2014-10-30
Kerana apa?
Jika kita solat kerana mak bapak kita suruh solat, maka kita solat kerana mak bapak suruh kita solat.
Jika kita solat kerana kawan-kawan kita pun solat, maka kita solat kerana kawan-kawan kita pun solat.
Jika kita solat kerana memang kita hari-hari solat, maka kita solat kerana kita memang hari-hari solat.
Jika kita solat kerana memang sudah masuk waktu solat, maka kita solat kerana memang sudah masuk waktu solat.
Jika kita solat kerana pak mentua ajak kita solat, maka kita solat kerana pak mentua ajak kita solat.
Jika kita solat kerana dalam jadual kursus kita ada waktu solat, maka kita solat kerana dalam jadual kursus kita ada waktu solat.
Jika kita solat kerana ada surau atau masjid berhampiran, maka kita solat kerana ada surau atau masjid berhampiran.
Soalan untuk kita, kita solat kerana apa?
Pandai syaitan menipu kita.
Berhati-hatilah.
Wallahu'alam, wassalam.
Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana