2014-08-18

Siapa kata singkat?


Dari last week punya cerita ni.
Bersabar la menghabiskannya. Aku akan cuba memendekkan jalan cerita sependek yang boleh.

Rabu malam lepas, En Wan bawak aku gi dinner kat TGI. Sempena besday aku esok harinya.
Sebenarnya tak plan pun. Asalnya keluar berdua sebab En Wan nak gi beli henfon baru. Banyak sangat whatsapp sampai roller tu jem. Nak pilih henfon kena bertenang-tenang sikit. Kalau aku bawak panglima kang tau-tau dia sama naik ngan sales tu menjual henfon. En Wan beli Oppo. Aku tak tau la ok ke tak, tapi cantik. Kamera dia gamba bersih je. Maybe sebab baru-baru kot. Kamera S4 ni dulu pun ok je aku tengok. Dah hujung-hujung ni buat perangai. Nak tunggu kamera tu on je 5-6 saat. Aku punya S4 ni pun nampak gaya macam tak panjang umur dia. Tengok la berapa lama lagi dia boleh bertahan. Kalau rasa-rasa aku yang tak boleh tahan, pendek la umur dia aku buat.


Kata nak celebrate besday aku kan, tapi sebab baru beli henfon, maka takde makna la nak celebrate aku. Busy menggodek henfon je keje dia.


Aku kesah apa dia nak whatsapp. Janji makanan aku sampai. Whatsapp la ko sampai terbenam keypad. Takde hal.
Nampak tu cheese sepinggan teghak?
Gila mabeles. Tak sedar lansung perut dah bergulung. Aku kikis cheese ni sampai licin!


En Wan kalau masuk TGI menu dia sama je...aku nak mengechak pun takde selera. 
Balik-balik tu je yang dia order.


Khamis esoknya, besday aku yang ke 37.
Wuiii, tua dah aku rupanya. Anak kecik lagi. Adehh.
Selalunya aku takkan bekerja on harijadi. Baik now, mahupun zaman makan gaji dulu. Nama nak keje on birthday nehi. Kalau cuti tak lulus, aku EL. Janji aku cuti.
Tapi Khamis lepas ada exception. Aku ada meeting kat Lazada.
The day before tu aku terima email from them, they interested nak masukkan Fleur Closet under column Accessories Lazada. Shawl la maknanya. Jadi the next day tu aku gi jumpa dorang untuk discuss further.

Cantik Lazada ni. Open working area. Takde bilik-bilik untuk staff melainkan bilik untuk discussion sahaja. Tu pun berdindingkan glass. Takde harapan nak mengular. Malas nak cerita panjang-panjang pasal ni but basically akaun Fleur Closet dah pun aku setup kat Lazada, now tengah nak prepare material je. Kalau dah on nanti ada la tu.



Lepas gi Lazada, En Wan nak jumpa member dia jap kat Lowyat.
Jadi dia letak aku kat Pavillion.
Ni kali ke-3 aku masuk sini. The last time was 2 tahun lepas kot. Masa tu Watami masih lagi tak serve pork, jadi kitorang ke Pavi semata-mata nak pekena Watami. Lepas makan balik. Takde round-round pun.

Khamis lepas, aku jalan sorang-sorang kat dalam tu.
Mula-mula aku cari Longchamp dulu.



Aku sebenarnya lama dah nak cari pesen ni. Ni pesen lama, payah nak cari dah. Aku dah tanya banyak online seller, semua kata dah abis. Ada la sorang jual lagi ni tapi kat Jakarta and dia tak ship ke luar negara. Market dia dalam negara je. Ingatkan kot Longchamp Pavi ada lagi pesen ni. Tapi takde dah. Yang ada pun tak berkenan kat mata. Kalau sesape ada jual ni or tau anyone yang jual pesen ni, bagitau aku ya.

Lepas round Longchamp, gi Mango ngan Dorothy Perkins jap tengok apa ada dalam.
Beli a few blouse pastu En Wan call suruh turun.
Aku tengok kat Pavi ni yang melepak kat dalam butik-butik high end ni semua Pak Arab.
Apesal dorang beli sini eh?
Sebab cousin aku keje kat Qatar beli Prada harga RM2000 je, kat sini jual RM18,000. Cirit jugak la kalau dah sampai 18K. Baik beli kat sana je.



Rupanya En Wan sampaikan wish kat timeline dia untuk aku.
Dah la ayat mengkonfiuskan masyarakat "kepada isteriku yang ke......"
Macam ada lebih dari sorang isteri je?

Malangnya aku takde dalam frenlist. Sorry la aku nak accept dia kan. Kem salaammmmm.
Kat rumah pun bercakap ngan dia. Whatsapp pun ada dia. Group chat pun ada dia. Eh tak kuasa aku nak accept fren request ko lah.

Friday.

Aku ada keje kat Bangi.
Tak boleh tahan, kali ni aku bertekad nak masuk kat Fareeda Exclusive (new butik).
Puncanya sebab tudung Nour Sara yang cantik gila. Tudung Nour Sara ni ala-ala shawl, takde bertingkek-tingkek sangat. Cantik nau. Another thing, aku nak tau apa yang exclusive-nya Fareeda Exclusive ni. Nak test gak tudung-tudung dia. Kan banyak nau yang kata tudung dia tak cover dada. Ok, meh kita masuk jap tengok apa ada dalam.

Pehhh!!!
Memang exclusive kau.
Sampai takde orang lansung. Aku sorang je ada kat dalam. Mau tak exclusive 3 sales layan sorang customer. Terasa macam bini pengiran seketika.
Masa tu aku terpikir-pikir, "apesal takde orang dalam kedai ni?"
Maybe waktu tu pukul 3pm, waktu keje.
Ataupun tengah bulan.
Ataupun tudung yang hot semua dah sold out.

Oh, rupa-rupanya tak.
Bukan itu faktornya.
Faktor takde orang tu adelah sebab Fareeda Exclusive ni konsep dia menerima tempahan. Jadi yang masuk sana hanya untuk tempah saja.
Kat dalam butik tu dorang display a few design untuk customer try, pastu korang boleh tempah.
Kalau dalam tempoh 3 bulan korang beli tudung cecah total RM5000, korang akan dapat kad keahlian kekal. Sesiapa yang ada kad ni boleh buat appointment ke Fareeda Exclusive dengan satu call je. Pastu gantian awning, tampalan batu tanpa had, nak baiki layer semua boleh.
Gila tak exclusive??

Aku interested sangat dengan konsep tempahan tu.
Ko takyah berebut berumah-bertangga dah depan Fareeda pasni. Kalau berkenan, pilih design and pergi tempah. Harga-wise aku tak sure, maybe mahal sikit kot. Tapi kalau lebih convinient apa salahnya kan?



See??
Labuh menutupi pusat. Pasni kau nak labuh sampai cover lutut pun boleh, sebab boleh tempah. Sukati kau lah nak labuh mana pun.
Yang aku ambik ni namanya Fareeda Aisya Exclusive.
Tapi jujurnya, kalau yang singkat tak cover dada tu lebih cantik sebab nampak ropol-ropol sikit. Macam yang aku pakai ni tak nampak ropol and bertingkat sangat sebab dia dah labuhkan 2 layer yang bawah. Tapi ok la kan untuk sesape yang suka pakai tudung labuh.

Yang gamba Mawar pakai tu also Fareeda Aisya tapi version singkat.
Sebenarnya Aisya ni ada lebihan kain kat belakang yang kau boleh tarik bawak ketepi (macam gambar Mawar tu). Kalau kau tarik ketepi, nampak macam kau pakai shawl. Yang aku pakai ni pun sama je, cuma aku tak reti lagi nak style-kan jadi aku biorkan je dia berjuntai kat belakang. Tak tau styling takpe, janji beli dulu. Blajo kendian-kendian.

Aku beli 2 terus, walaupun belum tau nap pakai camana.
Yang penting aku nak buktikan yang Fareeda ada tudung labuh. Bukan semua tak cover dada cuma ramai yang pilih untuk beli yang singkat sebab nampak lebih cantik. Jadi, pilihan di tangan anda.



Arrow tu aku nak tunjukkan yang tu la design Fareeda Nour Sara. Macam shawl. Cantik sangat.
Tu resit bukti aku beli kat Fareeda Exclusive, sebagai persediaan kot-kot nak jual balik kalau tak reti pakai nanti. Hahahah.

Sebagai pembeli tudung and shawl Ariani, honestly, Ariani lebih mahal dari Fareeda. Series tak tipu.
Fareeda Exclusive yang aku beli ni dengan penggunaan material chiffon georgette, pastu batu Swarovski, kain berlayer-layer, jual dengan harga RM220 - jauh lebih murah dari shawl Ariani yang sekeping dan takde batu-batu harga RM270. Sape penah beli shawl Ariani Siti Nurhaliza tau la harga shawl dia berapa.

Kalau sesape yang minat ngan Fareeda aku recommend go for Fareeda Exclusive. Kalau wang bukan masalah, cuba dapatkan kad keahlian kekal tu. Spend RM5000 dalam tempoh 3 bulan. Why not kan, kau beli produk mahal-mahal, biar ada after sale service yang bagus. Fareeda ni one thing yang aku tengok, dia ada nilai jual semula. Sebab design dia limited. Kalau habis, means habis. Jadi grab kad keahlian tu so that kalau kau nak jual semual the tudung, condition masih lagi dalam keadaan baik.

Aku sebenarnya nak sambung cerita pasal open house, tapi lupa ada keje nak settlekan jap. Later la ya.