walk on wings, tread in air: Terima kasih <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Terima kasih
2017-05-02

Mula-mula sekali nak cakap THANK YOU SO MUCH kat semua yang shopping GreenAard and FleurbyMrsHim kat both booth di Kompleks PKNS and Mood Republik Penang weekend lepas. Ini first time kitorang bukak booth serentak dalam satu masa yang sama. Insyallah, lepas ni boleh buat lagi. Pastu gabra kejap-kejap call En Wan tanya kat mana letak barang ni, kat mana simpan barang tu. Sabtu lepas sebelum aku ke booth, aku singgah opis kejap nak ambik stok sebab budak-budak kat booth kata stok dah nak habis. Ya ampunnn gelabah tak hingat aku kat opis. Kebetulan admin aku cuti balik kampung, menggagau aku keluar masuk stor cari barang. Carik shaker Ephyra tak jumpa, cari paper bag tak jumpa, cari kertas weight loss tak jumpa - segala benda aku tak tau mana letak. Nasib baik la budak grafik tau jugak kat mana letak semua barang-barang tu, kalau tak memang nangis aku sorang-sorang kat opis.

En Wan kata ramai yang cari aku kat Penang.
Sorry, plan asal memang aku ikut ke sana. Tapi En Wan last minit pi ambik booth kat Shah Alam, so aku kena stay sini. Aku tau aku ada ramai reader kat Penang sebab hari tu masa aku buat survey kat blog, widget tu track location after KL, Selangor and Putrajaya, - Penang yang keempat. Lepas ni boleh la aku buat tour GreenAard sorang-sorang kat Penang takyah tunggu Mood Republik eh? 😝😝.

Hari tu ada reader email aku kot-kot boleh tumpang sewa booth aku kat Mood Republik next time sebab dia nak join sorang-sorang tak mampu bayar, harga booth MR mahal. Dia cakap dia dah tanya sorang blogger yang sama-sama join MR kat Kelantan yang lepas (aku tak tanya pulak sape blogger tu so jangan tanya aku). Dia cakap blogger tu mintak dia bayar 3/4 of the price. Dia cakap tak aci la blogger tu buat macam tu sebab booth share-share, jangan lah cekik darah sangat.

Aku tak tau la budak ni kecik ati ke tak ngan aku sebab aku punya respond kat dia camni.
Aku cakap, blogger tu tak salah nak naikkan harga booth (share). Walaupun tapak kita hanya secoet je hujung dinding, kita kena bayar ikut harga yang dia tetapkan kalau kita nak share.

Why?

Yang pertamanya, booth tu didaftarkan atas nama dia. Jadi now booth tu hak dia, dan dia berhak nak bagi sewa berapa pun kat orang lain.

Yang kedua, blogger tu mungkin ambil kira jugak crowd yang akan masuk ke dalam booth tu nanti. Crowd yang masuk ke booth dia boleh jadi 80% adalah crowd dia. Dalam erti kata lain dia menjemput masuk potential customer awak ke dalam booth.
2 sebab utama inilah yang buatkan harga sewa tu jadi mahal.

Terus terang aku tak berapa seronok bila ada yang gunakan alasan "Kenapa caj tinggi sangat, kita ni bukannya kaya sangat".

Statement tu seolah-olah nak menyalahkan pihak yang satu lagi.
Sedangkan kita kena kaji semua sudut.
Macam kes budak ni tadi, patutnya dah boleh bajet dah harga sewa tapak tu konfem jadi mahal sebab kita nak share satu booth dengan public figure! Tapak tu mahal sebab kita membayar sekali kemampuan public figure itu menarik crowd effortlessly. Kita bayar itu sebenarnya. Kita bukan bayar harga tapak semata-mata.

Macam orang sewa lot kedai jugak.
Kalau kawasan kedai tu crowdnya ramai, of cos tuan tanah naikkan harga sewa. Harga sewa naik bukan kerana premis yang kita nak sewa tu. Sometimes premis tu dah teruk dah pun tenant sebelumnya kejekan. Harga naik bukan sebab premis tapi kita membayar value persekitaran sekali.

Budak tu senyap je lepas aku reply dia.
Aku mintak maaf lah kalau penyampaian aku tu tak betul. Harap tak kecik ati, aku cuma cakap dari sudut lojik, sebab benda macam ni sebenarnya isu biasa.

Yang nak share booth dengan aku, mintak maaf. Aku tak boleh share. Ini bukan soal kekwat, tapi selama ni booth aku share antara GreenAard and FleurbyMrsHim. Memang la dua-dua tu pun aku punya tapi barang Fleur sangat banyak. Dulu Fleur hanya baju pompuan je, now En Wan ada baju lelaki pulak. Lagi banyak baju dia dari baju aku lak tu. Ditambah lagi dengan GreenAard punya display booth, sorry memang aku tak dapat nak share.

Aku tak nafikan booth MR memang mahal gila. Nak lagi tahun ni memang dorang tekan harga betul.
Aku tak tau apa sebabnya. Mungkin sebab harga untuk buat marketing meningkat.
Dengar-dengar cerita dorang nak MR ni jadi event yang eksklusif sebab last year ramai big players tak join MR sebab 'mogok' bila event MR dah jadi macam pasar malam bila ada vendor jual produk yang kualiti rendah lepas tu harga dah macam pasar malam katanya. Maybe itu salah satu faktor penyumbang kenapa tahun ni harga booth mahal. Dorang nak jadikan ini event eksklusif katanya. Wallahualam.

