2016-05-13

Kenapa aku diuji sebegini??




Yang pertama, memang aku ada plan nak let go shawl-shawl aku especially Ariani.
Ada yang aku dah let go senyap-senyap.
Sebab bak kata budak ni, kalau aku announce aku nak let go, mesti nanti yang email 300 orang, padahal shawl nak let go 50 helai tak sampai.
Serba salah aku nak jual balik shawl Ariani.
Sebab Ariani ni shawl dia kebanyakkannya jarang.
Nanti ada yang tak biasa pakai Ariani, bila dapat je shawl kat tangan "Eh apesal jarang ni??"
Satu hal aku nak menjawab.

Dulu, aku pernah terima email macam ni jugak.
Kes yang sama, baru blaja-blaja nak pakai tudung.
4 tahun lepas kalau tak salah. Masa tu kebetulan shawl-shawl yang aku produce untuk raya dah tinggal belen-belen je. Ada yang selai-selai je. So budak tu dapat nak kat 14 helai. Rezeki ko lah agaknya.

Yang kedua tentang revamp closet bila dah berhijrah (dah pakai tudung).
Yang tu aku dah pernah cerita kat blog, so malas cerita lagi.

Kali ni aku nak cerita pasal persepsi orang bila kau berhijrah 'extreme'.
Contohnya, dulu kau free hair, pastu bila kau berhijrah kau pilih untuk terus pakai tudung labuh and jubah.
Baju kurung pun tak pakai.
Long skirt pun tak pakai.

One fine day, kau pakai baju kurung pi opis.
Dan member-member seopis mula sok sek sok sek "Eh, dah jumpa balik baju kurung? Terselit kat mana baju kurung ni dulu?"

Dialog atas ni kisah benar ya.
Ada reader email aku kisah ni. Kisah dia sendiri.
Lepas tu terus dia tak pakai-pakai dah baju kurung.
Sampaikan jadi umpatan ahli keluarga pulak bila wedding adik dia, dia datang dengan berjubah hitam.
Ahli keluarga tak boleh terima, bila dia hadir ke majlis macam pi majlis berkabung, something like that.
Budak tu tanya aku camana aku istiqomah pakai jubah hitam.

Wait!

Aku bukan istiqomah pakai jubah hitam ya.
Aku cuba beristiqomah tutup aurat dengan lebih sempurna.
Jangan salah faham.
Aku pilih pakai jubah hitam sebab mudah nak solat and mudah nak pakai.

Manusia suka nilaikan orang lain melalui material.
Yang berkereta mewah tu lebih kaya.
Yang berjubah berniqab tu lebih soleh.
Bla bla bla...
Yang berpurdah berniqab berjubah tu belum tentu lebih soleh. Tapi sedang menuju ke arah lebih soleh, itu pasti.

Situasi reader tu tadi adelah normal untuk orang yang baru berhijrah.
Kita mudah rasa apa yang kita pakai tu tak kena dengan imej penghijrahan tu.
Pakai tu tak kena, pakai ni tak kena.
Takut nanti orang kata apa pulak kalau pakai macam ni.
Takut nanti orang pandang semacam kalau pakai macam tu.

Masalah kita semua memang itu lah.
Suka sangat pikir apa orang kata.
Ujung-ujung stress sorang-sorang.

Dalam Islam, pakaian seorang wanita yang dituntut adalah pakaian yang boleh terus dibawa bersolat.
Kalau apa yang kau pakai tu boleh terus dibawa bersolat, maknanya kau pakai cara pemakaian yang tepat. Dia punya parameternya di situ.
Boleh terus dibawa bersolat ke tak.

Kalau baju kurung kau jenis baju kurung pesak, yang besar dan longgar, dan boleh dibawa bersolat, maka pakai ajelah baju kurung. Bukan maksudnya pakaian terbaik tu mesti jubah.

Kalau tudung kau tak transparent, dan boleh menutup bahagian dada, be it kaler rainbow sekalipun, boleh aje nak bawak bersolat, tak semestinya pakai telekung.

Those yang pilih untuk pakai tudung labuh dan jubah, bukan untuk kelihatan lebih soleh dari orang lain, tapi untuk memudahkan dia bersolat terus takyah pakai telekung segala. Itu saja.

Kalau ahli keluarga kita kata tema untuk majlis kawen adik adalah pink, apa salahnya kita pakai jubah pink atau kurung pink.
Kalau pakai all black boleh menyebabkan ahli keluarga tak suka, dan menimbulkan fitnah di majlis, kan ke lebih baik kita ikut je tema dorang?
Kerana menghormati majlis dan menjaga hati ahli keluarga juga adalah amal soleh.
Bila kita sendiri tak faham apa yang kita buat, sebab tu ujung-ujung kita stress.

Ada orang bila dia berhijrah, dia pilih untuk pakai tudung labuh terus.
Alhamdulillah, itulah sebaiknya.
Tapi, kalau dia memilih untuk terus pakai tudung singkat Fareeda, itu pun tak salah. Cuma kurang tepat, kerana ia singkat dah tak sesuai dibawa bersolat.

Sama macam pakaian.
Nak pakai pants with blouse and tudung, pakailah. Sape yang nak marah pun.
Tapi kalau kau sendiri rasa pakaian tu tak sesuai dibawa bersolat, keep on berdoa supaya diberikan kekuatan untuk istiqomah menutup aurat dengan lebih sempurna.
Tak semestinya kena pakai jubah hitam.

Jangan susahkan hidup.
Kita saja yang suka letakkan restriction pada benda-benda yang tak perlu.
Lepas tu mengadu stress.
Stress orang dok mengata.
Stress orang pulaukan kita.
Stress kawan-kawan menjauh bila kita berubah secara drastik.
Lalu kita kata "Kenapa aku diuji sebegini??"

Nanti akan ada orang kata "Bila kita nak mendekatkan diri dengan Allah, memang kita akan diuji dengan macam-macam. Tu tandanya Allah sayang".

Dan tak semena-mena rasa bangga muncul.
"Oh, aku insan terpilih rupanya".

Hahaha.
Ye...ye.
Allah kalau sayangkan hambaNYa memang Dia hantarkan ujian sehingga kita rasa lemah. Betul lah tu.

Tapi perlu ingat juga ya.
Bukan beratnya ujian yang membuatkan kita lemah.
Tapi ringannya hubungan kita dengan Allah yang membuatkan kita seakan-akan tak dapat menanggungnya.

Muhasabah.

Ingatan buat diri.