2017-01-04

Rayyan sekolah


Selamat Tahun Baru U Olls!

Baru 4 Jan, tak lambat sangat kot nak wish Happy New Year kan?

Macam biasa la, sambut new year tetiap tahun sama - pukul 11.30 malam masing-masing dah terbongkang atas katil. Tak kuasa aku nak tengok sambutan. Yang penting besoknya cuti. Itu yanh utama. Tapi malam new year tu aku keluar makan berdua dengan En Wan kat TGI IOI Mall sambil-sambil singgah Popular cari buku budak-budak ni.




Hidangan wajib setiap kali masuk TGI - Chickeen Fajita Nachos.
Tapi mengada-ngada pulak sekarang nachos TGI ni, lagi banyak bawang dari chicken.
Konsep jimat agaknya.




Kali ni aku try makan ni. Fish with crab meat.
Fish sedap tapi crab meat masin sebab dia gaul dengan cheese jadi masin sikit.
So, cran aku tolak tepi, aku makan fish, sayur and mashed potato je.




En Wan makan spageti olio.
Tengah-tengah makan aku tanya dia sedap ke tak?
Dia kata sedap, cuma takde kuah.
Nak tergelak aku.
Dia ingat spageti cuma ada sepesen Spageti Bolognese je agaknya.



Dan semalam debaran pun bermula lah...

Seriously, kali ni aku berdebar lebih dari kebiasaan.
Redza masuk sekolah dulu aku masih dalam pantang.
Dan masa tu fokus aku lebih banyak memikirkan Rayyan sebab dia baru keluar NICU.
Jadi aku tak berapa berdebar sangat memikirkan Redza nak masuk Darjah 1.
Aku cuma hantar dia sampai grill pintu rumah je.
Lansung aku tak rasa berdebar.
Aku yakin dengan Redza.
Tapi dengan Rayyan, aku tak boleh tidur kelmarin.
Kejap-kejap terjaga.
The feeling tu macam perasaan yang sama masa aku duduk asrama.
Macam takut, sedih, tak suka, etc.

Kesilapannya kat aku sendiri.
Aku allow Rayyan manja dengan aku. Aku allow dia jadi tersangat manja dengan aku.
Redza survivor.
Aku and En Wan berani tinggalkan Redza dari umur 44 hari di tangan bibik while kitorang pi kerja.
Masa tu duduk apartment. Jiran kiri kanan pun aku tak kenal. Kalau jadi apa-apa kau nak mintak tolong sape pun aku tak tau.
Redza 'terpaksa' jadi man of the house sejak umur 44 hari sebab mak bapak takde kat rumah.
Redza 'terpaksa' menjadi dewasa dengan cepat sebab dia tinggal dengan 'stranger' kat rumah seharian sampai umur dia 6 tahun. Kadang-kadang sampai ke malam dia berdua dengan bibik.
Sebab tu Redza survivor.
Masa dia masuk Darjah 1, En Wan hantar dan balik.
Lansung tak tunggu nak tunjuk dia cara beli makanan kat kantin. Memang betul-betul tinggalkan je.



Ini gambar Redza on first day skool.
Cium adik dulu sebelum pi skolah.

Kesian Redza, disebabkan dapat adik, dia terpaksa jadi 'matang' lebih awal dari sepatutnya.
Masa dia bermanja dengan aku and En Wan tak macam Rayyan.
Masa Redza kecik, masa dia lebih banyak dengan bibik.
Lepas ada adik, terpaksa jadi abang.

Aku banyak manjakan Rayyan.
Rayyan kira beruntung, sebab dia lahir-lahir je, mak dia memang dah kerja sendiri.
Jadi aku banyak habiskan masa dengan Rayyan.
Masa aku berpantang, aku buat keje kat meja, Rayyan ada tidur atas katil belakang aku.
Maknanya, Rayyan ni sentiasa ada depan mata even waktu aku bekerja.
Bila dah besar sikit, sometimes bila aku masuk opis, aku angkut dia sekali.
Jadi Rayyan ni manja lebih.
Pulak tu dia membesar dengan ada mak kat depan mata, ada nenek yang menggentel dia siang malam, and ada 2 bibik sekaligus yang melayan dia. Total 4 orang jaga dia. Jadi sebab tu dia manja.

Dan bila dia masuk skolah semalam, aku tak yakin.
Perasaan aku tak se-selesa dan se-yakin masa aku lepaskan Redza masuk skolah.
Kejap-kejap aku whatsapp En Wan tanya "Adik camana?"
"Dia duduk kat mana?"
"Dia pandai beratur beli makanan tak?"
"Dia nangis tak?
"Dia faham tak cikgu cakap apa?"

Serius, aku kurang yakin dengan Rayyan.
Walaupun En Wan kata Rayyan ok je.
Tapi aku mak, aku tau Rayyan sebenarnya tak ok.
Or maybe dia ok, cuma aku letakkan Redza as benchmark, jadi aku nampak Rayyan belum ok.

Itu lah agaknya kenapa En Wan tak kasik aku follow dia ke skolah Rayyan.
Nnati aku sama naik blaja dalam kelas tu. Aku yang emosi lebih.



Rayyan ni satu je menang dari abang dia - semua kata dia hensem.
Itu jelah markah kau yang lebih sikit dari abang kau setakat ni.

Nak kata silap aku manjakan Rayyan pun, entahlah.
Sebab kebetulan Rayyan lahir aku memang dah bekerja sendiri, jadi masa aku lebih flexible. Nak tak nak, memang aku sentiasa ada dengan dia.
Dah takde dah outstation lama-lama, meeting sampai malam-malam.
Kebetulan Rayyan lahir tak cukup bulan, dalam keadaan aku masih tak berapa stabil lepas bersalin membuatkan mak mertua aku willing untuk duduk sini jagakan Rayyan. Tau je lah kan bila nenek yang jaga. Dia ulit ulit ulit cucu tu.
Tambah pulak ada bibik. Lagi la ramai yang menjaga.

Now, aku kesian pulak dengan Rayyan.
Dia dimanjakan tanpa sedar.
Bila dia tak sekental Redza, aku jadi susah hati.
Bukan aku nak dia jadi hebat serba-serbi, at least dia jangan terasa terpinggir dah.
Tau je lah kan budak manja kan lembik sikit.
Tadi pagi bila aku tanya adik dah ada kawan?
Tu pun dah nangis sampai berjurai-jurai air mata "Dia taknak kawan dengan adik, Ma. Adik cakap dengan dia, dia tak cakap balik".
Terpaksa aku pujuk "Bukan dia taknak cakap. Dia pun malu. Sama-sama tak kenal, jadi dia takut nak cakap agaknya".



Ni Redza masa first day.
Kejap je dah ada kawan.
Redza kata dia yang tegur dulu "Hey, nama saya Redza, nama awak sape?"

Redza ni betul-betul survivor macam aku masuk Darjah 1 dulu.
Aku dulu masuk Darjah 1 takde sape teman.
Balik rumah pun jalan kaki sendiri sebab mak bapak masing-masing takleh cuti.
Bapak aku masa dulu cikgu, lagi lah mana nak cuti. Hari pertama skolah kot, dia pun kena masuk skolah juga ðŸ˜†.

Petang ni Rayyan dah start ke skolah KAFA.
Lagiiiiii lah aku cuak.
Padahalkan Redza dulu skolah tadika omputih.
Dia masuk Darjah 1 dengan kedaan tak tau mengaji.
Petang tu terus masuk skolah KAFA, anak orang lain semua dah kenal huruf, anak aku tak.
Tapi Redza buktikan dia memang boleh buat.

Rayyan 3 tahun duduk Genius Aulad.
Petang ni nak masuk kelas KAFA masih aku tak yakin dia boleh carry. Aduiii.
Ni aku tak tau la masalah anak ke masalah mak nya.



Rayyan yang pilih sendiri tempat duduk depan meja cikgu.
Elok gak, biar cikgu perati-peratikan sikit si jendul tu.

Aunty-aunty and Uncle uncle sekalian, tolong doakan Rayyan can go through this process ya?
Doakan maknya yang paranoid ni sekali. Kritikal paranoid.




W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools