2015-12-17

Away


Ya Allah,

Aku datang ke dua rumah yang mulia itu.
Aku datang lagi dengan izinMu.

Kau jemputku ke sana bukan kerana amalanku.
Kerana amalanku terlalu sedikit.
Kau jemputku ke sana bukan kerana akhlakku.
Kerana akhlakku sangat buruk.
Kau jemputku ke sana bukan kerana ikhlasku.
Kerana hatiku penuh dengan rasa riya'.

Aku tak ada apa-apa, Ya Allah.
Aku datang kerana belas ihsanMu, kerana rahmatMu, kerana Kau Maha Mengasihani.

Maafkan aku.
Kerana bertangguh menziarahi lagi ke dua rumah itu.

Maafkan aku.
Selalu lengah lalaikan solat.
Dalam solat pula teringat pelbagai tempat.
Nampak ada sujud dan ada rukuk.
Tapi dalam hati banyak tak khusyuk.

Puasaku sama seperti yang lain berpuasa.
Bukan kerana takwa tapi kerana budaya.
Sungguh, aku hanya dapat lapar dan dahaga.

Aku kedekut wakaf dan derma.
Leka dengan akhirat asyik tumpu hal dunia.

Aku beli handphone ribu-ribu.
Aku beli handbag beribu-ribu.
Aku renovate rumah dan ofis beribu-ribu.
Aku beli aircond beribu-ribu.
Aku beli TV LCD beribu-ribu.
Aku beli LCD kereta beribu-ribu.
Aku beli barang sendiri beribu-ribu.
Aku melancong beribu-ribu.

Maafkan aku.

Tolong terima aku di sana.
Di sana aku tak ada sesiapa.
Tolong terima aku yang banyak dosa ini.
Yang jahil ini.
Yang lemah ini.
Pelihara aku.
Lindungi aku.
Cukupkan aku.
Mudahkan semua urusanku.

Sembunyikan aib.
Ampunkanlah dosa.
Tutupkan lemahku.
Redhokan syurga buatku.
Terimalah amalanku.
Hapuskan kejahatanku.
Ikhlaskanku dalam hidupku.

Sudikanlah kiranya dianggap hamba.
Kalau bukan hamba, aku tak ada apa-apa.

Allahuakbar.

Labbaika, labbaika.


-Umrah 17-27 Dec 2015-


i. segala urusan jualbeli berjalan seperti biasa.
ii. delivery juga macam biasa.