Tak ke putaran hidup tu dah jadi huru-hara sampai bila-bila?

Sometimes, benda ni unfair terhadap anak-anak juga.
Bukan unfair dari segi hukum, tapi dari segi toleransi.

Mak bapak kena faham, anak adalah rezeki yang Allah bagi pada kita (aku guna 'kita' sebab aku adalah parents dan ini ingatan untuk diri sendiri juga).
Pasangan yang diberikan rezeki ni harus bersyukur sebab bukan semua orang diberikan rezeki anak.
Ada pasangan yang hidup dalam perkahwinan berpuluh tahun tanpa anak. Sampai mati takde anak pun ada.
Anak adalah 'investment' akhirat bila mana anak-anak ini akan mendoakan makbapak.
Mana-mana pasangan yang plan untuk dapat anak, tak kiralah anak kandung atau anak angkat, pasangan mesti ada tanggungjawab pada anak tersebut bermula dari sebelum lahir (bayi) sampailah anak tu dewasa dan boleh berdikari.

Memang membesarkan anak zaman sekarang belanjanya besar.
Dari time mengandung lagi dah kena keluar belanja pemeriksaaan kesihatan.
Lepas tu belanja menlahirkan.
Dah lahir tu dengan belanja beli baju lagi, susu, barang mainan, skolah, makanan, hiburan dan segala tok nenek belanja lain. Memang banyak.

So the question is, bila dah pandai berdikari nanti, adekah anak tadi dikira berhutang pada orang tuanya?

Setiap anak ada rezekinya sendiri.
Kalau pasangan tu diberikan rezeki anak, maka Allah akan sertakan rezeki anak itu ke dalam rezeki makbapak.
Sebab tu lah, berkahwin menambahkan rezeki.
Mula-mula Allah bagi rezeki untuk sorang.
Bila dah kawen, rezeki Dia bagi untuk 2 orang.
Dah ada anak, rezeki bertambah lagi. Cuma kita je yang tak nampak. Sebab manusia kan bila cakap soal rezeki dalam kepala terbayang duit manjang sedangkan rezeki tu maknanya cukup luas.

Anak datang dari Allah, jadi Allah lah yang akan mencukupkan rezeki anak tu.
Jadi sebetulnya, anak tu makan rezekinya sendiri, yang diberi melalui tangan kita (makbapak).
Anak sebenarnya TIDAK BERHUTANG apa-apa pada kita.
Mereka guna rezeki mereka sendiri.

Analoginya macam A pesan kat kita untuk sampaikan buku kepada B.
Maka, kita wajib sampaikan buku tadi pada B.
Si B tak berhutang apa-apa kepada kita sebab buku tu memang dia punya, yang dikirimkan oleh A kepada kita untuk disampaikan kepadanya.
Cuma B perlu akui kebaikan dan bantuan kita dan wajar ucapkan terima kasih.
Kira macam kenang budi lah.
Tapi budi itu tak wajar dianggap sebagai hutang yang setiap masa diungkit dan dituntut.

Ada mak bapak yang anggap anak tu macam bisnes.
Ini aku sendiri pernah nampak bagaimana ada mak bapak yang plan, esok kalau anak dah grad, dah kerja, anak tu kena bagi dia sekian sekian jumlah duit setiap bulan pada dorang.
Ada yang siap plan anak mana satu kena belikan rumah, anak mana satu nak dimintak belikan kereta. Plan dah cantik tersusun.
Tapi apekan daya, bila anak-anak dah kerja, dorang pun banyak komitment lain yang tak dijangka.
Bukan tak menghulur, tapi tak dapat hulur banyak, sebanyak yang makbapak expect.
Dah tak pasal-pasal makbapak kecik hati ngan anak hanya kerana anak-anak belum dapat penuhi harapan. Bila mak bapak kecik ati, apa jadi pada anak-anak? Kesian hidup tak dapat berkat.

Kat sini, mak bapak kena lah ada consideration.
Dan yang penting faham tentang tanggungjawab pada anak-anak.
Ada certain mak bapak yang sanggup ungkit kat anak-anak berapa banyak duit dah dihabiskan untuk membesarkan dorang.
Biasanya ni tektik untuk kontrol anak so that anak-anak patuh and ikut je kemahuan dorang.
Mak bapak sepatutnya memandang anak sebagai rezeki, sebagai amanah yang diberikan oleh Allah yang harus dibesarkan tanpa ada tuntutan ingin dibalas.
Percayalah, anak-anak ni semua memang ada niat nak balas jasa.
Tak payah la ungkit berapa kita berhabis keluar belanja.
Tu akan menambahkan rasa sakit hati, kecil hati dan hilang hormat anak pada kita.

Anak-anak ni bagi happiness dalam hidup kita.
Tak semua orang dapat keistimewaan ni dan tugas kita adalah mendidik dan persiapkan dorang untuk face the world supaya dorang dapat berdikari dan pilih jalan hidup sendiri bila masanya tiba nanti.
Kalaupun one day dorang balas jasa kita, itu adalah kerana adanya ikatan kasih sayang, bukan kerana dorang wajib bayar 'hutang' dan membalas budi kita
Kalaupun dorang buat sesuatu untuk kita, itu adalah kerana dorang memang nak buat, ikhlas, bukan sebab dorang rasa berhutang.

Kena ingat yang anak-anak tak pernah pun mintak dilahirkan.
Memiliki anak adalah keputusan yang kita sendiri buat,
Akibat dari keputusan kita tu, kita kena tau what are the consequences.
Kita lah yang kena bertanggungjawab membesarkan dan memberikan kehidupan terbaik sesuai dengan kemampuan kita.
Investment kita pada anak-anak adalah kasih sayang.
Kasih sayanglah yang akan membawa anak-anak kembali kepada kita, insyallah.
Give love and you will get love back.

Tapi, walaupun anak-anak tak dikira sebagai berhutang dengan mak bapak, seorang anak mesti akui pengorbanan mak bapak membesarkannya.
Bukan calang-calang kerja keras nak besarkan anak.
Kalau tak kerana ada rasa sayang, mak bapak takkan sanggup nak besarkan anak-anak.
Belanjanya banyak, stressnya boleh tahan.
Sebab itulah, anak wajar balas jasa mak bapak.
Tapi balas jasa ni bukanlah sebab merasa berhutang.
Ada beza antara merasa berhutang dan rasa kasih pada orang tua.
Rasa kasih selalunya datang dengan rasa syukur sebab dapat balas jasa dan berbuat baik pada mak bapak dan ikhlas semata-mata berharap redha Allah, just like mak bapak redha pada dia.



Harga Cleansing Gel dah balik pada asal.
Nak order boleh terus ke website : KLIK SINI.
Atau nak whatsapp pun boleh : 012-7728976