Dalam hidup kita, ada banyak benda yang kita susah nak faham.
Lebih-lebih lagi bila semakin ramai yang mengenali, semakin banyak perkara yang kau payah nak faham tentang manusia.
Contohnya macam apa yang blogger ni tanyakan kat aku.
Actually conversation ni panjang lagi, tapi aku tepek sikit sebagai mukadimah.
Isu berpuak-puak ni sebenarnya berlaku banyak dalam masyarakat, bukan hanya pada blogger.
Kita hanya nampak ia berlaku dalam komuniti blogger sebab kita pun salah sorang dari komuniti tu.
Kalau kita duduk dalam komuniti makcik-makcik mesyuarat tingkap kat kampung, pun kita akan nampak ada 2-3 puak makcik mesyuarat tingkap - yang pastinya tak sebulu dengan puak-puak yang lain.
Kat skolah, kolej, ofis, pentadbiran negara, even dalam kawasan Putra Avenue tempat aku tinggal ni pun ada - satu puak yang sutuju letak guard, satu lagi puak yang setuju letak guard.
Benda ni benda common.
Yang tak betulnya bila berpuak-puak ni, adalah sikap 'setiakawan' yang tak tentu arah.
Contoh paling senang, zaman blaja.
Kalau kawan sepuak dengan kita minat dengan sorang lelaki ni, kita semua pakat sokong.
Sanggup jadi posmen.
Padahal kalau dorang bercouple pun takde benefit dapat kat kita.
Dorang merendek berdua, kau yang posmen tadi ni dapat merendek sekali ke?
Tak kan? Kena tinggal lagi ada.
Tapi sebab sepuak punya pasal, sanggup susah payah tolong. Ni namanya setiakawan. Bagus.
Tup tup ada budak pompuan baru masuk skolah.
Dan-dan balak tu minat pulak dengan budak pompuan baru ni tadi.
Maka semua yang ada dalam puak exgf secara otomatik anti budak pompuan baru tu.
Padahal budak pompuan baru tu tak tau hujung pangkal kisah pun.
Dia pun tak kata dia nak kat balak kau.
Kesian, dah la baru masuk skolah, belum apa-apa dah kena pulau.
Ni pun namanya setiakawan.
Tapi bangang.
Mungkin itulah maksud pertanyaan blogger tu pada aku.
Dalam conversation yang lebih panjang, dia tanya kenapa tak semena-mena yang tak kenal dia pun tetiba boleh benci dia. Padahal tak kenal each other pun. Hanya kerana sorang dalam puak tu tak suka dia, maka keseluruhan manusia dalam puak tu sepakat benci dia.
Pelik kan?
Memang pelik sebenarnya bagi yang kurang faham.
Bagi yang faham kenapa perkara tak masuk akal macam ni boleh berlaku, tak ada yang peliknya.
Ni la yang P Ramlee cakap "Family Planning".
Yang tak suka tu cuma sorang je.
Tapi yang macam lembu kena cucuk hidung, ramai.
Kadang-kadang dorang pun tak faham apesal dorang ikut je cakap-cakap/hasutan si sorang tu tadi.
Nanti ujung-ujung bila dah tau cerita sebenar barulah masing-masing "Aku pun tak tau kenapa aku boleh termakan cakap dia".
Tapi kalau orang gelarkan dia lembu, dia marah.
Tapi sebenarnya memang gitu lah.
Boleh dikatakan, manusia dalam kelompok macam ni sebenarnya life dunia realiti dia tak sehebat dunia alam maya.
Dalam alam cyber, dia dikenali, dia dikagumi, dihormati, berdasarkan apa yang dia perlihatkan.
Jadi bila ada tekanan datang dari dunia realiti, dia tak ada pilihan lain selain dari kondem hamba Allah tu, supaya dia kekal berada dalam carta manusia terhebat dalam alam maya.
Contohnya, ada sorang blogger yang kaya raya ni.
Taknak sebut nama lah, tapi orang tau kot dia memang kaya dengan direct selling business dia.
Aku tak follow her blog, tapi aku follow IG dia sebab aku memang suka tengok benda yang cantik-cantik. Dulu dia ada dalam frenlist aku. Tapi pastu aku buang sebab masa tu aku tak kenal pun dia. NIat aku cuma nak banyakkan space dalam FB, jadi aku pun buat aktiviti tebas-menebas. Lama lepas tu baru aku kenal, oooohhhhh budak ni penah ada dalam list aku rupanya.
Mula-mula aku tak faham apesal budak ni selalu kena bash?
Lama-lama baru aku realized yang dia kena kutuk sebab dunia realitinya hebat.
Sebab dia kaya.
Tu je 'salah' dia.
Sebab dia kaya.
Sama la macam kes budak pandai Amalina tu dulu.
Orang bash dia teruk sebab dia pakai seluar ketat, bukak tudung.
"Buat apa bijak ilmu dunia tapi jahil ilmu akhirat"
Sebenarnya itu hanya reason untuk kita 'menghalalkan' kutukan-kutukan kita terhadap dia.
Yang betulnya, kerana dunia realiti dia hebat. Sebab dia sangat bijak.
Kalau tak caya cuba tengok kebanyakkan yang kena kutuk ni semua terdiri dari orang yang successful.
Ada yang berjaya dalam kerjaya.
Ada yang berjaya dalam business.
Yang disenangi ramai orang.
Mungkin juga kerana dia ada kecantikkan luar biasa.
Kerana dia ada suami perfect 10.
........
Jangan sesekali pandang buruk pada sesuatu keadaan, apetah lagi bila kita hanya dengar-dengar saja.
Yang kita suka hari ni, ntah esok lusa menjadi sesuatu yang kita paling benci.
Yang kita benci dan maki hari ni, ntah esok lusa jadi sesuatu yang kita syukuri.
Orang yang kita cilakakan, mana tau namanya sudah tertulis di syurga.
Orang alim yang kita sanjungkan, boleh saje namanya tergelincir ke neraka.
Kalau hati kita terasa sakit, cubalah cari puncanya.
Adakah kita yang cari penyakit?
Aku dah melalui macam-macam perkara sejak masuk dalam dunia cyber ni.
Takde la banyak pengalaman, tapi boleh la kalau nak berkongsi.
Hakikatnya, manusia memang susah nak difahami.
Ada yang ambil kesempatan.
Ada yang berpura-pura baik dengan kita.
Ada yang dengki dan sakit hati.
Ada yang tiba-tiba memusuhi tanpa kita tau puncanya.
Biarlah.
Kerana di akhirnya nanti, kita akan melihat.
Ia bukan lagi cerita antara kita dan mereka.
Tapi perhitungan antara kita dan Tuhan.
Oleh sebab tu, sebelum kita membenci sesiapa, tanyakan dulu pada diri kita dimana kesudahan kita nanti.
Antara kita dan dia, siapa yang lebih mulia.
Kalau kita tak dapat jawapannya, lebih baik diam.
Kerana diam adalah sebaik-baik bicara.