Lupa aku semalam budak-budak ni ambik result SPM ya.
Maklumla, zaman sekolah dah lama berlalu. Lupa dah.
Semalam aku nampak kat newsfeed orang share Elfira Loy tunjuk result SPM adik dia.
Apa ntah nama adik dia tak tau, but not bad result dia. 7A's kalau tak silap.
Dalam ramai-ramai yang dok komen tu kan ada la satu ustazah wannabe ni komen "Dapat straight A's pun nak bangga. Lain la kalau hafal Quran.." (lebih kurang camni la ayat dia).
Hoih, klaka sangat ni.
Apesal aku cakap ustazah wannabe?
Sebab the real ustazah tak serendah tu akhlaknya.
Come on la.
Semua orang memang respek pada sesiapa je yang boleh hafal Quran.
Gila tak respek??
Masa Darjah 6 ustazah suruh hafal tiga ayat terakhir Al-Baqarah tu pun jenuh seminggu. Tu pun dah kira lembab.
Kot ye pun nak bandingkan "straight As" dengan "hafal Quran", tolong la pandang dari sudut lojik dan keperluannya.
Budak-budak ni esok nak masuk U nak kena guna result SPM dorang, cik kak.
Dalam application form hanya tanya result SPM.
Setakat ni kebanyakkan universiti belum lagi letak "hafal Quran" sebagai satu point wajib untuk diterima masuk.
No, aku tak perlekeh usaha menghafal Quran.
The point kat sini is, ada orang yang suka sangat gunakan elemen keagamaan untuk bash orang lain macamkan dia tu hafal Quran!
Orang yang hafal Quran takde de nak berlagak sound orang lain macam tu.
Orang yang tak dapat sebijik A dalam SPM je tend to letak komen musibatun macam tu.
Sebab dia TAKDE.
Jadi bila TAKDE, dia akan kondem orang tu abis-abisan supaya masyarakat tak nampak yang dia TAKDE.
Hanya orang yang TAKDE je yang tak memahami kegembiraan orang yang ada.
Orang yang pernah dapat 10A akan ucap tahniah kat adik-adik yang dapat result yang sama, sebab dia pernah lalui that moment, jadi dia tau macamana gembira and proudnya.
Orang yang pernah dapat Anugerah Dekan akan happily wish someone yang dapat the same anugerah, sebab dia tau macamana happy-nya waktu tu. Dia pernah rasa.
2-3 tahun lepas, kawan aku bagi aku satu buku ni.
Lepas baca, tetiba datang semangat nak hafal surah Al-Mulk.
Makan masa gak la nak hafal, aku menjak dah tua ni lembabnya bukan calang-calang.
Bila aku dah berjaya hafal, aku bagitau kawan aku tu.
Dia happy and ucap tahniah. Beria-ia dia ucap tahniah.
Padahal Al-Mulk je kot. Bukan Al-Baqarah. Sedangkan kawan aku tu hafal Quran siap boleh translate lagi. Tapi dia happy bila aku berjaya hafal surah tu. Sebab dia pernah lalui kegembiraan yang sama.
Sebab tu aku yakin sangat, orang yang ADA, dia takkan kondem orang yang TAKDE.
Tapi orang yang TAKDE ni, memang suka berangan macam dia ada. Padahalll.
Takpelah kalau kau nak berangan macam kau ada. Berangan tu free. Takde hal.
Cuma takyah la try hard untuk tunjuk kat semorang macam kau ada.
Kalau betul ada, tunjuk. Kalau takde, diam-diam sudeh.
Sebab orang boleh menilai.
It's obvious.