Semalam sebelum tidur aku baca email reader.
Kes yang sama - berkenaan suami.
Tapi kali ni lagi dasyat, suami terkantoi ada gambar on bed dengan pompuan lain.
Aku sangat terganggu dengan email tu, lantas semalam aku tido termimpi exbf.
Takde la seram mana pun mimpi tu kalau aku nak ceritakan balik.
Tapi untuk yang pernah melaluinya, mimpi nampak bayang-bayang dia pun dah buatkan aku troma, lagikan mimpi nampak muka.
Dalam mimpi tu aku gi majlis kawen kawan aku, Apeng.
Semua kawan-kawan yang belajar sekali ada kat majlis tu, termasuk dia.
Dalam mimpi tu aku dah berdebar-debar nampak kelibat dia.
On the way nak balik hantar pengantin, (aku jalan kaki), nampak kereta dia melintas. Very slow. Nampak dia toleh kat aku. Aku dah cuak. Tapi kereta dia menjauh. Ok lega.
Aku terus berjalan. Eh tau-tau dengar bunyik moto kat sebelah.
Rupanya dia!
Ok, dalam mimpi memang naik kereta dan naik motor boleh tukar sekejapan. So, jangan nak argue cerita aku ni. Aku pun pelik bila masa kau bertukar naik motor pulak ni.
Keadaan aku and dia masa tu sangat dekat! Sangat-sangat dekat.
Aku takut gila sampai terjaga dari tidur.
Aku kejut En Wan "Bang, bang. Peluk Di bang. Di takut. Di mimpi ****".
Aku punya troma sampai tahap macam tu sekali.
Padahal jumpa dalam mimpi je.
Tapi aku nak En Wan pegang aku supaya aku tidur pun rasa safe.
Tapi aku tak boleh tidur balik.
Kejap-kejap terjaga.
Takut pulak nak tidur. Nanti nampak muka dia lagi.
Sesiapa yang belum pernah rasa 'gangguan' macam ni, especially ladies, please take note.
Alangkan aku yang dah terlepas dari 'seksaan' pun masih troma berbelas tahun.
Apetah lagi korang-korang yang willing duduk serumah hidup bersama lelaki yang mengancam hidup korang.
Come on ladies, please.
Aku bukan nak ajar korang jadi jahat.
Tapi tolonglah sayangkan diri sendiri.
Jangan hidup hanya atas dasar cinta.
Kita berkahwin sebab nak buat pahala. Kalau kita jenis sabar takpe. Tapi kalau kita tak mampu bersabar, tak banyak sikit mesti kita akan menyumpah seranah suami sendiri - so baik kau berpisah aja.
Aku pernah buat silap sebab pertahankan relation aku dengan exbf atas dasar kesian, atas dasar sayang, atas dasar nak proofkan yang cinta tu datang hanya sekali dalam hidup.
2 tahun lebih jugak aku cuba bertahan.
Aku bertahan sebab rasa terhutang budi, dia je yang berkenan kat aku.
Takde siapa berani nak jadikan aku gf dengan muka aku yang berselipat peram tu.
Dan aku bertahan sebab aku sayang.
Bukan sayangkan dia, tapi sayangkan relation yang dah ambik masa 2 tahun lebih.
Sayang kat dia tu dah jahanam sejak 6 bulan bercouple lagi.
2 tahun lebih tu aku rasa lama. Malas kot nak start all over again dengan orang lain. Penat lah.
Dan aku bertahan sebab nak buktikan kat semua orang, aku setia.
Aku malu kalau orang kata aku playgirl.
Aku malu kalau orang kata aku ambik kesempatan.
Aku malu nanti apa kata sedara-mara aku? Makcik pakcik aku semua dah kenal dia. Dah bawak balik jumpa nenek dah pun, Dah selamat tido baring kat rumah mak bapak aku dah. Alih-alih tak jadi.
Aku malu.
Itu lah kesilapan aku membiarkan diri aku selama 2 tahun setengah hidup dalam keadaan nak please persekitaran aku.
Aku bertahan dengan sakit jiwa dan pendam rasa semata-mata sebab malas nak start all over again.
Aku tak yakin akan ada orang nak aku lepas ni.
Tapi lama-lama, aku tak nampak aku boleh grow dengan dia.
Aku nekad, kawan-kawan nak cemuh ke, nak pandang serong ke, sukati. Lantak!
Dan ternyata rupanya, bila aku dah grad, dah kerja, environment aku pun bertukar.
Ada persekitaran yang baru.
Aku started to realize yang kawan-kawan aku pun bertukar sama.
Aku kenal orang baru, aku dah ada tanggungjawab lain, aku dah sibuk dengan pelbagai urusan lain, membuatkan aku takde masa nak fikir dah cakap-cakap orang.
Kau nak sambung bergossip pasal aku, silakan.
Aku nak teruskan jalan.
2 tahun setengah je tempoh aku dengan exbf. Bukan lama mana pun.
Tapi troma dia berpanjangan sampai sekarang.
Sampai aku dah kawen nak masuk 16 tahun, masih lagi kadang-kadang dapat mimpi ngeri tu.
Walaupun mimpi tu sesekali je datang, tapi ketakutan dia tetap sama.
Sometimes aku rasa aku ni kena pi jumpa psikiatari ke apa?
Tapi aku tetap bersyukur sangat, walaupun aku stuck 2 tahun setengah, aku anggap itu tempoh pengalaman paling mahal Tuhan nak anugerahkan kat aku.
Aku syukur, aku pilih untuk berpisah dengan dia.
Biarlah orang kata aku yang tinggalkan dia, aku tak kisah. Memang betul pun aku yang tinggalkan dia.
Aku tak kata aku dapat lelaki yang terbaik. Tapi aku tau kehidupan aku lebih baik. At least aku takde kena hentak, kena henyak dan kena pendam sakit hati.
Hidup kita ni bukannya panjang.
Umur aku tahun ni dah 40 tahun.
Kalau umur Rasulullah saw dijadikan sempadan, aku ada balance 22 tahun je lagi.
Kau nak habiskan hidup kau dengan memendam rasa?
Kalau jenis pendam dan redha takpe. Tapi kalau masalah tu akan mempengaruhi segala tindakan negatif kau, baik pikirlah jalan yang lebih baik untuk diri sendiri dan diri dia.
Kita berkahwin sebab nak jadikan ia medium buat pahala bukan sebaliknya.
Aku tau ramai wanita especially yang sanggup berendam air mata, sanggup bertahan dengan masalah rumahtangga sebab pikir anak-anak, pikirkan air muka mak bapak, pikirkan masa depan diri sendiri.
Takpe, teruskan kalau rasa boleh redha.
Keyword kat sini REDHA.
Sebab bila redha, ada pahala besar Allah bagi.
Tapi kalau tak boleh redha, bukan saja dapat sakit hati, dosa pun dapat sekali.
Maka, pilihlah jalan terbaik.