Tapi memang kebanyakkannya big players and celebrities banyak mendominasi event MR. Bukan sebab dorang ada nama besar maka dorang dapat special seat tapi sebab dorang ada duit. Tak dinafikan booth paling mahal memang dari event MR. Booth untuk raya tahun ni mengjangkau ke RM7-14K untuk 2 hari. Dalam masa 2 hari, at least mesti kena balik modal.

Booth MR mahal menggila satu hal. Pastu bayar deposit kena jam-jam tu jugak. Hari tu kitorang ambik 5 event, bayangkanlah berapa kena bayar deposit untuk setiap satu event tu. Y.E.S hujung tahun ni tapi depo dah bayar awal tahun. Tapi marketing dorang ni power. Disebabkan marketing power lah maka event dorang jadi gempak. Bila gempak, crowd ramai datang. Bila crowd ramai datang, enterprenur tak rugi bayar booth mahal.

Ada certain event, memang booth murah. Bila booth murah, dorang sendiri takde bajet nak buat marketing besar-besaran. Crowd yang datang kebanyakkannya harapkan pada marketing yang dibuat oleh vendor tu sendiri. Macam masa kitorang punya second event kat SACC tahun 2015, kebanyakkan yang datang adalah blog reader sendiri sebab aku announce kat blog. Buat marketing sendiri. 200 botol GC terjual. Masa tu produk GreenAard ada satu jenis je. Orang kiri kanan dok tanya kitorang jual produk apa sebab dorang semua jual makanan, aku je jual pil. Tapi booth kitorang ramai orang singgah. Agaknya dorang pun pelik budak ni jual pil je tapi kejap-kejap orang datang beli.

Kesian tau bila vendor bayar tapak tapi organizer tak buat marketing yang kuat. Bila marketing slow, mana nak datang crowd? Yang rugi entrepreneur lah sebab crowd tak ramai. At least kalau crowd ramai, walaupun tak membeli, takpe. Sebab tujuan utama join event memang nak create awareness tentang brand kita pun. Kat event bukan tempat buat untung menggila sebab selalunya kat event lah kita markdown price. Tapi dah kalau marketing event tu pun sendiri sendu, walaupun kita big players tetaplah sales akan menyendu sama. Melainkan kalau produk kau mahal. Contoh kalau booth harga RM800, tapi kalau produk kau seketul RM100, dapat 8 customer, kos booth pun settle. Dapat another 8 customer, dah boleh untung. Boleh wrap, balik. Hahahaha.

Sebab tu, jangan tergugat sangat kalau ada orang kata sales dorang kat event menjangkau 5 angka. Wat lek wat pis je. Kadang-kadang itu ayat marketing je tu. Hahahha.
Sales memang la 5 angka. tapi kalau untung kau just 20% je, camne.

Ada reader blog ni bagitau dia punya sales RM83K sebulan tapi masih sesak.
Aku ingatkan dia keje sorang, kalau keje sorang memang dah bagus sangat tu.
Dia kata tak, ada 7 pekerja.
Aku cakap ada 7 pekerja tapi sales RM83K je? Buang la sikit orang tu.
Dia cakap takleh sebab yang ada ni pun tak menang tangan. Banyak orang beli hari-hari.
Aku tanya berapa profit, dia cakap 20% je.
Terperanjat aku profit 20%, maknanya sehari untung RM553 je!
And kau ada 7 orang pekerja somemore nak kena bayar gaji. Memang dapat penat la weiii.

Dia cakap takleh jual mahal sebab competitor ramai.
Aku tanya kau nak jual kat sape yang sampai kau kepoh pasal competitor ni?
Dia cakap dia nak jual kat seramai orang yang boleh.

Adehhh.
Mana boleh macam tu.
Jangan menjual sebab nak lawan pesaing. Kita saing dengan performance kita bulan lepas dah la.
Kau tak tau pesaing tu punya kos berapa.
Entah-entah dia tak keluar kos pun, semua duit mak bapak bagi. That's why boleh jual murah. Kalau kau nak lawan jugak memang kau kering la jawabnya.

Contohnya anak aku jual maggi kat skolah. Modal tak keluar lansung. Kalau jual 50 sen semangkuk pun untung lagi. Sebab kos takde, semua modal mak bapak. Kalau kau pun sama naik nak lawan dia jual 50 sen memang sepanjang hayat buat kebajikan je lah jawabnya. Kesimpulannya, bagilah laluan anak aku nak jual maggi. Korang jual benda lain ok? Hahahha.


video

TERIMA KASIH kepada yang sudi bergambar.
Yang melarikan diri bila diajak bergambar, thank you jugak sebab support produk kitorang. Hahaha.

Oh by the way, hari ini dah bermula FOUNDER'S SALE DAY, sempena bulan anniversary aku ngan bos aku. KLIK SINI. atau whatsapp 012-7728976. Dari 2 May sampai 8 May je.



posted by aveo757 @ 8:55 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER