2 hari lepas aku up status pasal interview.
Ni memang pengalaman sendiri.
Walaupun bukan aku yang berdepan dengan dorang sebab bukan aku yang handle interview, tapi En Wan akan bagitau kalau ada yang pelik-pelik sikit.
Baru-baru ni aku bukak lagi vacancy untuk boutique asistant and online marketing.
Ada antaranya bagus.
Datang dah siap buat homework.
Untuk post GreenAard, dia dah study pasal GreenAard, dah bukak FB, dah bukak website study pasal produk.
Yang apply post Fleur dah tau pasal jubah-jubah, dah tau kat mana kitorang bukak booth sebelum ni.
Yang best tu kan, semua yang buat homework ni di kalangan usia macam aku.
Contohnya ada sorang akak tu, umur 47 tahun. Dia penah keje sale kat MPH Bookstore, so bila dia apply untuk post Fleur, dia sendiri mintak kita bawak dia ke dalam butik sebab dia nak tengok koleksi-koleksi kitorang.
Bila dia tengok kat whiteboard ada information tulis our next exhibition, dia tanya apa yang perlu dibuat setiap kali ada event.
Menunjukkan dia minat untuk kerja dan prepared untuk bekerja.
Yang banyak sangat songehnya ni di kalangan budak-budak baru nak apply kerja.
Grad diploma, takde pengalaman kejer, mintak gaji RM2300.
Yang tu satu hal lah. Oklah takpe, dia tak tau rate gaji untuk kelulusan dia agaknya.
Tapi tang banyak cengkadak tu yang aku tak tahan.
To be fair to them, ini first time dorang nak bekerja, jadi of course banyak benda yang dorang tak tau. Fine. Aku pun bukannya keji sangat nak expect semua yang datang tahu apa yang patut dorang buat. Tapi common sense la sikit, dik. Kau apply post boutique assistant, patut kau dah clear apa perkara basic dalam requirement. Adelah sesuatu yang agak ba alif ngang bila kau buat muka terperanjat "Hari Sabtu pun kena kerja ke?"
Deyy, kau apply untuk post boutique assistant kan?
Butik bukak Isnin sampai Jemahat je ke?
Ko expect butik Sabtu Ahad tutup?
Ada yang sah-sah apply untuk post online marketing, dah dibagitau apa requirement basic kat situ.
Masih lagi nak cakap "Saya tak tau FB IG. Saya tak ada semua tu".
Aku tau semua benda boleh diajar dan boleh belajar.
Tapi yang kau pun tolonglah jadi bijaksana sikit.
Contoh macam kau apply untuk post tukang masak, tapi kau bagitau kau tak reti masak. Buat klaka ke apa?
Lainlah kalau kau cakap, saya boleh masak, tapi saya tak berapa cekap masakan western.
Ok yang tu lojik. Kita boleh ajar, janji kau tau masak.
Maknanya kau dah tau basic masakan rebus, masakan goreng, masakan kukus, dah kenal mana satu kuali mana satu loyang. Takde la nanti orang mintak sudu kau keluarkan cangkul.
Eh tu bangang sangat pulak.
Aku macam pelik bila yang datang untuk post online marketing, tapi cakap tak pernah ada FB and IG dan tak reti semua tu, sedangkan requirement semua dah dibagitau.
Yes, kita boleh ajar.
Tapi lojik ke kau dah tau itu basic requirement tapi kau masih lagi datang apply for the post?
Dulu masa aku open vacancy Grafic Designer (tapi yang ni dah terisi), ada sorang tu datang dengan konfidennya. Bila aku mintak tengok portfolio (yang ni aku handle interview), dia cakap "Saya tak pandai buat grafic tapi saya boleh blaja".
Bagus dia punya willingness untuk nak blaja tu tapi masih tak masuk akal jugak.
As if kau lulusan Geology, tapi kau apply post Pharmacist dengan harapan kau diterima sebab kau willing untuk blaja. Boleh?
Tu belum lagi yang call ofis bertanya pasal vacancy tapi sebelum datang interview, dia pulak interview aku "Kena outstation tak?" "Kena buat sale tak?" "Kena balik lambat selalu tak".
Kau duduk rumah ambik upah lipat baju je lah dik. Senang.
Ni lah dia namanya, gaji nak besar, keje nak sikit.
Nak kaya, tapi taknak bersusah-payah.
Ingat semua yang kaya-raya tu celik mata je dah kaya ke.
Tips :
1. Kenalpasti dulu basic requirement. Kalau dah dibagitau kena ada background/kelulusan grafic, maka yang tak blaja grafic takyah la datang. Kat depan ni susah dapat parking, buat penat kau je cari parking nanti awal-awal aku dah rejek.
2. Sebaik-baiknya, buatlah homework sikit tentang tempat yang kau nak keje tu. Itu adalah bonus point untuk kau sekiranya ada candidate lain yang share the same background. Cubalah ada usaha sikit untuk memudahkan kejer pihak bakal majikan pilih bakal pekerja. Sekarang ni, yang sama-sama ada kelulusan macam kau mungkin ramai apply post yang sama. Kalau kau ada bonus point, tak mustahil kau yang akan dipilih. Kamon lah, nak keje kena usaha. Ni bukan masalah majikan kerek. Tapi itu semua inisiatif korang sendiri untuk pastikan korang diambil bekerja.
3. Kalau basic requirement lepas, pastikan jangan manjang je semua benda TAK TAU, TAK BOLEH. 2 minggu lepas habis blaja, grad pun belum lagi, aku dah kerja. Aku tak tau pun apa tugas seorang RA. Requirement dia very simple - mesti ada kelulusan sarjana muda. Disebabkan aku background Biotech, aku rasa mungkin aku boleh apply MOSTI. Ok dapat. So apa nak buat now? Tak tau. Tapi ada probation period. Dalam tempoh probation tu lah aku blaja. Disuruhnya draftkan surat ke Timbalan Menteri, disuruh arrange event untuk exhibition, dibaginya senarai nama delegasi yang bakal datang ke Malaysia untuk aku contact and confirmkan kedatangan (apa special requirement yang diperlukan, tak boleh makan daging, nak VIP room, etc), follow up proposal research grant - adakah semua tu aku blaja kat UNIMAS? Tak pun. Tapi aku tau aku perlukan kerja tu. Aku taknak menganggur. So aku blaja, tanya orang tu orang ni, usaha untuk buat task yang dibagi untuk pastikan aku terus kekal bekerja kat situ. Probation period bukan semata-mata tempoh untuk majikan kenalpasti kebolehan kau. Tapi juga adalah tempoh untuk kau tunjukkan kat majikan yang kau layak untuk kekal berada di situ.
4. Kalau requirement kau pun paras hidung, tolong lah jangan demanding sangat. Tak cemerlang takde hal. Result kau 2.01 pun takde hal. Sebab kat sini aku tak buat exam. Yang penting kau buat keje yang dibagi. Kalau aku cakap kau kena ikut aku gi studio, kau ikut. Kalau aku cakap kau kena outstation exhibition luar Selangor and KL, kau kena pegi. Aku bukan suruh kau bayar pun duit minyak duit hotel duit tol duit makan. Semua company tanggung. Kau bawak bontot kau je. Itu punnnnn demand. "Saya tak boleh outstation, ada anak kecik". Dik, akak pun ada anak dik. Anak akak keluar-keluar bukan terus 12 tahun. Sama je macam anak kau gak, keluar-keluar kecik dulu. Itu bukan masalah majikan. Itu kau sebagai pekerja kena manage mana nak letak anak kau waktu kau kena outstation. Outstation bukan forever, dik. Paling lama pun 3 hari. Takkan kerana outstation 3 hari tu kau willing untuk tak payah keje. Kau keje pun untuk anak kan?
5. "Suami tak bagi balik lambat". Baiklah. Kau duduk je rumah gentel laki kau siang malam.
Awal-awal lagi dah dibagitau, waktu kejer sampai 5.30pm. Kalau ada keperluan, you are required to stay back especially hujung bulan sebab kita ada monthy closing. Ataupun bila esoknya kita nak gerak ke mana-mana exhibition, kita perlukan staff untuk loading barang, pack goods dan segala tok nenek. Benda tu bukan berlaku hari-hari.
Bukan aku nak ajar korang menipu time interview benda yang tak boleh buat dikata boleh.
Kalau kau budak IT yang dah blaja segala tok nenek programming, bila ditanya "Boleh awak setup inventory sistem?". Of cos kau tak penah buat. Tapi basic requirement kau ada kan? Maknanya kau boleh blaja untuk buat, betul tak? OK jawab je BOLEH! Nanti tempoh 3 bulan probation tu kau blaja sungguh-sungguh and try to buat. Sometimes, majikan bukan nak tengok benda tu boleh siap dalam masa 3 bulan, tapi dia nak tengok kesungguhan kau untuk blaja dan bekerja.
Janganlah pulak kau dah tau kau bukan budak IT, nak setup printer kat komputer sendiri pun tak lepas, bila ditanya boleh setup sistem tak? Kau cakap boleh. Memang sengaja mintak kena rebus lah.
Sekali-sekala tu guna otak sikit, boleh? (kalau jarang pakai selalu).
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Officially dah released kat website GreenAard., hari ni, ambik berkat Jumaat.
2nd baby ♥
Harga pada kotak RM59/botol (semenanjung) & RM69 (sabah/sarawak)
Tapi introductory price RM50/botol (semenanjung) & RM60/botol (sabah/sarawak)
Kalau beli 2 botol, RM90 (semenanjung) & RM110 (sabah/sarawak).
Boleh Whatsapp "NUTRIJUICE" ke 012-7728976 atau KLIK SINI UNTUK BELI NUTRIJUICE.
Orang yang sedang mengandung, sebaik-baiknya kandungan 5 bulan ke atas baru ambil Nutrijuice.
Yang menyusu baby boleh ambil.