Alhamdulillah, kitorang selamat sampai KLIA semula pada 27 Disember, 830am.
Bergerak dari Madinah pukul 7.45 malam on 26th.
Umrah pertama untuk Redza.
Umrah kali kedua untuk aku and En Wan.
Umrah ketujuh untuk mak mertua.
Rayyan, buat syarat je...dan jugak buat kecoh.
Awal tahun ni memang aku plan nak ke umrah lagi.
Dah lama sangat dah tak ke sana sejak kali pertama tahun 2013.
Hujung bulan 10 baru betul-betul confirm and ditetapkan hati ke sana.
Alhamdulillah, semua proses nak ke sana went well.
Yang penting tercapai hasrat En Wan nak bawak mak dia pi sana lagi.
Dulu ambil pakej dengan UTAS Travel.
Kali ni dengan Maghfirah.
Pergi dengan Maghfirah lebih seronok sebab jemaah dia tak ramai.
Macam UTAS hari tu lebih dari 100 dalam 1 group jadi pengisian rohani sangat kurang, dan lawatan ziarah pun kejap-kejap je sebab agensi payah nak handle group yang besar.
Kitorang terus ke Mekah, direct flight.
Jadi semua kena berihram siap-siap supaya tak kalut kat atas nanti.
Punyalah kalut aku ngan ngan mak mertua nak siapkan kain ihram Rayyan, sekali dia taknak pakai lansung!
Memang aku buatkan kain ihram dia pun setakat buat syarat je. Buatkan yang berjahit sarung getah bagi tak terlondeh. Tapi dia taknak pakai. Dia kata malu nampak ketiak. Sukati kau lah.
Redza memang wajib pakai ihram betul, dia pun so excited nak buat umrah.
Ok, apa yang aku ceritakan di sini adalah pengalaman peribadi baik dari sudut rohani mahupun jasmani.
Aku mohon ampun kepada Allah dan aku harap dijauhkan dari perasaan riak semasa menceritakan pengalaman ni, kerana niat aku supaya penceritaan aku lebih sampai maksudnya.
Ampunkan aku, Ya Allah.
Dulu aku pernah tulis kat blog, ujian nikmat sebenarnya jauh lebih payah dihadapi berbanding ujian kesusahan.
Bulan 9 aku launch GreenAard and sambutannya sangat di luar jangkaan.
Aku jadi terlalu sibuk, everyday and night dengan kerja kerja kerja. Penat tapi seronok.
Sampaikan aku terpaksa tunda semua plan aku untuk outstation hanya kerana GreenAard ni.
Aku tak dapat nak lepaskan tanggungjawab ni lagi pada orang lain sebab produk ni masih baru.
GreenAard membuatkan aku terpaksa buat major renovation pada ofis, ditambah lagi dengan rezeki Fleur by Mrs Him pulak nak bukak show room.
Semua tu nikmat Allah yang tak dapat aku nak jelaskan dengan kata-kata.
Tapi nikmat ni kalau tak betul-betul difahami, akan buatkan manusia hanyut.
Baru 1 bulan handle GreenAard saja, kesibukkan dan nikmat tu dah mampu buatkan aku lupa dengan plan aku nak ke umrah tadi. Astagfirullahalazim. Betapa nikmat itu adalah satu ujian.
Setiap malam sebelum aku decide ke umrah, aku mintak dilapangkan jalan and ikhlaskan hati aku untuk ke sana. Kalau betul tahun ni aku layak dipanggil tetamu Allah, lepaskan hati and fikiran aku dari risau tentang kerja. Dan jika aku dipanggil menjadi tetamuNya, jadikan aku tetamu yang paling istimewa. Istimewa dari sudut dibukakan mata hati untuk nampak hikmah disetiap kejadian yang berlaku. Itulah harapan aku kali ni.
Satu pagi tu, En Wan tanya "Jadi tak nak pi umrah?"
Aku jawab "Jadi".
Terus keluar pi Maghfirah and book pakej untuk 5 orang.
Kitorang booked pakej Diamond Plus.
Maghfirah ada a few pakej : Pakej Executive, Pakej Diamond Plus, Pakej Diamon and Pakej Gold.
Pakej Exec ni RM9K/orang.
Pakej Diamond Plus 8K/orang.
Ambik yang 8K je lah.
Dua hari selepas tu sorang reader aku nama dia Lang tanya if aku nak join ke tak Bazaar Lepak kat Shah Alam by FaizDickie.
Terus meloncat aku. NAK!
Dan aku pun terus pilih booth.
Sekali tengok tarikh 20 Disember.
Tarikh aku berangkat 17 Disember. Memang tak dapat lah.
Aku bagitau En Wan, aku nak participate gak, biar budak-budak handle.
En Wan tak kasi. Sebab dia kata GreenAard is technical product, kena ada orang yang tau dari segi saintifik untuk explain pada pengguna.
Ok, kalau macam tu kita tukar tarikh pergi umrah!
Terus call Maghfirah nak mintak tukar ke tarikh lebih awal - 2 Dec.
Tinggal pakej Exec je available katanya.
Takpe. Esok pagi datang tukar ke pakej Exec.
Esoknya ke Maghfirah, nak tukar pakej.
Pakej Exec habis!
Pusing kot mana pun takde celah aku nak masuk supaya aku boleh join Bazaar Lepak.
Aku pujuk hati, takpelah.
Agaknya bukan rezeki aku di Bazaar Lepak.
Rezeki aku maybe di Mekah nanti.
Aku pujuk hati.
Nak tau apa jadi pastu?
Tarikh 2 Dec tu rupanya aku datang period.
Ya Allah, terdiam sekejap aku.
Bayangkan masa aku nak tukar ke pakej Exec tu, aku call malam sebelumnya dia kata pakej tu available.
Tapi the next morning aku pergi awal pagi around 10am pakej tu boleh habis.
Tak ke pelik sangat tu?
Rupanya Tuhan nak elakkan aku dari pergi 2 Dec.
Kalaulah 2 Dec tu aku dapat ke Mekah, maknanya aku akan pi sesaje je sebab period aku selalunya 10 hari.
Dengan kata lain, sepanjang 10 hari di sana nanti aku tak dapat solat di mana-mana masjid, be it AlHaram atau Nabawi.
Allahuakbar.
Belum pergi lagi Allah dah tunjuk sesuatu betapa kita ni manusia lemah yang suka je nak merancang macam-macam ikut sedap hati padahal bodoh tak tau apa-apa.
Cucu nenek Bangi.
Kalau Rayyan tu cucu nenek Tganu.
Tak sangka seminggu sebelum aku berangkat Lang whatsapp aku tanya aku taknak bagi sponsor apa-apa ke untuk Bazaar Lepak? Of cos lah nak!
Tuhan tak bagi kita rezeki berniaga di event tu tapi bagi kita rezeki bersedekah.
Ini nikmat namanya.
Budak ni excited nak pegi Mekah.
Tiap-tiap malam dok tanya pukul berapa nak pegi Mekah.
Kau ingat Mekah tu tempat apa, dik?
Pagi nak ke airport tu dia bangun awal.
Bila dah siap-siap, dia tunjuk kat aku goggle dia "Ma, camana nak bawak ni, dah rosak"
Hoihh! Kau ingat Mekah tu ada swimming pool nak bergoggle bagai?
Aku berdoa Le Meridien ada bath tub. Jadiklah ada bath tub.
Persiapan ke umrah kali ni untuk aku - takde apa.
Bawak jubah 3 helai, jubah yang aku dah beli masa aku ke umrah 3 tahun lepas. Boleh pakai lagi.
Kasut, pakai kasut pengawas je.
Selipar angkut yang ada kat rumah je.
Telekung bawak 3 helai je.
Baju kaftan 3 helai.
Stokin and sarung tangan semua pakai yang dah sedia ada.
Kali ni persiapan ke Mekah memang untuk Rayyan Redza and En Wan je.
Ke sana this time aku cuma excited nak cuba khatamkan Quran sepanjang 10 hari di sana. Itu antara aim aku. And aku nak beriktikaf lama kat dalam masjid.
Tapi melihatkan kali ni aku mengiringi panglima, aku tak sure pengujungnya aku iktikaf kat masjid ke, kat hotel.
Dah macam Padaiyappa anak aku ni.
Kali ni ke umrah ramai orang Terengganu turun untuk hantar sebab mak pergi sekali.
Last mak ke Mekah 25 tahun dulu.
Jadi bila kali ni mak ke sana, ramailah yang turun airport menghantar.
Nasib baik la kat dalam ada bendalah ni tau.
Kalau tak satu hal aku nak melayan perangai dia.
Memandangkan tak ramai budak kecik pi Mekah, jadi dia je la yang meng-abangkawasan-kan bendalah ni.
En Wan satu tempat duduk dengan anak-anak dia.
Aku ngan mak kat depan dorang.
Redza alhamdulillah masuk-masuk je kapal membuta.
Yang si Rayyan ya ampunnnnn sangatlah bubbly kat atas tu.
Semua orang dia tegur, semua benda dia nak tanya. Tapi nasib baik dia tak merengek kebosanan kat atas tu sebab flight 9 jam 15 minit.
Flight ke Mekah ni considered commercial flight sebab dia landing kat Jeddah, jadi makanan semua sedap-sedap and stewardess masih pakai kebaya macam biasa.
Kalau chartered flight (masuk Madinah) baru stewardess bertudung dan selalunya makanan tak sedap. *makan je kejenya*
Flight 9 jam 15 minit yang smooth.
Ada la jugak gegar sikit-sikit.
Tapi surprisingly aku tak menyawan kat atas.
Maybe sepanjang 9 jam tu baca Quran sangat membantu. Kurang sikit datang rasa takut. Hati pun tenang je. Perasaan aku tu kalau mati pun dalam iman lah agaknya.
Airport Jeddah.
Kitorang sampai pukul 1 tengahari waktu sana (same day).
Keadaan airport seperti yang dijangka memang sesak.
Muka aku pun dah bersememeh 9 jam melepak kat atas tu sampai lenguh bontot aku semua.
Ini suasana sehari sebelum kitorang sampai (bukan suara laki aku, tapi whatsapp dari jemaah yang sampai sehari sebelumnya).
Kat KLIA lagi mutawif dah mintak semua jemaah bersedia dengan ujian pertama yang bakal dihadapi iaitu kesesakan di airport Jeddah.
Ada yang stuck 5 jam. Ada yang stuck 12 jam.
Baiklah, bersedia. Istighfar banyak-banyak.
Kadang-kadang Tuhan tak hantar dugaan selepuk atas kepala tapi melalui manusia lain.
Macam kat airport Jeddah ni, selalunya di sinilah dugaan tetamu Allah bermula dengan kaunter imigresen.
Orang Arab ni bak kata mutawwif, hatinya keras sikit.
Sebab tu Islam turunnya di sana.
Kalau Islam tu turun kat Malaysia, konfem takkan tersebar punya. Sebab orang Malaysia ni hatinya mudah sentap. Kang kena sergah sikit, terus merajuk taknak sebar dah.
Pegawai imigresen dorang tak pilih kasih.
Kau Arab ke, kau Cina ke, kau India ke, kau kena beratur.
Dan kau kena tunggu and ikut cara dia. Dia tak makan komplen punya.
Sebab tu ramai jemaah yang stuck.
Bila dipikir-pikirkan balik, yang dok mengata macam-macam kat negara sendiri tu, eloklah sesekali pegi tengok negara orang, perhatikan dengan mata hati. Sistem negara kita tak seteruk mana sebenarnya. Janganlah over sangat kalau nak mengutuk.
Sejam setengah beratur, aku bagitau En Wan aku nak asar dulu.
Rasa macam lama lagi ni.
Maunya tak, kalau sorang sampai 20 minit. Padahal bukan check apa pun, passport je kot.
Tapi biasalah bila dia sama dia bersembang macamkan airport ni takde orang.
Rilek je dia tinggalkan cubicle pi bersembang ngan orang sebelah padahal kat depan dia dah tertonggok orang berdiri tunggu turn.
Time Asar memang aku berdoa biar mudah sikit laluan kitorang anak-beranak melepasi imigresen. Kesian mak mertua aku berdiri lama. And aku takut Rayyan meragam pulak nanti.
Alhamdulillah, kuasa Tuhan, bila masuk time En Wan je, member cubicle sebelah keluar kejap.
Jadi pegawai yang uruskan passport En Wan tu takde geng nak bersembang, kemain elok laju je dia check. Aku lepaskan anak-anak and mak dulu, kendian baru aku. Alhamdulillah, kitorang anak beranak ambik masa 30 minit je.
Terasa istimewa dilayan macam tu.
Benda simple macam tu je dah buat airmata aku bergenang.
Pertama, betapa doa itu kalau dibuat dengan bersungguh-sungguh dan yakin, Allah makbulkan.
Kedua, terbayang di mata aku secara tiba-tiba macam ni lah agaknya esok suasana di akhirat kelak bilamana ramai menunggu berjam-jam, tunggu turn untuk dihisab!
Sampai dah penat menunggu, sampai give up.
Ada yang tak sedar mulut mengutuk apesal lambat sangat.
Di airport tu dah nampak 'bunga-bunga' suasana bagaimana di akhirat nanti ada orang yang hisabnya berat (lambat), hisabnya ringan (cepat) dan ada juga berlalu tanpa dihisab.
Ketiga, punyalah ramai manusia kat airport tu, kalau kau terpisah dengan klorga kau 20 saat, konfem payah nak jumpa balik.
Macamana la agaknya di Mahsyar nanti nak mencari balik orang yang kita aniaya, yang kita kutuk, yang kita seronok gossipkan dulu.
Team Maghfirah sambut kitorang dengan nasik ayam penyek.
Dia takut kitorang lapar, padahal kat hotel dah sedia makanan jugak.
Kitorang tinggal kat Le Meridien Makkah.
Masa ni semua dah kelemauan tapi sabar tunggu masa nak umrah.
Nasib baik si panglima tu masih segar bugar.
3 tahun tak jejak Al-Haram, memang sentimental bila dijemput kembali ke sana.
Kali ni dapat pulak pergi sekeluarga, mungkin aku ni tumpang rezeki anak, alhamdulillah.
Redza terpegun tengok Kaabah depan mata.
Sambil tawaf sambil terdongak-dongak kepala dia pandang Kaabah.
Walaupun kedaan dari luar nampak sesak, tapi sebenarnya kat kawasan mataf tu masih ada ruang nak bertawaf.
Saie lebih relax sebab selalunya kawasan saie ni tak ramai orang, hanya yang buat umrah je.
Lebih ramai lagi orang di kawasan tawaf sebab campur dengan orang yang buat umrah dan tawaf sunat.
Rayyan paling enjoy kat saie sebab dia dok aim lampu hijau kat atas tu.
Everytime sampai kat lampu hijau tu, orang lain semua berlari-lari anak, dia sorang je lari pecut macam Watson Nyambek. Jenuh bapaknya nak mengejar. Bila bapak dia kejar dia makin laju lari. Dia ingat bapak dia ajak main kejar-kejar tengah-tengah malam.
Kemain suka dia "Papa kalah! Papa kalah!"
Aku habis saie lambat sebab aku berjalan dengan mak.
Aku biorkan En Wan dengan anak-anak dia je.
Sampai Bukit Marwah (last), En Wan ngan anak-anak dia dah rilek je bertenggek tepi batu tunggu kitorang.
Disebabkan kitorang sampai hotel tadi tak sempat nak bukak beg baju, jadi pi buat umrah tak bawak gunting. Gunting mana boleh bawak naik hand luggage kan.
So pi la tadah kepala kat mana-mana Mak Arab mintak tahalul-kan kepala aku ni.
Elok je selesai, aku ternampak Aagym (Abdullah Gymnastiar)!
Ya Allah!!!
Pakkal aku kat Mekah. Kalau kat Malaysia mau dah menjerit dah.
Ni antara koleksi ceramah A'aa yang aku simpan kat opis.
Kat kereta ada sikit.
Kat rumah ada sikit.
Everytime aku ke Bandung memang berharap sangat nak tgerserempak dengan A'aa.
Tapi kau pi Bandung pun balik-balik ke Pasar Baru kan, camana lah nak terserempak ngan A'aa kat situ. Lain lah kau pi masjid.
Aku pernah simpan hasrat kalau payah sangat nak jumpa A'aa ni aku pegi je la nanti ke Darul Tauhid (pesantren dia) di Bandung. Nak bersembang susah kot, dapat dengar ceramah live jadiklah.
Memang ini antara ulamak yang aku kagum.
Everyday memang aku ulang-ulang MP3 dia.
Nah!
Di Bukit Marwah, aku ditakdirkan dapat berjumpa dengan A'aa.
Bukan hanya dapat jumpa, tapi dapat berbual secara berdepan.
Dah la takde orang lain kacau.
Tak perlu bersesak dengan orang lain nak berbual dengan A'aa.
Yang paling penting, tak perlu lalui sebarang protokol untuk bersembang.
Ya Allah, sungguh aku rasa sangat istimewa.
Dalam salah satu ceramah A'aa, dia kata Rasulullah itu keperibadiannya kalau berjumpa dengan orang, dia dulu yang akan bagi salam dan hulur tangan.
Masa A'aa terperasankan aku dengan muka excited memandang dia, dia terus hulurkan tangan kat En Wan. Dia tau kita kenal dia, dia tak tunggu-tunggu kita datang jumpa dia tapi dia yang hulur tangan pada kita. Memang A'aa sangat mencontohi keperibadian Rasulullah. Maknanya dia buat apa yang dia sampaikan.
Sampai sekarang lagi aku dok teringat-ingat pasal ni.
Betapa ajaibnya kuasa Allah.
Punyalah aku berharap boleh jumpa A'aa kat Bandung everytime pi sana, tak siapa sangka kat bumi Mekah aku jumpa dengan cara yang sangat istimewa.
Sungguh, Allah memberikan segala sesuatu secara tepat kepada kita.
Dia lebih tau bila waktunya yang sesuai untuk kita.