2017-06-02

Show off



Mesej ni bulan lepas.
Tapi aku tepek kat sini sebab kelmarin aku ber-whatsapp ngan reader yang ada masalah yang sama macam ni.
Dia tanya camana nak latih diri dari jangan riak dengan apa yang dia ada.
Aku teringat reader (gambar) ni pun ada tanya soalan yang sama, so aku tepek sekali sini.

Sebenarnya, rasa nak show off tu datang bila kita lebih banyak fikir tentang penilaian orang terhadap kita berbanding penilaian Allah.
Kita sibuk fikir cara supaya dapat menawan hati ramai orang berbanding menawan perhatian Allah.
Kita sentiasa nak dihargai orang daripada diredhai Allah.
Disebabkan 3 perkara ni lah maka kita terdorong untuk tunjuk apa yang kita ada.

Benda ni sebenarnya ada very fine line.
Sometimes kita tak rasa nak show off pun mula-mula.
Tapi bila kita dah start, then baru kita nampak "Macam show off pulak aku ni".

Cara nak didik hati adalah dengan perlahan-lahan kurangkan show off benda-benda yang boleh buatkan hati rasa ada bunga-bunga bangga.
Yang ni sendiri yang boleh rasa.
Benda ni kita sendiri tau samada kita ikhlas atau kita nak menunjuk. Kena jujur dengan apa yang kita rasa.
Contoh, kalau kita bercerita tentang kereta yang baru kita beli, kalau kita takde rasa riak tapi orang anggap kita show off, itu bukan urusan kita. Penilaian orang tak penting.
Yang jadi urusan kita adalah apa yang kita rasa - samada kita jujur dengan diri sendiri.
Kita sendiri boleh tau apa yang kita rasa semasa kita bercerita tu.
Yang tu kita tak boleh tipu.
Kita sendiri sebenarnya tau samada kita ada rasa bangga, niat nak menunjuk atau tak.

Kelmarin kan aku naikkan entry pasal shawl baru.
Pastu ada sorang reader email aku, ucapkan tahniah sebab dia kata shawl aku cantik-cantik.
Then dia cakap "Kak Di mesti rasa proud, now brand Kak Di orang dah rebut-rebut nak beli".

Honestly, takde lansung isu proud kat sini.
Perasaan tu lebih kepada seronok sebab apa yang diilhamkan - yang selama ni hanya idea, akhirnya jadi reality - nampak dek mata.
Shawl tu bukan kerja aku sorang. Aku tak pandai illustrate. Aku boleh bagi idea je. Yang illustrate adalah budak grafik aku.

Antara reason kenapa aku tak suka tadah diri kat publik bila ada booth adalah sebab ni. Nak mengelakkan dari rasa proud. Lebih enjoy buat teknikal work.
Biar la orang tak kenal sape pun founder ke, bos ke. Tak penting.
Yang penting produk jalan and produk bagi manfaat.

Aku ingat lagi dulu masa Founder Ephyra and aku plan nak buat new produk sama-sama. Masih dalam planning masa tu.
Dia tanya "Kalau kita buat ni, sape nak ke depan".
Aku cakap kau je lah, aku taknak.
Dia tanya "Kau taknak ke orang kenal kau, orang kenal siapa behind this produk?"
Aku cakap "Kalau nak famous, nak orang kenal - aku dah dapat melalui blog. Cukuplah".

Benda ni perlu dilatih.
Sejak aku run company tahun 2008, aku memang nekad taknak ke depan.
Dalam namecard aku pun kekal "Product Specialist".

Reasonnya cuma satu - taknak rasa diri hebat.
Sebab, bila kita ada rasa bangga, kita akan lebih penat.
Bukan penat buat keje tapi penat pretending as if kita hebat tapi sebenarnya tak sangat.
Aku dah jumpa ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii orang macam ni, yang always potray diri hebat tapi hampeh! Yang selenga-selenga blur-blur tu yang selalunya kebabom.
Muka macam sardin tapi bila turn buat presentation hah kau. Semua audience senyap. Menguap pun tak.

Bukan lah maksudnya yang letak title GM tu berlagak.
Aku bercakap pasal diri aku. Aku taknak letak GM atau Director pada namecard sebab aku nak jaga hati aku sendiri. Aku ni bukannya alim sangat. Kadang-kadang terkehel jugak. Jadi apa yang boleh aku elak tu, aku elakkan je lah. Itu je.

En Wan salah sorang yang tak suka show off.
Dia always dengan "saya-keje-kilang" statement. Tapi dia berlagak ngan aku je.
Another one is Sang Nila Utama.
Yang ni lagi bapak segala sardin.
Padahal jawatan and kelayakan tinggi, tapi suka menyardin.

Benda ni subjektif. Ada orang, dia tak rasa riak pun bila tunjuk rumah baru 33 bilik dia.
Ada orang lain pula, tunjuk gambar sahur lauk sardin kat FB pun dah terasa riak.
Riak ni hanya kita je yang tahu jadi kita kena jujur dengan diri sendiri.
Some people akan cakap "La, tunjuk gambar makanan pun riak ke?" - sebab dia tak rasa bangga pun bila buat macam tu.
But to some people itu adalah showing off.
Jadi, penilaian orang tak penting. Yang penting, kita ikhlas atau tak bila buat tu.

Kena always ingat satu benda - apa yang kita ada now, Tuhan dah plan beribu tahun sebelum dunia ni dijadikan. Basically, Allah dah plan dah benda tu dapat kat kita. It's not because of usaha kita pun sebenarnya.

Aku bagi contoh mudah - GreenAard.

GreenAard ni Allah dah plan sebelum dia ciptakan langit dan bumi lagi.
Dia dah plan dah nama GreenAard ni.
Dia dah plan bisnes apa GreenAard carry, kat mana opis dia, etc.
Cuma baru sekarang aku tau rupanya GreenAard tu Dia bagi kat aku.

Tujuannya?

Kerana nak uji.
Dia bagi GreenAard ni aku pegang sebab nak uji aku.
Dia nak tengok macamana aku jalankan amanah yang Dia bagi, samada aku jujur dalam urusniaga, samada pendapatan tu aku zakatkan atau tak, samada aku salurkan rezeki tu pada perkara yang baik atau tak.
Untuk menguji samada aku amanah, samada aku syukur atau aku pilih untuk riak dengan nikmat yang Dia bagi ni.
Kalau aku rasa proud berjaya bangunkan GreenAard, maka sia-sialah ikhtiar dan amalan aku.
Yang menghilangkan pahala kan kita juga, bukannya Allah.
Ini ujian besar namanya.
Diuji dengan benda yang best-best jauh lebih susah dari diuji dengan benda yang tak best.

Hari-hari kita baca ni - "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan" (Al-Fatihah, 5)

Kita hamba, sembah Allah. Jangan jadi hamba yang 'sembah' pujian dan perhatian manusia.
Besar makna tersirat ayat ni.

Orang tak nampak apa yang kita buat atau apa yang kita ada pun takpe.
Kalau kita ikhlas, Allah akan nampakkan hasilnya juga melalui macam-macam cara.

"Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu" - (Al-Buruj, 9).

Cukuplah Dia nampak, Dia tau.

Semoga kita semua jadi jujur dengan diri sendiri.
Sebab hanya kita saja yang tau apa yang kita rasa - samada riak atau ikhlas.
Semoga di bulan Ramadhan ni Allah tolong kita untuk jadi jujur dengan diri sendiri.
Jangan sampai dah tua pun kita masih belum mampu jujur untuk lihat diri sendiri.
Kerana orang yang tak jujur dengan diri sendiri, takkan dapat bertaubat.





HARI NI HARI TERAKHIR.
CUT OFF 11.59 MALAM.
ESOK START HARGA ASAL.
Refresh page untuk isi form dan beli.