walk on wings, tread in air: Lupa <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Lupa
2013-07-21

Hari yang orang dok kecoh-kecoh pasal kes budak 3 tahun meninggal dalam kereta tu, ada reader mintak aku buat entry pasal ni tapi weekend aku banyak merayap so takde masa nak update blog. Lagipun aku rasa semorang pun tau tu bukannya kes sengaja. Itu kes lupa.

Of cos kita tak sepatutnya boleh lupa kalau masuk bab-bab anak ni tapi nak buat camana, kita ni serba lemah. Alangkan lidah kita sendiri pun kita takleh kawal dari tergigit dek gigi.
Funny kan, bila  lidah sendiri pun takleh nak kawal, abis camne tu agak-agak?

Kadang-kadang kita rasa kita dah habis bawak slow dah kereta ni. Segala tatasusila memandu semua kita ikut. Tapi kalau dah ditakirkan kereta lain pulak yang terbabas langgar kita, abis nak buat camne?



Aku just update status FB je la.
Isu ni aku taknak kupas, kira settle lah tu. Benda dah jadik.

Cuma aku nak share pengalaman aku lupa anak pulak.
Aku pernah jugak terlalu busy buat keje sampai lupa ambik Redza kat sekolah.
Redza sekolah pagi. Masa ni Redza darjah 1. Hari tu pulak Redza ngengada taknak balik naik van, dia kata van selalu ambik lambat. By the time sampai rumah dah pukul 2pm, nanti kul 230pm van mengaji pulak datang so dia selalu tak dapat rest kejap kat rumah. So aku pun bagitau kat van skolah takyah tunggu Redza, aku akan fetch dia hari tu.

Masa tu pulak En Wan takde, dia kat Jepun.
Aku dah bagitau bibik yang Redza akan balik dengan aku. So bibik pun takde la call aku tanya pasal Redza sebab dia bajet aku dah gi ambik Redza dah from ofis. Memang tak tau apesal aku boleh lupa lansung pasal Redza. Hari tu tak terlintas lansung-lansung pasal rumah and anak-anak. Padahal aku keluar makan semua, sikit boleh tak teringat pasal Redza.

Alih-alih pukul 5.30pm, aku call rumah nak mintak bibik keluarkan raw meat balik kang aku nak masak. Aku gi tanya bibik, Redza buat apa? Bibik terperanjat la, dia ingat Redza dengan aku. Ya Allah, melompat terus aku dari kerusi, terus start enjin pecut gi skolah. Sampai depan gate aku tengok Redza tengah bersandar tepi pintu duduk melepek kepala sandar kat tiang. Kepenatan, kehausan, kelaparan. Aku berlari kat Redza, menangis-nangis. Sedihnya la masa tu tengok Redza kepenatan. Aku rasa macam teruknya aku ni, aku mentekedarah makan kat Secret Recipe, tapi anak aku kebulur tunggu mak mithali ni ambik. Aku dukung Redza sambil nangis-nangis bawak masuk kereta. Brader jaga skolah tu terpinga-pinga tengok aku meraung-raung.

Aku tak hilang anak.
Aku cuma lupa ambik anak.
Tapi aku troma dalam seminggu jugak. Beberapa hari aku tak pegi keje. Rasa bersalah sangat-sangat. Rasa tak boleh maafkan diri sendiri.
Sampaikan si Redza pulak yang naik rimas kejap-kejap aku cium dia, kejap-kejap aku peluk dia, kejap-kejap aku panggil dia check if dia ok. Kalau skarang aku ingat balik kes tu pun boleh meremang bulu roma. Rasa kejam sangat aku biar anak aku kelaparan sampai ke petang.

So, pada aku benda ni boleh terjadi kat sesape je.
Aku boleh imagine macamana tromanya mak budak yang meninggal tu.
Rasa bersalah sampai bila-bila tu dah pasti. Dia akan ambik masa nak redha.

Tapi yang kita-kita ni perlu ke mem-bash mak tu macamkan dia pun nak benda tu jadi.
Yang dok bagi komen-komen nasihat dan kesedaran tu rasanya salah time la.
Masa-masa sukar macam ni, kita takyah nak dok discuss sangat la pasal hukuman ke apa. Hilang anak sekelip mata pun dah macam satu hukuman berat untuk dia tanggung sampai ke mati. Takyah la nak cerita pasal hukuman bagai. Biar la settle satu-satu dulu.
Aku yang baca pun melopong. Macam tak caya ada jugak orang nak kondem macam-macam.

Komen-komen nak bagi kesedaran awam ni bagus, cuma rasanya tak kena tempat la.

Just like kalau kereta kau hilang, aku pi cakap "Ada la tu sebabnya, mungkin kau tak bayar zakat kot".

Actually masa aku kecik pun Mak Aji pernah tinggalkan aku, Ima and Ibal dalam kereta.
Tapi dorang tak matikan enjin.
Mak Aji and Pak Aji pi Billion. Waktu malam.
Dulu Billion ada kat Kajang je. So tau je la kan betapa sesaknya Kajang tu nak carik parking gila hazab. Bila dapat tempat parking jauh nak menapak. Anak semua kecik-kecik lagi, paling besar pun aku darjah 6 kot masa tu. Mak Aji malas nak angkut semua. Kang kalau angkut kena cukai macam-macam pulak kat dalam tu. Maka tinggalla kitorang 3 beradik dalam kerata. Sekali tu Ima dah perasan ada orang gila jalan ke arah kereta kitorang. Ibal serta-merta menangis. Siap nangis-nangis bersila kat bawah takut orang gila nampak dia. Bangsa jenis selamatkan diri sendiri. Biar orang gila tak nampak dia. Orang gila nampak akak dia takpe. Entah-entah orang gila tu pun tak nampak kau. Kau kan itam.

Ima suruh aku matikan enjin supaya orang gila tu tak dengar bunyik kereta kitorang. Kang kalau dia dengar dia tau ada orang nanti dia datang dekat. Cuak dah masa ni. Camne pulak nak pulas kunci aku mana reti. Jadi aku just lock je pintu.

Sekali orang gila tu nampak kitorang dalam kereta.
Dia datang dekat siap ketuk-ketuk tingkap lagi. Ibal melalak-lalak nangis.
Aku pun nak nangis jugak tapi tak macho la kakak nangis. Haruslah kena berani walaupun dalam hati menghempas-hempas apesal makbapak aku tak balik-balik lagi ni. Pastu orang gila tu blah. Ingatkan dia blah terus. Sekali dia patah balik. Kali ni siap umpil-umpil tingkap seat blakang dengan tangan. Masa ni tiga-tiga orang sekali memekik. Aku tekan hon macam nak terbenam hon tu. Dah macam kitorang tiga beradik pulak yang gila kat dalam tu. Kali ni orang gila tu betul-betul blah. Aku rasa dia pun ingat kitorang gila.






Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Senarai Agen Mak Aji's Cookies : Click here


posted by aveo757 @ 10:21 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER