2017-01-13

Rindu nak patah balik zaman lama



Aku takde masalah nak layan lagu-lagu terkini.
Tapi kecenderungan aku masih lagi kat lagu-lagu lama.
Sebab aku suka melodi zaman-zaman tu. Lagu dorang semua menenangkan jiwa.
Kalau nak tau lagu tu tenang ke tak, cuba kau layan tengah-tengah malam.
Kalau rasa tenang je maknanya lagu tu memang kategori mendamaikan jiwa.
Tak banyak dah lagu-lagu macam tu sekarang.
Zaman dulu banyak la sampai tak tau nak dengar mana satu.

Playlist aku rasanya dalam 90% lagu-lagu lama.
The rest ada la lagu tahun 2000an. Saja je bubuh dalam tu karang kejung pulak yang menumpang kereta aku terpaksa dengar lagu-lagu lama manjang.

Dulu, ada sorang penah bagitau aku, orang yang suka dengar lagu-lama lama ni maknanya dia terkenangkan sesuatu yang dah berlaku pada waktu tu.
Tapi dalam kes aku yang terlampau stuck dengan zaman dulu, dia kata ini tandanya kehidupan aku dulu jauh lebih best dari kehidupan aku sekarang, membuatkan aku masih belum berjaya keluar dari zaman tu.

Wowwwwww!
Betapa beraninya dia cakap macam tu kat aku. Hahaha.

Tapi memang betul pun.
Kalau dibagi pilihan untuk patah balik ke waktu dulu, aku akan pilih zaman aku sekolah rendah.

Nak bandingkan zaman sekolah rendah dengan zaman sekarang, jauh beza.
Now lebih mewah dari zaman tu.
Zaman skolah rendah, takde lah susah mana pun, cuma tak mewah.
Tapi zaman tu jauh lebih seronok.

Hujung minggu kalau Pak Aji dan gaji, dapatlah jalan-jalan pi KL.
Tapi bukan shopping pun, memang betul-betul jalan je.
Menapak kat Jalan TAR. Cari apa pun aku tak tau. Asik-asik keluar masuk Semua House. Nak muntah aku masuk situ sebab memang takde apa pun dalam tu. Barang nak buat hantaran banyak lah.

Tak pun gi Muzium Negara.
Nasib baik Muzium Negara takde tiket masuk. Kalau ada tiket konfem aku adik-beradik hadap Jalan TAR je lah sampai ke sudah.
Aku sampai naik hafal selok-belok dalam muzium tu. Kalau nak letakkan aku jadi salah satu patung dalam muzium pun boleh. Letak tag - Manusia paling banyak masuk muzium.
Sumpah! Aku dah boleh jadi maskot Muzium Negara sebab tetiap bulan pergi muzium.

Tugu Negara and Lake Garden.
Padahal kat tugu negara tu takde benda pun, betul-betul sebijik tugu je kat tengah tu.
Tapi balik-balik situ Pak Aji bawak aku pegi.
Tugu tu kalau bernyawa pun risau dia balik-balik nampak muka aku kat situ.
Mujur Pak Aji takde kamera waktu tu. Kalau ada kamera, aku rasa dalam 14 album dah kot bergambar kat tugu negara je.

Kalau nak sembang pasal mewah, memang kehidupan dulu tak mewah.
Berjalan pi KL memang literally berjalan.
Bukan shopping, bukan tengok wayang. Memang berjalan.
Jalan je la depan-depan kedai tu, tengok pun dari luar kedai je. Masuk tak berani.
Sampai waktu makan, benti makan kat warung Campbell.
Tak pun beli burger kat stall.
Zaman tu McD ada dah, KFC ada, AnW pun ada. Tapi aku anggap itu bukan restoran untuk kitorang. Tu untuk orang kaya.
Anggap macam tu je dah. Settle. Teruskan hidup.
Cuma teringin tu memang lah ada.

Kat rumah, makanan always takde.
Bukanlah takde makanan lansung.
Maksud aku, makan hanya pada waktu makan.
Sebab mak bapak takde duit sangat nak beli kudap-kudapan.
Jadi, kalau lapar buat apa?
Ratah Milo.
Tu pun kena marah sebab elok-elok Milo tahan sebulan, dah kena beli lagi lepas 2 minggu.
Abis tu dah lapar nak wat camneeee.

Cuti sekolah, takde istilah vacation atau tidur hotel.
Luar negara?
Memang tak penah terfikir.
Paling jauh penah pegi pun Singapore, tu pun sebab Mak Aji asal sana jadi ramai lagi adik-beradik and sedara-mara kat sana, so Singapore dah memang tempat wajib pergi.
Kalau Mak Aji bukan asal Singapore, aku rasa paling jauh aku pergi takat Muar je.

Cuti sekolah maknanya balik kampung - Tampin.
Kalau sebulan cuti, maknanya sebulan lah aku ngan Ima duduk Tampin.
Itulah percutian aku.
Tiap kali bukak sekolah, cikgu mesti suruh buat karangan "Pengalaman semasa cuti sekolah".
Dan karangan aku dari Darjah 1 sampai Darjah 6 sama je tajuk dia - Balik Kampung.

Permainan? Takde.
Paling hebat pun Monopoli. Tu pun dah Darjah 6 baru dapat. Budak lain dah start main walkman, aku baru nak blaja main monopoli.
Zaman dulu TV baru ada 3 channel je. Tak banyak pilihan.
Tapi sikit pun aku tak sangap lepak kampung sebulan dalam keadaan takde heater, takde aircond, takde permainan, takde TV channel yang best.
Aku rasa memang aku suka life macam tu kot.
Life senyap, life tak tengok TV, life tak campur orang.

Start darjah 4, setiap kali balik kampung aku akan bawak rekorder.
Percaya tak, dulu aku ada koleksi lagu yang aku cipta sendiri. Series, aku tak tipu.
Hanya bermodalkan rekorder and buku tulis yang aku conteng tulis note lagu.
Haaa, ko jangan main-main. Kita semua blaja note muzik Darjah 6 kan. Tapi Darjah 4 aku dah tulis lagu.
Time tu aku tak tulis note lagu yang crochet, quaver, oktaf tu.
Aku just tulis guna huruf je G, F, E, etc.
Dalam buku tulis tu ada lagu-lagu yang aku suka yang aku cari note sendiri sebab nak main ngan rekorder. Ada lagu yang aku cipta sendiri gak.
Dasyat budak dulu-dulu ok, Buat lagu dengan rekoder je.
Cari ilham kat kampung. Sikit lagi nak jadi M. Nasir aku dulu.

Aku rasa memang betul kot life aku dulu jauh lebih best dari sekarang.

Zaman dulu, aku hidup seadanya.
Nak mintak lebih-lebih kat mak bapak karang takut dapat penampar.
Jadi, aku gunakan apa yang ada je.
Orang main, aku pun main.
Tapi orang main Barbie, aku main rekorder.
Tak sama, tapi serupa. Namanya tetap main.

Orang lain bercuti gi jalan, aku pun jalan gak.
Cuma aku jalan balik kampung.
Namanya tetap bercuti gak, sebab takyah gi skolah.

Beli baju raya walaupun kat longgok-longgok, namanya tetap baju baru.
Kalau dapat baju belen-belen makcik aku bagi sebab dia dah tak pakai lagi, pun dah seronok.
Sebab walau tak baru, at least aku ada baju ganti-ganti.

Aku rasa dulu memang betul-betul hidup dengan apa yang ada.
Make full use apa yang ada, and be creative guna apa yang ada untuk keperluan diri.

Now, umur 40 tahun dah.
Dalam tak sedar aku buktikan kat diri aku yang bahagia itu bukan pada duit, bukan pada harta, bukan pada populariti.
Duit, harta, nama, gelaran cuma habuan dunia digunakan untuk tujuan mudahkan hidup.
Bukan tujuan cari bahagia apetah lagi ambik kesempatan.

Zaman dulu, semua serba seadanya.
Bila berada dalam situasi seadanya, expectation dalam kehidupan tak tinggi.
Dan expectation orang pada aku pun tak tinggi.
Orang buat endah tak endah.
Kewujudan aku tak penting.
Sometimes, diambil kesempatan sebab aku bukan siapa-siapa.

Dulu aku sedih dengan keadaan tu.
Diam-diam aku simpan angan-angan one day aku nak keluar dari keadaan 'seadanya' ni.
Aku nak ada lebih.
Sebab itu saja jalan nak bagi orang respect aku.

Now, hidup dah berubah.
Happy sebab aku boleh keluar dari situasi tu.
Aku boleh provide anak-anak aku kehidupan yang aku tak pernah ada semasa umur dorang sekarang.
Tapi, aku realized sebenarnya keadaan 'seadanya' tu lah yang ajar aku untuk jadi orang yang sabar, belajar redha, belajar hidup sederhana, belajar rendah diri, belajar sedar diri, belajar diam daripada membalas.

Semalam, aku tengok gambar aku umur 6 tahun dengan baju graduation tadika.
Lama aku tenung gambar aku sendiri.
Rasa rindu dengan 'budak kecik' dalam gambar tu.
'Budak kecik' tu survive macam-macam perkara yang tak sepatutnya seorang budak lalui sewaktu umur sekolah rendah.
Dia survive duduk kat rumah orang walau dilayan double standard sebab mak bapak tak kaya.
Dia yang setahun baju berganti sekali je, tu pun sebab raya.
Dia yang masuk darjah 1 beg skolah baru pun takde.
Dia yang asyik ratah Milo sebab kat fridge takde benda nak makan.
Dia yang cuti sekolah hanya bercuti balik kampung.
Yang hanya ada satu seluar jeans dipakai dari darjah 4 sampai darjah 6.
Yang hanya ada 1 T Shirt cantik tulisan Langkawi yang aku pakai dari Darjah 5 sampai Tingkatan 2, yang lain semua T Shirt sponsor.
Yang pi latihan skolah petang-petang pakai seluar track Pak Aji lipat kat pinggang sampai 4 kali sebab takde seluar track.

Kalau lah aku diberi peluang jumpa 'budak kecik' tu semula, aku nak peluk dia.
Aku nak cakap 'I miss you'.
Aku rindu aku yang dulu.



Ni aku upload satu lagi lagu yang ada dalam playlist aku.
Aku main lagu ni guna rekorder, note gigih cari sendiri.
Main depan beranda kat kampung sambil teman arwah atuk cukur janggut.




W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools