2017-01-07

Frozen food


Tahun baru 2017 dimulakan dengan azam untuk kurangkan memasak.
Haaa, gitu. Kau ada azam macam ni?

2016 tahun yang meletihkan.
Tahun lepas kiranya tahun pertama aku kerja penuh setahun dengan En Wan.
Memang full swing keje dengan suku-sakat Jepun.
Kalau solat Isyak kat opis tu dah kira perkara biasa. Lepak opis sampai pukul 1am pun macam dah takde apa je.

Tahun lepas boleh dikatakan aku kurang memasak berbanding tahun 2015 sebab always balik lambat.
Kadang tu aku gagahkan jugak masak walaupun balik keje pukul 8 malam, sebab tekak dah boring sangat asik makan kat luar. Sampai dah tak tau nak order apa. Punyalah muaknya makan kat luar.
Tapi tu lah, by the time habis masak je, aku pun dah takde selera nak makan sebab kenyang ambik bau time memasak.

En Wan kesian kat aku sebenarnya.
Dia tau aku penat, tapi at the same time dia pun dah muak makan kat luar.
Kadang-kadang dia cakap "Goreng telur pun takpelah, Di. Abang ok je".
Tapi aku pulak kesian kat dia. Lagipun mak mertua aku ada oiii.
Karang apa lak kata dia aku masakkan telur mata je untuk anak dia.
Nak taknak, ke dapur la jugak kita.

Dari hujung tahun lepas lagi aku dah berkira-kira nak ambik tukang masak datang rumah untuk masak. Tapi tak sempat-sempat nak cari. Masalahnya ada ke?
Pastu last week aku tanya Mak Aji kot-kot dia kenal sesape boleh datang masak, ataupun sesape yang boleh masak sedap-sedap and deliverkan ke rumah aku.
Aku tau ada some mothers yang kejenya hujung minggu dari Subuh sampai ke petang masak siap-siap untuk seminggu. Frozenkan masakan tu. Labelkan. Nanti next week, balik keje keluarkan and reheat.

Jadi, konsepnya sekarang aku mencari yang macam tu.
Cuma bezanya aku malas nak masak sendiri.
Aku nak upah orang. Tak pun order je, ko hantarkan terus ke rumah aku supply untuk 5 hari. Takyah seminggu la, hujung minggu aku leh masak.

Tetiba Rabu lepas, Mak Aji datang opis dengan bawak ayam lemak cili api, paru dendeng, macaroni goreng, macaroni cheese bakar, puding jagung and sambal bilis kering.
Phew!! Terus tenang jiwa aku buat keje kat opis. Sebab takyah pikir pasal nak masak dah 😝.



Ayam lemak cili api.



Sambal bilis kering.
Ini menu wajib setiap kali aku nak balik ke UNIMAS semula.
Wajib ada. Sekali bawak 1kg terus.



Paru dendeng style



Macaroni goreng yang settle pada hari yang sama sebab Redza balun kaw-kaw.



Baked cheese macaroni



Puding jagung


Lengkap dengan dessert sekali Mak Aji supply.
Tapi aku perlu cari backup juga.
Baru lah best ada banyak pilihan.
Ada reader recommend aku tengok IG @frozenlauk.

Aku scroll IG dia tengok hmmm banyak gak pilihan lauk.
Terus aku Whatsapp and order 5 jenis dulu - rendang kerang, ayam bali, daging dendeng, ayam panggang lemon dan gulai kawah.



Ni lauk 2 hari lepas kot - paru dendeng and ayam cili api Mak Aji with rendang kerang.
Kombinasi pedih mulut tapi tak sampai ke tahap pedih bontot.
Memang sedap!
Lauk mak aku of cos sedap lah kan.
Rendang kerang @frozenlauk ni pun sedap gila!
Yang paling seronok bila En Wan makan bertambah. Walaupun bukan aku yang masak, at least aku usaha nak bagi laki aku makan. Hahahaha.
Seronok bila tengok laki puas makan, kenyang and happy.
Kesian dia always makan ala kadar je. Gila takde masa aku balik keje nak masak rendang bagai. Hoh.



Ayam bali.



Gulai kawah 



Ayam panggang masak lemon.



Daging dendeng.

Apa yang aku boleh katakan, semua aku puas hati!
Sedap, kena dengan selera tekak.
Dia ni memang pandai masak. Memang tepat sangat dia buat bisnes macam ni.
Sape nak order boleh ke IG @frozenlauk atau Whatsapp 012-6746116.
Tadi baru sampai stok lauk baru.
Aku order sambal pari, ikan bawal masak lengkuas, dendeng daging lagi 2 set, rendang kerang, seafood sambal and daging halia. Pastu sebab aku order banyak, dia bagi free ayam gajus and apa ntah satu lagi aku lupa nama lauk.

Aku dah plan esok bulan puasa aku nak order macam ni je.
Eh dah naik tak kuasa aku nak berpusing-pusing cari parking, bersesak-sesak berlaga tetek, beratur panjang semata-mata nak beli makanan kat Bazar Ramadhan.
Alhamdulillah bisnes-bisnes macam ni wujud untuk orang-orang macam aku.

Yang penting, laki aku suka.
En Wan kata dia tak kisah, janji time dia nak makan, makanan tu ada.
Kalau takyah keluar dari rumah untuk makan lagi bagus.
Tapi of course ada masa aku akan masak jugak lah, contohnya macam hari ni aku masak sebab sah-sah duduk rumah. Kalau tak masak jugak memang hardcore pemalas namanya.
Kiranya frozen food semua ni backup, supaya tak kelam-kelibut balik keje nak masak.
Sometimes benda memasak ni kadang-kadang kalau tak bijak kawal boleh mem-blow-kan mood sepanjang malam.
Jadi, mesti ada backup supaya mood kekal cantik gitu.



Ni esbok aku, bukan esbok kantin.
Walaupun kelihatan macam ada hari kantin.

Susu kurma ni payah gila nak dapat kan?
Tapi aku dah ada supplier.
Boleh deliver ke rumah terus.
Aku punya supplier area Subang Jaya nama dia Shahrul. Sape nak, ni nombor dia 017-2835679.
Kalau nak area-area lain, maybe boleh contact Shahrul ni. Mana tau dia boleh hantar atau dia ada sub-agent untuk area korang.

Minggu depan aku order sambal bilis kering dan lemak cili api telur ikan kat Mak Aji.
Sesape nak selit order yang sama, boleh Whatsapp terus Mak Aji sebab aku taknak ambik order.
Mak Aji : 019-2244646.



W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools