walk on wings, tread in air: Sipak <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Sipak
2013-12-29

Sabtu lepas cousin sebelah Mak Aji kawen.
Semalam, cousin belah Pak Aji pulak kawen.
Seb baik semuanya dekat-dekat je.
Yang last week kat Bandar Baru Bangi, tak jauh ngan rumah Mak Aji.
Yang semalam kat Kajang.

Kononnya aku jadi kendarat-kendarat la.
Tapi bangsa kengdarat yang memenuhkan khemah je la. Sebab Umi (aunty) pakai catering. So takde la nak kalut sangat cuma nak tengok-tengokkan je apa-apa yang patut. Tapi aku banyak tengok je la.
Sampai pun dah lambat, tak dapat tengok akad nikah. Tapi sempat tengok sarung cincin.
Ni semua pasal lemari aku la.
Cina lemari tu tetiba tukar schedule nak pasang lemari kat bilik mak belah pagi. Dah haru-biru schedule aku. Seb baik Mak Aji kata kedaan kat rumah pengantin masih lagi terkawal. Cewah, macamkan orang penting je aku nak mengawal keadaan kan.


 

Yang cousin aku, pengantin perempuannya. Nama dia Syifa. Tapi kitorang semua panggil Sipak. Aku tak tau la laki dia tau tak kitorang semua panggil dia Sipak. Harap-harap dia bagitau la. Kang tetiba laki dia dengar orang panggil bini dia Sipak Sipak Sipak, tak pasal je kena sepak pastu. Kadang-kadang aku panggil dia Pak je. Belasah la..

Dia ni sama umur ngan Ima. So memang time skolah dulu dua-dua ni mengendeng je la. Dah jumpa kat skolah hari-hari, tapi kalau balik kampung Sarang Buaya tu, still bersembang dari pagi sampai ke malam macamkan setahun tak jumpa.

  
Bapak Sipak (yang menikahkan) ni adelah adik Pak Aji.


 

 

Kau kenapa la sedih nau, Pak?


Aku kan lambat. Sampai je rumah Umi, terus ke surau sebab pengantin nikah kat surau.
Ni gamba aku dengan cousin-cousin aku (anak kepada adik bongsu Pak Aji).
Macam busy je kat dalam surau so aku bergambo la dulu kat depan ni.


Ecececehhhhh.
Kemain lagi tenung-tenung.
Malu ai tengok.
*motif aku pulak nak malu??*


Seb baik aku sempat tengok upacara ni.
At least takde la nampak macam tetamu datang-datang terus masuk khemah makan kan.
Kata sedara kawen, haruslah attend nikah.


"Cepat..cepat!! Ambik gamba. Dorang nangis!!"

Begitulah kata-kata dari mak kepoh.
Aku rasa aku ni sepatutnya jadi reporter la.
Sebab aku memang suka tau terbabit dalam situasi adegan-adegan airmata di hari pernikahan ni.
Sebab aku dulu lupa nak nangis masa nikah.
Ntah la. Macam tak syahdu je. Macam seronoknya dapat kawen cepat. Hahahaha.


Sementara dorang nangis bersama, kita senyum simpul je la kat belakang.
Sebab kameraman semua sibuk snap gamba dorang nangis.
Paling tak muka aku mesti masuk sekali kan.
Jadi, senyumlah.


Aku sebenarnya memang dah agak dah dua orang ni memang akan ada adegan airmata punya.
Sebab masa Ima kawen, si Sipak ni la yang jadi pengapit tukang lap airmata Ima.
Yang si Ima ni takleh harap. Sipak nangis, dia leh join sekali.


Sipak dan geng-geng bas sekolahnya.


Sipak and us.
Aku tak bawak panglima-panglima.
Kebetulan mak nak masak pegi rumah Kak Ngah, so dorang semua nak lepak sana mandi pool. Lega sikit aku nak pegi rumah orang kawen. Tu pasal boleh pakai baju pearls-pearls. Kalau bawak Rayyan mau bertabur pearls kat baju aku.


Ni also with cousin. Anak kepada adik bongsu Pak Aji - Hanin.
Tapi aku rasa baru 2-3 tahun ni je la aku panggil dia Hanin.
Selama ni mati-mati aku ingat nama dia HANIM. Padahal dari kecik main sama, punnnnnnn tak pass-pass lagi panggil nama.


Yang best, dua orang ni.
Tak pasal-pasal jadi tukang angkat bunga telo.
Kena berarak sekali lak tu.
Selamba gila pakai kemeja je.
Tu lah, sape suruh jadik gagah perkosa. Kan dah kena angkat bunga pahar. Berat tuuu.



Dekat je surau ngan khemah.
Memang rumah Sipak ni langkau 4-5 buah rumah je ngan surau.
Tak dapek la pengantin berarak jauh sikit.


Sipak taknak bersanding.
So, lepas nikah terus makan je.



Kek dia macam sedap je.
Lepas pengantin potong kek and makan sesuap dua, sedara-mara dengan muka sardin gi ambik pisau potong sendiri makan. Seb baik la sedara.


Benda yang sama aku cakap kat En Wan "....kita dulu takde pun kek..."



Nenek (mak Pak Aji)
Satu-satunya nenek yang tinggal now.
Nenek aku ni muka dia berseri je.
Dalam kedaan umur dia yang 80an (ke dah masuk 90, not sure), kau duduk sebelah dia cakap berbisik-bisik pun dia leh dengar okeh! Don't play-play. Pastu nenek aku ni kau bukak la cerita apa dia macam boleh masuk je.

Masa aku blaja kat Sarawak dulu, aku cerita kat dia "..kat pasar sana ada orang jual ulat tau nek. 
Dorang makan tau ulat tu...". Konon-konon nak bagi dia geli la.

Dia reply "Agaknya bitamin dia lah tu. Sebab tu orang sana cantik-cantik"

Dulu ngan exbf aku join gak celebrate Valentine's Day.
Bila aku balik rumah bawak bunga bouquet besar nanti dia belek-belek bunga tu "Ohhh...malam semalam Hari Kekasih ya?"

Aku macam huhhh???
Nenek aku pun tau Hari Kekasih?

Nenek aku ni jugak la yang bagi aku satu ayat dari surah Yassin suruh aku baca bila bercakap depan-depan dengan exbf aku. Time tu exbf aku dah buat gila nak bunuh-bunuh aku semua. 


Ni la mak si Hanin tadi.
Adik bongsu pada Pak Aji.


Ima dan panglimanya.
Panglima ni lasak macam Rayyan jugak.
Tapi dia ni bergerak dengan senyap tetapi secara rawak.
Tau-tau je kau dengar PANGGGGGGGG ada benda pecah.
Memang sebijik macam perangai mak dia time kecik dulu la.
Ima kan dulu kalau tetiba senyap tak dengar suara tu, cepat-cepatlah carik.
Tiba-tiba nanti kang kau tengok cadar kau dah kena gunting.
Dia ni memang suka buat kolaj.
Tu yang kejap-kejap kena sesah ngan Mak Aji tu.


Pak Aji kemain riang lagi semalam dapat kumpul dengan geng-geng Jawa Rangers dia.
Geng Kota Tinggi, geng Muor, geng Sungai Mati, semua turun.
Tapi aku belum dengar lagi la dorang 'speaking'.
Mungkin segan kot nak 'speaking', kang tetamu lain tak paham.


Jane


Time ni aku nak balik dah, sebab nak kemas lemari-lemari aku dah tunggang-terbalik kat rumah tu.
Yang dua-dua kat depan tu sedara.
Kopiah putih Pak Ngah (abang Pak Aji) and kopiah hitam adelah Pak Itam yang sepatutnya aku panggil Tok Itam tapi sebab dia lebih kurang bapak aku je, aku bedal lah panggil Pak jugak.


Dulu, kalau balik kampung, Ima bersok sek sok sek ngan Sipak.
Aku sok sek sok sek ngan dia ni. Nama dia Shehren, tapi semuorang panggil dia M.
Aku pun tak tau mana datang M. Nama dia sendiri takde huruf M.
Nampak tak selonggok bunga telur aku pegang?
Tu namanya kabel besar.
Kabel besar je boleh kaut bunga telo sebeban. Macam tak penah makan telo.



Tu diaaaaaaa...Dr Azmi and wife (Prof Muhaya).
Memang dalam majlis-majlis belah klorga Pak Aji, couple ni jugak la yang akan jadi lebih glemer dari orang lain termasuk pengantin.
Kemain sengih lagi Dr Azmi jumpa family. Dr Azmi ni sepupu Pak Aji.
Mak Dr Azmi and atuk aku adelah adik-beradik.



Okeh, aku tau.
Dua orang tu mesti tengah gossiping.
Siap menyenget bahu Mak Aji.
Rahsia apa sangat lah tu. Esok aku balik Bangi aku korek.



Tak tau la kenapa, aku rasa cam lawak gila gamba ni.
Macam brader tu kena torture ngan sepupu-sepupu beliau.
Cam series sangat Pak Ngah ngan pak Aji.


Immediate family members of pengantin pompuan



No komen



KLIK HERE : ORDER EPHYRA
KLIK HERE : WOMEN SKINNY JEANS
KLIK HERE : SUPERDRY HOODIE JACKET


posted by aveo757 @ 4:38 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER