Cerita last week baru nak update hari ni.
Agak huru-hara sikit 2-3 hari ni at work jadi blogging kena stop jap.
Apa-apa pun aku sangat enjoy the buzy-ness. At least takde la sangap kan.
Last weekend patut gi 4 invitation - 2 wedding and 2 open house. Tapi, jem punya la terukkkkkkkk.
Semua pakat pi beraya gamaknya. Naik stress aku dalam kereta. Dek kerana nak kejar ke tempat lain, terpaksa makan cepat-cepat. Penyudahnya tetap tak sempat pegi. Seblom En Wan tension dalam jem, baik kitorang balik je. Hanya sempat attend 1 tempat je - wedding reader kat Ampang. Sampai pun dah 3.30pm. Bayangkan aku keluar immediately lepas Zohor, tapi sampai Ampang 3.30pm.
Aku sampai pun pengantin tengah bersantai-santai bersembang ngan family. Punyalah lambatnya aku sampai kan. Tapi dapat gak bergamba ngan pengantin atas pelamin. Rayyan kekejungan duduk atas pengantin.
Walaupun dah nak kul 4pm, tapi tetamu masih ramai, takde la segan sangat aku kan.
Sebab tension, aku ajak En Wan gi pekena sushi. Kebetulan kitorang nak cari pinggan mangkuk plastik untuk majlis Sabtu ni, jadi kitorang ke AEON Bukit apa ntah, yang kat Klang tu.
En Wan ada obsession terhadap whatsapp sekarang ni.
Menjak dia dapat jumpa balik geng-geng sekolah menengah dia dulu, and dia jadi admin group, sungguh berdedikasi sekali terhadap group whatsapp-nya. Tak benti-benti ngan hadap henfon. Sampai jem roller Blekberi dia. Padan muka. Aku suruh stop whatsapp taknak, kan dah jem.
Feveret yang tersangat feveret-nya. Sekali hadap 3 piring.
Tapi tak penah ambik tau pun apa nama sayur ni. Mak aku kata kacang soya..??
Sebenarnya rugi beli tempura ni sebab udangnya cuma 3 je, yang banyaknya sayur. Dah la sayur tak makan kan. Jadi, sayur bagi Rayyan biar dia cucuk-cucuk. Senyap sikit kalau dia dapat benda yang nak dicucukkan. Baru la kitorang leh makan ngan aman.
Ayam apa ntah. Kurang sedap. Lagi sedap kat Sushi King.
Sejenis mee yang tak penah aku rasa sedap pun. Jadi En Wan bahagia makan sorang-sorang takde orang mintak.
Beef Teriyaki yang super duper sedap.
Sangat-sangat sedap!
Belum penah aku try mana-mana beef teriyaki yang tak sedap.
Tapi lagi sedap kalau pakai wagyu beef.
Malamnya, boring tak tau nak buat apa. Nak tengok TV pun takde cerita yang best.
Check sikit kat lemari apa ada untung dikerjakan.
Oh, rupanya banyak lagi belen barang-barang yang aku beli time puasa tu hari. Time puasa tu ari kan aku kemain semangat nau nak buat kuih last-last sejenis je pun. Jadi, ni lah masanya aku clearkan apa-apa yang patut dalam lemari tu. Sementara semangat masih ada, kita laksanakanlah apa-apa yang patut.
Ni namanya bahan-bahan nak buat moist choc kek kekdah mengukus.
Ni adelah resepi dalam buku resepi Tingkatan 3 yang dah separa lunyai.
Simple gila resepi ni. Resepi Form 3 la katakan, mana ada yang susah. Dulu aku hampir-hampir nak guna resepi ni untuk exam KH, tapi tak berapa yakin, jadi aku opted for kek paun je. Lagipun time tu aku nampak macam pengukus tu lagi besar dari aku. Tak tau sape kukus sape nanti.
Dalam resepi tu suruh guna tepung gandum.
Biasa la kan, resepi budak sekolah, mana ada nak bagi kita pakai tepung superfine ke apa ke. Dia nak train kita tau guna benda-benda basic. Tapi yang aku buat kelmarin pakai tepung Blue Key terus. Tak kuasa aku nak cari soda bikarbonat segala. Lagi satu yang bestnya pakai resepi budak sekolah ni, dia tak bebankan kau dengan sukatan yang pelik-pelik. Kali ni lansung tak pakai timbang. Main cawan-cawan je. Selalu aku tengok kalau ada resepi yang guna cawan-cawan ni, mesti ada tanya "Cawan tu kena besar mana?"
Jangan kisah cawan tu besar mana, yang penting nisbah tu kena sama.
Kalau pakai mug, maknanya semua bahan disukat guna mug yang sama.
Kalau pakai cawan minum teh, semua bahan disukat guna cawan yang sama.
Maka hasilnya akan sama.
Jangan risau pasal telur. Ada orang concern kalau pakai mug, nanti telur kena letak extra ke tak. Takyah pun. Kita boleh bajet sebenarnya. Cawan teh ngan mug kan tak beza banyak sangat, jadi takyah concern sangat pasal telur. Janji bahan-bahan utama like butter, tepung and sugar pakai sukatan (cawan) yang sama.
Maka hasilnya akan sama.
Jangan risau pasal telur. Ada orang concern kalau pakai mug, nanti telur kena letak extra ke tak. Takyah pun. Kita boleh bajet sebenarnya. Cawan teh ngan mug kan tak beza banyak sangat, jadi takyah concern sangat pasal telur. Janji bahan-bahan utama like butter, tepung and sugar pakai sukatan (cawan) yang sama.
Untuk resepi ni tepung (naik sendiri) pakai 1 1/2 cawan. Put aside (1).
Pakai 3 bijik telur.
Pukul telur and tambah 1 sudu makan esen vanilla.
Put aside (2).
Ambik periuk, and campurkan bahan-bahan ni :
1 cawan minyak masak.
1 cawan serbuk koko. Aku pakai serbuk cekelat Van Houten belen buat kukis yang lepas. Cukup-cukup je. Phewww.
1 cawan brown sugar.
1 cawan fresh milk.
Masakkan semua ni.
Takyah masak beria okeh. Pakai api kecik je.
Bukan nam bagi sampai mendidih pun. Cukup sampai nampak semua ni sebati, then TUTUP API.
Biarkan dalam 3-5 minit, pastu baru masukkan telur yang dipukul tadi (2). Then kacau-kacau sampai sebati.
Dah agak-agak sebati, tuangkan tepung (1) ke dalam adunan dalam periuk.
Kaup sampai semua sebati. Pastu masukkan dalam loyang and kukus for 80-90 minit.
Masa dah nak tuang dalam loyang baru aku tau yang loyang aku semua tak fit dalam pengukus.
Loyang aku semua besar-besar. Ntah bila masa aku beli loyang-loyang ni pun aku tak tau. Nak buat apa aku beli loyang pun tak tau la. Jadi, aku guna bekas pyrex je la. Seb baik adunan ni muat-muat dalam bekas tu.
Lagi 10 minit kek dah nak masak, barulah kita siapkan cekelat cair untuk dicurah atas kek.
Just pakai 1 sudu makan butter je. Disebabkan butter aku keras lagi, jadi aku rasa butter yang aku pakai hari tu lebih kurang 2 sudu makan jugak. Belasah je la. Masukkan 1 sudu makan butter dalam periuk, cairkan. Dan masukkan 1 bar cooking choc (aku pakai Van Houten gak). Kacau-kacau sampai cair and sebati.
Keluarkan kek dari pengukus. Ni bekas pyrex yang aku pakai. Camana aku nak potong kek ni kita pikir kendian, janji aku ada tempat nak bubuk adunan aku.
Dan curahkan cekelat yang kita masak tadi atas kek yang dah masak tadi.
Kalau nak lagi cantik, keluarkan keke dari bekas/loyang baru curahkan cekelat cair tu. Tapi aku tak keluarkan the cake sebab cake ni siap masak kul 11mlm. Takde sape nak makan kek tengah-tengah malam. Jadi aku nak biar keke ni ada tempat yang senonoh untuk disimpan, so aku curahkan je cekelat tu atas kek tanpa keluarkan kek dari bekas.
Lepas curah terus potong. Makan panas-panas lagi best.
Inilah hasilnya. Nak tau sedap ke tak jangan tanya aku. Sebab aku mana makan cekelat. Hahahaha.
Tapi aku tengok Redza bertambah-tambah, so bleh tahan la kot rasa dia. Silakan buat sendiri.
Oh lupa nak cakap, esok bersempena dengan besday aku, aku membagi diskaun kat shawl THEA and JEWK (only). Aku dah lupa berapa harga dua-dua shawl ni tapi boleh klik kat link pada ruangan HIGHLITES (sidebar belah kiri blog) untuk check. 20% off dari harga asal. And kalau beli lebih dari 3 helai, maka shawl yang keempat kelimo keenam dan seterusnya dapat 25% off. Hanya THEA and JEWEL ya. 1 day only.
Yes!!
Another suprise from me to you :)
Aku akan stopkan kejap pemberian free mug untuk pembeli Ephyra.
Now I am giving those powerbank for FREE untuk setiap pembelian.
Tak kira kau beli sekotak ataupun 3 kotak, akan dapat 1 powerbank.
Ada 8 warna - orange, silver, black, blur, turquoise, red, fuschia, and green. Tak boleh pilih kaler ya.
Sesape yang dah terima tracking number sebelum entry ni dipublish, masih tetap dapat mug. Selepas entry ni, semua akan dapat powerbank unless korang state nak mug jugak.
Again, tak kira beli sekotak ataupun pakej 3 kotak, akan dapat hadiah powerbank.
Hadiah ini hanya ada 100 saja. Takde booking-booking powerbank ya. Nak kalu, sila buat full payment terus and kita akan pos Ephyra and powerbank. Boleh klik link Ephyra kat bawah entry ni.
Ok, aku nak sambung angkat kotak. Bye.