2014-04-12

Copy



Ini sepatutnya iklan yang sekali harung aku letakkan dalam previous entry, tapi tercicir la pulak.
Sesape yang nak blajo mekap, sila join this class.


Tudung Fareeda ni memang sepanjang masa kontroversi.
Ada je la ceritanya. Lumrah kalau dah glemer. Alangkan manusia pun kalau semakin ramai yang kenal, makin ramai juga musuhnya. Orang pun ada yang klon. Klon personaliti. Apetah lagi barang.
Tapi aku rasa yang klonkan tudung Fareeda ni pun paham. Dia pun tau dia mengklonkan design orang lain, design tu pulak dah dipatenkan (kalau tak salah aku), jadi bila dirampas, nak taknak kena la terima. Sebab design tu hakcipta terpelihara (katanya).

Tapi yang pelik tu, yang butthurt ni semua bukan dikalangan pembeli tudung Fareeda pun.
Kenapa aku cakap macam tu?
Sebab, rata-rata komen "Tudung singkat, bertingkek-tingkek, macam orang kampung".
Point yang sangat jelas kat situ - TUDUNGNYA SINGKAT.
So secara lojiknya, be it original mahupun klon, tetap si pengkomen ni takkan beli kan? Sebab tudung singkat katanya. But kenapa eh, yang tak beli ni pulak yang berdarah bontotnya?

...nope. Bukan kerana tudungnya.
Bontotnya berdarah kerana jawapan balas dari pihak Fareeda - "Bergaya biarlah ikut kemampuan" (lebih kurang macam ni la statement pihak Fareeda).


 Kan ada tudung labuh tutup dado ni.
Nak tutupkan sekali dado laki kau pun buleh.


Statement itu benar, cuma bunyiknya agak kasar. 
Tak sesuai dengan budaya Malaysia yang cakap berlapik (tapi kat belakang kemain melahar). 
Kita tak dibiasakan dengan teguran secara direct.
Cubalah sesekali masuk dalam kelompok orang asing. Mungkin kita boleh blaja sesuatu.

Contoh, kalau korang nak minum drinking water kat luar Masjid Nabawi, ce ambik cawan dengan tangan kiri. Nanti kau tengok, akan ada di antara orang Arab yang lalu-lalang kat situ pergi sebelah kau and tunjuk kat cawan kau "SYAITON!". Aku dah terkena dah sekali. Tersentak kejap. Dia takde de nak cakap "Not nice. Use right hand next time". Dorang tak selapik tu. Maybe jugak penguasaan bahasa Inggeris tak berapa baik. Tapi begitulah cara mereka tegur kita - "SYAITON!" - ambik barang dengan tangan kiri adalah amalan syaitan. Apa yang dia tegur tu benar. Walaupun bunyik kasar, tapi kasar yang berhemah sebab dorang tak pekik dari jauh "SYAITONNNN!!". But dorang pegi sebelah kau, and tegur.

Orang kita lain.
Menegur untuk kebaikkan katanya.
Tapi teguran selalunya berteraskan hasad dengki, khianat, busuk hati, mengaibkan and sometimes bersifat atas dasar persaingan. Boleh ke macam tu?

Salah pihak Fareeda ni adelah penyusunan ayat yang kurang tepat. 
Tapi tindakan dorang pertahankan produk dorang adelah benar. Sebab katanya dah dipatenkan. Itu, jangan nafikan.
Silapnya cuma cara penggunaan ayat.
Tapi kebanyakkan yang respond tu dari 100 perkataan, 20 perkataan je komen pasal statement dia, lagi 80 perkataan bash tudung mahal, tudung singkat, tudung nampak tetek, etc.
Jelas sangat kat sini statement pihak Fareeda tu hanya dijadikan stepping stone untuk membash isu lain.


 
Ada je tudung labuh. Cuba kelebet kat rak, mesti jumpa tudung ni.
Cuma harganya mahal dari yang klon.


Aku yakin, yang bash kaw-kaw ni bukanlah pembeli tudung Fareeda Original, mahupun tudung Fareeda Klon. Sebab masing-masing nampaknya tak berminat nak pakai tudung singkat. Tapi kenapa ya yang tak berminat ni pulak yang over?
Nampak tak motifnya kat situ?

Klon produk ni sebenarnya lumrah.

Baju peplum aku dulu pun ada yang klon. Aku tak marah kau nak klon tapi pakai gamba kau jangan pakai gamba aku.

Baju Prof Muhaya pun banyak dah yang klon, lagi murah. Beli la. Tak payah nak kondem harga baju dia mahal ke apa ke. Dah ada pun yang klon, maknanya kau ada pilihan. So kenapa mesti nak bash yang original? Sebab kau pun taknak pakai yang klon kan?

Beg Hermes pun bersepah yang klon, beli lah kalau agak-agak belum mampu nak beli ori. Tapi jangan pulak jeles bila orang lain beli yang ori.

Chanel taknak rampas produk tiruan, itu hak Chanel.
Tapi kalau one day Chanel buat rampasan, kita nak kata apa?
Katalah "Beg mahal nak mampus, kalau cantik takpe gak! Baik aku beli beg kat pasar malam. RM10 je. Boleh isi macam-macam".

Sebenarnya designer tak kisah pun kalau produk dia orang klon. Macam Rizalman.
Dia penah bagitau design dia orang tiru. Dia tak kisah. Sebab takkan menjejaskan sales dia pun.
Sales dia hanya akan terjejas kalau ada new design dari pihak lain.
Klon produk takkan menjejaskan sales.
Why?

Sebab designer product dah ada their own customer.
Dah ada return customer. Dah ada loyal customer.
Customer yang beli produk klon memang dari awal tak penah contribute pada keuntungan si Rizalman ni (pinjam nama ye bang, sebagai contoh saje) sebab dari mula pun kelompok customer ni tak penah beli dari Rizalman. So kebarangkalian nak rugi tu takde. Bisnes dia hanya akan terjejas sikit kalau orang lain keluarkan new design.

Sebab tu kebanyakkan designer tak rampas produk klon. Sebab dorang tau takkan ada efek pada sales. Yang mampu akan terus beli. Tapi kalau dia pilih untuk rampas, itu hak dia. Sebab itu design dia. Kalau rasa nak sangat pakai tudung Fareeda, beli kain and tempah tudung kat mana-mana tailor untuk pakai sendiri. Tak pun kalau nak jual sangat, do some modification. Letak brooch besar penumbuk kat awning tudung pulak. Fareeda blom ada design ni kan?

Masa aku produce "Aleesya Inspired", aku terfikir gak pasal rampasan.
Shawl Ariani tu harga RM100+ sehelai. Mahal. Ada 10-15 helai aku beli, last-last aku produce sendiri sebab nak kumpul warna. Alang-alang buat untuk pakai sendiri, aku buat extra untuk jual. Tapi lepas habis, habis lah. Sebab itu klon. Kalau sesapa rasa nak klon tudung Ariani, klon lah. Tapi kalau Ariani rampas and kata tudung tu design yang dah dipatenkan, kita kena terima. Itu hak dia. Dia perah otak nak pikir design.

Ilham memang pemberian Allah.
Memang senang untuk kita cakap "idea kau buat tudung tu pun Allah yang bagi!"
Betul. Kita tak memiliki satu apa pun melainkan apa yang telah Allah bagi pada kita.
Tapi kebanyakkan kita berani cakap macam tu sebab blom kena kat diri sendiri.
Cuba kalau proposal kau member kau copy pastu dia pulak dapat kenaikkan pangkat atas peng'copy'-an tu. Potong jari nak tengok kau cakap "Tahniah la. Idea kita sama. Allah bagi kita idea untuk tulis ayat sebijik sebijon rupanya. Tahniah!"
Berapa ramai yang boleh terima situasi ni?