walk on wings, tread in air: Laci sudah clear!!! <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Laci sudah clear!!!
2013-12-02

Siapa nama reader blog ni yang kawen Sabtu lepas kat Kuala Selangor?
Aku tak jumpa mana kad dia, mesti En Wan mengemas notice board aku semalam dan menghumban segalanya dalam tong. Aku tak jumpa.
Anyways, sorry tak dapat hadir.

Walaupun aku lalu Kuala Selangor Sabtu lepas, tapi tak dapat nak attend sebab ada sedara kawenkan anak kat Hutan Melintang. First time aku tau ada jalan lain ke Hutan Melintang. Selama ni aku lalu exit Bidor. Gila bapak punya jauh nak ke Hutan Melintang kalau lalu PLUS. Tu pasal setahun tak sekali aku visit customer-customer aku belah sana sebab memikirkan betapa jauhnya aku nak meredah jalan ke Hutan Melintang tu. Lalu LATAR lagi dekat rupanya. Tinggal lagi hiway LATAR tu halfway je. Tetap kena lalu jalan kampung. Kalau En Wan bawak memang konfem cepat sampai. Kalau aku bawak, takde beza kot.



Yang kawenkan anak ni adelah sepupu aku. Jadi, pengantin ni kiranya pangkat anak sedara la. Tapi aku tak kenal pun anak sedara ni. Jarang jumpa. Bapaknya aku kenal la sebab sepupu aku ni masa dia bujang dulu rajin lepak rumah Mak Aji. Masa tu aku aku skolah lagi. Kalau dia datang, sepupu aku ni akan bawak kitorang ronda-ronda dengan motosikal Pak Aji. Dah nama meronda bawak aku tu takkan nak ronda sesaje kan. Haruslah aku lajakkan dia ke kedai Kak Kiah. Dapat Nutella sebijik jadiklah.

Sepanjang aku hidup, kat majlis kawen anak dia ni la aku jumpa air minum sampai 6 jenis!
Kau ada??
Konfem takde punya.

Series tak tipu!
Aku lupa nak ambik gamba.
Ada air asam, bandung, oren, sirap, grape, and limau. Enam okehhhhh.
Pilih ko nak minum apa. Minum la ko sampai terbelahak.
Jakun kejap aku tengok gila banyak air dia provide.



Mentang-mentang rumah sedara, maka tiada segan silu nak begamba atas pelamin walaupun pengantin takde. Buat lah macam rumah sendiri kan. Lagipun kesian tuan rumah sibuk layan tetamu. Mana ada masa nak layan family. Jadi, ciri-ciri tetamu yang pandai 'bawak diri' sebegini memang dialu-alukan supaya tuan rumah tak rasa bersalah.

Sebelah Mak Aji adelah birasnya, yang also akan buat wedding anak hujung bulan ni. December ni ada 2 sedara aku kawen, gap seminggu je. Excited gila aku. Gelabah tempah baju bagai. Yang kawen tak apa-apa. Yang takde kena-mengena memang selalunya gelabah lebih kan?


Anak sedara aku adelah pengantin lelaki. 



Perjalanan balik jugak yang best.
Hala pegi tu aku dah nampak banyaknya gerai orang jual buah and kerepek. Memang aku dah aim balik kang wajib stop. Aku ni shopping kerepek pun jadik.

Aku selalu dengar orang beli kerepek kat Tanjung Karang bila time raya. Tapi tak penah lagi beli sendiri kat sini. Memang banyak pilihan and murah rupanya.
And pertama kali jugak nampak and rasa kerepek sukun.
Boleh tahan.... tapi lagi best sukun goreng kot.



Feveret En Wan.
Tak tau apa ni. Kuih kacang kot nama dia. Selama ni beli kat Giant je.  Aku syak ni la 'ubat'  batuk aku yang dah sebulan lebih tak benti-benti ni. Tetiap malam aku kunyah kuih kacang ni. Pastu togok air sejuk. Mana tak santak sebulan aku batuk.

Aku carik pisang salai. Jumpa tapi pek kecik nau. Balik rumah rasa, hmmm patut la pek kecik. Rupanya tak sedap lansung. Lagi best pisang salai Johor.



Kerepek Bayam! 
First time nampak. Tak tau camne rasa dia. Tak Tak berani beli sebab takut takde orang makan.



Pastu stop kat gerai buah pulak.
Tak boleh tahan tengok jambu. Terbayang-bayang balik kang tenyeh ngan sambal kicap. Perghhhhhh. Leleh!

Tapi jambu dia tak macam jambu kat Tapah. Tapah punya lagi cantik and besar. Yang kat Tanjung Karang ni boleh la takat nak buat kunyah-kunyah.

Aku beli mangga, jambu and pisang.
Shopping buah pun jadikkkkkk.



Malam, malas nak masak.
Aku ni apa aje lah yang rajin. Semuanya malas.
En Wan ajak makan Steamboat kat Seksyen 13 Shah Alam. Nama Restoran Tupai-Tupai.

Kat sini steamboat dia konsep buffet. Sekepala dewasa RM28 and kanak-kanak RM15. Aku ngan En Wan adelah golongan yang rugi kalau di bawak makan buffet sebab tak dapat sumbat banyak. So awal-awal En Wan dah pesan 'Jangan ambik nasik!'. Tapi Lenny aku bagi je dia nak ambik nasi pun. Sebab Lenny ni boleh tahan kalau bab makan. Apa aje aku tolak kat dia konfem selesaiii.

Jangan ambik nasik supaya boleh balun steamboat kaw-kaw. Kalau ambik nasik kang, kenyang cepat. Ruhugiiiii.


Selection dia banyak and dia sentiasa replenish, jadi jangan takut makanan abis. 



Tapi aku macam pelik sikit.
Mula-mula kitorang ingat 3 orang orang je makan steamboat, Redza biar ala-carte sebab dia ni lagi teruk kalau bab makan. Aku tak yakin dia nak makan steamboat segala. Tapi, rupanya kat sini kau takleh makan steamboat and order ala-carte serentak. Kalau kau nak steamboat maka kau kau takleh order ala-carte. Nak makan steamboat kalu, steamboat je. Ala-carte kalu, ala-carte aje.

Motif dia, aku tak tau.


Kalau En Wan yang ambik gambo, mesti gambo tu jadi gegar.
Pastu dia salahkan henfon aku.


Tapi yang best tu kalau kau ambik steamboat, harga RM28 tu bukan untuk steamboat semata-mata tapi ko leh sapu kuih-muih, buah, jelly and fruit cocktail sekali. 




Ok. Bab panglima ni yang bikin aku panasssssss je.
Blom start makan lagi baju dah macam sakai.
Ok, tu satu hal.

Satu hal lagi bab berpencak.
Ya ampunnnnnnnnnnn. Boleh jadik bergaduh la aku laki bini disebabkan dia sorang. En Wan ni pun satu. Macam tak paham-paham kehebatan kuntau anak dia. Aku memang awal-awal dah cakap aku taknak bawak Rayyan. En Wan ni ni mana boleh. Sensitip sangat kalau dengar anak dia kena tinggal. Yang si anak pun kemain lagi pelakon airmata. Kalau kena tinggal tu airmata menjejes-jejes macam kena pijak je gayanya.

Malam tu akhirnya kitorang tak dapat pun makan serentak.
Pergi sama-sama tapi makan asing-asing.
Baik tapau makan kat rumah je kan. Lagi aman. Siap boleh terlentang tertiarap bagai.


Kat sini ada 3 jenis sup, tapi dia bagi kita pilih 2.
Aku pilih sup ayam and tomyam. Sup ayam dia tak sedap. Tomyam best.




Walaupun konsep buffet, tak bermaksud ko boleh main cedok je berapa banyak kau nak. Sebab dorang akan caj pembaziran. Setiap 100g pembaziran, dorang akan caj RM10. Ye la kan. Rugi kot kalau udang, ikan, sotong, terbuang macam tu je. Ko dah kaut banyak-banyak, masak sampai membuak, last-last tak habis. Rugila tokey ini macam.

So, kalau ambik tu biar untuk cukup-cukup perut ko boleh terima first round je. Agak-agak hantu raya kau mintak lagi, baru cedok lain.


Aku bagi dorang makan dulu sementara panglima isi minyak. Panglima ni kalau isi minyak nak melepek kat mak dia je. 


Lenny dah kenyang, aku transfer Lenny and Rayyan masuk kereta. Lagipun Rayyan dah tido time ni. Barulahhhhhhhh giliran omak dia makan. Pinggan mangkuk dah berderet atas meja, aku baru nak Bismillah. 


Dia ni kenyang makan iPAD. 


..... membalun eskrim tak ingat dunia. Ada la dalam 5 mangkuk dia bedal. 


Beginilah rupa Tupai-Tupai tersebut.


Muka sudah kembang. Petanda harus diet. 

Aku : Bang, Di dah gemuk ke blom? (sendiri punya badan sendiri tak tau gemuk ke tak)

En Wan : Boleh la ni. Mentenkan.

Aku : Ye la...tapi gemuk ke tak?

En Wan : Kang kalau kurus, mula la teruja nak pakai balik baju ketat-ketat.


Pandai laki aku kan?
Dia nak jawab direct takut aku sentap.
Maka dia twist sikit la ayat tu biar nampak macam konon-konon badan aku now ni ok dah.
Padahal ingat aku tak tau?? *sambil sumbat cheesebun**

Semalam konon nak carik kasut and baju skolah Redza la.
Sampai ke KLCC kauuu.
Padahal kat Giant pun ada.
Tapi memandangkan dah takde apa nak buat kat rumah, kitorang kan mana reti duduk rumah sangat, so pegi la KLCC tengok apa ada. Si Lenny pun teringin nak bergambo dengan KLCC tu. So, sekali jalan.


Masuk-masuk, terus nampak Mark & Spenser.
Biskut cekelat feveret harus ditapau.


Singgah CIMB masukkan hantarkan duit Lenny.


  
Ni la jadiknya kalau bawak panglima. Pit stop terlampau banyak untuk isi minyak.
Kesian aku tau, nak makan kat apa ntah Japanese Grill restaurant kat atas tu, tapi memikirkan bawak Rayyan, terus kensel plan. Kang tetiba aku nampak dia yang terbakor atas grill tu.
Dah, takyah. Balik tapau JM Beriyani je.



Sape suruh bawak aku lalu depan kedai ni kan. Kalau tak beli pun, haruslah singgah jap tengok apa ada dalam. Gituuu.

En Wan dah warned aku.
Dia kata "No more beli perfume online". Hehehe.
Pasni, nak beli perfume mesti beli kat kaunter AND dia mesti ada sekali.
Dia cakap bila beli online, aku tend to beli banyak sebab aku tak dapat test bau perfume tu camana. Bila beli, baru nak bau, pastu tak berkenan, pastu simpan longgok-longgok.

Jadi, aku telah memulakan konsep membeli di kaunter ni semalam, dengan merembat 2 ketul.

Perfume yang aku letgo tu dah habis.
Laci aku clearrrrrr.
Aku tak sangka sangat email masuk bertalu-talu.
Padahal perfume aku tak sampai pun 30. Thank you sebab sudi beli.
Yang paling hot sekali : Bvlgari, Tresor in Love, DKNY and Signorina.
Apekan daya, seketul je aku ada setiap brand.
Kepada penjual-penjual perfume, silala buat lelongan untuk 4 brand ni, ramai yang berminat nampaknya.

Aku sempat pos 13 nama pembeli perfume today. Sebab, consignment note tak cukup. Aku kena dahulukan delivery untuk company and Ephyra. Si Pos Laju ni, dari Rabu lepas lagi aku mintak, tapi tak hantar-hantar. Aku dah bajet, kalau by Friday dia tak hantar, memang minggu ni aku ada masalah untuk deliver barang. So tadi sempat pos 13 je perfume. Yang dah terima tracking number pagi tadi, insyallah sampai esok. Pos Laju dah datang collect dah.


Ni yang belum dipos. Insyallah esok ya. Tunggu con-note sampai.
Oh yes, memandangkan semua perfume tak berkotak, so aku balut dengan bubble wrap and masukkan dalam handbag organizer. Jangan terperanjat lak kalau dapat handbag organizer ni ya. Bukak zip, dalam tu ada perfume korang. Selamat berwangi-wangian.




posted by aveo757 @ 2:40 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER