walk on wings, tread in air: Mak kau yang paling best. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Mak kau yang paling best.
2017-04-14


Kes demi kes yang sama masuk bertalu-talu dalam email aku.
Email ni pun sama panjang macam email-email yang sebelum ni. Tapi aku malas dah nak blog benda yang sama. Cuma kali ni aku interested part "semua benda dia yang paling best".

Ini pun sejenis penyakit.
Kalau disleksia, nisbah dia 1:10.
Maknanya, dalam setiap 10 manusia yang normal, akan ada sorang yang ada disleksia.
Menjadikan disleksia ni bukanlah benda luar biasa pun.

Dan aku rasa nisbah penyakit "semua benda dia yang paling best" pun lebih kurang 1:10.
Entah-entah 1:5.
Jenis yang kalau keluarga dia, keturunan dia semuanya best-best.
Orang lain ada je yang tak betul kat mata.
Anak orang lain semua bodoh, anak dia je bijak.
Anak orang lain semua tak sehebat anak dia.
Kalau pi kenduri kawen sibuk nak korek menantu orang tu keje apa.
Agak-agak keje tak gempak, pi canang satu dunia.
Pastu lepas satu, satu, dia pulak dapat menantu semua ke laut takleh harap. Baru datang akai.

Sometimes aku naik takut bila dengar orang yang ada penyakit "semua benda dia yang paling best" bercakap. Macam dia tak rasa takut pulak kalau apa yang dia cakap tu akan patah balik kat dia.
Contohnya bab mengondem cara orang lain ajar anak.
Cara dia kondem tu macamkan anak dia ada proven results je.
Kalau cakap pasal kids and gadjet kemain lagi.
Anak dia hanya dibenarkan main gadjet seminggu 1 jam je. Itu pun dia ada kat sebelah.
Anak dia hanya boleh tengok TV sehari 2 jam je itupun petang je.
Tapi bila datang rumah aku elok je anak dia selongkar lemari punggah game Redza. Naik bilik Redza nak main kereta kontrol. Aku tengok pun macam ... ha tu lah, semua benda kau tak kasik anak kau, pastu anak kau pegi rumah orang lepaskan geram dah macam hilang pedoman habis semua dia selongkar. Kat rumah sendiri takleh buat, masuk rumah orang habis semua dia punggah.

Minggu ni ramai email aku bagitau anak dorang pun ada disleksia.
Ada yang tanya kenapa aku macam takde hal je bila Rayyan ada disleksia.
Sebab dorang takut nak bagitau sesape yang anak dorang ada disleksia sebab tak sanggup nak dengar kawan-kawan seopis brag about their kids.

Nak segan apa anak ada disleksia?
Bukannya penyakit yang teruk sangat pun.
Disleksia bukan ada behaviour problem. Perangai normal macam orang lain jugak.
Disleksia ni dia nampak huruf bergerak/berubah je. Nanti bila dia dah semakin membesar dia dah boleh manage huruf-huruf tu.

Disleksia ni lebih kurang macam eczema la jugak.
Puncanya tak dikenalpasti, tiada ubat, tiada rawatan tapi boleh diuruskan/dikurangkan.

The reason why aku tak bagitau sesape yang Rayyan ada disleksia sebelum ni adalah sebab aku nak buat test sendiri-sendiri, to see if disleksia ni teruk sangat atau tak.
Aku nak test cara aku guide Rayyan ok ke tak.
Adekah memang tak boleh diperbaiki lansung atau tak.
Bila hari tu result exam Rayyan excellent dan jauh lebih ok dari those yang takde disleksia, aku rasa takde lah teruk nau disleksia ni. Kalau Redza tusyen 2 jam sehari, Rayyan aku buat 4 jam sehari. Bagi extra lah sikit.
Konsepnya, kalau blaja, insyallah pandai. Kalau lahir normal tapi tak blaja, bangang juga penyudahnya. So why must rasa segan?

Ada sorang mak email aku bagitau anak dia ada 3 orang.
2 disleksia, 1 normal. Yang normal yang bongsu.
Dia cakap dulu dia frust sangat bila anak pertama disahkan disleksia, anak kedua pun disleksia.
Dia jadi sangat rendah diri. Any birthday party jiran tetangga buat, atau open house, dia akan mengelak dari pergi. Dia just hantar hadiah/buah tangan je. Dia segan kalau orang dok bertanya pasal anak skolah mana, darjah berapa, takut nanti conversation tu akan melarat-larat sampailah orang tau anak dia ada disleksia.
Now anak yang disleksia tu skolah menengah. Elok je sorang tu masuk MRSM lagi.
Anak dia yang normal tu pulak sangat slow blaja. Padahal skolah rendah yang sama macam abang-abang dia. Tapi sebijik A tak pernah dapat. Dia ingatkan disleksia jugak tapi tak pun.
Now barulah dia sedar yang sebenarnya anak-anak normal ni pun kalau takde kesungguhan tetap takkan berjaya juga.

Another story, dari sorang reader juga.
Dia bagitau anak kawan dia blaja kat MRSM Langkawi sama ngan Redza, tapi senior.
Anak tu ada disleksia tapi dapat buat fast track A Level terus.

Aku harap 2 contoh cerita ni kalau mak-mak yang email aku tu baca, tak payah la rasa rendah diri sangat.

Sorry to say, tapi ikut pemerhatian aku, selalunya parents yang rasa rendah diri dengan 'kekurangan' anak-anak ni sebenarnya the parents sendiri takde point untuk dibanggakan. Jadi dorang dok harap tumpang bangga dengan anak-anak. Bila anak-anak tak normal macam orang lain, mulalah rasa rendah diri sebab segan ngan kawan-kawan takde apa nak ditunjuk.

Aku pernah sound direct kat sorang kawan aku.
Anak dia down syndrome. Aku tak tau dia ada anak down syndrome. Among kawan-kawan kitorang pun takde yang tau pasal ni. Bila terserempak tu, dia takleh lari lagi. Bila aku tanya, nak taknak terpaksa la dia mengaku itu anak dia. Then dia menangis bagitau dia malu nak jumpa kawan-kawan sebab anak dia macam tu. Aku rasa macam nak tampar je pompuan ni. Pastu aku tanya dia, kau keje apa skarang? Dia cakap dia keje ******. Pastu terus aku tembak "Hmmm...****** je pun. Ingatkan dokter ke, lawyer ke..."

Berubah muka dia.

Pastu aku sound "Kau yang normal pun tak hebat mana, ada hati nak segan ada anak down syndrome? Anak kau tu dah tentu tak normal macam kita. Yang kau tu normal, takat tu je paling hebat kau boleh jadik?"

Pastu dia nangis lagi.
Aku peluk dia say sorry.
Aku cakap, aku takde niat pun nak hina keje dia skarang. Tapi aku nak dia pikir balik apa yang aku cakap.
Biar kita jadi kebanggaan anak, bukan kita yang sibuk nak membangga-bangga pasal anak.

Biaq pi la orang lain sibuk nak bercerita pasal result exam anak masing-masing.
Anak dorang tu normal, wajarlah kalau flying colors. Kita ucapkan tahniah, settle.
Tak payah nak terasa-rasa jeles atau segan.
Anak kita tak macam anak dia yang normal, jadi kita buat cara kita.

Aku allergik dengan statement "Cuba tengok anak orang tu".
Ni feveret word mak bapak aku dulu time aku kecik-kecik.
Sikit-sikit "Cuba tengok anak orang tu..".
Bengkek je aku. Sikit-sikit nak suruh tengok anak orang. Mak bapak orang tu tak hingin pun nak suruh anak dia tengok anak orang lain. Hahaha.

Ya, aku paham mak bapak aku nak aku jadikan anak orang tu sebagai contoh.
Tapi rimas wehh sikit-sikit nak kena tengok anak orang tu, anak orang ni. Takde lah menjadi sangat pun anak-anak orang tu aku tengok now.

Masa tu nak je aku menjawab "Anak orang tu pegi tusyen semua subjek. Anak orang tu balik skolah terus blaja. Anak orang tu tak payah buat keje lain selain blaja. Anak orang tu buku rujukan dan latihan melambak-lambak mak bapak dia beli. Yang aku? Balik rumah letak je beg, kena pegang penyapu. Kemas rumah, basuh baju, lipat kain gosok baju skolah, gosok baju keje mak bapak. By the time settle semua keje, aku pun dah lemau. Nak pegang pensil pun tak larat. Tu belum lagi hujung minggu siap potong rumput bagai, cuci longkang, siangkan ikan ayam."

Tapi masa tu aku tak menjawab la. Nak mampos kena libas dengan pemukul lalat?
Kang elok-elok tak berapa bodoh, terus double jadiknya bangang aku.

Sebab tu aku tak suka suruh anak aku tengok anak orang lain.
Aku akan always gunakan diri aku sebagai contoh, cukup. Anak orang lain tak best. Mak kau ni yang paling best. Kahkahkah.






DISKAUN RM10 MASIH LAGI ON SAMPAI 21 APR.
DOUBLE POINTS.
KLIK GAMBAR.



posted by aveo757 @ 2:41 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER