2016-06-29

Berniaga secara pre-order tak patuh syariah?


Gitu kau tajuk.
Merempan usahawan-usahawan baca tajuk.
Tapi kalau nak merempan pun biar baca isi sekali ya, jangan baca tajuk je.

Lately ni kecoh sana sini kes baju raya pre-order menjak 3-4 bulan lepas tak siap-siap.
Rupanya banyak kes.
Aku ingatkan 1-2 je.
Dan semuanya melibatkan brand-brand yang popular.
Yang tu memang tak disangkal lagi lah, dah kalau nama brand popular mestilah crowd pun ramai, kan?
Nak pulak kalau brand popular tu buat sale. Material kain cam harem pun tetap berjujuk orang beli.

Tadi aku nampak sorang follower FB naikkan status beli jubah kat salah sebuah jenama pakaian muslimah terkenal. Beli secara pre-order. Bila dapat, material kain tak seperti yang dibayangkan. Nak kecewa pun dah takde selera sebab minggu depan nak raya. Nak taknak pakai lah jugak jubah tu nanti, sebab beli pun dah nak cecah RM300.

Haihh, macam-macam hal dah nak raya.
Macam kes baju raya aku tahun lepas lah.
hantar kain dah 3 bulan, alih-alih lagi seminggu nak raya pi ambil pun still tak siap-siap lagi.
Boleh pulak dia tanya aku "Kenapa nak balik raya awal sangat?"
Eh, kau ni. Ingat kampung aku belakang rumah, lagi sejam nak raya baru nak balik? Chantekkk muka.

Cerita pasal pre-order ni, aku pun pernah alami.
Selalunya, yang buat pre-order ni adalah kerana taknak rugi terpaksa keluarkan modal banyak untuk buat stok. Takut nanti tak terjual, stok jadi aset. Disebabkan itu, ramai pengusaha pilih untuk buat pre-order.

Kes pertama aku berdepan dengan malapetaka pre-order ni adalah masa aku bawak masuk tudung silk dari China. Ini tahun-tahun awal aku mula bertudung. Memang cun tudung tu. Silk pulak tu. Banyak pulak warna-warna menarik. Silk kan, of cos la warna dia cantik-cantik. Bila aku berurusan dengan seller, dia bagitau harga dia sekian-sekian. Kalau beli lebih dari 200 helai, boleh dapat harga jauh lebih murah. Itu biasa lah. So aku pun mintak gambar-gambar shawl untuk aku up-kan kat blog. Tanya ada sape nak beli tak, supaya harganya jadi lebih murah. Sekali ramai gila, nak dekat 400 helai!

Dan reader-reader aku semua memang best-best. Jenis percaya kat aku.
Dorang pun bayar.
Ok dah settle kumpul payment, aku pun place order.
Tracking number dapat.
Tracking system pun memang tunjuk shipment bergerak dari satu port ke satu port.
Akhirnya sampai depan pintu rumah.
Besar gabak parcel yang sampai, berbalut dengan guni lagi.
Siap kena tax sampai RM600.

Excited gila aku nak pos semua kat customer.
Bila bukak je parcel, macam nak pitam aku tengok semua yang sampai bukan shawl yang aku order.
Material out.
Warna out.
Yang betul cuma design dia ombre. Tapi bukan warna-warna yang aku nak.

Aku call China, cakap dengan seller tu.
Dia kata dia orang perantara saja (dropshipper).
Yang pack semua order is factory.
Tak tau la dia kencing aku ke tak kan, tapi kisahnya memang aku takkan dapat balik la duit aku tu. Apetah lagi nak dapat shawl yang benar-benar aku order.

Apa yang aku buat?

Aku contact partner aku kat sana (partner Biotech), mintak dia outsource shawl yang aku nak tu. Tak kira lah berapa harganya, mintak dia carikkan dulu. Aku nak tau shawl tu sebenarnya wujud ke tak.
Partner aku dapat jumpa shawl silk tu. Dia kata memang wujud, pure silk. Tapi harga mahal gila. Walaupun aku beli sampai 500 helai sekalipun, harganya paling bangsat pun RM99 (kos). Sedangkan harga yang aku bagitau kat blog tak sampai RM50 pun sehelai (ni harga selling).

So, nak buat camana?

Aku email balik sorang-sorang, and bagi option samada nak shawl tu tapi kena tambah harga, ataupun refund. Aku tak ambik untung, aku jual harga kos saja. Kira macam aku tolong belikan.
Sebab aku tak sampai hati nak jual harga shawl beratus. Nasib aku baik sebab yang beli semua reader. Jadi, dorang pun respond baik-baik kat aku, ada yang mintak refund, ada yang nak proceed dengan tambah duit. Dalam 100 helai lebih jugak yang proceed. Masa ni kos tax semua aku absorb. Betul-betul tolong belikan je ni. Takpelah rugi sikit bayar tax and kena keluarkan duit sendiri untuk beli new shawl (sebab duit asal dah bayar shawl cilaka tu). Masa tu aku tak kisah rugi dah. Aku cuma taknak orang hilang kepercayaan kat aku satu, yang keduanya aku taknak la berhutang dengan orang tanpa aku sedar. Baik aku terlebih bayar dari aku terkurang bayar.

Masa dah settle semua delivery, shawl-shawl yang salah tu aku bagi orang.
Aku lupa sape ntah orangnya, dia nak pinjam duit aku kalau tak salah.
Aku bagi dia shawl tu, aku suruh dia jual. Takyah bayar kos kat aku. Ambiklah. Buat sakit mata aku je pandang shawl 400 helai dalam bilik. Kau pandai-pandailah jual, jangan meminjam.

