2015-11-06

Bertanding la korang sampai ke tua...



Post aku pagi ni.
Ni semua sebab aku baru tau ada isu baru tengah hangat kat internet rupanya.
Tu pun sebab aku dapat whatsapp ni :


Rupanya semua tengah bertekak pasal isu dokter hensem.


Sebenarnya isu utama punca bertekak tu cuma mem-bash pompuan-pompuan yang gedik nak dokter tu sambut baby dorang time bersalin. Tu je.
Tapi biasa la, manusia ni kan penuh dengan emosi.
Bila isu-isu macam ni timbul, maka teruslah melarat ke isu-isu ranting yang lain.
Tetiba mintak haramkan pelajar lelaki ambik jurusan sakit puan....like amende kau ni??? Dah sampai nak haramkan orang blaja segala.
Cubalah bincang isu pokok saja. Yang nak pergi bincang isu ranting nak buat apa, isu pokok tak selesai-selesai.

Mula-mula gaduh pasal dokter lelaki ke, dokter perempuan.
Pastu bergaduh pasal bersalin normal ke bersalin bedah.
Kalau bersalin normal ambik epidural ke tak.
Tahan sakit lama mana?
Aku 18 jam.

Kau dah takde keje ke sampai menanggung sakit bersalin pun nak bertanding?

Memang takat tu je ke perjuangan hidup atas dunia ni?
Setakat berjuang tahan sakit bersalin?
Setakat berjuang lama mana menyusu badan anak?
Setakat berjuang saper bangun lebih awal nak siapkan bekal suami and anak-anak?
Tu je?

Silakan berjuang.
Semoga success.

Tapi kalau sampai membanding-bandingkan kehebatan as if kau yakin apa yang kau lalui adalah hebat, ntah lah. Itu yang aku tak paham.

Ada yang diberikan rezeki bersalin normal, dapat rasa apa itu sakit bersalin.
What makes you think yang tak bersalin secara normal tu bukan wanita sebenar?
Sejak bila pulak kewanitaan seseorang perempuan tu diukur dari kemampuan dia bersalin secara normal atau tak?
It's very funny bila ada yang kata wanita yang susah nak bersalin normal ni sebenarnya banyak dosa. Sebab tu jalan tak bukak-bukak.

Itu kata kau.

Kalau aku nak cakap kau sebenarnya yang banyak dosa sebab tu kau terpaksa tanggung sakit berjam-jam, kau nak kata apa?

Yang bersalin normal rabak celah kangkang.
Yang bersalin c-zer rabak kat perut.
Sama-sama rabak.
Apa bezanya?

Apa yang nak dicomplicated-kan isu ni?
Sakit bukan satu benda yang seronok untuk ditanggung ya.
Jadi those yang bersalin bedah, tak payah rasa sakit, itu juga namanya rezeki.

Kena bangun awal siapkan sarapan dan bekal anak, bekal suami.
Pengorbanan bangun awal, pahala besar.

Betul.
Tapi ia takkan jadi pahala dah kalau kita start banding-membandingkan.

Manusia yang ilmunya terhad, atau dalam bahasa kasarnya, bodoh.
Sedangkan Tuhan lebih tau apa yang terbaik untuk hambaNya.
Kalau semua orang diberikan kelapangan untuk siapkan bekal suami and anak-anak, maknanya tak wujudlah peniaga kat kantin skolah, kantin ofis tu.
Sedangkan peniaga itu juga mencari rezeki untuk bagi anak bini makan.
Jadi, sebab itulah Tuhan wujudkan orang macam laki aku, macam anak aku, yang tak boleh sumbat makanan dalam perut pagi-pagi, dan tak kisah tak makan masakan dari rumah.
Supaya orang-orang macam ni boleh beli kat kantin.

Macam tu lah jugak dengan pengurusan keluarga.
Ada orang dapat masak sendiri untuk anak-anak, dapat siapkan pakaian suami, dapat mengemas rumah sendiri. Itu rezeki dia diberikan kelapangan untuk uruskan keluarga.

Ada jugak orang yang diberikan rezeki untuk ada maid yang boleh bantu kemaskan rumah, masak, tengokkan anak kat rumah. Itu rezeki dia pulak, dapat berehat selepas balik dari kerja.

Kan sama je tu.

Jangan pulak dah bangga boleh bagi anak suami makan air tangan, dapat uruskan anak, dapat buat itu buat ini untuk keluarga, pastu sentap bila couple lain dapat candle lite and tengok wayang midnite sama-sama.

Sentap bila Hamba Allah tu rumahnya dapat masuk majalah sebab cantik, kau kata "ada maid bolehlah berkemas...."

Eh, bukan tadi bangga dah ke bila semuanya dapat buat sendiri?

Sebenarnya semua pun bagus.
Tapi semua akhirnya jadi isu sebab masing-masing buat kerana nak bertanding siapa lebih hebat, bukan buat sebab ikhlas.

Itu puncanya.

Isu-isu ni memang takkan berakhir.
Jadi, silakan lah bertanding.

Aku rasa tak berbaloi nak bertanding isu-isu ni.
Ni semua pertandingan untuk orang yang takde keje.

Patut la bangsa lain maju.
Sebab dorang takde saingan.
Bangsa kita suka sangat bersaing kat benda-benda yang remeh.

See if umur dah 65 tahun sok masih ada lagi nak bertanding isu menetek anak 34 tahun lepas.



Aku ada di booth GreenAard pukul 12.30pm today.