2014-08-08

Pernah buat tak?


Semalam aku dapat whatsapp dari sape pun aku tak tau lah, reader agaknya.
Dia bagi list kenangan zaman kanak-kanak.
Mari kita check samada perkara-perkara ni aku pernah buat ke tak :

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.
Sampai skarang aku buat. Alangkan anak aku pun tak penah buat. Tapi aku masih lagi continue bercakap ngan kipas. Eh bukan bercakap. Aku nyanyi. Cuba korang test kalau tak caya. Pi nyanyi kat kipas yang tengah berpusing tu. Suara jadi lebih sedap. Ada vibrato gitu. Kah Kah Kah.

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
Memang pun. Sampai skarang especially kalau balik Tganu (sebab selalu balik malam), kejap-kejap aku pandang bulan nak tengok sampai mana aku boleh nampak bulan tu dari dalam kereta. Sebab certain tempat tak nampak bulan kan. Mana la tau tengah-tengah tenung sekali nampak acik ni melintas :


3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
Tak pernah buat sebab badan aku ni tak simetri.
Pinggang aku sebelah berlekuk sebelah straight. Jadi aku tak yakin nak balancekan diri dengan lepas dua-dua tangan. Kang tau-tau ko nampak basikal je berjalan ke depan. Aku tertinggal kat belakang tertangkup atas tanah.

4. Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

Aku jarang ambik milo free. Sebab milo free selalunya tak sedap sebab tak pakai susu cap junjung. Cair-bair je rasa Milo dia. Kalau susu cokelat UHT tu aku layan. Now baik Milo, baik Vico, baik Ovaltine, hot choc ke apa semua takleh lalu dah kat tekak. Tepu kot. Dah terlampau banyak mentekedarah Milo kecik-kecik dulu.

5. Lukis burung guna huruf 'm'.
Cukup aku menyampah kalau nampak member-member sekelas lukis burung huruf "m". Spesis burung apa ntah kepak terjuntai macam tu.

 Aku punya burung macam ni.
Line straight tu kaki dia la konon, kalau dari jauh nampak la satu line macam tu.


6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
Wajib. Walaupun aku tak penah eye witness matahari naik kat celah bukit. Kalau sunrise kat laut tu penah la jugak tengok.

7. Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡
Oh ye ke?
Time kecik dulu aku tak pernah tau pun bentuk tu namanya HATI.
Aku panggil bentuk tu LOVE.
Jadi point number 7 ni tak valid kat aku.

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
Zaman kecik-kecik dulu ye la main tutup pintu esbok slow-slow sebab nak tengok time bila lampu tu mati. Tak pun bukak suis lampu tapi hold tengah-tengah nak tengok kat mana sebenarnya lampu tu start menyala.
Now pun aku still buat lagi.
Tapi penyakit bukak esbok tu terah berevolusi.
Aku pakai handphone casing yang auto light off. Apa nama casing jenis ni? Whatever lah.
So now, penyakit aku adelah tutup cover henfon slow-slow nak tengok bila lampu dia mati.

9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.
Tak main la main buih sabun. Buih sabun buku banyak mana sangat pun.
Lagi best main buih sabun buku FAB time basuh kasut.
Pehh, dia punya buih jangan cakap la. Bukan takat main buih lagi dah, siap main ice-skating lagi. Licin gila lantai wei.
Kalau kes aku, sejam dalam bilik air bukan main sabun namanya. Tu namanya mandi dalam kolah??? Weeeeeeeeeeee. Selagi tak berkeladak kolah orang tua tu, aku takkan keluar. Keluar-keluar je pastu kena hempok.

10. Fikir dunia kartun memang wujud.
Aku bukanlah peminat katun. Kalau ada, tengok. Takde, tak merempan pun.
Walaupun aku sangat berharap Plastic Man tu benar-benar wujud, aku tau dunia katun tak penah wujud.

Katun dulu lebih adorable. Macam Tweety Bird, Garfield, Smurf....katun skarang ntah hape-hape. Pokemon la, Doraemon la, Spongebob la. Dah la tak comel. Bingit lak tu. Nak lagi suara si spongebob tu. Rasa nak sepak je.

11. Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.
Tak pernah tau pun pasal ni.
Yang aku tau makan chewing gum sebab nak buat belon. Dan chewing gum juga tak boleh ditelan.
Tapi kadang-kadang aku telan je especially kalau tengah baring sebab malas bangun carik tong sampah.

12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.
Tak penah jugak.

13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.
Wajib! Sebab tu kalau beli buku latihan aku suka beli yang 120 helai punya.
Dulu kan ada pilihan buku tulis. Ada yang 80 helai ngan 120 helai kalau tak silap aku.
Jadi aku akan beli yang tebal so that Mak Aji kalau buat spot check beg skolah tak perasan yang buku aku semakin nipis sebab dia tak tau pun asalnya buku tu 120 helai. Nak hidup lama kena ada strategi okeh.

14. Susun kusyen dan buat seni binaan.
Memang takkan lupa sampai mati ni.
Sebab setiap kali aku buat setiap kali tu la kena sebat ngan Mak Aji. Berani kau nak lupa?
Tapi kerusi Mak Aji dulu-dulu kusyen dia tak ringan, quite berat jugak. Jadi nak membina bangunan tu perlukan skill sikit. Kusyen payah nak berdiri dengan sendiri. Kena gabung-gabungkan dengan hujung meja. Kadang-kadang kalau kreativiti memuncak, perlukan support system yang lebih padu untuk menegakkan bangunan-bangunan tersebut.
Gunakanlah kaki Pak Aji.
Orang tua tu baca sokabar sambil kaki letak atas meja maka kita gunakan kesempatan tu untuk membina bangunan yang lebih ampuh ya. Kita letakkan kusyen atas kaki dia yang tengah melunjur tu. Siap sound "Papa jangan jatuhkan kaki tau!".

15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.
Jangan bangang sangat boleh?

16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.
Of cos la! Kau ingat aku basuh kasut guna mesih basuh? Pakai tangan oke. Sampai merekak tapak tangan aku basuh guna sabun FAB. Kadang-kadang aku bedal guna Axion. Gasaklah, janji banyak buih. Aku tak kira, kau pijak ke, terrrrrpijak ke. Let's get even! Tapi aku takde la kejam nau. Kau terpijak sikit, aku pijak balik pun sikit je. Janji kasut kau pun bertanda. Kalau next time pun balik-balik muka kau je sikit-sikit terpijak sikit-sikit terpijak, memang aku tak bagi chan. Toksah kata kasut, dengan stokin-stokin kau sekali aku pijak.

17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.
Tak payah tunggu habis periksa derrr. Cikgu matematik tengah mengajar kat depan pun aku boleh main SOS kat belakang. Pastu bangang maths. Time exam maths menggelabah SOS ngan member mintak jawapan. 

18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.
Ayat pertama tak valid kat aku sebab aku tak main pantul-pantul cahaya ni semua. Pakai tudung pun tak. Lagipun cermin dia kecik nau. Muat-muat nampak gigi aku dua batang je. Tapi tang tiup tu aku penah dengar, cuma aku tak pernah kesah kalau tumpul pun. Kesah apa aku dia tumpul. Kau punya sharpener ada apa. Aku punya tumpul, pakai kau punya pulak la.

19. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.
Tak penah. 

20. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.
Penah buat tapi tak suka buat.
Lagi satu aku tak suka orang hirup belen kuah dalam pinggan makan dia.
Orang tua-tua kan suka buat macam ni. Kalau terpaksa makan bersama orang tua, aku akan pastikan aku habis makan sebelum dorang habis and cepat-cepat blah dari meja tu. Walaupun kurang beradab tapi itu lebih baik dari aku termuntah kat meja makan. Tak tau nape, rasa macam geli pulak.

21. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.
Sikit-sikit mak mati.
Korek pensel dua-dua belah mak mati.
Meniarap sambil angkat dua-dua belah kaki mak mati.
Mula-mula aku percaya.
Sampailah satu time tu keluar pencil color 2 warna dalam sebatang. Nak taknak kena sharp dua-dua belah gak kan. Start dari situ aku dah tak percaya.

23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.
Sampai skarang pun buat.
Bulan puasa hari tu tetiba Putra Heights black out dalam 15 minit. Sempat aku turunkan ilmu buat bayang burung and ular kat Redza. 

24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang.
Tak penah tau pun?

25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.
Now pun buat lagi.
Everytime makan Cheezel aku buat macam ni.
Cuma dah tak dapat sumbat sampai ke pangkal. Main sangkul kat hujung je.
Yang ibu jari lagi kesian. Terjuntai je Cheezel aku. Jari dah gemok maklumlah.

26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.
Pun aku tak penah tau.
Yang aku tau budak-budak dulu tengok tapak tangan sebab nak tengok line. Tapi aku lupa apa masalah dorang dengan line-line tu.
Pastu tengok tapak tangan usap-usap sikit then tekan kuat-kuat kat wrist tengok ada berapa 'biji' timbul. Kalau satu maknanya ko dapat sorang je anak. Kalau timbul 2 bijik, 2 anak.
Gatal bijik betul. Kecik-kecik dah kecoh nak anak berapa semua.

27. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.
Bongok.