Masa tu aku down jugak lah.
Aku bagitau kes ni kat Sang Nila Utama.
Dia kata sebenarnya perniagaan secara pre-order ni tak patuh konsep muamalat.
Sebab kita menjual sesuatu yang tak ada di tangan. Konsepnya berjual-beli tu KURANG tepat kerana lebih berisiko timbul masalah. Semua perniagaan berisiko, itu dah tentu tetapi kalau ada cara yang lebih baik dari pre-order, lebih bagus.

Tetapi, ada hadis yang mengatakan "Wahai Rasulullah, ada seseorang yang mendatangiku lalu ia meminta agar aku menjual kepadanya barang yang belum aku miliki, dengan terlebih dahulu aku membelinya untuk mereka dari pasar"

Rasulullah saw menjawab, "Janganlah engkau menjual sesuatu yang tidak ada padamu" (HR Abu Daud (3503), At-Tirmidzi (1232) dan Ibn Majah (2187).

Maknanya kalau barang yang nak dijual tak ada di tangan kita, antara kita dengan supplier pun tak bayar apa-apa lagi, janganlah jual.
Inilah yang terjadi kat aku dulu.
Aku tak bayar apa-apa pun lagi kat supplier, bermakna aku belum beli pun, aku tunggu duit orang masuk baru aku place order - so ini elakkan.
Melainkan kita memang dah ada transaksi dengan supplier cuma barang tu dalam proses, ini different story.

Sejak hari tu aku bawak masuk stok dulu.
Taknak terima dah pre-order.
Kalau stok habis, walaupun demand banyak, aku tak ambik order.
Nampak macam bodoh kat situ, dah tau demand tinggi kenapa kau tak ambik order kan.
Tapi biarlah macam tu. Kadang-kadang benda ni sebenarnya nak menguji kita.
Kita tamak dalam tak sedar. Kita rasa itu rezeki. Tapi mungkin juga itu adalah tanda-tanda tamak. Kumpul kumpul kumpul order, duit ambik, tapi barang takde kat tangan.

Kali kedua aku terkena dengan pre-order ni masa aku mula-mula launch GreenAard.
Dulu kan sebelum GreenAard, aku promote E-Burner.
Masa dulu projek E-Burner ni usahasama dengan seorang dokter kat UK.
Mula-mula takde masalah nak bawak masuk Malaysia.
Every week masuk 200 botol, 200 botol.
Memang sengaja aku pecahkan kepada volume kecik supaya kalau sangkut kat kastam takde lah sangkut sampai 5000 botol terus, Masak aku kalau sekaligus kena tahan.
Sampailah satu tahap, shipment sangkut kat kastam. 2 weeks and still no news. Cam haremmmm.
Masa tu order yang masuk dan dah berbayar 1000 botol lebih!

Silapnya satu je.
Aku tak reti nak tukar setting coding AVAILABLE kat website tu kepada OUT OF STOCK.
Jadi semua masuk website terus klik and bayar sebab semua ingat ada stok.
Dulu semua order pakai website Fleur by Mrs Him.

Masa tu aku cuak gila sebab ramai gila beli. Sampai aku pun pening mana datang dorang ni semua?
Harga sebotol RM90 okeh. Kalau dah sampai 1000 botol pending, berapa duit orang yang aku pegang? Again, aku rasa nak pitam.

Tapi, nasib baik jugaklah dalam masa aku carry E-Burner tu, aku dah outsource factory untuk produce the pills just in case perkara-perkara macam ni berlaku.
Cumanya, aku tak dibenarkan guna fomula yang sama.
Fine, aku pakai formula sendiri, hasil ubahsuaian dari E-Burner.
E-Burner ni produk omputih, jadi bahan-bahannya banyak chemical.
Aku tukarkan formula kepada raw herbs.

Alhamdulillah, settle masalah.
Menangis-nangis jugak lah aku stress nak handle order customer.
Dengan label yang tunggang terbalik bahasanya, kejap bahasa melayu, kejap bahasa omputih.
Masa tu aku cakap produk kena keluar dulu. Bahasa-bahasa tu semua kendian aku adjust.
Lepas tu aku terpikir, mungkin ini cara Tuhan tegur aku. Jangan buat pre-order.
At the same time mungkin juga ini jalan Dia tunjuk kat aku supaya aku produce sendiri saje lah, takyah partner-partner ngan orang.

Jangan salah faham entry aku ni.
Kang ada yang buat bisnes pre-order sentap lak.
Entry ni cuma sharing pengalaman aku berdepan dengan bisnes cara pre-order.
Ia memang menyesakkan. Tidur pun tak lena mengenangkan duit orang dah bayar tapi barang tak sampai kat tangan lagi.
Bila berdepan dengan masalah pre-order yang sangkut macam ni, sebagai pengusaha, kita kena muhasabah and banyak-banyak sabar.
Sometimes benda-benda pentunjuk Allah bahawa kita sebenarnya mampu buat lebih dari pre-order bisnes.
Dulu pun aku tak pernah sangka aku mampu buat stok baju yang banyak untuk dijual.
Aku takut-takut nak produce baju, takut tak laku.
Tapi sebenarnya bila stok ada kat tangan, itu yang akan membuatkan kita bergerak sehabis daya untuk pasarkan produk kita. Kalau tak, kita hanya tunggu orang request saja.
At the same time, mengajar kita supaya jangan tamak.
Apa yang ada jual dulu. Insyallah, ada masa buat re-stock. Kalau tak sempat re-stock, dah. Jangan nak kaut semua.

Ni aku nak share sikit lah, antara testimoni-testimoni GreenAard, buat cuci-cuci mata petang-petang Ramadhon ni.

Petang apa?

Petang Ramadhoooonnn.











Testimoni bertulis kendian-kendian aku share.