2013-10-12

Rezeki




Kelmarin aku letak status ni kat FB.
Aku dapat banyak email pasal status ni.
Kebanyakkannya share pasal rezeki yang tersangkut-sangkut, tak solat tapi masih kaya, istidraj, etc.

Sorry, tapi bukan macam tu penerangannya.

Ok, ni aku explain sikit tentang apa yang ustaz ni elaborate dalam kelas dia and pemahaman aku.

Actually ceramah ni menghuraikan tentang tafsir surah Al-Fatihah.
Bagus ustaz ni, dia huraikan Bismillahirrahmanirrahim pun dah setengah jam. Aku tak pernah terfikir dalam perkataan Bismillah tu sendiri tafsirnya cukup indah.

So, masa dia huraikan ayat ketiga surah Al-Fatihah, dia bagitau yang Allah ni sifatnya Maha Penyayang. Ok, yang ni semua dah tau. Tapi dia cerita apa yang dimaksudkan dengan penyayang tu.
Adekah kalau orang tu dilimpahi dengan duit yang banyak maka tanda Allah sayang?

Jawapannya, belum tentu.

Sebab, Allah ni sifatnya Maha Pemurah.
Dia bagi kepada kita kerana kita ni makhlukNYA.
Dia bagi kepada kita kerana semata-mata Dia nak bagi.
Sebab tu jangan nak pertikaikan kenapa orang tu kaya gila, kenapa yang lagi satu miskin gila.
Jangan question kenapa yang tak solat, tak tutup aurat, yang minum, yang main pompuan tu semua kaya-raya kereta sport berderet, duit bersepah-sepah.
And kenapa pulak yang bertudung litup, yang menjaga syariat, hidupnya tak mewah mana.
Tak payah nak tanya kenapa.
Sebab itu semua hak Dia.
And sifat Dia pemurah.
Jadi, sukati Dia nak bagi kat siapa.
Tapi belum tentu Dia bagi dengan kasih-sayang.

But, jangan pulak kita memandai-mandai point kat orang tu orang ni "Eleh, dia tu istidraj tu!"
"Harta tak berkat tu"
"Kejar sangat duit, siang malam keje, ntah sempat solat ke tak"

Series, aku takleh nak brain orang-orang macam ni.

Sometimes bila aku nampak orang-orang gini, hati aku berdetik "Mungkin sebab ni la hidup kau tak segemilang dia. Sebab zahirnya, kau nampak macam mematuhi syariat, tapi dalamannya, kau ada penyakit hati. Penuh dengan hasad, bersangka buruk, busuk hati"

Orang yang 'tak berapa baik' tu mungkin zahirnya tak semulia kita yang rasa diri baik, tapi kita tak tau mungkin dengan duit dia yang banyak tu menjadikan dia orang yang paling banyak memberi.
Mungkin zahirnya kelihatan liar, tapi dia sangat hormat orang tuanya.
Mungkin dia sedang dalam proses belajar memperbaiki diri.
Mungkin kerana kejahilan dia itulah yang menyelamatkan diri dia dari penyakit hati.
Tak macam kita.
Kita ni rasa kita solat cukup, puasa tak tinggal, tutup aurat, pandai baca Al-Quran, tapi dek kerana kita rasa kita baik dan pandai, jadi kita pun selalu memandai-mandai jatuh hukum kat orang lain. Dan kita tak pernah terfikir yang Tuhan bukan sedang menguji dia, tapi juga menguji kita. Untuk lihat sejauh mana penerimaan kita bila berdepan dengan orang-orang yang 'tak berapa baik' ni.

Sebab tu ustaz ni kata, kekayaan dan kemewahan tu belum tentu tanda Allah sayang.
Sebab kalau kekayaan melambangkan kasih sayang Allah, sudah tentu semua Nabi dan Rasul kita kaya-raya, bukan hanya Nabi Sulaiman sorang.
Allah beri kepada sesiapa Dia nak beri.
Sukati Dia lah, hak Dia, harta Dia. Siapa kita nak question.

Tapi jangan pulak kita ingat kalau miskin tanda Allah tak sayang.
Manusia ni fitrah dia sememangnya lemah.
Akal pun tak berapa nak sampai kadang-kadang.
Asal sebut rezeki je, imagine duit.

Aku dulu pun macam tu juga.
Asal berdoa mintak murahkan rezeki je, kepala aku imagine duit.
But alhamdulillah slowly aku kenal apa maksud rezeki.

Dulu aku bangun pukul 5pagi untuk bersiap pi keje.
Dah siap pakai baju semua, tunggu waktu Subuh.
Azan Subuh je, aku terus solat. Pastu capai beg, keluar.
Sebab kul 630am aku mesti ada dalam komuter.
Tu pun belum tentu dapat seat.
Sampai KL Sentral, tukar LRT. Berdiri lagi.
Sampai stesen Dang Wangi, menapak jalan kaki kat Jalan Sultan Ismail.
Kalau hujan, lencun. Walaupun pakai payung.
Balik pukul 7pm.
By the time sampai rumah kul 9pm.
Dah jadi sayur.

Pastu tukar keje.
Bawak kereta, but still kena keluar awal sebab nak elakkan jem.
Lambat 5 minit, sangkut kat hiway sejam.
Disebabkan keje kuli, jadi semua keje kena buat. Takleh bantah.
Kena kejar sales target, untuk dapat KPI bagus, boleh naik pangkat.
Tak hit sales, report kena lempar kat muka.
Stayback siapkan costing plan.
Nak mintak cuti pun payah sebab kat Malaysia ni manjang jer keluar tender.
Outstation ke hujung dunia pun berkira-kira nak lalu jalan mana, kalau boleh jangan sampai salah jalan sebab minyak boleh claim 0.60/km. Ada limit lak tu.
Kalau exec pi outstation, hotel rate takat banyak ni.
Naik manager, boleh la dapat bilik besar sikit, hotel cantik sikit.

Letih.

Now, pukul 8.30am aku masih di rumah taking my sweet time pekena nasik lemak paru.
Takyah kejar punch card.
Rasa badan lemau, work je from home.
Nak jumpa client, boleh set lunch di mana-mana. Takyah risau boleh claim ke tak duit entertainment.
Rasa nak outstation ke utara, start engine, jalan. Takyah pikir mileage, tol, service kereta, bla bla bla. Boleh angkut mak bapak sekali bawak dorang berjalan.
Flexible working hours.
Kalau bibik call, Rayyan demam, start engine, balik rumah.
Esok Redza demam, tak risau boleh EL ke tak. Cuti je jaga anak.

Tu pun rezeki kan?
Alhamdulillah.

Tapi bila Allah bagi rezeki rupa gini, Dia tak bagi sesaje.
Mesti ada sebab.
Jangan perasan sebab Dia sayang sangat kat kita.
Mungkin Dia bagi kita ujian.

Bila keje flexible macam ni aku terfikir.
Kenapa suddenly Dia ubah cara keje aku macam ni?
Akhirnya Dia hantar kesedaran tu melalui seorang kawan yang menyampaikan kat aku, flexible working hours tu mungkin Dia nak tengok samada ada beza tak cara aku dulu and now.
Dulu, nak solat pun 15 minit je sebab nak kejar waktu lunch sekali.
Now, bila keje sendiri, takkan solat 15 minit juga.
Takkan lepas bagi salam terus terus bangun lipat sejadah?

Dulu, nama je bulan puasa tapi tanggungjawab terhadap keje and bos tetap sama.
Kang kalau baca Quran jap kat surau bos panggil camana?
Kalau ada customer call tak berangkat camne?
Now, dah keje sendiri, takkan rupa gitu juga.

Allahurabbi, rupanya tanpa aku sedar, ini juga dugaan.

Jadi, jangan persoalkan rezeki yang Dia bagi.
Dia bagi ambik.
Dia tak bagi, redha.
Itu rahsia Dia.

Bersangka baik.
Dia lebih tau apa yang boleh kita tanggung.
Mungkin kalau kita kaya akan menyebabkan kita riak dan lupa diri. Maka, Dia tak bagi sebab nak hindarkan kita dari hanyut.
Mungkin kita susah sebab dia nak naikkan darjat kita. Apabila kita susah, kita mendekatkan diri pada dia, dosa kita diringankan lalu darjat kita dinaikkan. Kalau kita penuh dosa bagaimana darjat kita nak naik?

Bersangkalah baik.
Jangan ada penyakit hati.
Sama-sama mohon agar segala pemberianNya adelah dengan kasih-sayang (barakah).
Peringatan untuk diri sendiri.

Wallahualam.