2017-01-20

Jangan mengeluh bila ramai orang tak suka.


Agak 'meriah' PM box aku disebabkan entry semalam.

"Kenapa Kak Di tutup XZIZ Biotech?"
"Kak Di dah benti keje ke?"
"Kak Di jual company ke?"
"Patut la Kak Di jarang update pasal bisnes kat blog, dah tutup rupanya"

Ya ampunnn
Tu cara-cara aku tulis tu.
Kalau aku sampaikan dengan mulut, dari mulut ke mulut agaknya lagi jauh benar tersasar jalan cerita. ðŸ˜†

Aku respond PM kat sini je lah ya.
Sebab aku tau yang PM aku tu semua baca blog jadi sekali harung je lah jawab sini.

Bila masa pulak aku jual company.
Mana ada aku tutup XZIZ.
Aku cuma stop buat kerja jual biotech lab supplies je.
XZIZ Biotech masih bernyawa sebab GreenAard kan under XZIZ.
Ce baca balik entry lepas, baca 4 kali pun takpe.

Jarang update cerita pasal bisnes kat blog tak bermakna tutup bisnes.
Lagipun nak promote bisnes dah ada banyak medium - ada website GreenAard, ada FB GreenAard, ada buat FB adverts, jadi kalau kat blog and FB personal pun kejap-kejap nak cerita pasal bisnes, jangankan kata orang lain, aku pun jemu baca blog sendiri camni. Melainkan memang kau nak target jual produk kat follower/reader saja.
Kalau rajin masuklah FB GreenAard. Hari-hari ada new testimoni. Cuma aku malas tepek kat sini.

Ada reader tanya "Kak Di buat bisnes ada tak kawan-kawan dengki?"

Kalau ada yang dengki, tu namanya bukan kawan. Itu lawan.
Alhamdulillah, so far takde.
Samada memang tak ada, atau memang aku semakin kebal sampai tak perasan ada orang dengki.

Dengki dalam bisnes ni benda biasa sebenarnya.
Anak aku yang belum ada bisnes tu pun dah pandai berdengki ngan abang dia.

Dengki boleh datang dari competitor, atau boleh juga datang dari usahawan lain yang tak buat produk macam kita tapi dia tetap nak dengki sebab kita lebih berjaya dengan bisnes kita.
Atau dengki tu boleh datang dari orang yang tak berbisnes lansung tapi dia nak berdengki jugak tak tau lah kenapa.

Orang akan start dengki bila kita ada apa yang dia tak ada.

Ok, macamana dia boleh tau apa yang kita ada?

Sebab, kita sendiri yang menonjolkan apa yang kita ada.
Contohnya, bila kita selalu up pasal income bisnes kita, kejap-kejap bagitau orang tu restok produk, orang ni restok, "alhamdulillah berkat buat bisnes dapat pergi melancong" - kadang-kadang bukan orang dengki, tapi orang meluat.

Memang kita tak rasa perkara tu seperti menonjolkan sesuatu.
Sharing is caring kata orang.
Tapi, bila kita berani untuk menonjolkan apa yang kita ada, maka kita kena berani juga hadapi impaknya.
Jangan mengeluh bila ramai orang tak suka.
Itulah the price yang kita kena bayar akibat tindakan kita.

Ada 2 jalan penyelesaian kat sini.
Samada orang tu berhenti ambil peduli pasal kita.
Atau kita yang berhenti pedulikan ancaman dengki ni semua.

Kalau kita tabah maka buatlah pilihan untuk jangan pedulikan ancaman dengki.
Tapi kalau kita tak tabah, kita berhentilah buat apa yang akan trigger orang lain dengki kat kita.
Tabah bermaksud, kita diam.
Bukan kejap-kejap buat status FB "Saya nak buat spring clean unfollow semua kawan-kawan yang negatif!"
Status tu sendiri dah menunjukkan sebenarnya kita kisah dengan ancaman dengki tu.
Status tu membuatkan the other party akan lebih galak buat macam-macam nak sakitkan hati kau.

Analoginya sama macam kita whatsapp orang.
Kita whatsapp, dia reply - maka akan ada engagement/conversation.
Tapi kalau kita whatsapp banyak kali, dia hanya 'seen' je tapi tak jawab, agak-agak kau ada hati nak whatsapp lagi tak?
Tak  kan?

Jadi, kalau kita boleh bertabah dengan cakap-cakap orang, kita buat diam je lah.
Lama-lama nantu dia frust, dia benti.
Jadi, pilihlah option yang mana lebih sesuai.
Ketenangan hati itu jauh lebih mahal dari duit.

Satu lagi, cuba baca ayat ni :
Rasulullah saw bersabda "Barangsiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menyambung tali silaturrahim" (HR Bukhari & Muslim).

Apa agaknya yang boleh kita faham kat statement tu?

Keyword dia "menyambung silaturrahim".

Dah tau kita berbisnes, dan nak rezeki kita dilancarkan, maka kita jagalah silaturrahim.
Dalam konteks menghadapi dengki ni, ternyata untuk menjaga silaturrahim tu, lebih baik kita ambil pendekatan diam dari kita membalas.
Kalau dah tak suka sangat, kau unfollow je dia senyap-senyap. Takyah canang kat status nak delete nak delete nak delete.




W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools