2016-10-05

Jangan terlalu ghairah belek kain orang yang koyak.


Sayang sekali kalau rukuk kita, sujud kita, zikir kita, sedekah kita dan semua ibadah yang selama ini dikerjakan, kalau mulut dan hati masih lagi tak sudah-sudah berdengki, berdendam, berkata buruk tentang orang lain.

Bak kata Prof Muhaya "Kalau seseorang itu bersolat tapi perbuatannya masih lagi buruk, maknanya ada yang tak kena dengan solatnya selama ni. Kerana solat sepatutnya menjauhi kita dari melakukan perkara buruk"

Zaman media sosial macam ni, manusia kadang-kadang keliru.
Sometimes kita tak pasti samada kita ni tengah sebarkan kebaikan atau sebenarnya tengah sebarkan keburukan.
Kita rasa kita dah buat benda yang betul.
Kita rasa kita ikhlas.
Tapi, kalau benar apa yang kita buat betul, cuba tanya hati.
Kita rasa tenang atau tak?
Jangan tipu diri.

Orang yang jujur dan ikhlas, akan rasa tenang dengan apa yang dia buat.
Tapi orang yang tak ikhlas, hatinya takkan puas.
Dia akan sentiasa mencari jalan supaya jumpa dengan apa yang dia mahu percaya.
Kerana sebenarnya dia mahu memuaskan perasaan sendiri, bukan orang lain.

Kalau kita adalah orang-orang sebegini, mohonlah padaNYA diberikan pentunjuk dan hidayah kerana boleh jadi kita keliru.
Jangan terlalu ghairah menyedarkan tentang kesalahan orang lain.
Sedarkah kita tentang kejahatan yang diri sendiri dah buat?

Cuba tanya diri.

Pernah tak kita rasa cukup dengan apa yang kita ada?

Kalau bos kita turunkan pangkat atau jawatan yang kita nak tu dibagi pada orang lain, selamat tak hati kita dari rasa kecewa dan putus asa?

Boleh tak kita rasa happy dan turut bersyukur dan harapkan kekalnya nikmat itu bersama dia tanpa ada rasa dengki dan sakit hati?

Pernah tak kita hitung dosa zahir dan batin sambil menangis kerana istighfar kita sangat sikit kalau nak dibandingkan dengan dosa kita?

Hati kita sentiasa bimbang tak dengan amalan yang kita lakukan? Ada usaha nak perbaiki tak?

Di waktu kita mendapat nikmat, pernah tak terasa malu kepada Allah betapa terkadang belum sempat kita meminta, DIA dah tunaikan sedangkan kita sentiasa bertangguh setiap kali dah masuk waktu fardu?

Selalu tak kita ingat tentang mati yang boleh jadi datang bila-bila masa, maybe selepas baca entry ni? Sebab syarat untuk mati tak semestinya sakit.

Pernah tak kita berhenti sekejap menyoal tentang halal haramnya rezeki orang lain seolah-olah kita yakin harta kita terlepas dari dihisab? Yakin kah kita rezeki kita benar-benar halal?

Pernah kita renungkan orang-orang yang pernah kita kasari, umpati, tipu, fitnah, hinakan dan aniaya? Dah minta maaf kat mereka?

Pernah tak kita terfikir kenapa kita susah nak bangun solat malam? Pernah terdetik liatnya kita nak bangun adalah disebabkan dosa yang dah kita buat di siang hari?

Kalau ada yang menipu dan menganiaya kita, boleh tak kita relakannya atas dasar kita mendapat pahala sabar kerana menanggung kekecewaan itu?

Ketika kita bersalah dengan seseorang, ada tak datang rasa takutkan kemurkaan Allah dalam diri kita? Sanggup tak kita minta maaf sambil mengaku kesalahan kita pada dia?

Setiap kali ada orang buat salah, datang tak rasa kesian kita kepadanya, disamping nak memperbetulkannya tanpa menghinanya?


Boleh buat?
Kalau kita belum boleh, maka uruskan diri kita dulu.

Kerana di sana nanti kita ditanyakan tentang apa dan bagaimana kita buat.
Bukan apa dan bagaimana orang lain buat.

Untuk ingatan diri.


"Lidahmu jangan kau biarkan menyebut kekurangan orang lain, sebab kau punya kekurangan dan orang lain juga punya lidah" - Imam Syafi'i.